Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Creative Cutlery : Sudu Garfu Unik dan Menarik

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Saja-saja nak share, rekaan menarik bagi sudu dan garfu (Cutlery)

Big Fish Moment With Pizza Hut

Kisah Yang Tak Tipu..Sila baca sehingga habis. Menarik ni. 23 Mei 2010. Ahad. Pagi itu saya bangun daripada tidur dengan perasaan yang sungguh tenang dan tenteram. Rasa gembira memenuhi setiap ruang di dalam hati saya. Saya tahu saya bermimpikan sesuatu pada malamnya. Mimpi yang telah mempengaruhi mood saya menjadi bahagia. Cuma..... Saya tidak dapat mengingati walau secebis pun tentang mimpi tersebut. Saya melakukan rutin setiap hujung minggu saya seperti minggu-minggu lalu juga. Mempersiapkan apa-apa yang perlu. Dan yang penting, segalanya dilakukan dengan hati yang gembira. Kesan daripada mimpi indah yang tidak ketahuan itu. Sehingga waktu petang, apabila saya dan housemate saya [Atul] mulai merasa lapar dan telah bermuafakat membawa berkat untuk malas masak dan maka kami bercadang mahu makan di luar. Selepas bersiap-siaga (cekonon macam nak pegi berperang, perang asid perut dgn makanan yang bakal kami makan nanti.. ngeh..ngeh..), kami menuju ke PJ Old Town. Nak cuba tengok apa ada...

Traffic Reports

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Signal Saya tak faham kenapa pengguna-pengguna jalanraya begitu berat tulang untuk memberi signal jika ingin menukar lorong atau masuk simpang. Nak jimat bateri keta ke woii??!! Apa dia sangka, org lain dapat baca fikiran dia mcm status kat Facebook? Dia ingat bila dia fikir je nak tukar lane, tetiba pengguna-pengguna jalanraya yang lain terus je dapat visi tentang hajat dia tu? Saya dengan tegasnya nak bgtau kat sini, sesape yang memandu, dan tak beri signal masa nak tukar lane atau masuk simpang, memang adalah seorang manusia yang biadap dan tak hormat pengguna yang lain! Muktamad! Polis Traffik Penatnyer tangan polis traffic bagi signal untuk 'terus bergerak' sbb tak berhenti2 dia goyang tangan dia. Kalo ada satu alat yang bleh gerak mcm tangan polis traffic, bukankah lebih bijak, mudah dan tak penat...

Hati Masih Terharu

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Saya sungguh bertuah. Dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik. Sungguh terharu rasanya bile saya mintak tolong, dengan mudahnya saya dapat pertolongan, walaupon org tu tak dpt benefit apa-apa pon daripada saya. Heheheh.. Ni nak citer pasal apa ni sbenarnya? Cuba cerita jelas2 skit. Kasi org faham. Ok, mcm ni... Saya ni bleh dikatakan sbg 'pompuan lembik yang takleh harap' ~kadang2 blur pon ader. Selalu nak kena minta tolong org lain utk bantu saya buat sesuatu. Dan segala puji bagi Allah kerana Dia telah menjadikan saya seorang yang bertuah. Tiap kali saya perlukan pertolongan, mesti ader jalan penyelesaian yang tidak disangka-sangka yg Dia sediakan utk saya. Kalo saya nak senaraikan di sini, akan jadi 'Over Quota' la entry ni nanti. Tapi sebagai contoh; masa kereta saya rosak, buat onar kat mana2, pasti akan ader org yang entah dari mana dtg, hulurkan bantuan dan pergi begitu sahaja. Biasanya saya hanya sempat ucapkan ...

Cerita Tentang Kucing dan Baka Keturunannya

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini... Sementara tunggu report yg saya run ni complete, biar la saya citer skit tentang perkara yang saya suka dgn perasaan yg sungguh mendalam. Iaitu tentang kucing; haiwan peliharaan yang comel dan manja dan comel dan manja dan suka guling2 kat pasir lepas mandi. [Kalo kat kampung la. Kucing kampung ni kan nakal skit]. Baka kucing yang betul2 asli ada dalam lebih kurang 30 jenis. Kalo kira dalam senarai kat Wikipedia, ada 27 jenis yang betul2 natural. Maksudnya natural kat sini ialah yang belum dikacukkan lagi baka tu. Saya malas la nak senaraikan semua jenis baka kucing kat sini. Tapi cuma nak highlight beberapa jenis baka je. 1. Zaman dulu-dulu, saya suka kucing baka 'Scottish Fold' . Kucing baka ni, muka dia mcm burung hantu skit. Telinga kecik dan menghala ke depan dan muka kucing baka ni mcm bersegi skit. Mengada-ngada kan kucing2 ni. Muka gedik.. Eeii... Geram saya tgk. .................................................

Sebenarnya Nak Cakap Dalam Hati Je....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Saya selalu terlepas cakap. Kdg2 apa yang saya nak cakap tu, saya cuma nak cakap dalam hati je, tapi tetiba laju je kuar kat mulut. Semalam, dalam kul 4.30 ptg, saya tinggal sorang2 je kat area work station saya. Pakai headphone, pasang lagu Black Eyed Peas - Meet Me Halfway. Pastu saya nampak Senior Manager saya [boss] kemas brg dan kuar dari bilik dia dgn notebook dia mcm gaya nak balik dah. Padahal blum time lagi. [Time balik kat ofis ni jam 5.15 ptg]Then, saya terlintas kat dalam hati 'awal balik....', tapi rupa-rupanya statement tu terkeluar dari mulut saya. Huhu.. Saya nampak boss saya pandang ke belakang lepas saya cakap tu. Tapi saya sengih je la kat dia. Dlm 10 minit lepas tu, ader sorang ofismate saya, GamGam dtg kat saya dan ckp sambil gelak2; "kuang hajar punyer anak buah. boleh dia sound boss dia macam tu..". Saya mcm "errkk..... ko dgr ke aku ckp td?". GamGam kata "Abih? Ko ingat ko ckp...

Macamana Nak Kaya?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Sedang buntu memikirkan.... Macamana nak jadi kaya ni? Ada sesape tau? Nak bisnes... tapi tak tau nak bisnes apa. Nak jual barang pon tak reti. Kalo reti pon, tak tau nak jual apa. Kalo tau nak jual apa pon, tak confident bleh laku ke tak... Nak jual servis, tak der kemahiran. Nak jahit baju. tak reti jahit baju. Nak bwk bas skolah, tak reti bwk bas. Nak develop website, takde kepakaran plak. Nak jual kek? Nak jual cookies? Jual baju? Jual buku? Jual kosmetik? Join MLM? Arghh..... Stresss.... Jadi penyanyi kang suara tak sedap. Nak jadi pembaca berita lak, gigi berterabur. Adehhh... Canner nak kaya ni. Nak kaya! Nak kaya! Tolong beri jawapan. Beri idea.

I'm An Animal... Whoopss... Animals Lover... :p

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Ni semua salah kuda laut! Sbb saya nak cari gmbr dia la yang saya terjumpa mcm2 lagik gmbr2 sea creatures yang menarik. Ohh... Saya ni walaupon gorjes dan elegant like an elephant, tapi i love animals you see. Saya sgt-sgt suka dgn haiwan. Haiwan sgt comel. [Ala..tomel..tomel..]. Yang paling saya suka of cos la cats but not included Cat Steven ye. Hehehe... [Ceh, galok plak ckp bahasa rojak ni. Mcm geli2 je nak baca bahasa berterabur ni.] Binatang2 buas pon saya anggap comel. Mmg comel le sbb saya tgk dlm TV je. Kalo jumpa betul2, face to face, eyes to eyes..... jawabnyer, sekian dulu la riwayat hidup saya.... huhu.. Smlm masa tgh dudok saje2 kat umah, sempat gak saya tgk National Geographic kat TV1. Citer pasal mak beruang ajar anak beruang tangkap ikan Salmon dari sebuah sungai di Alaska. [Tuan-Puan sekalian... Ikan Salmon adalah sejenis ikan sungai. Tapi yang pasti, ikan Salmon takder kat Sungai Lembing. Sbb sungai yang suhu seju...

Merepek Betul..

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Baca Harian Metro Online tadi. Salah satu berita pelik yang dipaparkan dlm tu, ialah tentang sorang pompuan yg minum air rebusan kuda laut utk dapatkan suara merdu seperti Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. [Sbb selalu pergi audition tapi asyik kena rejek.~Dah kalo suara tak sedap. Takat nyanyi karaoke je, ramai lagi org kat Malaysia ni bleh.]. Last2, duit lesap [sbb bayar kat Tok Moh], dan tekak pon sakit. *Tergamak dierang ni rebus kuda laut yang comel ni... Ish..ish..ish... Aiii...Ramai betul org nak jadi penyanyi skrg ni. Semua audition pertandingan menyanyi, bukan main berpusu2 org dtg unutk audition. Kalo buka kelas mengaji Al-Quran, wp secara percuma, mesti yg dtg hanya 10 org. Pastu makin lama makin susut jumlah tu. Confirm punyer. Malaysia kan Boleh?

After Office Hour

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Lepas abis waktu ofis semalam, saya turun ke lobby bersama Org Kg Baru. Masa tgh ramai2 serbu Touch Point utk swipe access card saya, ader sorang staff lelaki SSM dari Division lain tegur saya 'Hai'... Then saya dgn otometiknyer jawab 'haiiiiii...' dgn nada miang + gedik giler vavi. Padahal tak sengaja pon nak kuarkan intonasi mcm tu, tapi ntah mcm mana TER jugak. Kemudian, dgn selambanya Org Kg Baru gelakkan saya. Ceh. Kacang luperkan kulit sungguh! Grrr...!@#$%^&**().

Mazda2 Sudah Ada Di Pasaran Malaysia!!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Untuk makluman kepada sesiapa yang berangan nak beli keta... Vroommm....vroommmm.... MAZDA 2 SEDAN & HATCHBACK NOW IN MALAYSIA – RM79,859.50 – RM85,189.50. Ini adalah strategi Mazda untuk compete dgn TOyota Vios dan Honda City. Yeah... I'm Nissan Crazy!!!! *Ceh, takder kena-mengena. Kalo tak caya sangat... Sila la lawati link yang saya sertakan di bawah ini.... http://kereta.info/mazda-2-sedan-hatchback-now-in-malaysia-rm79859-50-rm85189-50/

Takdir Dari Sudut Yang Berbeza

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Saya pernah membaca buku yang bertajuk 'Keabadian Masa dan Hakikat Takdir' hasil tulisan Harun Yahya*. Dalam buku tu, dia ceritakan tentang bagaimana manusia menilai masa menggunakan persepsi-persepsi tertentu. Menurut beliau, kita menganggap masa dalam hidup kita adalah 24 jam = sehari. Sedangkan dunia ini luas. Di planet2 lain, sehari mungkin = 1000 jam. Contohnya, sehari di planet Utarid = setahun di bumi. Jadi itu adalah salah 1 contoh persepsi manusia tentang masa. Cuba kamu fikir dari sudut yang berbeza tentang takdir. Bagaimana jika saya katakan bahawa seluruh hidup kita ni sebenarnya sudah selesai. Dan takdir hidup kita sudah berlaku dgn lengkapnya. Di mana, kesudahan hidup kita sudah pon tertulis dan berada di dalam tangan Allah. Hanya... Kita je yang tak tau apa kesudahan hidup kita. [Sorry housemate... Ko mesti malas nak baca entry ni sbb ari tu aku dah bincang dgn ko pasal ni... kehkeh..]. Oleh sebab kita hidup di ...

Tip-tip Membeli-belah : Yey! Beli Baju Baru

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Membeli-belah. Lepas beli, kiter blah. Seronoknya membeli-blah. Nak-nak time duit tgh berkepuk. Tambahan plak bila ada byk masa lapang nak buat pilihan terbaik bg membeli brg2 yg kita dah lama kempunan nak beli. Wah... Syiokk... Nak membeli blah takder masalah. Duit kamu. Harta kamu. So, sukati la nak spend byk mana pun. Tapi kalo nak shopping baju/pakaian... Kat sini saya ader beberapa pedoman utk kamu supaya kamu tak membazir tak tentu hala; Tips membeli pakaian baru! 1. Kalo bleh, cuba elakkan daripada membeli terlalu byk baju dlm masa sehari. Mcm la esok dah kiamat. Mentang-mentang duit berkepuk, kamu belasah beli baju sampai 20 pasang pada hari yang sama. Seelok-eloknya, sehari beli 1 je. Kalo dah tak dpt tahan sgt, baru la beli 2. Bukan apa... Membeli terlalu banyak baju dlm satu masa, bermakna anda tidak memberikan hak yang adil terhadap baju-baju tersebut. [Baju pon ader hak keadilan ke??? Hehehe]. Sepatutnya baju baru perlu...

Tak Reti Dowwww.... *Ayat trademark Alfir

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Selalu dengar kan ayat tu? Ayat yang diakhiri dgn perkataan 'dow' atau 'douh' atau ada juga yg sebut 'dol'. Dari mana asal usul perkataan tu sebenarnya ye? Apa maksudnya perkataan tu? Secara jujurnya, saya pun selalu gak sebut perkataan. Tp bergantung kepada dgn siapa saya bercakap la. Yang saya tau, apa yg saya selalu sebut ialah 'douh'. Nama manja bagi 'bodoh' tapi bukan bermaksud org yg saya tujukan ayat tu adalah bodoh. Tu hanya pelengkap ayat nak kasi nampak poyo + konon2 cool. Yang org selalu sebut 'dol' plak, saya tak pasti apa maksud sebenarnya. Mungkin maksudnyer mcm panggil Sarep Dol, samseng Kg Dusun kot. Tapi tahukah kamu, dlm bahasa Arab, ada juga perkataan 'dhol'. Maksud 'dhol' adalah 'bingung'. Atau maksud 'dhol' di dalam surah Al Fatihah adalah 'sesat'. (Waladhollin. Amin.). Dlm bahasa Hindi pula, dhol tu adalah intruments muzikal (...

Suhu. Panas. Sejuk. Panas.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Panas betul hari ni. Pasang kipas maximum pon masih lagi rasa berkuap liang roma saya. Air-cond ? Oh... Belum pasang air-conditioner lagi la kat rumah. Dua hari lepas. Di Lab Multimedia Intan Bukit Kiara. ~ Semua peserta kursus Multimedia Authoring merungut dgn suhu sejuk yang tak logik kat lab tu. Biler dah tgk muka sorang² anak murid dia dah purple tahan sejuk, lecturer pon tanya... 'Ada apa² masalah ke?'. Pastu ramai² jawab 'Sejuk sangat la Mr Burn...'................... Mr Burn jawab : Ye... Takper la kalo sejuk. Harap² bleh bersabar la yer. Tapi, kita bersyukur la ye sbb kiter tinggal kat Malaysia. Kalo tinggal kat Kutub Utara sana lagi kesian. Lagi sejuk. Jadi, kesimpulannya tempat ni belum cukup sejuk berbanding dgn Kutub Utara. Students : Grrr... *Tahan sejuk sambil tahan geram dan tahan gelak, sbb jawapan Mr Burn tah hapa².

Penanda Aras Bahawa Kamu Sudah Gemoks!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Berikut adalah tanda-tanda yang kamu benar² telah meningkatkan tahap lemak tepu di badan anda; 1. Bila orang yang selalu tgk kamu bertanya, 'awk dah berisi skit yer skrg?'. Pastu esoknyer, org yang sama jugak tanya, 'berapa berat awk skrg?', then lusa dia jugak yang tanya, 'senang hati ke skrg? Nmpk sihat je..'.. So, maksudnyer, kamu perlu faham bhw maksud tersirat dia adalah 'beb... serius la ko nampak gemuk skrg. Aku tgk daging ko mcm diternak-ternak jek. Makin lumayan gitu.' 2. Bila jeans yang kamu beli masa zaman putus cinta dulu, [dgn saiz paling kecik, pastu siap kena alter lagi kat pinggang] tetiba je membuatkan kamu rasa cam semput bila pakai jeans tu. Waktu tu mgkn tak sedar diri lagi dan berkata dlm hati 'eh, kenapa aku ader mslh penafasan ni? Ni mesti resdung ni. Hidung dah takleh bekalkan oksigen yang mencukupi utk paru-paru aku. Huhh.. Kena pegi buat rawatan resdung kat Melaka ni.] Pada...

Malaysia Boleh!

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini..... Berita-berita kemajuan rakyat Malaysia pada hari Isnin 10 Mei 2010. [Ni baru sehari punyer, blum amik seminggu atau sebulan atau setahun]. Yang dlm '[]' dan bertulisan Italic tu, adalah pendapat personal Lyd. Harap makngah. Wanita HIV meningkat KUALA LUMPUR: “Jumlah wanita yang menghidap HIV dikesan semakin meningkat apabila 15 orang daripada 1,000 wanita dikesan menghidap penyakit itu,” kata Timbalan Pengerusi Majlis Aids Malaysia, Datuk Mohd Zaman Khan. Lagi.. [Ini hanya jumlah yang dikesan. Berapa ramai plak yang tak dikesan??] Pengunjung lari panik GEORGETOWN: “Saya ingatkan mengalami tekanan darah tinggi semula apabila kepala seperti berpusing dan pening seketika,” kata pekerja pusat beli-belah Prangin Mall, Noor Asmarane Mawi, di sini, yang merasai gegaran akibat gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter di Utara Sumatera, Indonesia, petang semalam. Lagi.. [Wp tak dikira sbg salah sesiapa, tp gempa bumi makin kerap...

Dalam Tempurung Kepala Lyd The Lead

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blogku ini...... Nuffnang : ~ Dlm akaun saya di Nuffnang hanya ader RM0.25. Huuu... Tak cemerlang pon blog saya ni. Tak dpt sambutan pon. Arrghhh... Rasa down. Tapi saya tetap akan mengepos entry baru kat blog ni. Biar la saya tulis, saya cerita, saya baca sendiri. Wink! Pekerjaan Paling Susah Di Malaysia ~ Pd pendapat peribadi saya, pekerjaan yang paling susah di Malaysia ialah.... Ahli Sukan. Lebih² lagi bagi sukan-sukan yang popular, seperti bola dan badminton atau takraw. Atau pon jadi ahli kontinjen Malaysia utk ke temasya sukan yang glamer² seperti ; Sukan Sea, Sukan Komanwel atau Olimpik [Olimpik jarang skit la, sbb masa ujian kelayakan pun biasanya dah kantoi]. ~Sebab? Sebabnya.... Biler ko kalah, ko akan dikeji, dikutuk, dihina sbb menghabiskan duit kerajaan tapi tak beri sumbangan pun kepada negara. Kata-kata nista seperti; "Boleh blah!","Main mcm pondan!", "Sia-sia je ko lahir ke dunia. Daripada kecik tanak mamp...

Kalo Kamu Nak Tau...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ku ini..... Smlm, kawan saya cerita.... Ader sorang kwn dia yg keja dalam bidang logistik yg selalu dpt projek utk angkat sampah di sekitar KL ni, citer kat dia mcm ni.... "Sebenarnya..... Hurrrmmmm [sila tarik nafas dalam² and be ready...] kalo nak dikirakan berapa banyaknyer kes yang dia boleh laporkan kepada polis berdasarkan apa yang dia jumpa masa angkut sampah... jawapannya ~memang dah tak terkira!~ Terlalu byk. Jumpa tangan. Jumpa kaki. Jumpa anggota badan. Jumpa bayi. Yang reput. Yang masih elok." *ayat sebenar telah diolah oleh saya utk diringkaskan dan disesuaikan dgn Salida Di Alam Maya ni. Dah mcm Astro. Macam-macam adaaaaa..... Itu pun hanya sebahagian yang dia jumpa. Yang dia nampak. Yang dah reput, atau yang 'cover baeekkkk punyer' tak termasuk lagi. Helloooo.... Ni cerita kat Malaysia tauuu. Negara yg kamu tinggal ni. Bukan negara org lain. Bukan kat Singapore, atau Denmark [ceh, mentang² skuad badminton nega...

Haa... Lupa Lak Nak Citer.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini. Siang tadi : Di lab Multimedia INTAN Bukit Kiara. PC kwn sebelah meja saya, yg tinggal di Kg Baru ader masalah OS corrupt. Jd, dia panggil technician kat INTAN tu utk repair. Maksudnyer technician tu dok seblah saya sementara tunggu installation yg dia buat tu siap.[Dia format PC tu dan re-installed semula]. Org Kg Baru tu plak terpaksa pindah meja belakang. Borak punyer borak dgn mamat technician tu, last skali sebelum saya keluar utk coffee break, dia sempat tanya 'Umo berapa?'. Sy tanpa ragu² terus jwb 'tige puloh'. Pastu saya dgr dia ckp 'mak aiiiii'. Hahahahah... Cis... Kononnya nak ngorat aku pastu tak jadi la tu konon. Bleh bla. Malam ni : Di suatu area rahsia. Saya sungguh gembira seolah-olah saya dah berjumpa semula dgn abg kembar saya yang terpisah dgn saya sejak kecik yang hanya bleh dipastikan melalui kesan seterika kat perut dia. [Sbb saya pun ader kesan seterika tu]. Ngeeee... Nak lari mana??!!! Bet...

Umor Dah 30... Tapi Kenapa Tak Kawen Lagi?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Umor dah 30. Tapi kenapa tak kawen lagi? Jawapan baik bercampur redha : Jodoh di tangan Allah. Dia yang menentukan takdir setiap hamba²Nya dan hanya Dia yang tau apa yang terbaik untuk saya. InsyaAllah, kalau jodoh saya sampai nanti, saya kawen la dgn Datuk Paduka. Jawapan baik bercampur tak pasrah : Takper la... Maybe ni balasan untuk saya... Sebab saya jahat sangat, maka Allah beri balasan kepada saya masa kat dunia lagi, supaya kat akhirat tak kena balasan dah. Dan Allah nak uji saya supaya saya jadi sorang wanita gorjes yang seterong. Jawapan jahat + bosan nak jawab + malas nak layan : Woi! Ikot suke haku la nak kawen lambat ke cepat! Bukan haku mintak duit ringgit ko pon utk sara hidop aku! Tapi.... Jawapan yang paling jujur ialah..... : Sbenornye, saya mmg sangat memilih. Jadi, sbb tu la saya belum kawen. Muahahahahah. Kriteria lelaki pojaan saya ialah ; 1) Hensem. ~ Takper... Lelaki hensem ramai. Tak susah nak carik pon..[Mm...

Bukannya Tak Boleh... Tapi............

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...... Saya nak tanya sket ni. [Errm...tapi jwpn kamu, saya tak dpt dgr pon kan? Takper.. jwb je dlm hati]. Katakan kamu tgh hang out kat shopping complex, then tetibe dtg sorang lelaki yg kamu tak kenal [atau pompuan, jika kamu yg membaca blog ini adalah seorang lelaki] dtg kepada kamu, hulur tangan untuk bersalam dgn kamu sambil berkata 'hai...saya Ismail'. Apa yg akan kamu lakukan? Mesti kamu takkan sambut tangan dia utk bersalam kan? Ye.. Saya pun akan bereaksi yang sama. Dah la tak kenal. Nak salam plak tu. Bukan muhrim plak tu.... Semalam saya gi tgk wyg dgn housemate saya. Citer The Losers. Tiketnyer jam 9.15mlm di MidValley. Tapi biasaler, kalo dah mula berkubang kat umah, mesti bertolak-tolak nak bersiap. Saya suh hmate saya bersiap. Dia plak suh saya balik. Sorang² mmg berat punggung nak gerak pegi bersiap. Ngeee.... [Bergossip sambil bermalas-malasan kat umah mmg syahdu rasanya.] Dan seperti yang disangka, mmg kami sam...