Skip to main content

Expo Maternity di MidValley Yang Lalu

Sejahteralah ke atas kamu...

Ok, nak update laju-laju ni. Jumaat lepas 30hb November sampai Ahad 2 Disember 2012, dah berlangsung 4th Maternity adn Baby Expo kat Mid Valley. Expo ni memang saya menggelupur nak pergi sebab nak beli breast pump. Orang kata kalo beli kat expo maternity memang bleh dapat harga murah. Sebab itu tanak lepaskan peluang tu. Kenapa dalam banyak-banyak barang keperluan baby, breast pump yang saya nak beli paling awal? Jawapannya sebab breast pump yang paling mahal kot, yang ada dalam senarai keperluan saya. So, sementara awal-awal ada duit ni, selesaikan dulu la yang mana mahal.

So, saya dah plan dengan suami saya untuk pergi expo tu pada hari Sabtu, pagi-pagi buta subuh sapie. Okay, tipu je. Tak la subuh. 

Plan nak pegi Sabtu kul 9 pagi. Tapi tak jadi. Sebab suami saya kena pegi ofis.

Tukar plan. Nak pergi petang Sabtu lepas suami balik ofis. Tak jadi jugak sebab ada kawan dia datang umah, berborak sampai kul 11 malam [aku tido la awal biar derang je berborak].

Tukar plan lagi. Nak pegi petang Ahad. Sebab pagi tu dah ada appointment untuk repair aircond kat workshop. Lambat plak selesai repair aircond, kul 6.30 petang baru suami balik.

Tukar plan nak gi malam lepas maghrib. So, yang ini baru la betul-betul dapat pegi. Sampai Mid Valley dah kul 8.30mlm. Cari parking bla bla bla... sampai kul 9mlm baru dapat masuk ke tempat expo. Then.... sayang semuanya sudah terlambat. Huwaaa... kebanyakan kedai booth dah tutup pun. Huuu.. sedihnya.

Nampaknya takde apa pun yang saya dapat survey atau beli di expo yang ditunggu-tunggu tu. Memang betul-betul Allah tak izinkan la ni. Saya agak kecewa, tapi takpe la.. buat relax je. 

Last-last saya balik cenggitu tu je. Tak singgah mana-mana pun. Tak de hati pun nak jalan-jalan dalam MidValley tu. Yang kami bawak balik hanyalah registration goodies bags je. Dapat 2 sebab register 2 nama. Tapi dalam tu ntah hapa2 je ada.

Paper bag. Senaman kegel tu. Heheh.

Mosquito Repellant? Hahahahah. Berlambak. Ada dalam 60 keping dapat benda ni. Dalam dia ada sticker berbentuk beruang yang baunya macam produk penghalau serangga Serai Wangi. Tapi okay la.. Boleh guna. Dan juga 2 mandian bayi. yang pek kaler ijau tu.

Last skali dapat note book.
Ni nak pesan kat korang kot-kot ada yang plan nak pegi expo-expo bayi lagi lepas ni. Jangan le pegi hari terakhir dan masa dah nak last-last tu. Nanti apa pun tak sempat. Chaissss...


Penyudah kepada ketidaksempatan saya membeli breast pump kat Expo tu, saya beli online kat website One Baby World. Set breast pump Spectra 3 Package. Next entry saya cerita berkenaan apa yang saya dah beli kat One Baby World ni ye.

Nanti saya balas jejak ye. In Sya Allah. Nak gi kursus jap.

Comments

  1. mmg Allah tak izinkan pergi kot..hehehe tu namanya tak de rezeki. I pnah alami bnda ni. nak sangat pgi expo sbb nk ssuatu yg murah dari biasa..smpai masam2 muka ngan hubby tapi smpai sana tak de pun yg dihajat...last2 tpkir dlm hati..dah le bdosa buat masam ngan hubby pastu terpaksa penat lelah sbb rmi org..adehhh..tu pgalaman i le hihihi

    mmg breast pump wajib beli now nie klu 1st pregnant berguna tu

    ReplyDelete
  2. kalau saya, mesti saya nangis.... pastu terus masuk tidur tak bercakap... *jenis yg agak kurang redho di situ*

    ReplyDelete
  3. Fidza,
    kalau mamavogue muncung dah sedepa di petang Sabtu lagi.. Nanges gak kut tapi takpe, ibu mengandung kan hati mudah terusik..hihi

    Tapi Lyd rileks je.. tabik lah..!

    ReplyDelete
  4. alahai rugi sikit di situ, xpelay lyd rezeki lyd ke arah lain nti kalo bukan dgn bpump tue..awalnya lyd beli ehh..bab bpump nie memg smpai skrg confius..duk pk avent dgn swing ja..

    ReplyDelete
  5. samela kite...hajat utama g sane nak beli b/pump...tapi sumenye x menjadi..kecewa jugak la....last2 beli jugak dekat area2 sini ...x dptla harga best!!! sedih...

    ReplyDelete
  6. sebenarnya jangan menangguh kalau hajat nak pergi tu hehehe...awak tangguh2 tu yang lambat tu.jangan marah ye..takpe lain kali g awal2 expo...

    ReplyDelete
  7. betul tu.kalau nak pergi ekspo kena pergi hari pertama terus..

    ReplyDelete
  8. Jgn disesali takdir, mungkin sesuatu kegagalan ada hikmah yg tersembunyi di sebaliknya...

    ReplyDelete
  9. Kadang kesian tgk org yang pergi maternity expo nieh selalu bersesak. Buat ekspo org mengandung tapi tak peka pada keperluan ibu2 mengandung macam kerusi tolak dan sebagainya.

    Cehh...emo pulak. Tp betullah, kita kalau pergi hari akhir mmg susah sikit:)

    Mungkin takde rezeki di ekspo tapi kat tpt lain?

    ReplyDelete
  10. mmg mahal benda tu..tapi sgt penting bg ibu bekerjaya.

    adik saya pun beli online, kata dia murah sikit.

    ReplyDelete
  11. Alaa siannyeee diaaa... kat Manjaku kan banyak brand dan harga bley pilih breast pumpu ni? Tapi kitepun beli dulu tak pernah dapat merealisasikan impian nak bf sepenuhnya sebab sedang minum direct pun susah nak kuar, bile pam sampai nak tercabut rasa tp kuar susu setitik dua huaaa...
    My latest Entry :)
    JJCM: Nasi Kukus Ayam Dara Berempah (Selera Utara)

    ReplyDelete
  12. tak da rezeki la tu :D

    selamat berkusus yer

    ReplyDelete
  13. Banyok weh Mosquito Repellant...cer agih ke akok sket..hahahaa....

    Tak dan ye nak beli pump tu....takpe lah cari kat kedai yg jual alatan bb je la...nanti boleh BF kat bb sepenuhnya ..

    ReplyDelete
  14. Kalau ekspo ni kena cepat, kalau lambat memang kejap je stok abes..

    ReplyDelete
  15. eh mana breast pam aku ye..yg letrik dh rosak..yg manual..hmmm...

    nnt aku tgk blk..bleh bg ko pnjm..buat gili2 pakai dgn ko punya...

    ReplyDelete
  16. Hi kak Lyd....
    senyummm xyh sedih sgtt myb xde rezeki kak Lyd..! ;))

    Kak Lyd awat pi Mid velly tak bgtw klau dak boleee jumpa kak Lyd jap iskkk ;|

    ReplyDelete
  17. xsempat nak gi aritu...bz sangat ke sana sini...kalau pegi,entah2 dapat peluang jumpa dengan lyd kan...=)

    ReplyDelete


  18. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete
  19. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete
  20. Tak ada rezeki la namnaya tu..hehhe...

    ReplyDelete
  21. kesian lyd takdak jugak ... mungkin ada hikmahnyer tuh kot..nanti bila ade ekspo er jualan murah kat mana2 haa cepat2 jd early birds ok..

    ReplyDelete
  22. alahai kesiannya, mungkin tak ada rezeki kot. Takpe bulan 4 ni ada lagi expo ni. Kalau tak silap bulan 1 pun ada juga expo mcm ni kat pwtc, tp boothnya takla sehebat expo yang kat mid ni.

    btw salam kenal ya :)

    ReplyDelete
  23. mesti frust kan... xpela..dh xde rezeki..mesti ada hikmatnyer... hanya allah y tahu...

    ReplyDelete
  24. mmg tak ada rezeki dan tak ada izinNYA. kalau tak mesti dah dpt breast pump tu dan senyum pun mesti lebar giler kan? hehehe...

    ReplyDelete
  25. hehehee...kesian... biasanya memg mcm 2 la jadinya klu kita nak sgt pergi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...