Skip to main content

Dalam Tempurung Kepala Lyd The Lead

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blogku ini......


Nuffnang :
~ Dlm akaun saya di Nuffnang hanya ader RM0.25. Huuu... Tak cemerlang pon blog saya ni. Tak dpt sambutan pon. Arrghhh... Rasa down. Tapi saya tetap akan mengepos entry baru kat blog ni. Biar la saya tulis, saya cerita, saya baca sendiri. Wink!

Pekerjaan Paling Susah Di Malaysia
~ Pd pendapat peribadi saya, pekerjaan yang paling susah di Malaysia ialah.... Ahli Sukan. Lebih² lagi bagi sukan-sukan yang popular, seperti bola dan badminton atau takraw. Atau pon jadi ahli kontinjen Malaysia utk ke temasya sukan yang glamer² seperti ; Sukan Sea, Sukan Komanwel atau Olimpik [Olimpik jarang skit la, sbb masa ujian kelayakan pun biasanya dah kantoi].
~Sebab? Sebabnya.... Biler ko kalah, ko akan dikeji, dikutuk, dihina sbb menghabiskan duit kerajaan tapi tak beri sumbangan pun kepada negara. Kata-kata nista seperti; "Boleh blah!","Main mcm pondan!", "Sia-sia je ko lahir ke dunia. Daripada kecik tanak mampusss... Dah besar, main bekbinten pon kalah"! [yg ni saya reka jek. Tak penah la plak sy dgr org maki wakil Malaysia mcm ni. Sama ader org² Malaysia baik dan sopan, atau dunia saya hanya dikelilingi org² yg baik shj, saya pon tak pasti.]
~Kalo main kat tempat lawan, pastu kalah, akan kena kutuk. "Apa laa... tak reti main, lebih baik berenti jek. Keja pejabat la lagi baek woiii".

Pastu kalo menang kat tempat sendiri nanti kena kutuk gak "Eleh... Menang kat tempat sendiri, buat pe nak bangga. Nampak sgt jaguh kampung. Kat tempat senirik je bleh menang. Kalo pegi tempat org, kalah gak. Piiraaa mabok".[walaupun kadar kutukan agak rendah, tp still kena kutuk].

Dan yg paling teruk kena kutuk kalo kalah kat tempat sendiri. "Hoiii!! Main kat tempat sendiri pon kalah ke?? Kalo setakat nak amik tempat corot tu, lebih baik bagi aku je yg main. Pegang reket pun mcm pegang sikat. Lembab! Cis! Kayu! Tiang letrik! Longkang! ~!@#$%^&*()!". *Silap², dgn saya-saya skali tumpang kutuk. Terutamanya kalo balik kampung, jumpa abg saya, then saya collaborate dgn dia kutuk pasukan Malaysia. Ngeeee... Seronotnyer mengutuk public figure. [Selain ahli sukan, artis pon selalu gak kiterang kutuk. Hahaha. Mmg dasar kuat mengutuk.]

Jadi, kesimpulannya.... Saya mmg taknak jadi ahli sukan negara Malaysia. [Abih kalo aku nak jadi ahli sukan pon, ingat layak ke? Hah? Hah? Lompat bintang 10 kali pon dah rasa semput seperti berbasikal naik bukit sejauh 58km. Naik tangga 3 tingkat pon dah rasa mcm nak pecah jantung. Ingat layak ke?? Keh.keh.Dah tentu la tak layak walaupun aku nangis merayu² kuar airmata sirap kat Misbun Sidek utk jadi pemain badminton wanita.].


Dan bagi sesape yang bercite² nak jadi ahli sukan negara plak, sila latih telinga anda utk mendengar ayat² longkang dr rakyat Malaysia dan latih hati anda utk tahan emosi jiwa luka parah menerima kata² setajam air limau yg diperah di atas luka. Huhhh... Ntah le korang paham ke tidak dgn ayat saya ni. Itu ajeeee..... Peace..

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...