Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

Luth Punya Pasal

Sejahteralah ke atas kamu.. Aku baru je masuk ofis hari ni. Minggu lepas aku cuti 4 hari. Haih, macam-macam jadi. Sepatutnya cuti 2 hari je untuk jaga Luth sementara pengasuh dia cuti. Tetiba Khamis tu Luth demam lagi. Aku terus bawak pergi spital, jumpa pakar kanak-kanak. Pakar kekanak tu dengar nafas Luth, terus dia suruh warded untuk bagi gas 4 jam sekali. Katanya paling minimum 3 hari kena dok ward. Lepas dia suh masuk wad, baru dia amik sample darah utk test dan bagi gas [aku tak tau cemana eja, nebulizer]. Otak aku memang serabut masa tu. Kad insurans Luth aku belum apply. So, kena bayar deposit cash 1K tetiba tetibun, tak dapat le nak bayar. Aku terus suh doktor tu refer ke PPUM. Mampu la jugak aku nak bayar. Tapi aku boleh mintak GL dengan ofis esesem. Moral dia, lenkali.... bila lahir je anak, terus kena register insurans untuk anak. Malang itu tidak berbau. Jadi, sesape yg badannya berbau tu, elok la tukar nama jadi 'malang'. Baru le tak berbau lagi badan dia. ...

Kalau Dah Namanya Stoner

Sejahteralah ke atas kamu... Aku ada seorang kawan namanya Muthu. Dia juga berkawan namanya ah seng. Kami berkawan baik sama sedarjah, belajar bersama main bersama. Ooo...ooo..ooo.. 3 sekawan. Harry. Dia ni kawan kepada husband aku jugak. Dah sekampung kan. Mesti la besfren-besfren gitew. Masa balik kampung baru-baru ni, aku lepak kat buaian depan pagar rumah abah aku. Dengan Luth dan mat azghul sekali.  Tetiba nampak Harry lalu dengan motosikal. Bila nampak kiterang, dia datang kat kiterang. Pastu kami sembang2 la, tanya khabar. Harry, katanya dia hanya tinggal di kampung, jaga mak dia. Pastu tak kerja, tak buat apa-apa. Aku hanya menyampuk sikit-sikit je bila Harry berborok dengan Mat Azghul, sebab aku lagi prefer layan si cekomei main sembur-sembur air liur. Mat Azghul bagi suggestion kat Harry, suh dia amik kursus belajar baiki henfon. Free. Dapat elaun lagi. Harry macam berminat je. Dia tanya cemana nak apply apa semua, kat mana bla..bla..bla. Mat Azghul pun deng...

Kenapa Saya Bencikan Kursus Motivasi

Sejahteralah ke atasmu wahai sohabat sohabatku sekalian....... Aku dah abih kursus semalam. Kemain sakit sakit badan aku berkursus ni. Maklum je la orang yg lembab macam aku ni tetiba kena bergerak pantas. Apa pun, makanan kat swiss garden agak sedap. Eh, kalo aku cite pasal kursus ada ke orang nak baca cite bosan aku? Aku cuba highlight seringkas yg mungkin. Aku hepi gi kursus ni sbb kumpulan aku yg tak cukup ahli tu boleh jadi pemenang keseluruhan plak. Padahal masa awal awal tu memang group aku asyik jadi pengalah je. Walau cemana pon, kursus motivasi tetap aku benci sebab:  1. aku bosan dengan kata2 motivasi yg dipaksa jerit kuat2 dan berulang ulang kali. Benda ni sejak zaman skolah lagi aku dah kena buat dan memang sejak skolah lagi aku dah menaruh perasaan benci terhadap aktiviti itu. 2.  berkenalan, ice-breaking, perkenalkan diri, jawab soalan daripada motivator dan seumpamanya, bahagi kumpulan dan suaikan diri dgn ahli kumpulan (yg akhirnya akan bertuk...

Selamat Hari Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu... Aku ada kat kampung ni. Esok aku kena gi kursus kat Swiss Garden Kuantan. Sampai hari Khamis. Lepas tu aku terus cuti sampai Ahad tu kat kampung Isnin 23hb aku masuk kerja sehari pastu aku cuti semula untuk jaga Luth. Nenet mintak cuti 2 hari sebab ada sedara nak datang ke rumah dia. Begitu la kisahnya. Kalau ada entry aku yg keluar dalam waktu aku bercuti tu, maknanya itu adalah auto-publish. Balik kampongg... wooo wwooo wooo balik kampung.

Bayi 6 Bulan Cedera Parah Didera Pengasuh

Sejahteralah ke atas kamu.  Ini berita 3 hari lepas. KLANG, 11 Sept (Bernama) -- Seorang bayi perempuan berusia enam bulan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dipercayai menjadi mangsa dera ketika berada di rumah pengasuhnya di Jalan Teluk Gadung Kecil di sini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata bapa mangsa berusia 28 tahun membuat laporan polis dengan mendakwa anaknya mengalami keretakan di tengkorak kiri, pendarahan otak dan lebam pada dahi serta kedua-dua lututnya.   "Mangsa yang kini sukar untuk bernafas sedang dirawat di unit rawatan rapi wad kanak-kanak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Mohamad berkata sepanjang empat bulan dijaga pengasuh itu, bayi itu pernah mengalami luka melecet di dahi sebelah kiri akibat bergesel dengan karpet ketika cuba meniarap selain kesan lebam di dahi akibat terkena botol susu. Beliau berkata bapa mangsa diberitahu men...

Dulu Aku Anti Dia Ni

Sejahteralah ke atas kamu.... Sebab minat sangat kat kumpulan rock kapak melayu, aku memang bengang bila artis-artis rock feveret aku tak boleh keluar TV selagi mereka berambut panjang. Kalo nak keluar TV, potong rambut! Awie dengan Amy Search pon patuh dgn arahan tu. Ramli Sarip plak terpaksa ikat rambut kemas2 dan sorok rambut dalam baju rambut dia. Ni semua Tan Sri Mohamad Rahmat [kini arwah] la yang punya angkara. Masa tu beliau adalah Menteri Penerangan Malaysia daripada tahun 1987 hingga 1999]. Memang syarat nak keluar TV agak ketat waktu tu. Artis wanita takleh berpakaian yg nampak ketiak. Skirt pon kena bawah lutut. Kalau filem pulak, adegan-adegan tak senonoh memang kena cantas. Cerita hantu, jangan harap nak keluar TV. Memang langsung tak supportive. Waktu itu, ramai juga orang yg mengutuk Tan Sri Mohamad Rahmat ni. Ye la.. Dah itu tak boleh, ini tak boleh. Cemana industri hiburan Malaysia ni nak berkembang. Pengkarya-pengkarya seni tanahair kita pun memang susah n...

Cara Mudah Untuk Belajar Bahasa Arab Percuma

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku ni kalau baca Al Quran, bukan aku faham pun maksudnya kecuali kalau aku baca terjemahan. Terjemahan dengan tafsiran Al-Quran adalah 2 perkara berbeza. Terjemahan maksudnya ayat Al Quran itu dialih bahasa secara langsung manakala tafsir pula adalah tafsiran kepada ayat-ayat Al Quran untuk memberi maksud secara jelas. Kan ayat Al Quran ini bahasanya sangat indah dan selalunya insan biasa seperti kita ni kurang jelas dengan maksud ayat tersebut.  Aku baru je mula nak belajar bahasa Arab ni. Macam biasa le, kalau dah namanya Melayu, mesti la nak yg paling senang dan free of charge.  Jadi, ingin aku kongsikan web ini ; MadinahArabicDotCom ini. Satu website yang mengajar bahasa arab secara percuma dan secara online. Diulang, belajar bahasa Arab dengan mudah dan percuma secara online. Dia ajar daripada tatabahasa asas juga kosa kata yang bagi saya agak mudah untuk aku ikuti. Kebanyakan orang yg pernah belajar bahasa Arab kata bah...