Skip to main content

Tip-tip Membeli-belah : Yey! Beli Baju Baru

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Membeli-belah. Lepas beli, kiter blah.

Seronoknya membeli-blah. Nak-nak time duit tgh berkepuk. Tambahan plak bila ada byk masa lapang nak buat pilihan terbaik bg membeli brg2 yg kita dah lama kempunan nak beli. Wah... Syiokk...

Nak membeli blah takder masalah. Duit kamu. Harta kamu. So, sukati la nak spend byk mana pun. Tapi kalo nak shopping baju/pakaian... Kat sini saya ader beberapa pedoman utk kamu supaya kamu tak membazir tak tentu hala;

Tips membeli pakaian baru!

1. Kalo bleh, cuba elakkan daripada membeli terlalu byk baju dlm masa sehari. Mcm la esok dah kiamat. Mentang-mentang duit berkepuk, kamu belasah beli baju sampai 20 pasang pada hari yang sama. Seelok-eloknya, sehari beli 1 je. Kalo dah tak dpt tahan sgt, baru la beli 2. Bukan apa... Membeli terlalu banyak baju dlm satu masa, bermakna anda tidak memberikan hak yang adil terhadap baju-baju tersebut. [Baju pon ader hak keadilan ke??? Hehehe]. Sepatutnya baju baru perlu dapat extra attention dari kita. Kena pakai dan syg dia lebih. Tapi kalo ader 20 baju baru, nnt susah nak beri attention. Ingat! Pakaian baru kamu berhak mempunyai nasib yg lebih baik. Ngeee...

2. Semasa membeli-blah, jangan lupa.... Fesyen adalah satu proses perubahan. Maksudnyer, walau canner fofuler skali pon sesuatu fesyen tu waktu kamu membeli-blah, fesyen tu akan berubah esok lusa. Jadi, kalo kamu memang teringin sangat nak memiliki pakaian dgn fesyen terkini pada waktu tu, jgn plak kamu beli pakaian untuk tukar isi perut seluruh almari kamu dgn fesyen tu je semata-mata. Nnt mana tau fesyen dah berubah, kamu nak kena tukar lagi skali isi kandungan almari kamu dgn fesyen selepasnya? Huhh... Bankrupt tokey sabun. [Contohnyer fesyen kaftan. Atau baju bareback yg popular skrg. Tapi esok lusa blum tentu lagi akan popular.]

3. JANGAN benarkan sesiapa pon mempengaruhi anda dalam membuat pilihan tentang pakaian mana yang perlu kamu beli. Tak kira la org yang tersayang, atau kawan baik kamu sendiri. Kamu beli je apa yg kamu suka. Kecuali la kalo kamu sendiri yg minta pendapat. Tp kalo kamu tak minta pendapat pun, org lain tetiba nak kata 'eh, naper pilih kaler purple? Kan warna hijau serindit ni lagi cantik?'. Well.... this is your outfit, after all. Jadi, pedulikan mereka yg dengki dgn pilihan kamu.

4. Tip yg ke-4 ni takder kaitan sgt dgn membeli belah. Saja nak menyelit kat sini. Hahahah. Sunglasses memang nampak stylo kan? Sungguh cool bila kita pakai sunglasses. TAPI.... Pastikan kita hanya pakai sunglasses di kwsn outdoor sahaja. Kalo pakai sunglasses indoor.... owhhh.... mengharukan. Nampak pelik dan tak logik. Sbb dah nama pun 'SUN' glasses. Nak halang dr matahari je Kak Bedah oii... Yang ko pakai masa tgh bershopping dlm shopping complex tu apa ke hei?.......

5. Kalo nak shopping baju, lebih afdal rasanya jika kamu memakai pakaian yang berbutang di depan supaya senang kamu nak try byk2 baju. Dan bagi pompuan yang tak pakai tudung, style rambut utk hari itu, buat la se simple yang boleh. Dan yang bertudung plak, takyah le nak pakai tudung belit2 semasa nak bershopping baju[then siap buat reben lagi, then last skali tudung tu nampak mcm balung ayam ]. Nnt tak la serabut sgt nak belit tudung setiap kali tukar2 baju kat byk2 kedai. Ye dok?

6. Last skali, beli la baju yang betul2 berbaloi. Jgn beli yang mahal, tapi tak selesa dipakai, kemudian terus biar je jadi anak tiri kat dlm almari tu. Kan dah rugi.

Ok... Itu aje la buat masa ni. Ader byk lagi tips yang ingin saya kongsikan. Tapi lain kali la... Ader urusan penting nak buat ni. Good luck with your shopping spree.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...