Skip to main content

Big Fish Moment With Pizza Hut

Kisah Yang Tak Tipu..Sila baca sehingga habis. Menarik ni.

23 Mei 2010. Ahad.
Pagi itu saya bangun daripada tidur dengan perasaan yang sungguh tenang dan tenteram. Rasa gembira memenuhi setiap ruang di dalam hati saya. Saya tahu saya bermimpikan sesuatu pada malamnya. Mimpi yang telah mempengaruhi mood saya menjadi bahagia. Cuma..... Saya tidak dapat mengingati walau secebis pun tentang mimpi tersebut.

Saya melakukan rutin setiap hujung minggu saya seperti minggu-minggu lalu juga. Mempersiapkan apa-apa yang perlu. Dan yang penting, segalanya dilakukan dengan hati yang gembira. Kesan daripada mimpi indah yang tidak ketahuan itu.

Sehingga waktu petang, apabila saya dan housemate saya [Atul] mulai merasa lapar dan telah bermuafakat membawa berkat untuk malas masak dan maka kami bercadang mahu makan di luar. Selepas bersiap-siaga (cekonon macam nak pegi berperang, perang asid perut dgn makanan yang bakal kami makan nanti.. ngeh..ngeh..), kami menuju ke PJ Old Town. Nak cuba tengok apa ada kat sana. Kami sengaja memilih tempat yang aman makmur damai sejahtera itu, sebab tempat tu tidak begitu crowded.

Masih tidak dapat mencari tempat makan yang kami idamkan, walaupun kami pusing punya pusing, punya pusing, punya pusing, punya pusing.... dengan perasaan lapar yang semakin menguasai saya dan Atul. Arghh... Laparnyaaaa.....
Tiba-tiba otak saya seperti teringat perasaan yang sama macam dalam mimpi saya semalam..... Iaitu ..... Perasaan seolah-olah saya tersesat dalam keadaan lapar dan mencari-cari tempat untuk berteduh dan makan.

Kemudian, saya seperti telah ternampak satu tempat yang sesuai, yang saya cari-cari sejak tadi. Saya memandang Atul dan saya tahu dia juga nampak apa yang saya nampak. Jeng jeng jeng... Sudah tentulah tempat yang Lida suka, Atul setuju iaitu :-

Sudah semestinya PIZZA HUT!!

Lagi sekali ingatan saya dapat mengimbas mimpi indah saya semalam... Semasa sesat dan lapar, saya bertemu dgn sebuah istana yang indah.... Sama perasaannya seperti hari itu, semasa saya lapar dan ternampak Restoran Pizza Hut.


Perut kami dah menyanyi lagu Makyong, jadi apa lagi, sapppppp... terus belok masuk, parking kereta dan terus naik tangga nak masuk PizzaHut. Sungguh gelojoh. Tapi yang penting, sempat bergambar depan pintu masuk.

Saya semakin dapat mengingati mimpi saya. Perasaan semasa melangkah masuk ke istana sama seperti semasa saya ingin memasuki Restoran Pizza Hut. Ada pengawal. Cuma di Pizza Hut, pengawalnya adalah gambar di papan iklan ;

Masuk je Pizza, terus kami buat pesanan macam orang yang dah tertidur dalam gua selama 300 tahun dan terjaga lalu lapar dan beli makanan dengan banyaknya...;

2 Mangkuk Salad [Kalau kongsi, tak cukup. Kekeke]













2 Mangkuk Soup Of The Day



4 Pieces Sweet Spicy Wings



3 Gelas Minuman....



Pelakon Tambahan : Garlic Bread Stick *Yang dicelup ke dalam Mushroom Soup...nyum..nyum....Sungguh lazat, bukan sekali.. tapi berkali-kali.


Dan... Pelakon Utama pada hari itu adalah ...... Sudah semestinya Pizza Raja Ikan yang dinanti-nantikan.....




Wajah manusia yang menikmati keenakan sup...(Atul dan Sup)


(Lida dan Pizza)





Lepas dah ambil gambar, dan tiada pizza yang tinggal lagi di dalam tray, saya browse semula gmbr yang Atul ambil tadi sambil makan, barulah saya perasan bahawa saya makan guna tangan kiri. Haa... itu la dia... Salida ni, bila dan gelojoh sangat, sampai makan pun guna tangan kiri. Ishh.Ishh... Ishh... Jatuh reputasi saya sebagai seorang wanita yang berkaliber. Hihi. Tapi nak buat macamana lagi kan... Dah terlepas. Kalau nak ulang ambil gambar nanti mesti dah tak feel seperti kali pertama menikmati Pizza Raja Ikan tu.

Kalau nak tahu, kali pertama saya makan Pizza tu, barulah saya dapat ingat semua mimpi bahagia saya malam semalam. Rupa-rupanya saya bermimpi makan yang enak-enak di Istana bersama seorang raja yang tidak saya kenali. Hidangan sewaktu itu pula adalah ikan-ikan yang segar dan besar yang sangat enak. Yang anehnya, perasaan makan di dalam mimpi itu, sama seperti semasa makan Pizza Raja Ikan. Enaknya... Tidak terkata. Itu la istimewanya pizza yang dibuat oleh Pizza Hut. Sungguh bercitarasa tinggi. Seperti hidangan di istana. Dengan limpahan keju, doh yang lembut dan lazat, ikan yang terasa kesegarannya, krim yang menyelerakan dan diseimbangkan dengan potongan nenas yang mengecurkan air liur...

Pengalaman saya, makan pizza Raja Ikan di Pizza Hut, seperti mimpi menjadi kenyataan. Jumlah yang kami makan pada petang itu adalah RM57.30 hanya untuk 2 orang makan. Yey! Kenyang!

Comments

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...