Skip to main content

Hati Masih Terharu

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Saya sungguh bertuah. Dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik. Sungguh terharu rasanya bile saya mintak tolong, dengan mudahnya saya dapat pertolongan, walaupon org tu tak dpt benefit apa-apa pon daripada saya.

Heheheh.. Ni nak citer pasal apa ni sbenarnya? Cuba cerita jelas2 skit. Kasi org faham.

Ok, mcm ni... Saya ni bleh dikatakan sbg 'pompuan lembik yang takleh harap' ~kadang2 blur pon ader. Selalu nak kena minta tolong org lain utk bantu saya buat sesuatu. Dan segala puji bagi Allah kerana Dia telah menjadikan saya seorang yang bertuah. Tiap kali saya perlukan pertolongan, mesti ader jalan penyelesaian yang tidak disangka-sangka yg Dia sediakan utk saya.

Kalo saya nak senaraikan di sini, akan jadi 'Over Quota' la entry ni nanti. Tapi sebagai contoh; masa kereta saya rosak, buat onar kat mana2, pasti akan ader org yang entah dari mana dtg, hulurkan bantuan dan pergi begitu sahaja. Biasanya saya hanya sempat ucapkan tima kasih. Tak sempat nak puji2.

Kat ofis pun sama. Kwn2 saya kat ofis, mmg senang utk saya mintak tolong. Cthnyer baru kejap tadi, saya minta tolong Mi utk explain pasal Wireless. Dgn rela hati dia naik ke tingkat 23 utk ke tempat saya. Lepas explained, dia email plak image workflow wireless setup tu yg dia lukis sendiri. Terharu betul saya. Byk lagi kebaikan dia pada saya. Salah satunyer pasal dia hantar saya ke parking masa saya shift malam dulu. Dia akan pastikan saya masuk keta dgn selamatnya baru dia blah. Huu.. Baik betul. Anak sapaaaa ni...

Alfir plak walaupun menyakitkan hati bila mintak tolong dia, *sbb dia selalu jawab "taknakkkkkk.." sambil buat muka berlagak, mata pandang ceiling.. tapi selalunya dia buat jugak sampai setel. Cth mcm installation PC RM10 yg saya beli masa SSM migrate to new building dulu. Saya sampai dah siap nak upah org lain dah utk buat installation tu... Tetiba slow2 je tolong install dgn percuma. Kalo nak sebut sorang2, mmg patah le jari saya nak taip. Semua la mmg best. Kalo pasal keja, paling suka mintak tolong dgn Acul, Spenda Bocor, Bro, Sifu, Kakak Chomel, Zu dan OrgKgBaru. Bulat pun sama. Tp Bulat, lebih kepada tolong pasal keta yg buat onar.

Yg lain2 tu, saya susah nak bagi nama samaran. Hehehe. Tp tolong menolong mmg budaya kita la. Yang paling suspen skali dulu, masa saya dah tersilap update satu table kat database sampai seluruh data dlm sistem semua bertukar dan efek kat SSM seluruh Malaysia. Masa tu semua kawan2 bagi support dan suh saya bertenang. Bleh dikatakan dierang semua faham mcmn perasaan saya. Zu, GamGam, Sifu, Chipon, Fid,dan semua la.. Kecuali sorang je. Muehehehe... Yg tu sorang je yg bagi reaksi seolah-olah saya buat tu dgn sengaja. Kehkeh. Tapi takper.. Dah selamat pon skrg. Dan saya pon dah kena buang daerah skrg [tukar unit], so.. selesai la kot. Kekeke.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...