Skip to main content

Kepala Angin : Episode 1 - Offer

Sejahteralah ke atas kamu....

Beberapa puluh tahun dulu, saya ke Kuantan Parade. Niatnya nak tukar kanta speck mata saya. Kanta lama dah makin tak nampak bila pakai. Masa tu saya nak survey dari kedai ke kedai bersama sorang ofismate. 

Kami hampir tiba di satu kedai cermin mata ni.... Dari jauh kami dah nampak ada sorang pekerja kedai tu berdiri di depan kedai dia untuk welcome orang yang lalu lalang depan kedai tu, mungkin juga untuk tarik minat pelanggan supaya masuk ke kedainya. Saya dan kawan saya dah berkira-kira nak masuk kedai tu..




Bila kami baru nak masuk kedai tu, pekerja yang tunggu kat luar tadi terus cakap kepada kami, "Ada offer". Pastu kan.... Saya dengan kawan saya boleh plak rasa sakit hati sebab dia cakap ayat 'ada offer' tu. Apa dia ingat kiterang ni nak masuk kedai yang ada offer je ke? Dia ingat kita takde duit ke nak beli speck mata tu sampai nak bagitau awal-awal yang kedai dia ada offer?? Pastu terus kiterang tak jadi masuk kedai tu. Hahaha.. Melampau tak saya punya kepala angin zaman dulu-dulu? Kekeke.

Seriously bila saya fikir balik, apa masalahnya mamat tu nak bgtau kedai dia ada offer. Dan apa salahnya kedai dia buat offer kan? Memang sangat-sangat bagus sebenarnya. Tapi oleh sebab masa tu saya dengan kawan saya memang kepala angin, poyo tak bertempat, sanggup kiterang tak beli kat situ. Itu kenangan la. Sekarang dah takde la sikap berlagak tak tentu pasal tu.


Comments

  1. semalam aku tengok Primadona, isu pasal gila shopping ke apa entah..si Hanis Zalikha tu kata, dia tak suka tawar menawar sebab nampak macam orang tua..

    Kau pulak taknak masuk kedai yang ada offer..ni mesti masa muda2 kau rasa macam anak orang kaya kan? hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik H : ada sikit la prasaan mcm anak org kaya tu wp sbnrnye tak kaya lgsung hahaha.

      Amalina : tu la. Melampau je moksu rasa bila kenang blk peristiwa tu.

      Hans : really awk pun mcm tu? Hahaha. Saya ingat sy dgn kawan sy je mcm tu.

      Ummu aidan : tu ego je smata2 awk. Kalo skrg org kata ada offer, sy terus terkam masuk.

      Jassnani : kan? Masa blum matang mmg kelakar perangai manusia ni. Malu sndiri bila ingat.

      Ina : dulu aku mmg poyo nk mampuih. Aku pn bsyukur sbb masa aku kawen ni umur aku dh matang sket je. Kalo tak, mesti aku slalu cari pasei dgn org tanpa sebab. Huhu.

      Delete
  2. haha..ape la mok su ni xD kesian org tu lepas ni terus die xmau ckp dah agaknye

    ReplyDelete
  3. hahahaa...
    tapi saya pun sekarang macam tu lagi
    cuma tgok pada wajah orang tu
    kalau dia sebut ada offer n muka dia nampak ikhlas saya okay jer
    tapi kalau cara dia cakap offer macam saya nih sengkek sangat memang saya gi tempat lain
    hahahaha

    ReplyDelete
  4. tercabar ego kan..hehehe...
    sepatutnya rs tertarik kerana tentunya harga yg ditawarkan menarik ngan offer..

    ReplyDelete
  5. macam2 perangai kalau blom matang kan.. bila kita ingat balik... mmg tak kuasa... kenapa jadi camtu... tapi tu lah.. belajar dari kesilapan itu lebih baik... kan...

    ReplyDelete
  6. hahaaaa..poyo sgt kau kak..
    seb baik dh tua ni tak buat perangai gitu lagi :)

    ReplyDelete
  7. Sampai sekarang JR tak selesa jika jurujualnya terlalu peramah hingga kita nak pilih pun susah sbb dia akan mempengaruhi pilihan kita. Sebab tu jika masuk kedai dan jurujualnya terlalu peramah, JR akan blah...

    ReplyDelete
  8. koi tak pandai tawar menawar..justeru itu kedai 'ada offer' mmg jadi pilihan

    ReplyDelete
  9. ish3... rugi la kalo x masuk. ego tolak tepi. janji bole jimat duit. ekekeke...

    ReplyDelete
  10. hehe..betul la tu. kdg2 terbawa emosi sendiri. dah tentu org tu nak meniaga, kenala bgtau bila ada promosi kan..

    ReplyDelete
  11. biaselah peniaga akan cuba sedaya upaya market barangan mereka.
    orang tak tanya pun dia cakap jugak ade 'offer' menarik.
    (pernah kerja kuli dulu....)

    ReplyDelete
  12. pastu akak beli cermin mata kat kedai yg tak offer lah..

    ReplyDelete
  13. tuler sebab jadi sales person kena ada caranya.. kena tengok orang dulu baru boleh bersuara..
    yang penting akakpun kalu ditegur begitu terusik gak perasaan... maalumler orangnyer selekeh kena tegur gitu isyh tak patut222222.. tapi sound dia balik boleh...

    ReplyDelete
  14. Hheheee, itula kan, kadang persepsi tak sama..
    Mungkin niat dia baik nak bgtau ada offer, konon buat orang teruja, tp rupanya dia tersilap :D

    ReplyDelete
  15. hihi..tak bagitau salah dah bagitau pon salah..
    sabaq je la kan ;)

    ReplyDelete
  16. Hehehe...biasa la...masa zaman muda2 dlu mmg kita dgn angin kita je...pntang org slh ckp skit kita nk melenting...skrg kn dh berubah...lyd pn bkl jd mak xlama lg...emosi kna kawal tau...dugaan byk nnti:-)

    ReplyDelete
  17. he he he .. angin gus2 dtg lah tu.. epy new year ye

    ReplyDelete
  18. memeg kepala angin.. klu Ahlam terus jer masuk tgok2 klu ada ofer....hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...