Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

Wordless Monday : Rupa Paras Cantik Belum Tentu Baik

Sejahteralah ke atas kamu... Oklah.. Saya tipu je. Entry ni bukan wordless pun. Saya tak reti nak buat entry dengan gambar semata-mata tanpa penjelasan. Bekas guru Bahse Melesia Tahun 2 kat skolah kebangsaan cenggini la gayenya.  Epal daripada USA ni saya beli di pasaraya. Beli sebijik je sebab terpesona sangat tengok warnanya yang bersinar-sinar macam gigi atuk dalam iklan ubat gigi Safi. Warna pun merah cantik je. Nampak cam manis giler. Masa nak beli tu dapat bayangkan rasanya yang juicy, crunchy and full of apple taste. Wahh... Over plak. Bila balik umah, nasib baik tergerak hati nak kikis kulit epal ni. Kalo tidak, saya cuma nak belah 2, sebelah bagi suami, sebelah saya makan. Sebab selama ni memang saya tau pada kulit epal atau buah-buahan biasa disaluti dengan lilin. Cuma biasanya kalo saya kikis, takde la setebal ni. Ini paling tebal lilin yang saya penah jumpa setakat ni. Kalau tak silap, fungsi lilin yang membaluti buah ni adalah untuk memberi rupa ...

Kepala Angin : Episode 1 - Offer

Sejahteralah ke atas kamu.... Beberapa puluh tahun dulu, saya ke Kuantan Parade. Niatnya nak tukar kanta speck mata saya. Kanta lama dah makin tak nampak bila pakai. Masa tu saya nak survey dari kedai ke kedai bersama sorang ofismate.  Kami hampir tiba di satu kedai cermin mata ni.... Dari jauh kami dah nampak ada sorang pekerja kedai tu berdiri di depan kedai dia untuk welcome orang yang lalu lalang depan kedai tu, mungkin juga untuk tarik minat pelanggan supaya masuk ke kedainya. Saya dan kawan saya dah berkira-kira nak masuk kedai tu.. Bila kami baru nak masuk kedai tu, pekerja yang tunggu kat luar tadi terus cakap kepada kami, "Ada offer". Pastu kan.... Saya dengan kawan saya boleh plak rasa sakit hati sebab dia cakap ayat 'ada offer' tu. Apa dia ingat kiterang ni nak masuk kedai yang ada offer je ke? Dia ingat kita takde duit ke nak beli speck mata tu sampai nak bagitau awal-awal yang kedai dia ada offer?? Pastu terus kiterang tak jadi masuk...

Betul Ke Dara Ni?

Sejahteralah ke atas kamu.... Baru beli sebotol Virgin Coconut Oil daripada Tanamera. Harga sebotol RM34. Sengaja tanak beli dengan set sebab set bersalin nak beli lambat skit sebab takde tempat nak simpan. Barang2 baby pun belum kemas lagi elok-elok dalam drawer dia. Bermula malam ni, VCO ini akan dimakan sesudu malam, sesudu pagi. Selain itu, boleh disapu dibahagian 'tempat keluar baby' untuk melembutkan kawasan itewww... ahakzzz...ahakzz...

Hadiah

Sejahteralah ke atas kamu.... Hadiah yang orang beri, tak kira apapun... kita mesti menghargainya. Walaupun benda tu adalah benda yang kita langsung tak perlukan atau memang dah ada ramai orang berikan kepada kita. Contohnya.... Hadiah semasa perkahwinan saya dulu, saya dapat 3 rice cooker. Satu saya guna. Satu dah beri kepada anak buah saya. Satu lagi masih ada dalam simpanan tak tau nak buat apa. Jadi dah jadi sikit pembaziran di situ. Ini bukan rungutan ye. Cuma nak buka minda je. Saya tak kisah pun dapat hadiah apa-apa jua asalkan tak membebankan orang lain. Lagi afdhol kalau hadiah tu saya boleh gunakan dalam kehidupan harian saya. Malahan saya dah pesan kepada kawan-kawan saya, kalau tak bagi hadiah masa wedding saya pun takpe, asalkan derang datang majlis perkahwinan saya.  Eh, keciknya adiah. Saya selalu je pening bila nak beri hadiah kepada orang. Sebab takut benda tu dia dah ada. Saya sebenarnya suka jika dapat berikan sesuatu yang orang tu betul-betul perl...

Deep Feeling.

Sejahteralah ke atas kamu.... Ramai orang kata saya ni 'blur'. Ada banyak sebab kenapa mereka kata saya blur . Salah satunya mungkin kerana saya selalu lambat faham sesuatu benda, atau lebih tepat... saya faham tapi saya melukiskan seribu lakaran kekeliruan di wajah, membuatkan orang menyangkakan yang saya tak faham. Jika alasan kedua yang menyebabkan mereka menganggap saya begitu, maknanya lakonan saya agak menjadi. [ayat cover line ] Itu jika orang lain yang rasa saya blur . Sedangkan saya sendiri tahu saya memang blur . Perasaan saya selalu lambat untuk feel sesuatu perkara yang orang lain biasanya akan excited atau nervous , atau takut. Contohnya driving test sewaktu saya ingin dapatkan lesen  memandu beberapa tahun dulu. Waktu ujian, fikiran saya kosong. Saya tak rasa takut gagal, atau tak rasa pun nak lulus. Perasaan saya berada di skala tengah. Begitu juga semasa bertunang. Sewaktu tiba masa ibu mertua ingin menyarungkan cincin, saya takde pun rasa nervous at...

Menongkah Arus : Water Birth

Sejahteralah ke atas kamu.... Kalau saya buat keputusan untuk bersalin sendiri di rumah menggunakan teknik water birth, tanpa bantuan midwife, tanpa bantuan pegawai perubatan dan tanpa pengawasan mesin-mesin perubatan, agak-agaknya kena buang keluarga tak? Heheh. Ahad lepas, seorang sahabat saya dah berjaya melahirkan anak menggunakan teknik ini. Sendirian bersama suami di rumah mereka. Bayi lelaki mereka seberat 2.95kg. Sihat walafiat. Saya yang mendengar berita itu terus je terkagum sampai sekarang. Bukan tak biasa dengar orang putih beranak sendiri kat umah. Kat Malaysia pun dah mula menular melahirkan anak secara semulajadi ni. Cuma sebelum ni saya tak feel sangat sebab saya bukan kenal pun orang yang ceritakan tentang mereka lahirkan anak secara water birth ni. Tapi bila member saya sendiri yang lalui pengalaman ni dengan berjaya serta selamat, maka 99 kali ganda saya kagum. Memang berani dan nekad la korang. Actually yang kawan saya tu suami dia. Isterinya saya hanya ke...

Saya. Hari Ini.

Sejahteralah ke atas kamu... Tudung aku kaler merah tak matching dgn corak baju. Ni sebab malas nak cari tudung purple. Saje nak tunjuk perut. Usia kandungan 26 minggu. Bersamaan 6 bulan 2 minggu. Bila perut dah makin besar ni, dugaannya ialah bila asyik nak buang air kecik je. Lepas tu kalo kat umah plak, yang ada hanya tandas cangkung. Memang seksa nak mencangkung dengan perut kembung. Itu baru je besar ni. Kalo dah 7,8 bulan nanti ntah cemana nak mencangkung. Mengandung ni memang sangat mencabar. Sebab tu la.... Allah kurniakan kebolehan mengandung tu kepada wanita ye tak? Kalo lelaki la yang mengandung, rasanya tak ramai sangat bayi yang sempat lahir. Mesti ramai yang gugurkan kandungan sebab tak tahan alahan, tak tahan beban yang dibawa. Lelaki kan aktif, suka bersukan. Cemana nak main futsal kalo mengandung? Kan? Kan? Sama jugak macam Allah kurniakan kuasa untuk menjatuhkan talak kepada kaum lelaki. Kalo pompuan la yang ada kuasa jatuhkan talak tu, memang ramai le ...

Perbandingan Set Bersalin, Harga dan Fungsi

Sejahteralah ke atas kamu.... Mana la saya tau set bersalin yang mana satu lagi bagus. Tanya ibu, ibu kata beli je set yang dah siap. Biasanya dah lengkap. Kawan-kawan ada yang suggest Nona Roguy dan Tropical Herbs. Eh, korang sorry la kalo sejak kebelakangan ni saya asyik post entry yang berkenaan mengandung, beranak, barang-barang bayi, breast pump dan segala yang berunsurkan nursing and parenting. Bajet mcm wanita beranak 8 dah kan.  Saya ni tak lain hanyalah sebab nervous. Takut tak sempat buat preparation dengan selengkapnya. Risau ada yang terkurang. Jadi sebab tu saya beriya sangat mencari dan mengGoogle. Excited tu satu hal la. Tapi excited tu saya biasa-biasa je. Itu pun sebab mengambil nasihat yang lebih tua supaya dalam apa-apa perkara pun, don't be over excited. Eh, org tua yang bagi nasihat tu omputih ke? Kehkeh.  Kat sini saya dah buat list dan perbandingan di antara beberapa produk atau set bersalin yang popular dalam bidang kebidanan melayu dan moden...

Tempat Biasa, Menjadi Indah

Sejahteralah ke atas kamu.... Bukan Beethoven Pada waktu ini, usia kandungan saya 26 minggu. Setiap pagi semasa memandu ke pejabat dan setiap kali memandu pulang ke rumah saya akan memainkan classical music daripada Vivaldi dan Mozart. Saya dapat merasakan perasaan yg sangat indah apabila mendengarkan alunan irama biola dan piano tanpa dicemari suara manusia atau lirik yang membebankan kepala. Sehinggakan, suasana setiap jalanraya yang penuh sesak yang saya lalui dengan udara tercemar yang menyelubungi KL saya rasakan sangat cantik seperti menonton filem cinta. Terasa seperti memandu di Ireland [walaupun kat Ireland mmg langsung tak de iras KL pun. Heh!] Menurut kajian, mendengar muzik klasik sewaktu mengandung adalah sangat elok untuk perkembangan otak bayi. Sejauh mana kebenarannya, tidak dapat saya pastikan. Apa yang pasti, saya percaya emosi ibu akan mempengaruhi emosi anak yang di dalam kandungannya. Jadi perkaitannya... apabila perasaan saya tenang dan tenteram semasa me...

Panduan Membeli Breast Pump ~ Konon

Sejahteralah ke atas kamu,..... Apa keperluan breast pump? Kalau ada yang tertanya-tanya, apa pekdahnya nak beli-beli breast pump plak ni? Kalau nak breastfeed anak, bagi direct je la kan? Nak buat apa nak pump plak. Okay... boleh bagi direct kalo ibu tidak bekerja dan sepanjang masa ada di sisi anak. Ibu yang tak bekerja pun kadang-kadang perlukan juga breast pump ni untuk pump susu bila time bengkak susu, atau anak taknak menyusu ke. Bagi ibu yang bekerja, selepas berpantang kalau nak berterusan memberi si anak  dengan susu ibu, memang perlu lah pump dan buat stock susu. Simpan dalam freezer. Bawak pegi nursery/pengasuh berapa banyak dose yang anak perlukan. Jadi, dengan cara ini dapatlah anak tu minum susu mama dia sampai le susu mama dia kering. Kebaikan susu ibu rasanya ramai yang dah tau. Kalau tak tau bleh Google. Baik untuk bayi dan baik juga untuk ibu tu sendiri.  Electronic Breast Pump atau Manual Breast Pump? Jawapan saya mudah saja. Itu terpula...

Expo Maternity di MidValley Yang Lalu

Sejahteralah ke atas kamu... Ok, nak update laju-laju ni. Jumaat lepas 30hb November sampai Ahad 2 Disember 2012, dah berlangsung 4th Maternity adn Baby Expo kat Mid Valley. Expo ni memang saya menggelupur nak pergi sebab nak beli breast pump. Orang kata kalo beli kat expo maternity memang bleh dapat harga murah. Sebab itu tanak lepaskan peluang tu. Kenapa dalam banyak-banyak barang keperluan baby, breast pump yang saya nak beli paling awal? Jawapannya sebab breast pump yang paling mahal kot, yang ada dalam senarai keperluan saya. So, sementara awal-awal ada duit ni, selesaikan dulu la yang mana mahal. So, saya dah plan dengan suami saya untuk pergi expo tu pada hari Sabtu, pagi-pagi buta subuh sapie. Okay, tipu je. Tak la subuh.  Plan nak pegi Sabtu kul 9 pagi. Tapi tak jadi. Sebab suami saya kena pegi ofis. Tukar plan. Nak pergi petang Sabtu lepas suami balik ofis. Tak jadi jugak sebab ada kawan dia datang umah, berborak sampai kul 11 malam [aku tido la awal biar...

Double Standard

Sejahteralah ke atas awok. Saya ada kursus. 5 hari bermula hari ini. So, minggu ni tak sempat nak belogwalking.  Pasal double standard ni. Kenapa ye. Bila kita tengok lelaki-lelaki depan mata yang pakai baju pompuan, saya rasa sangat terganggu fikiran dan sangat meluat. Serius geli. Tapi... bila tengok Johan atau Zizan pakai baju pompuan dalam Maharaja Lawak kita rasa "it's okay, kelakar nak mampusss". Di atas nama lawak hiburan kita menerima perbuatan yang jika berlaku di depan mata kita benci. Harun Salim Bachik pun sama, Afdlin Shauki pun sama. Padahal semer tu kalo pakai baju pompuan, bapakkkk geli geleman jugak rasanya. Kat ofis ni ada isteri orang. Ada suami orang. Kalau ternampak si suami orang dan isteri orang ni bergesel-gesel dalam ofis, dah sah orang sekeliling rasa sangat tak patut perbuatan derang tu kan? Tapi kenapa ye... bila tengok pelakon lelaki dan pelakon wanita yang masing-masing dah berkahwin, berpelukan, bercium-cium pipi dan dahi dalam ...