Sejahteralah ke atas kamu....
Kalau saya buat keputusan untuk bersalin sendiri di rumah menggunakan teknik water birth, tanpa bantuan midwife, tanpa bantuan pegawai perubatan dan tanpa pengawasan mesin-mesin perubatan, agak-agaknya kena buang keluarga tak? Heheh.
Ahad lepas, seorang sahabat saya dah berjaya melahirkan anak menggunakan teknik ini. Sendirian bersama suami di rumah mereka. Bayi lelaki mereka seberat 2.95kg. Sihat walafiat. Saya yang mendengar berita itu terus je terkagum sampai sekarang. Bukan tak biasa dengar orang putih beranak sendiri kat umah. Kat Malaysia pun dah mula menular melahirkan anak secara semulajadi ni. Cuma sebelum ni saya tak feel sangat sebab saya bukan kenal pun orang yang ceritakan tentang mereka lahirkan anak secara water birth ni. Tapi bila member saya sendiri yang lalui pengalaman ni dengan berjaya serta selamat, maka 99 kali ganda saya kagum. Memang berani dan nekad la korang. Actually yang kawan saya tu suami dia. Isterinya saya hanya kenal gitu-gitu je. Yang pasti, suami isteri memang saling sapot menyapot biki antara satu sama lain.
Walaupun naluri saya sebagai seorang manusia [eceh] sangat ingin mencuba bersalin se'natural' yang boleh. Baru la thrill kan? Ha ah... memang thrill. Padahal saya ni bapak le penakut. Nak kena amik darah pun mentakuti. Inikan pula memberanakkannya sendiri. Kekuatan dan nekad tu takde rasanya dalam diri saya. Kalo saya mengalami sensorang contraction dalam masa yang lama, mesti saya dah panik. Tak dapat saya bayangkan kalo kena handle tu semua sendirian dengan Mat Azghul je di sisi. Panic room la jadinya nanti. Macam kawan saya tu, mereka memang dah pergi kursus untuk lahirkan anak secara water birth tu selama 2 bulan. Mereka dan diajar cemana nak handle situasi genting, cemana nak tenangkan fikiran even control penafasan. Maksudnya mereka dan well-prepared, bukan zero knowledge tentang teknik2 tu semua. Lagipun yang paling penting, tentulah Allah melindungi mereka. Semuanya dengan izin Allah jua.
Padahalnya kalau kita berfikir.... masa zaman kuno sebelum adanya bidan yang belajar ilmu kebidanan, dan sebelum adanya doktor serta peralatan canggih dulu.... cemana wanita bersalin? Sorang-sorang jugak kan? Takde ubat apa pun. Kawan saya kata, isteri dia mengandung memang cara oldskool. Langsung tak makan ubat atau supplement yang disyorkan oleh doktor. Dia makan macam biasa je. No chemicals was taken. Alhamdulillah anaknya sihat.
Apa yang ada di dalam dunia perubatan sekarang ni, saya nampak lebih kepada perniagaan dan keuntungan. Kalo Cesarian bleh buat untung. Kalo suntik epidural pun buat untung untuk hospital. Suntik itu ini semuanya akan cas duit pada pesakit. Pendek kata, ibu yang mengandung akan serahkan diri sepenuhnya kepada doktor yang merawat. Yelah.. dah sebab kita kan tak tau pasal perubatan. Mestilah percaya kat doktor.Media pula memainkan peranan. Mereka boleh mengeluarkan berita melalui media iklan untuk menyampaikan 'kebaikan-kebaikan' ubat mereka. Mereka juga menyebarkan iklan tentang 'kesan sampingan JIKA TAK AMBIL ubat mereka'. Itu yang keluar statement, kalau kamu tak makan vitamin tertentu, anak boleh jadi begitu, boleh jadi begini. Siapa tak cemas kalo those experts dah kata gitu. Kata-kata menakutkan yg dah macam ugutan.
Sedangkan pada zaman nabi-nabi dulu, mana la ada ubat-ubat tu semua. Semua nutrisi diambil daripada sumber semulajadi. Takde pun Folic Acid, Obimin, DHA, AHA segala jenis. Tapi tengok la anak-anak orang zaman dahulu, bijak-bijak. Menghafal Al-Quran dan mempunyai daya ingatan yang super hebat seperti 4 Imam besar kita, Hanafi, Hambali, Maliki dan Syafie. Yang menerajui bidang Matematik, Sains dan Astrology seperti Khwarizmi, Al Biruni, Avicenna [Ibnu Sina], Al Khindi dan ramai lagi ilmuwan Islam. Apa yang mak-mak mereka makan ye?
Sape berani bersalin sendiri mcm kawan saya tu?
aku berani kentut dalam air je....
ReplyDeleteNizam : Kentut dlm air, aku pun berani.
ReplyDeletelyd...cubalah lyd...nak gak tahu camne rasanya...hehehe...bersalin dalam air...nanti terus dia berenang dalam air tu...hehehe...
ReplyDeleteemm..tak berani la lyd!
ReplyDeletesaya tak tahan sakit..
adik beradik saya 6 org bersalin kat rumah, saya & 2 adik je kat spital.
Sumber2 tu banyak dalam makanan harian kita jer...tapi kalau dah jadi kari, jadi asam pedas, jadi kailan ikan masin..khasiat dah hilang..tinggal penyakit je.
ReplyDeletekalau saya plak.. walaupun ni nak branak 4... takot tu still ada.. kot2 tak boleh nak teran ka.. kot2 apa masalah lain ka.. cam skrg dah tentu2 tahu baby songsang.. lagi 2 minggu tak tau la mcm mana.. dia pusing ke tak.. hmmm kalau nak wat teknik ni.. teringat saya Dato' angkasawan kita tu pun wife dia guna teknik ni.. dan akan guna teknik ni gak utk anak ke2 nanti...
ReplyDeleteape pun.. mmg kena training dulu, kursus apa yg patut, baru lah ada skit preparation utk sambut baby.. cam smlm saya kat spital.. sib baik asben ikut.. so dia tau lah gak cara2 nak tenangkan wife dlm bilik labour tu.. kan wife tengah nazak plus semput tak cukup oxigen nanti.. wallahualam... harap2 semua ok.. tak sabar tapi nerves gak..
rasa mcm nak cuba je bila dah nak dpt baby nnt...tp saya dpt bayangkan husband saya akan reject 100% sebab dia lagi takut dari saya...hahahaha
ReplyDeletelyd xnak cuba ke? pastu story pengalaman kat sini =)
terima kasih share pasal ubat2 time pregnant tuh...teringat mak saya dulu pun takde plak asid folik bagai kan..yg penting jaga pemakanan. ni saya rasa ramai sibuk amek vitamin itu ini, tapi sebulan mesti 2,3 kali makan mcd la,kfc...sama je kot eh
sorry pjg sgt(sebab topik byk subtopik) hahaha
boleh gak kot try kan :)
ReplyDeletetp ada berani kah? rasanya sy mmg serah diri kat sepital jela...
anyway, mama lyd dah berselera mknx muntah2 dah? good :)
take care both u n baby.
Woww!! seribu kali kagum jugak dengan member Lyd tu..
ReplyDeleteKena mintak pendapat dia la dan faktor penyebab dia boleh bersalin sendiri dengan teknik ni..
Kawan forum saya juga gunakan teknik ni. Tak jumpa plak blog dia pasal pengalaman dia tu. Kalau saya tak tau lah boleh ker tak nih ☺☺. Kalau yakin...boleh jer cuba ☺☺
ReplyDeleteSalam kenal ☺☺
saya sangat panic masa air ketuban saya pecah di taman esplanade depan sepital tu.... pastu rasa tensen sebab kena u-turn jauh kat depan jalan wong ah jang masa nak terus pergi sepital.... *rumah saya takde tub mandi*
ReplyDeleteUmmiArissa : Huh.. kita penakut. Baby tak lemas kalo keluar dlm air. Sbb dia masih dlm proses nak sesuaikan diri utk bernafas sendiri. Kan selama dlm perut ibu, dia dikelilingi air ketuban.
ReplyDeleteUjie : Awk, saya pun tak berani. Saya cepat panic. kekeke.
Nafisa81 : Ye jugak kan? Gaya masakan kita ni sebenarnya kurang sihat.
JassNani : Ha ah, ada jugak baca pasal wife Sheikh Muzaffar tu. Tapi dia tak sendirian. Dia bersalin kat spital jugak cuma masuk dlm kolam. Untung la suami dpt kursus skali.
Vanilla : Boleh mula cari maklumat sekarang dan cuba yakin kan aswad mulai sekarang. Saya rasa dia okay kot. Cuma yg bahyenya kalo time awk nak bersalin tu dia takde di sisi. Harap2 masa dah nak ada anak nanti korang dah dok bersama.
Mrs R : Sama la dengan. Saya pun rasanya serahkan je la kepada doktor. Takut nak handle sendiri waktu cemas tu. Alhamdulillah skrg dah sihat, tak muntah2 dah.
Myra Jay : Kan? Kagum sgt. Sebab derang berani. Anak tu ank sulung plak tu. Derang 2 org tu mmg agak moden dan berfikiran positif. Sbb tu boleh rasanya.
Fiza Rahman : Salam kenal. Afda jugak saya baca blog yang share experience dia bersalin mcm kawan saya ni. Mmg inspiring.
desperate mama : Hehehe... oleh sebab waktu tu saat genting, jalan wong ah jang dgn spital pun rasa jauh. Padahal kalo waktu biasa sebenarnya jaraknya dekat saje. Betul tak? *tak perlu guna bath tub awk. Bath tub tak cukup selesa. Derang gunakan kolam plastik yg macam kolam budak2 tu. Tapi design dia senonoh skit la. Mcm ada pelampung gitu.
waa.. seram bila pikir, tp untung, ganjaran besar,,huhu
ReplyDeletetak pe laa... bersalin kat hospital je la... heee3x
ReplyDeletebersalinlah kat hospital..tp dinasihat jgn ambil suntikan epidural yer..merana satu hari
ReplyDeletemelainkan kecemasan aku tak sanggup kot sambut kelahiran tu sendiri je kat rumah tak kira la cara ape sekalipon..aku phobia darah kot..hahha..
ReplyDeletex ramai yg berani mencuba ni
ReplyDeletekalau ada konowledge boleh je. tak pernah dpt suntikan epidural. tak ada dia orang offer nak bagi pun. setakat ubat utk matangkan paru2 baby je ada la. cucuk dibontot dan rasanya sangat 'sedap'. hahaha...
ReplyDeletekalau Na mmgh xkan berani laaaaa pulak mcm ni gaya nya hahaha lagi macam bahaya dari tersangkut pokok je kak Lyd ;D
ReplyDeletemmg dh lme psg impian nk bersalin dlm air...hope dpt..haha pregnant pun xlg...dh berangan =)
ReplyDeleteLyd, ini blognya. Tak tau lah klo kamu pernah baca.
ReplyDeletehttp://superibu.blogspot.com/2012/10/our-first-homebirth-journey.html
JR pernah terbaca bahwa teknik bersalin dlm air ini menjadi teknik yg sangat popular di Israel yg digalakkan kerajaan mereka bagi membina generasi masa depan Israel yg tahan uji dan gagah. Jadi jika musuh Islam (israel) ada keazaman yg begitu kuat untuk membina generasi masa depan yg gagah, kita orang Islam juga perlu punya keberanian yg sama bagi membina generasi gagah di masa depan yg mampu menghadapi musuh-musuh Islam..
ReplyDeleteApapun tahniah kpd Lyd kerana ada keinginan itu....
macam penah dengar artis kitapun der yang cuba benda gini.. cam dah lama kot bendani...
ReplyDeleteadik beradik akak sorangjer lahir kat sepital .. lain kat rumah bidan kampung...
waterbirth ni kt msia mmg xrmai yg buat...sy pn teringin sgt2 nk beranak natural dn guna air mcm mat salleh tu...kawan yg pernah beranak guna cara ni bgtau,xsesakit beranak biasa kt hospital kt negara kita ni...teruja dgr n nak sgt2 try since yg sulung kuar kt tingkap....
ReplyDeleteBerbagi Kata Kata Motivasi
ReplyDeleteJangan Pernah Menghitung Kerugian Karena Akan Membuat Kita Malas Untuk Membangun Kembali Usaha Yang Rugi Tersebut. Kerugian Cukup Sebagai Bahan Instropeksi Diri Agar Kita Tidak Jatuh Pada Lubang Yang Sama.moga bermanfaat salam kenal.
waa.. ni takot nak khawen ni. eh. salah topik ke ape ni?
ReplyDeletesalam lyd...
ReplyDeletemenarik cite kawan awak nie..jom kita cuba...sy bila ingat pengalaman bersalin susah giler dulu cam terasa nak try water birth..tp kalo kat sini sape nak ajor kan....
erkkk... bnyak dah dgr n baca tentng teknik ni... tapi klu Ahlam pn Ahlam xbrani...huhuhahaha
ReplyDeletekalau boleh biar laa bersalin normal...tak kisah le teknik apa pun kan... sy dah 2x cser... no choice... dah cuba utk normal even dah buka jalan 8cm dah pun last2 cser jugak utk selamatkan bby yg hmpr lemas kerana proses kelahiran dan contraction yg terlalu lama... kita bertarung nyawa utk lahirkn anak...bby dlm perut pun bertarung nyawa utk dilahirkn ke dunia...
ReplyDeleteKalu dah prepare dgn ilmu bersalin kat mane2 sorang2 pon tak takot dah inshaAllah...bersalin secara alami ni sgt2 nikmat rasanya...saya dah 2x czer sbb xde ilmu...alhamdulillah anak ke3 dpt bersalin normal.hajat nak homebirth tp jd carbirth...inshaAllah kalu ade rezeki nak home n waterbirth plak
ReplyDeleteNak tanye sikit. Kursus water birth tu buat kat mane ye? Sbb kalau g kt hospital private min kos rm6k. Mahal sgt. Betul2 buat duit tu. Tapi teringin nk guna cara water birth but xde ilmu. Huhu.
ReplyDeleteSalam perkenalan semua.