Iklan! Iklan! Sila Click!

30 December 2011

Cara Anthony Bourdain Belah Durian Dengan Cara Kreative

Sejahteralah ke atas kamu...


Sape kata orang putih tak suka durian? Anthony Bourdain ni pengacara rancangan No Reservation yang dah merantau seluruh dunia dan makan macam-macam benda pelik. Biasanya orang ptuih tak suka durian, sebab bau durian tu mereka kata busuk. Tapi tu semua mentaliti dan mind setting je. Tengok si Tony ni, relax je makan sampai sebijik. Cara dia belah durian tu yg paling kreatif. Kesian. Tapi comel tapi senang. Sekali belah je terus dapat isinya. Cuma comot la kan. Kekeke.











Makanan Antarabangsa Semuanya Ada Di Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu...

Rasanya makanan kat Malaysia la yang paling antarabangsa. Kita ada; Mee Bandung, Mee Jawa, Mee Siam, Bihun Singapore, Rojak Singapore, Mee Goreng Kantonis. Pastu nasi pun ada macam-macam nama; Nasi Arab, Nasi Iraq, Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Pattaya, bla-bla-bla.

Padahal kalau pergi Bandung, mintak mee bandung, mereka pun tak tau. Pastu kalau pergi USA, cuba kita mintak Nasik Goreng USA, pastu mat saleh pelayan kedai tu akan bertanya kita balik "what the helll are you talkin' about? i don't f*ckin' know the nesi gowrenk USA". Kalau kita mintak Mee Goreng Melayu daripada orang Kantonis, mesti dierang cakap "ngo emchi lo". Cuba plak mintak nasik Melayu kat Arab atau kat Iraq, tengok dierang bagi apa. Silap-silap bagi nasik lauk bom tangan.

Kita memandai je bagi nama tempat atau negara untuk makanan kita. Tapi orang-orang negara tu, takde pun buat makanan mereka sempena nama negara kita atau nama bangsa kita yang mulia ni. Nampaknya, orang Melayu memang la kaum yang paling mudah menerima segala benda daripada tempat lain. Itu belum kira dalam bab fesyen, bab muzik, bab bahasa dan banyak lagi la... Sedangkan orang luar tak plak mudah menerima apa-apa pun daripada negara kita. Muzik kita nak masuk Indonesia pun payah. Inikan pulak nak masuk USA atau pun Arab Saudi. Harap-harap orang Melayu ni makin lama tidaklah makin 'me-layu' ye. Tak perlu agungkan sangat negara lain. K-Pop ke apa ke. Buat relax je. Minat sipi-sipi je sudah. Takyah nak minat mendalam sangat. Heheh. So sila-sila...silalah order Nasik Goreng USA lagi.


Gambar dikelepet dari situ

29 December 2011

Tentang Dhia - Episod Terakhir Review

Sejahteralah ke atas kamu...

Patut la dalam live chat dengan Zikir dan Dhia petang tadi, Zikir cakap dia harap takkan ada orang yang mengamuk dengan ending cerita ni. Sad ending tak semestinya tak bagus. Kalau demi untuk kebahagiaan sad ending pun ok. Kalau tak bahagia kat dunia, mungkin bahagia kat akhirat.

Saya masa dengar tu saya dah agak sad ending. Pastu macam dah agak ada yang mati. Mesti la Dhia. Tapi tak sangka plak si Zikir tu pun mati right after Dhia mati. Dan-dan je kena sakit stroke kat situ juga. Diam-diam je stroke. Tapi takpelah... Biar la 2-2 mati. Puas skit hati saya. Kalau Zikir hidup kang, mummy monster dia paksa dia terus hidup dengan Rose. Ada tak yang tak sempat tengok Tentang Dhia episode akhir tadi?? Kalau tak sempat, boleh la lawat blog Tentang Dhia untuk tengok episod tersebut di sana. Sape la yang rajin siap buat blog ni semata-mata untuk drama ni. Kekeke...

Untuk sesape yang tak dapat tengok, meh saya citer meh. Dok diam-diam ek. Baca ni. Pokus, pokus.

Sakit barah rahim peringkat ke-3 Dhia semakin teruk. Tapi Dhia tetap tak beritahu Zikir. Pastu Dhia tanak buat pembedahan untuk buang rahim dia. Sebab nak juga berusaha untuk dapatkan anak untuk Zikir. Zikir yang dah lama lepak kat Penang, finally balik KL. Tapi Zikir dingin gila dgn Dhia. Saya plak yang lebih sedih drpd Dhia. Zikir siap tidur kat bilik tetamu lagi. Ish.Ish..ish... saya punya la menangis selok bila tengok scene tu. Sedih gila rasanya. Dhia cuma nangis je lepas Zikir kuar bilik. Dhia takleh nak halang, sebab takut kantoi yang kepala dia botak sebab chemotherapy. So, dia keras je kat katil. Sedih sangat tau. HUhuhu...

Masa kat KL tu, nenek dengan Mummy pun datang jugak umah dierang kat KL. Isu yang menyebabkan Zikir tu dingin dengan Dhia, sebab Zikir dah termakan hasutan Mummy dia yang kata Dhia ada scandal dengan Azmi[ex-tunang Dhia]. So, nenet Zikir suruh Dhia buat keputusan sama ada nak bercerai dengan Zikir atau bermadu dengan Rose. Dem you nenet! Pastu Dhia tanya Zikir apa yg dia patut buat, tapi Zikir pun keras je lagi. Rasa nak tunjal plak pala Zikir time tu. Dia boleh jadi keras jeeeee memanjang. Eeii...

Pastu Dhia buat keputusan untuk dimadukan. Sebab Dhia kata "Dhia sayang sangat pada abang. Tak ada lelaki lain dalam hidup Dhia selain abang, demi Allah. Hanya maut sahaja yang dapat pisahkan kita. Jadi, Dhia rela bermadu.". Lepas Dhia cakap yg dia sanggup bermadu tu, terus Dhia mintak diri nak gi solat. Bila Dhia masuk je bilik, terus Dhia dengan saya nangis sama-sama. Hahahah... Cengeng gila aku. Dalam nangis-nangis tu, terpaksa jugak sekali sekala jenguk ke dapur sebab tengah goreng ikan. Sambil goreng ikan nangis ni. Hancho betul.

Lepas tu, Zikir pon solat gak. Waktu tu Zikir macam terngiang-ngiang kata-kata Dhia pasal keputusan nak bermadu tu. Tetiba Zikir tersedar, yang Dhia memang setia dengan dia, memang takde nak scandal-scandal dengan orang lain. Hah, mula lah. Malu setepet mu Zikir! Bila Zikir dah macam nak tersedar-sedar kesalahan dia, dia baru nak bersemuka dengan Dhia. Dia tanya semua yang dia tak puas hati, kenapa Dhia tak jaga dia masa dia sakit, kenapa Dhia tak datang pun walaupun dia dah sedar dan kenapa Azmi dtg rumah masa takde orang. Ololo... Zikir ni merajuk rupanya. kehkeh... Owh manja tomei-tomei. Dhia pun pertahankan diri dia, Dhia cakap semua pasal mummy monster tak kasi Dhia melawat Zikir, pastu mummy kata Zikir tanak jumpa Dhia pasal Zikir masih marah Dhia ada scandal dengan Azmi dan semua yg berunsurkan fitnah mummy terhadap Dhia tu. Zikir pun terkedu la kejap. Baru dia tau dia bersalah sbb buat Dhia macam tu. Tu la nko Zikir. Ko kata ko cinta sangat. Tapi isteri ko sendiri pon ko tak kenal. Dengar lagi cakap orang. haa.. dengar la lagi, pergi la dengar lagi.

Lepas Zikir bersemuka dengan Dhia, dia turun pergi sarapan. Tapi Dhia tak turun. Sebab Dhia tengah sedih lagi pasal kena bermadu tu. Bila turun je, Zikir bergaduh lagi dgn mummy monster sebab mummy monster tuduh Dhia pemalas kuat tido masa nenet tanya ngape Dhia tak turun lagi. Ntah macamana, si Zetty terlepas cakap kat nenet yang mummy monster dah mandrem Zikir 'baek punya'. Time tu kebetulan Zikir ada kat belakang dierang. Apa lagi... tak sempat nak berzikir lagi dah Zikir. Terus je ngamuk. Masa tengah gaduh-gaduh anak beranak tu, mummy monster mati-mati tak mengaku yang dia dah guna bomoh. Nenet pun marah kat Mummy monster sebab guna cara kotor. masa mummy tak ngaku tu, tetiba... *tetiba je ok*.... Melly masuk rumah dierang. Pastu Melly cakap, mummy monster tipu tak guna bomoh. Azmi dengan Raffi Husin pun ada sekali. Memang bergaduh gila sarkas ah dierang semua. Dhia masa tu kat atas, dengar kecoh2 kat bawah pun turun. Meleraikan ketegangan semua orang. Pastu abih scene tu.

Zikir plak terpaksa jugak kawen dengan ROse sebab mummy monster dah paksa dia. Lagipun Dhia yang relakan Zikir kawen jgk. Supaya dapat puaskan hati mummy monster. Sebab Dhia kata, cinta tanpa restu ibarat jasad tanpa roh. Kot. Saya dah tak ingat ayat sebenar. Tapi cenggitu la maksud Dhia. Lepas je Zikir kawen dengan Rose, Zikir terus tinggalkan Rose dan balik umah Dhia. Esok pagi2 buta, Rose datang mengamuk kat umah Zikir depan mummy monster dengan nenet. Rose marah la sebab tinggalkan dia pada malam pertama. Dah tu. What do you expect la Rose? Rose pun kesian gak, sebab dia pun kena mandrem gak oleh mummy monster supaya terus tunggu Zikir. Masa tengah ngamuk-ngamuk tu, Dhia datang dengan telekung sembahyang untuk tenangkan Rose, tetiba Rose tolak Dhia sampai berdarah. So, motif Dhia pakai telekung tu untuk memudahkan nampak darah tu. Hehe.

Lepas tu Dhia masuk spital. Nazak. Zikir pun dah bacakan Yasin untuk Dhia dan Dhia pun meninggei dunia. Zikir sedih tapi muka nampak cam redha je, so dia baring sebelah Dhia sampai ke sudah. Pastu bila nurse datang, kejutkan Zikir, rupanya Zikir pun dah takleh berzikir lagi dah. Dah meninggal sebab stroke. Tu je la. Abih dah.

Mummy dengan nenet pulak balik penang. Dengan Zetty jugak. Pastu nenet plak tak berenti-henti marah kat mummy monster. MUmmy bengang la. So, kejahatan dia tak habis kat situ. Dia bomohkan mak dia sendiri plak. Sebab nak amik alih kekayaan nenet. Zetty ni ikut je. Sbb Zetty kan bimbo-bimbo skit. Nenet pun kena santau sampai mati. 2,3 hari lepas nenet mati, mummy monster kena halau daripada rumah nenet kat penang tu. Harta-harta nenet rupanya semua dah diwasiatkan untuk rumah kebajikan. So, mummy monster terpaksa merempat. Tapi dia tak biasa hidup susah. BIasanya dia mengampu si Rose tu utk dapat barang2 mewah. Pastu tumpang harta nenet. Now dia dah jatuh miskin sampai tahap nak makan pun terpaksa kutip nasik sisa-sisa yang dah 2,3 hari yang stok-stok basi punya. Dengan ulat-ulat sekali dia telan. Zetty plak, oleh sebab dia muda, dia dpt jgk cari boyfriend tapi boyfriend dia plak, muka innesen tapi sebenarnya pengedar dadah yang kawan Melly lama dulu.

Boyfriend Zetty ni pergunakan Zetty untuk jadi pelacur, duit semua dia peras. Pastu mummy plak dia dpt tangkap sekali dan jadikan pengemis. Kalau jadi pengemis je takpe, ini siap kena potong tangan dengan kaki lagi. Tinggal badan je. Pastu lidah dia plak kena potong, mata pun kena cucuk sebelah dengan lidi tayar basikal. Dia mengemis pun kena ada orang usungkan ke tempat mengemis tu. Masa tu mummy monster dah rasa cukup menderita. Tiap2 hari boyfren zetty sepak mummy. Sampai luka-luka. Dah tu, luka tu plak tak diubati. Last-last buruk cenggitu je badan dia. Bila badan dia dah memburuk macam tu, boyfren zetty tu dah tak perlukan lagi mummy utk pengemis. Dah la tua. Sakit sana sini. Tak berguna dah. So, boyfren zetty masukkan mummy dalam kotak dan tinggalkan dalam hutan. Yang pentingnya umur mummy still panjang. Dia lambat mati. Payah nak mati. Memang derita gila la. Masa tu la satu-persatu kejahatan dia terbayang. Dia bunuh suami dia, bunuh mak dia sendiri, besan dia 2-2 orang pun dia bunuh. Pastu mandrem anak dia sendiri, menantu dan Rose. Dia mati dengan penuh hina. Takde sape kebumikan dia. Mayat dia reput gitu je. Babi pun tak sudi makan. Kehkeh. Marahnya aku kat Mummy monster. Hahahaha.

Zetty plak takleh nak buat apa bila boyfren dia buat macam tu kat mummy. Sebab dia hanya nak lepaskan diri sendiri je. Hidup dia memang dah rosak habis dah. HIsap dadah. Sakit Aids, herpes, sifilis semua ada. Dia pun last-last mati sia-sia kat bawah jambatan lepas kena buang dengan boyfren dia.

Pakcik Mahfiz plak, kawen dengan mak Raffi. So, Raffi dapat ayah tiri la. Raffi plak kawen dengan Kak Ita. Hahahah.. Merepek.

Cerita bertulisan merah hanyalah rekaan semata-mata. Hahahah.. Sian korang kena tipu.

Live Chat Dengan Nora Danish dan Ady Putra


Sejahteralah ke atas kamu...

Skodeng jugak live chat bersama pelakon utama Tentang Dhia, iaitu Nora Danish [Dhia] dan Ady Putra [Zikir]. Sampai 10ribu hits pada 1 masa. Gila laju soalan-soalan yang keluar. *Saya tengok je. Tak menyampuk pun.

Ady Putra ada cakap, ending sesebuah cerita tu tak semestinya happy je. Mungkin juga sad ending. Tapi sama ada happy or sad ending, asalkan sad ending yang boleh membawa kebahagiaan pun dah baik. So, apa maksudnya. Then dia ada highlight ayat yang Dhia pernah cakap dalam drama tu, "hanya maut sahaja yang dapat memisahkan kami". *kedekut la. Tanak plak ady share ending tentang Dhia. Takpe. Petang kang aku tgk*

Yang penting, Nora Danish sangat comel macam watak kartun manga.

Jaga Tepi Kain

Sejahteralah ke atas kamu...

Sape ada baca berita pasal ibu tikam bayi dia ni;

SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.

Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.

Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali menggunakan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.


Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian wanita itu berseorangan di rumah dan rumah sewa berkenaan dihuni tiga orang.


“Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk siasatan lanjut.

“Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu.

Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia tiga setengah tahun.

Sementara itu, adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal berdekatan mendakwa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen dan tidak sedar apa yang berlaku di rumah kakaknya.

“Rumah saya dan kakak selang satu pintu saja dan saya hanya tahu kejadian itu selepas polis tiba dan orang mula datang serta ketuk pintu rumah kakak.

“Ketika kejadian anaknya bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa di situ sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, mendakwa, sempat melihat wanita terbabit dan ketika itu kain dipakainya dipenuhi darah.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis,” katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.






Ni nak sentuh pasal 'jaga tepi kain'. Ramai orang tak suka kan? Tapi bagi saya, tengok la juga jaga tepi kain yang macamana. Kadang-kadang kalau orang bertanya sesuatu tentang kamu, bukan bermaksud orang nak busy body tentang urusan kamu. Kamu tak perlu fikir negatif kalau orang setakat tanya, nak pegi mana tu? Atau pun nak tanya, siapa orang yang dalam kereta tu? [contohnya kalau kamu pompuan bujang dan tinggal seorang diri]. Bukan apa... Nanti kalau jadi apa-apa kat kamu, contoh macam kena culik ke, kena perbuatan 'khianat' ke, sekurang-kurangnya masih ada sumber maklumat yang boleh polis rujuk untuk mencari bukti.

Kalau boleh jangan kecoh la kalau jiran-jiran bertanya tentang kamu. Jangan rasa benci. Kerana mungkin apa yang mereka tu akan berguna juga untuk kita pada masa akan dtg. Kalau yang ada anak tu, kalau tetiba jiran nampak anak kamu dijemput naik kereta orang yang sebenarnya penculik ke, sedangkan jiran buat tak kisah sebab dia tak penah tahu siapa ahli keluarga kamu, apa kamu nak jawab? Atau kot-kot 2,3 hari kamu tak keluar rumah sebab kamu jatuh sakit tanpa ada orang yang sedar, mana la tau bateri tepon habis, atau tepon kena bar ke. Nak contact orang tak boleh. Haaa... Kat siapa lagi yg kita nak harapkan selain daripada jiran?

Oleh yang demikian, silalah berbaik dengan jiran, bertegur sapa dengan jiran, kalau jiran tanya tu jawab la tanpa prasangka dan jangan nak menyombong. Tak membawa keuntungan pun.

28 December 2011

Kesian Tupai. Nak Hantar Surat Pun Susah





Sejahteralah ke atas kamu...

Perbualan ini berlaku di dalam hutan diantara beberapa ekor tupai di atas pokok.

Tupai A : Tolong hantar surat ni ke Jitra boleh tak? Nanti aku upah 60sen.

Tupai B : Boleh..... Boleh blahhhh...

Tupai C, D : Tukang gelak.


Kemudian dengan hati sebak, Tupai A berlari dengan membawa surat itu, sampai la ke perkampungan. Pastu tetiba dia terlanggar kaki seorang posmen. Dan-dan je Tupai A tu mengadu nasib dia kat posmen, tentang betapa susahnya nak nak hantar surat ke Jitra. Mintak tolong kawan pastu nak upah 60 sen pun orang tanak tolong. Pastu posmen kata, Jitra tu jauh. Tapi takpe. Pos Malaysia kan ada. Hahahah.. Comel.

INI ADALAH INTIPATI IKLAN POS MALAYSIA yg kuar kat TV. :D

27 December 2011

Waktu Membeli Persiapan Persekolahan Lah Yang Paling...





Sejahteralah ke atas kamu....

Cuti sekolah dah tinggal lagi berapa posen je. Minggu depan je dah kena bersedia berebut kat jalanraya. Confirm kembali jem nenas, jem stoberi, jem rambutan apa semua lah nanti.

Sekarang ni mesti ramai lagi ibu bapa yang masih pulun membeli belah kelengkapan persekolahan untuk anak-anak masing-masing. Setiap tahun, saat-saat ni la yang kedua seronok bagi kanak-kanak sekolah [yang paling seornok mestilah masa hari raya kan..]. Dapat baju sekolah baru, beg sekolah baru, kasut sekolah baru, pendek kata, hampir semua la baru. Sampaikan bekas pensel pun tiap2 tahun baru. Pemadam denga pensel takyah citer la. Itu memang boleh dikatakan setiap minggu beli kat koperasi sekolah. [Itu aku la dulu. Suka betul beli pensel. Padahal, belajar tak pandai mana pun. Homework pun malas gak buat. Keke.]

Anak-anak memang la seronok, tapi mak bapak plak seronok dalam hiba. Sape tak seronok nak persiapkan anak-anak menuntut ilmu. Nak suruh anak jadi pandai. Tapi hiba la bila poket rabak huhu. Kalau anak sorang takpe la. Tapi kalau anak ada 5,6 org yang bersekolah... tak ke tercungap-cungap dengan gaji setakat gaji kerani.

Tengok rakaman orang ramai membeli belah barangan sekolah kat Mydin dalam Buletin Utama, saya yang rasa teruja. Try kasut. Test beg skolah. Dulu masa saya sekolah, [eh, aku penah skolah keww??? tihtihtih..] yang paling saya excited nak beli ialah kasut dan stokin baru. Setiap tahun, saiz kaki kan berubah. Sebab tu tiap2 tahun kena tukar kasut skolah. Pastu bau baju skolah baru yang mak saya jahit sendiri dan bau stokin baru, fuuhhh... Enaknya seperti bau candu. [tak pernah pun bau candu, tapi ketagih le cam candu.]. Ingat lagi masa skolah rendah, kasut skolah saya ialah kasut Bata - Sinaran. Ada cahaya kalau berjalan dalam gelap tau. Dulu, saya sanggup pergi skolah masa hari masih gelap sebab nak tengok sinaran kat kasut. So, mestilah cemerlang kan? Sampai kat sekolah pun pagi buta. Awalllll wa cakap lu! Pastu masa baru beli dan belum mula skolah, kasut itu akan dicuba setiap hari dan berjalan depan cermin memperagakan kasut *sorang-sorang* pastu bila terkantoi dengan mak, rasa mcm malu sendiri.

Tabiat test kasut tu rasanya sampai besar ni pun ada. Hahahaha. Masa sekolah menengah, kasut skolah saya ialah kasut Pallas Jazz bertali. Masa tu, kasut tu kira paling cool dan sempoi giler ahhh.. Errm... dah la. Tu semua kenangan.

Untuk semua ibu bapa yang ada anak bersekolah, selamat menghantar anak ke sekolah. Dan selamat berjimat cermat utk survive sepanjang tahun. Untuk adik-adik yang bersekolah, silalah belajar rerajin. Mak ayah kerja cari duit, bukan percuma tau. Jangan nak mengorat-ngorat kat sekolah, jangan nak gatal-gatal buat video tak senonoh plak. Sian kat mak ayah. Dan untuk ibu bapa yang belum ada anak skolah, takpe... masa korang akan tiba jua nanti. Ngo cau sin!

25 December 2011

Kenapa Semua Penari Latar Dalam Video Clip Bruno Mars Pakai Topeng Monyet?

Sejahteralah ke atas kamu,..

Ini adalah salah satu scene di dalam video clip Bruno Mars - The Lazy Song.



Jawapan kepada tajuk entry : Sebab susah nak cari penari latar yang berwajah seiras dengan Bruno Mars, so penari yang sedia ada terpaksa pakai topeng supaya nampak seragam dengan Bruno Mars.

Seiras bukan?

*pesanan utk adik-adik yang belum mumaiyiz mahupun yang telah mumaiyiz, lagu The Lazy Song ini mempunyai lirik yang tidak bagus. Sekian.

22 December 2011

Ciri-ciri Duit Syiling Siri Baharu Malaysia


Sejahteralah ke atas kamu...

Rasanya ramai yang dah tahu tentang siri baharu duit syiling Malaysia. Bagi diri saya secara personal, saya tak kesah nak tukar ke nak apa, asalkan ada nilai saya dah cukup suka.

Duit syiling ini akan mula diedarkan pada tahun 2012. Ala, berapa hari je lagi kan? Dah tak lama dah. Sama juga dengan duit kertas siri baharu, akan turut diedarkan bermula tahun 2012. Maksudnya, kita boleh menggunakan duit Malaysia siri baru ni bermula tahun 2012. Start je 1 Januari 2012, kita dah boleh dapatkan duit-duit siri baru ni dari bank-bank berdekatan.

Soalan-soalan lazim yang biasa ditanya tentang duit syiling siri baharu Malaysia ini diantaranya ialah; [jom cekidaut!]

1. Kenapa BNM memperkenalkan duit syiling Malaysia siri baharu?

Duit syiling Malaysia siri baharu diperkenalkan untuk menggantikan secara beransur-ansur duit syiling sedia ada yang telah berada dalam edaran selama lebih daripada 20 tahun. Duit syiling siri terbaharu ini menggabungkan ciri-ciri praktikal dan moden serta kemajuan teknologi terkini bagi meningkatkan penggunaan dan keselamatan.



2. Apakah denominasi duit syiling siri baharu?

Duit syiling siri baharu ini dikeluarkan dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.


3. Apakah kelebihan duit syiling siri baharu?

Duit syiling siri baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan.

Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama. Spesifikasi teknikal untuk duit syiling baharu dan sedia ada adalah seperti yang berikut:

Spesifikasi Teknikal: [sila klik pada imej di bawah ini untuk tumbesaran pokok kacang jack menjadi lebih besar dan tinggi]




4. Adakah terdapat ciri-ciri lain yang menjadikan duit syiling siri baharu ini lebih mudah digunakan oleh orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan?

Ya. Duit-duit syiling siri baharu ini mempunyai saiz, sisi tepi dan warnhttp://www.blogger.com/img/blank.gifa yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan. Ciri-ciri yang telah dipertingkatkan adalah seperti yang berikut:




Cemerlang tak hasil tulisan saya? Sila jangan kagum, sebab saya hanya kelepet maklumat ini daripada website rasmi BNM [Bank Negara Malaysia]. Jangan malu-malu untuk dapatkan maklumat selanjutnya di sana.

Lagi Artis Dapat Pangkat Dato'




Sejahteralah ke atas kamu....

Ni berita hangat-hangat taik ayerm. Pasal AC Mizal dan Eizlan Yusoff yang akan dianugerahkan pingat yang membawa gelaran Dato' oleh.... ini penting, sila fokus... Oleh Sultan kesayangan patik, Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al marhum Sultan Abu Bakor iaitu sultan Pahang. Dolat tuanku! Koi bangga amat jadi rakyat jelata aok wehhh!! Eh, selamba je panggil sultan kesayangan koi tu dengan panggilan 'aok'. Kene tuloh pulok karang.

Sultan Pahang memang terkenal dengan sultan yang paling pemurah dengan kurniaan pangkat Dato' ni. Rasanya ramai jugak artis Melesia ni dapat Dato' hasil daripada kemurahan hati sultan koi ni. Sebab tu la saya ni pemurah. Take after sultan saya la ni. Ngeh. Ngeh..

Ramai yang anggap, artis-artis ni memberi sumbangan besar terhadap negara, jadi mereka memang layak dianugerahi gelaran Dato', untuk menghargai jasa mereka katanya. Saya taknak komen pasal jasa, atau sumbangan mereka. Terpulanglah. Nak hargai, hargailah. Tapi... [*memanjang aku ni ada tapi. Hahaha. Ahhh.. Takde tapi-tapinya lagi!!!]. Lagi sekali nak ulang, TAPI.... saya rasa, lebih cool kalau dicipta satu gelaran lain untuk menghargai golongan aretis. Kreatif kan idea saya? *benci ke? tak baik menci-menci orang tau... berdosa.*

Cadangan saya, pekata kalau berikan gelaran baru untuk artis supaya dapat bezakan anugerah tu untuk kategori apa. Walaupun tak semua Dato yang bukan artis betul-betul memberi sumbangan kepada negara, sebab ada jugak yang 'tergamak kau Melly', membeli pangkat Dato tu,[ Tak malu punya worang itu macham.] tapi itu cerita lain la kan. Asalkan takde orang lain tau dia beli gelaran Dato tu, selamat le dia.

Bukan apa, jasa terhadap negara ni ada banyak jenisnya. Masakan seseorang yang betul-betul membela nasib rakyat, yang membantu orang miskin dan membangunkan kawasan lalu dia diberikan pangkat Dato' adalah sama jasanya dengan seorang pengacara rancangan hiburan yang... err... melalaikan dan tiada pengisian minda serta tidak membangunkan masyarakat pun? Sama tak? *Ini contoh ye.. harap faham. Sape tak faham angkat tangan.

Bukan nak kata artis tidak layak dihargai, tapi kalau boleh bezakan la skit gelaran tu daripada gelaran terhormat untuk orang-orang bukan artis yang berjasa terhadap negara. Bagi saya, Chef Wan memang layak digelar Dato'. Walaupun beliau dikira sebagai celebriti, tapi beliau dah mewangikan nama negara kita di seluruh dunia - dalam bidang masakan. Dan yang penting beliau orang Pahang. Kuheh...kuheh. Dato' Siti plak, walaupun dia orang Pahang jugak, tapi saya takleh la berat seblah di dalam memberi pendapat. Saya rasa dia belum layak digelar Dato'. Maaf Dato' Siti, kita kan sekampung, lagipun i ni peminat you taww walaupun i tak pernah beli album you dan tak penah hafal lagu-lagu you. Tapi i still peminat no 123,456 you, okay.


Kesalahan lalu, takkan dapat ditebus dengan memberi pingat dan anugerah kepada sebarangan orang. Kesalahan lalu itu merujuk kepada betapa kita semua tidak sempat memberi penghargaan terhadap Allahyarham Tan Sri P. Ramlee semasa beliau maish hidup. Saya rasa, itulah sebabnya sekarang ni, lepas satu, satu anugerah diberikan kepada artis. Bukan apa, takut nanti, gelaran Dato itu tidak membawa makna apa-apa jika terlalu mudah diberikan kepada sesiapa tanpa kelayakan sebenar-benarnya.

21 December 2011

Pengemis Buta




Sejahteralah ke atas kamu...

Entah macamana la malam semalam saya boleh pergi Shah Alam, pastu siap pegi makan Lai Chi Kang dengan tauhu bakar dekat Night Circle, kul 12 mlm. Ni semua sebab suami saya ada urusan nak pass barang kat kawan dia di Shah Alam. So, alang-alang tu saya temankanlah suami saya minum. Padahal saya dah kenyang, perut dah sebu.

Semasa kami tengah mentekedarah, ada 2 orang buta datang kepada kami. Jual tisu dan minta derma. 2 orang ni pergi kepada setiap pelanggan dari meja ke meja. Apabila mereka datang, saya rasa cam kesian je kat derang. Saya macam dapat rasa yang mereka tu seolah-olah kena paksa untuk buat kerja tu. Tak tau la nape. Tapi rasa mcm mereka tu mangsa sindiket peminta sedekah.

Saya tak la kata, apa yang saya rasa tu betul. Cuma rasa curiga tu selalu muncul bila tengok keadaan pengemis-pengemis yang buta ni. Kalau korang perhatikan pengemis-pengemis buta ni, mata buta derang ni macam sama jenis je. Orang yang buta yang sejak kecik buta setau saya bebola mata mereka ada masalah. Tapi kelopak mata terbuka. Yang pengemis-pengemis ni plak, mata derang macam buta masa dah besar. Kelopak mata mereka macam tertutup seolah-olah mereka dicederakan. Sebab.... keadaan mata kebanyakan pengemis buta seakan-akan sama. Saya perasan sebab kita bila bagi derma pada orang kan kita pandang muka mereka. Baru la tak nampak sombong dan berlagak. Lagi satu, setiap pengemis buta tu akan datang berdua dengan sorang lagi yang sihat. Kalau fikir logik, kenapa yang sihat tu tak cari kerja dan bantu kawan dia. Atau tolong kawan dia yg buta tu buat permohonan bantuan rumah kebajikan ke.

Saya pernah sekali, masa tengah makan jugak, kat satu restoran kat sebuah shopping complex, ada pengemis buta dan sorang yg sihat dan celik sebagai penunjuk jalan yg buta tu. Saya ushar jugak pakaian mereka nampaknya baik. Kemas dan bersih. Itu tak ada masalah bagi saya. Pastu saya perasan beg [untuk letak tisu] org buta tu kaler dia pink. Shocking pink plak tu. So agak menarik perhatian. Saya pun takde masalah jugak.

Lepas habis makan, saya turun ke LG Floor untuk beli barang. Tetiba saya tengok ada sepasang lagi pengemis yang lain pula, sorang buta dan sorang celik bawa beg yang sama! Beg shocking pink itu jugalah. Saya mula la terfikir... Dah sah ini sindiket. Sebab takkan la 2 org buta boleh berkenalan, jadi kawan rapat, beli beg sama patern, sama warna dan kebetulan mereka ada 2 org sahabat celik yg sanggup bantu mereka 'bekerja', betul tak? Boleh plak yg si celik tu spend time buat amal mcm tu. Takkan yg celik tu takde urusan lain nak diselesaikan kalau mereka orang-orang biasa. *Buat susah-susah je fikir kan? Hehehe*

Jangan la salah faham dengan saya. Saya tak kondem pengemis buta dan yg celik tu. Saya kondem ketua sindiket tu la. Ini dah masuk kes pemerdagangan manusia. Ntah-ntah org buta yg jadi pengemis tu mangsa along. Yang tak bayar hutang. Pastu diseksa dengan dibutakan mata pastu dipaksa mengemis kemudian hasil derma orang ramai, dibolot oleh ketua sindiket. Kan kesian? Saya, bila datang je pengemis yang saya rasa mcm mangsa sindiket, saya jadi serba salah nak derma. Kalau derma banyak, nanti bukan pengemis tu yang dapat duit, ketua sindiket yang akan rampas. Kalau bagi sikit nanti penegemis tu kena belasah plak kalau tak capai target pendapatan harian. *Ni tgk TV la ni. *

Memang bukan semua pengemis itu ahli sindiket. Ada juga yang betul2 memerlukan, kita bagi la. Harta kita takkan ke mana jugak kalau kedekut, ye tak? Tapi yang sindiket ni... Ermm.. So, apa pendapat kamu?

Perkara Yang Tak Patut.. Tak Patut... Isk..iskk..

Sejahteralah ke atas kamu...

Diantara perkara-perkara yang tak patut manusia lakukan selama hidup di dunia ini ialah;

Bersembang dengan rakan semasa menunggang motosikal jika rakan anda menunggang motosikal berlainan. Sebab bahaya la, apa lagi. Bila 2 motosikal bergerak beriringan sebelah menyebelah, akan membuatkan kenderaan lain terpaksa mengelak secara berbahaya. Juga mengganggu lalulintas sebab masa bersembang tu pastilah bawak perlahan. Apa benda la yang banyak sangat nak disembangkan tu sampai tak sempat nak tunggu tiba ke destinasi. Paling takleh dimaafkan kalau kamu dan rakan kamu tu jiran seblah rumah, atau rakan di tempat kerja yang sama. Nanti-nantilah kalo ye pun nak berbual. Tak dan-dan nak berborak ye.

Saya kalau tengok situasi ni kat jalan raya, mesti saya hangin je. Terutamanya kalau sayalah kereta yang di belakang 2 motosikal tu. Grrr..

19 December 2011

Tak Nak Photography Contest


Sejahteralah ke atas kamu...

Ada sorang rakan blogger saya. Sejak akhir-akhir ini saya perasan yang beliau sudah tidak komen di blog saya dan blognya juga agak lama tiada entry baru. Pagi ini, baru muncul entry post baru di blog beliau. Rupa-rupanya beliau menghilangkan diri kerana telah mengalami masalah kesihatan sehingga koma! Betapa seriusnya keadaan beliau yang pada mulanya mengalami sesak nafas sebanyak 2 kali. Dan doktor telah mengesahkan bahawa paru-paru beliau gagal berfungsi, kerana terlalu banyak menghisap rokok.

Bahaya sungguh kedengarannya kan? Selama ini, semua pun tahu bahawa smoking kills. Boleh membunuh secara perlahan-lahan. Tetapi kita jarang mendengar itu semua terjadi kepada orang terdekat atau sahabat-sahabat kita. Sekarang ini, setelah beliau sedar daripada koma, barulah timbul perasaan 'Tak Nak' merokok di dalam hati beliau. Syukurlah sebab beliau sempat mengubah nasib sendiri sebelum terlambat. Untuk mengetahui kisah sepenuhnya, boleh lawati Yotokuu.





Dua gambar ini adalah untuk Photo Contest anjuran GayaHidupSihat.my kerjasama dengan Nuffnang Malaysia.. Hanya mencuba nasib. Apa salahnya mencuba betul tak? Untung-untung, dapat duit free. :) Boleh la beli handphone baru kalau dapat duit free.

Taste Saya Begini, Taste Kamu Begitu

Sejahteralah ke atas kamu...

Kalau semua orang dalam dunia ni mempunyai taste atau minat yang sama, bapakkkk le susah. Katakan semua orang minat Brad Pitt. Semua perempuan berebut nak kawen dengan Brad Pitt. Habis, apa akan jadi kepada lelaki-lelaki lain dalam dunia ni? Membujang la semuanya. Pastu pompuan dalam dunia ni plak semuanya membujang sampai tua sebab takde can nak kawen dengan Brad Pitt. Brad Pitt la yang paling untung, bila dia boleh pilih je sesuka hati dia nak sape jadi isteri dia. Sian Keanu Reeves. *Tetiba*. Kalau betul-betul la dunia ini macam tu tak adil la untuk semua orang lain betul tak?



Sebab itu, Allah dah jadikan setiap manusia ni berbeza. Setiap orang ada citarasa sendiri, ada minat sendiri, ada kegemaran sendiri. Kalau kebetulan kita ada persamaan tertentu dengan orang lain, tentu kita ada ketidaksamaan minat dalam perkara tertentu dengan orang yang sama. Apa ayat saya ni? Korang faham tak? Keke. Ok, contohnya mcm ni; kamu dengan kawan baik kamu boleh rapat sebab kamu ada banyak persamaan dengannya. Suka makanan yang sama, suka aktiviti yang sama, suka fesyen yang sama dan sebagainya. Tapi walaupun begitu banyak persamaan dengan kawan baik kamu, pasti ada juga perkara yang tidak sama minat dengan kamu, contohnya minat terhadap lelaki kamu suka Indian look tapi kawan kamu suka Latino look. Atau tentang lagu kegemaran, pelakon kesukaan, mungkin berbeza.

Jadi, tak semestinya apa yang kita suka orang lain akan suka. Tak semestinya makanan yang kita rasa sedap, orang lain rasa sedap. Tak semestinya lelaki yang kita rasa hensem, baik, perfect, orang lain akan rasa lelaki tu hensem baik dan perfect. Faham tak maksud saya? Faham tak? Faham tak? Jadi, kalau kamu rasa apa-apa yang kamu suka itu adalah terbaik, kamu suka sorang-sorang je dah cukup. Tak perlu nak paksa orang suka apa yang kamu suka, atau tak perlu sangka orang lain turut suka apa yang kamu suka.

Dulu Suka, Belum Tentu Sekarang Pun Suka

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya nak tanya 1 soalan personal kat korang ni... Tapi jangan kecik hati ye? Anggap je la soalan saya ni hanya sebagai pencetus nostalgia kenangan lama. Soalannya ialah.... Korang ingat lagi tak dengan drama Jepun Moero Attack masa kita kecik-kecik dulu? *Ni untuk org yang membesar hujung tahun 80-an la... Budak-budak yang lahir tahun 90-an mesti tak tau punya.... Confirm.

Drama Moero Attack ni dulu, bapakkkk le glemer yang melampau. Kisah pasal pemain bola tampar dengan motivasi yang super tinggi pastu dengan skill yang super hebat. Masa kecik dulu bila tengok skill derang rasa mcm hampir menitik airliur ke lantai sebab mulut ternganga lama sangat sebab terlampau kagum. Rasanya, semua orang yang hidup pada zaman tu akan tau tentang drama tu. Maklumlah, dulu hiburan hanya TV dan radio. TV pun ada 3 channel je. TV1, TV2 dan TV3. Sebab cerita ni lah membuatkan hampir semua kawan-kawan saya bercita-cita nak jadi pemain bola tampar bila dewasa nanti. Padahal kalau lawan main guli dengan kucing pun boleh kalah.

Sekarang ni, bila tengok balik kat YouTube, skill somersault berpusing dalam drama tu, saya rasa macam kelakar giler vavi. Kelakar wei. Tak caya, tgk link ke YouTube saya attach kat bawah ni. Baru le saya sedar, betapa 'ultraman'nya drama tu. Pastu adegan yang paling saya tak tahan nak gelak... Masa kawan sepasukan Chun nak meninggal dunia. Masa tu kat spital kawan dia terbaring kat katil. Pastu bleh tak Chun pegi nyanyi lagu Moero Attack daripada mula sampai habis. Aihhh.. tak rasa nak tampor kepala ke kalo ko tgh nazak nak mati, tetiba ada plak sorang kawan ko sibuk nyanyi lagu Moero Attack kat ko. Last-last ko meninggal bukan sebab penyakit ko, tapi sebab stress dengar kawan ko nyanyi.

Moero Attack

Lepas dah habis tengok saya rasa macam... hahahah... canner la aku bleh suka kat cerita ni dulu padahalnya sekarang ni bila tengok baru sedar cerita ni merapu giler. Pastu tak logik. *ok la.. drama TV jarang sgt yg logik.*. So, tu je. Dulu memang le suka sangat dgn drama ni. Sekarang ni kalau bagi tengok semula drama ni daripada awal sampai episod terakhir... rasanya boleh muntah keluar pisau cukur + kaca. Uihh.. Tak bleh tahan.... *eh, tapi bila dengar lagu tema drama ni, rasa mcm tersentuh gak hati. Nostalgia tu. Rasa macam perasaan masa kecik dulu je.


16 December 2011

Couple Bergaduh!

Sejahteralah ke atas kamu... *cerita ni takde kaitan dengan saya. Hanya rekaan. :D


Suasana di dalam kereta menjadi hening. Tiada sepatah kata pun yang muntah daripada mulut kami berdua. Dia membisu. Saya pun membisu. "Ah, biarlah.". Detik hatiku. Siapa suruh dia cari pasal dengan aku. Nak sangat menang kan? Tapi jangan harap aku nak bagi dia menang.

Perjalanan ke rumah sahabat karibku Natrah, masih lagi jauh. Kira-kira dalam 2 jam lagi. Hari ni, Natrah membuat kenduri kesyukuran. Kenduri naik rumah bak kata orang-orang Melayu. Kesunyian yang ada memang cukup utk membuat mataku semakin berat. Seperti memakai bulu mata palsu yang diperbuat daripada bulu merak sahaja perasaannya. Suamiku juga diam. Setelah masing-masing diam, suamiku menghidupkan pemain cakera padat di dalam kereta. Hanya irama muzik daripada cakera padat kumpulan Air Supply sahaja yang berkumandang di dalam kereta. Biasanya jika kami berdua di dalam kereta, pemain cakera padat atau radio hanya akan mampu berkecil hati dengan kami. Langsung kami tidak pandang. Langsung kami tidak mainkan lagu. Mungkin kerana suara kami berbual sudah cukup menghiburkan masing-masing. Ye. kami adalah die-hard pemborak.

Aku lawan rasa mengantuk. Fikiranku mula melayang. Terkenang memori daun pisang di antara aku dengan suami. Dulu bukan tidak biasa kami bertengkar. Sebelum berkahwin dulu, kami musuh. Setiap kali berjumpa, kami akan bergaduh. Aku cukup benci melihat wajah romeo yang macam buaya awet di Taman Buaya Sarawak. Semua perempuan dia ayat. Semua perempuan jatuh hati dengan dia sebab tersalah faham dengan ayat-ayat manis dia, kecuali aku. Aku memang sejak awal dah tau perangai ulat bulu dia tu. So, kalau dia bercakap dengan aku, aku pasti akan buat tak dengar kemudian aku akan berlalu pergi. Sampai la satu masa, entah bagaimana kami boleh berbaik dan bercinta kemudian berkahwin. Selepas berkahwin, muka buaya awet tu terus je ternampak seperti muka kucing Scottish Fold berbulu lebat warna putih. Kawaiii... Comel sangat. Dan dia sebenarnya bukanlah romeo seperti yang aku sangka. Salah faham je banyak. Hurmm.. Kenangan..kenangan...

Namun, sejak kami berkahwin, ini adalah kali pertama kami bertengkar. Mula-mula kami bergaduh mulut. Kemudian kami melancarkan perang dingin. Masing-masing diam sebagai tanda protes dan mengharapkan salah seorang mengalah. Diam lagi.

Kami sampai lewat di rumah Natrah. Semua tetamu nampaknya sudah mula beredar meninggalkan rumah Natrah. Tinggallah Natrah di luar pagar bersama suaminya menghantar tetamu yang meninggalkan rumah mereka dengan ekor mata. Secara tak langsung, mereka juga menyambut kedatangan aku dan suami.

"Natrah! Tahniah. Dah ada rumah baru dah ko kan? Cantik rumah ni". Aku bersuara memuji sahabatku lalu memeluknya. Suaminya Imran, tersengih-sengih kerang sahaja di sebelah Natrah sambil bersalaman dengan suamiku yang bermuka ketat seperti legging bersaiz S dipakai oleh perempuan bersaiz XXL. Comel juga muka ketat dia. Hihi. Tapi takpe. Jangan senyum kat dia. Nanti dia menang.

Natrah dan Imran perasan dengan ketegangan diantara kami. Mereka sedar kami dalam mood bergaduh. Natrah mula bertanya dengan muka sardin,"korang ni.... kenapa? Kelat je muka sorang-sorang. Sos nasi ayam ni pun lebih manis kot daripada muka korang tu". Natrah dan Imran tersengih-sengih kerana mereka sangat tahu tentang hubungan aku dengan suami, yang sejak kami berkahwin kami tidak pernah bergaduh. Aku dan suamiku masih lagi bermuka serius. Soalan Natrah kami biarkan ditelan waktu. Sehinggakan Natrah dan suaminya juga terdiam. Tiada lagi sengih-sengih. Haaa.. tau pun takut. Cubalah lagi main-main. Hatiku bagai sudah digeletek. Tapi masih control senyum. Jangan senyum. Jangan senyum. Perempuan perlu menang dalam pertengkaran ini...

Suami Natrah memecahkan keheningan suasana, "Korang berdua duduk le dulu kat sini ye. Aku dengan Natrah nak ke dapur kejap utk prepare makanan untuk korang makan. Kalau kami layan perangai korang ni, nanti korang gak yang lapar. Korang belum makan kan?". Aku tak menjawab, hanya angguk perlahan. Suami aku pun angguk juga.

Bila Natrah dengan suaminya hilang daripada pandangan, suamiku membuka mulut, "Love, orang tak suka kita macam ni. Takkan la sebab hal kecil tu pun, Love nak merajuk macam ni?". Aku masih mengeraskan badan. Duduk tegak, tiada reaksi apa-apa. "Apa yang orang cakap tu betul la. Orang tak tipu. Kenapa Love tak boleh terima?", sambung suamiku lagi.

"Orang pun tak suka kita macam ni, Love. Tapi orang tak leh terima bila Love kata dalam hubungan kita ni, Love yang sayang orang lebih. Sebab bukan macam tu. Orang yang sayang Love lebih tau", aku tak sampai hati untuk membiarkan suamiku bercakap dengan kertas dinding. Sebab tu aku bersuara juga.

Suamiku menyambung, "Ok lah, ok lah.. Orang bagi Love menang ye? Betullah tu, Love yang sayang orang lebih daripada orang sayang Love okay?". Dia tersenyum sambil mengetuk kepalaku perlahan dengan remote TV yang ada ditangannya. Kemudian kami pun tergelak bersama-sama sehingga menarik perhatian Natrah dan Imran. Mereka datang ke ruang tamu dan tersenyum sambil Natrah berkata, "Haa.. dah berbaik. Korang ni kan... memang buang masa kiterang je. Ingatkan bergaduh pasal nak berebut balik kampung ke, atau ada salah seorang curang ke. Rupa-rupanya pasal siapa sayang siapa lebih banyak. Korang dua orang ni memang gatal bercampur gedik nak mampus.". Kami semua ketawa terutamanya aku dan suami. Rupa-rupanya Natrah dan suaminya bukan ke dapur untuk prepare makanan, tapi mereka mengintai daripada dapur gelagat kami.

"Lapar la wei. Korang taknak pelawa kiterang makan ke Im?", suami aku memang muka tebal. Selamba je mintak makan. Nasib baik Imran memang dah lama kenal suami aku. So, dah faham sangat perangai dia memang begitu. "Jom...jom.. kita makan. Kami pun belum makan lagi. Tadi layan tetamu lepas bertahlil, tak sempat lagi makan.", Natrah yang membalas.

Semasa ingin pulang ke rumah, suamiku sempat berbisik di telingaku sewaktu kami berjalan untuk menuju ke kereta, "sebenarnya... orang yang lagi sayangkan Love. uwekkkk" dia menjelirkan lidah kepadaku. Aku hanya tergelak melihat aksi kurang matang suamiku itu. Dia ingat aku nak kejar dialah tu.
_______

Hahaha.. Cemana cerpen pertama saya? Gedik bukan? Nanti nak tulis novel ni kena banyak berlatih.

Hebat Tak Hebatnya Orang Kita


Sejahteralah ke atas kamu...


Dulu masa kecoh pasal Salleh Gregor Samsa yang maki-maki agama Islam, beratus-ratus orang komen dengan niat untuk membela agama. Itu bagus. Kemudian keluar pulak berita pasal Makcik Hajjah Sitt yang menghina agama Islam dan maki Rasul dan Allah. Apa masalah dia pun tak tau la. Waktu tu pun beratus-ratus komen yang membuat maki balas kepada makcik tu. Itu juga bagus.

Yang terbaru ni keluar plak Tengku Sophia. Camtu la kot nama dia. Saya pun tak berapa nak amik port. Seperti biasa, orang-orang yang rasa tercabar kerana penghinaan itu pun berbalas tweet dengan dia di laman sosial, Twitter . Sama jugak, beratus-ratus komen. Ini menunjukkan betapa ramainya orang yang ingin membela Islam. *Cuma mungkin ada yang orang yang memberi komen dengan cara yang salah, dan menjawab dengan cara tidak berhemah.*. Tapi setidaknya mereka masih ada rasa marah dan sakit hati bila agama dipersendakan. Ada la juga iman mereka. Itu pun bagus.

Dan yang paling terbaru sekarang ni, heboh pasal orang yang kondem KPop kat blog Gigi Rabbit. Ntah la. Saya pun tak pegi lawat blog tu. So, tak baca apa dia kutuk tentang KPop. Dan inilah the best part of this entry. Komen balas terhadap kutukan-kutukan dan membela KPop itu mencecah sampai 2000 dan lebih komen. Perghhhhh..... Pembela nusa bangsa sungguh korang ni. Itu je la tentang hebatnya orang kita. Jadi, pembaca semua... marilah kita menyanyi lagu Oh Mak Siti dalam loghat Negeri Sembilan. 'Oh mak siti, den sayang anak makcik'..

Rasa Terharu Seperti Dapat Seekor Arnab

Sejahteralah ke atas kamu...


Hari ni saya terlampau lambat. Bangun pun dah lambat. Kepala rasa weng. Badan rasa berat. Ni mungkin kerana faktor-faktor obesiti. Kot. Ntah. Saya ni biasanya kalau memang dah tau lambat, saya takkan bergegas lagi nak bersiap. Terus je buat biasa je. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sempat tolong trim janggut suami lagi. Kehkeh. Nak terkocoh-kacah buat apa kan? Buang tenaga batin je. Tenaga batin perlu dijimatkan. Barulah akan sentiasa cergas. Hoho.

Saya sampai ofis, tak terus masuk ofis. *Sila jangan mencontohi sikap pekerja bermasalah seperti saya ni.*. Saya pergi cafe dulu, beli sarapan. Pastu masa nak bayar tu, JekJan[ofismate saya] tepon, tanya saya kat mana. *Erm.. biasanya tak pernah plak dia call. Sebab kami masing-masing tau la.. kalo sape yg tak dtg ofis sebab demam atau EL, dia la yg akan SMS @ call org yg ada kat ofis. Bila saya tanya, kenapa? JekJan kata En Zek cari saya. Alamakkk... *Time aku lambat ni la En Zek nak cari aku. Kenapa? Kalau tidak... saya duk jadi tok pekong kat tempat saya tu daripada pagi sampai ke petang tak bergerak-gerak, takde plak dia cari. Ini tidak adil. Ini tidak adil kepada ku. *lagu latar takde kaitan dgn cerita.

Bila saya sampai kat tempat saya, saya tengok ada seplastik kat atas meja. Iaitu, ini;


Buah kedondong. Kehkehkehkeh... Jek Jan kata En Zek yang bagi. Owhh.. Saya sungguh terharu.

Camana En Zek boleh bagi saya kedondong ni, ada kaitan dengan citer semalam. Ofismate saya, Shida pergi Penang baru-baru ni. Bawak balik jeruk. Dalam jeruk campur-campur tu ada jugak jeruk kedondong. Masa En Zek nampak jeruk kedondong, dia kata "kat rumah i ada banyak buah kedondong". Pastu tanpa berlengah walaupun 1/2 saat, terus saya buat muka Puss In Boots dan cakap "saya nakkkkk buah kedondong" dengan dua tangan digabungkan mcm ala-ala nak buat wish tu. En Zek masa tu speechless. *Dia sokmo speechless dengan perangai anak-anak buah dia. Hahah. Tapi sebelum En Zek tanya dengan lebih lanjut, saya terus sambung ckp, "tapi saya bukan mengidam ye.". Hehehe.

Mekasih En Zek.

Haiwan Itu Diperbuat Daripada Apa?

Sejahteralah ke atas kamu...

Selalu orang cerita pasal Adam dijadikan daripada tanah dan Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam. Manusia pula dijadikan daripada segumpal darah [Rujuk Surah Al-Alaq]. Malaikat dijadikan daripada cahaya dan syaitan pula dijadikan daripada api.

Haiwan? Dijadikan oleh Allah daripada apa? Saya pun tak pernah terfikir. Ilmu ini saya kelepet daripada blog SAYA.

Haiwan diperbuat daripada air. 2 hidrogen + 1 oksigen = Air.

Bukti;


Saya sangat-sangat kagum dengan apa yang ada di dalam Al Quran. :)

15 December 2011

Gold. White Gold. Platinum. Yang Mana Paling Bagus.

Sejahteralah ke atas kamu...

Selama ni, saya sangkakan emas putih [white gold] itu sama saja dengan platinum. Sebab masa sekolah dulu belajar kimia, cikgu kimia kata "platinum itu sama sifatnya dengan aurum [emas atau gold], tapi warnanya adalah putih". Cikgu saya kata jugak, platinum tu adalah emas putih. Saya masa tu dah start kagum dengan emas putih. Dalam banyak-banyak ilmu dalam subjek kimia masa form 5 dulu, part platinum dengan aurum ni je yang masuk dalam kepala otak saya. Yang lain semua terhumban ke dalam sungai. Yeahhh... right... unsur-unsur materialistic diriku sudah terserlah sejak di bangku sekolah.

Tapi sekarang baru saya tau rupa-rupanya 2 ekor tu tak sama. Bahan yang dipanggil 'white gold' itu adalah berbeza dengan platinum. Tetapi menurut pembacaan saya di internet, platinum memang sifatnya sama dengan emas kuning. Dalam jadual berkala pun, kedudukan Aurum dgn platinum ni pun jiran seblah katil je. Aurum no 79, platinum no 78. Kalau nak tengok jadual berkala [periodic table of element], sila skodeng di sini Periodic Table

Emas putih atau yang orang panggil white gold yang ada di pasaran sekarang adalah campuran beberapa jenis aloi dan disadur dengan rhodium untuk menjadikannya berwarna putih. Sedangkan platinum pula memang berwarna putih asli. Jadi, sesape yang beli white gold, perlu sekali sekala pergi servis barang kemas dia untuk gilap balik warna putih tu.

White gold lebih murah daripada platinum. Platinum pulak cepat bercalar, tapi platinum tidak akan menyebabkan alergi, sama seperti emas kuning. Haaaa.. See? Sama sifat platinum ni dengan emas kuning.

Sumber rujukan : Wikipedia, PriceSope dan Diamond ring.com

Lebih Baik? Atau Lebih Buruk?

Sejahteralah ke atas kamu...

Biasanya, orang yang merasakan diri mereka baik dan sempurna bila berdepan dengan orang yang membuat dosa akan berkata, [contoh] "daripada ko pakai seksi macam tu, lebih baik ko tak pakai baju terus".

Sedara-sedari, tengok balik ayat-ayat tu sebelum bercakap. Maksudnya, tak pakai baju langsung tu LEBIH BAIK daripada pakai seksi? Itu ke doa kita untuk orang lain? Itu ke doa kita untuk saudara-saudara kita? Saya faham itu adalah ayat menganjing. Tapi.... ermm... kalau boleh, cakap la benda yang lebih positif.

Apakata kalau untuk kesalahan orang atau keburukan yang kita nampak, cuba kita doakan sesuatu yang lebih baik untuk orang tu dengan perkara yang betul-betul baik, bukannya 'lebih baik yang sinikal atau sarcastic'. Contoh, "daripada ko pakai seksi macam tu, LEBIH BAIK ko pakai sopan dan tutup aurat". Lebih baik kan? Atau pun kalau pompuan pakai tudung suka mencuri. Tak perlu la kata "Lebih baik ko takyah pakai tudung". Apa yang lebih baiknya kalau tak pakai tudung? Kan lebih manis jika kita kata "LEBIH BAIK ko berubah dan jangan mencuri". Betul tak? Betul tak? Hahahah.

Korang jangan ingat saya ni selalu tulis entry merepek, tapi saya takleh tulis entry serius. Saya serius ni. Daripada saya tulis entry serius, lebih baik saya tulis entry merepek dan mengata orang. Owhh... BUkan-bukan... Daripada saya tulis entry merepek, lebih baik saya improve penulisan saya supaya dapat memberi manfaat kepada follower dan reader blog saya walaupun manfaat yang kecil.

14 December 2011

Rasa Tak Keruan

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya rasa tak keruan bila camera saya dan takleh berfungsi. Ada masalah skit. Walaupun camera tu bukanlah kemre canggih digital SLR pun, setakat kemre digital Cyber Shot zaman kuno kalo baling anjing pun confirm kena gelok dengan anjing je. Tapi.... Kalau ada kemre, barulah saya boleh amik gambar banyak-banyak. Kemre pada henfon gambarnya tak cantik. Kalo amik gambar guna henfon, macam bergambar dalam almari. Kelam je. Huhu.

Entry Yang Boleh Meningkatkan Traffic Pada Masa Sekarang

Sejahteralah ke atas kamu...

Kamu tau, entry yang menceritakan tentang apa yang boleh meningkatkan traffic mendadak ke blog kamu? Kalau nak tau, jawapannya ialah entry tentang Borang tuntutan bantuan RM500 1 Malaysia yang ingin diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia. Saya secara tak sengaja buat entry tentang cara-cara untuk mendapatkan borang bantuan RM500 ini secara online. Saya sertakan sekali link untuk download borang bantuan RM500 itu. Hasilnya, traffic blog saya naik 2 kali ganda.

Lain-lain topic yang boleh menaikkan traffic ialah perkongsian tentang gubahan hantaran perkahwinan, cara-cara atau tutorial untuk membuat buanga telur atau d.i.y untuk majlis perkahwinan. Senang citer, anything tentang perkahwinan la. Kalau kita tulis entry tu dengan keyword-keyword yang lengkap, pasti entry itu akan jadi entry SEO secara otometik.

Dan tak lupa juga entry tentang pasukan bola sepak negara kita. Terutamanya tentang pemain-pemain baru seperti Nazmi Faiz atau yang tak berapa baru seperti Khairul Fahmi Che Mat yg femes dgn scandal tu. Kalau mampu, cari maklumat sebanyak mungkin tentang mereka dan maklumat tu biar orang lain atau blogger lain belum pernah cerita.

So, itu je la buat masa sekarang ni yang boleh tinggikan traffic ke blog kamu. Selamat meninggikan traffic.

13 December 2011

Helmet Red Bull

Sejahteralah ke atas kamu...

Semalam suami saya sangat gembira sebab dia menang contest Redbull - Energizing Malaysia. Suka gile dia. Katanya, inilah kali pertama dia menang contest. Hehehe. Sian plak. Saya masuk jugak contest tu, tapi saya tak memang pom. Hadiahnya hanya saguhati iaitu helmet. Hadiah utama Proton Saga. Tapi bila tengok design tin Red Bull yang pemenang Proton Saga tu buat, kami pun akui la memang cantik design tu.

Ni gambar helmet tu. Ada logo dan quote Redbull printed on it.




Bagi saya, helmet ni cantik sangat. Cool ah. Pastu dia ringan je. Tak berat macam helmet biasa. So, kat sini nak wish tahniah kat boebie. Suke lettewww...

Siapa Yang Betul-betul Boleh Beri Nasihat?




Sejahteralah ke atas kamu....

Saya pernah 'hampir' nak berdebat dengan seseorang tentang kredibiliti seorang ustaz. Seseorang ini, dia lelaki. Statement dia kepada saya ialah, "aku tak suka orang-orang yang macam ustaz. Sebab dierang ni bercakap je pandai. Tapi diri sendiri pun tak betul".

Saya ni tak pandai berdebat depan-depan. Sebab saya cepat rasa sebak, then nak nangis. Heheh. Saya ni cengeng. Biasanya. Tak bongsu la kalau tak cengeng kan? Lelaki yang 'tak suka orang-orang macam ustaz' ni siap beri contoh kepada seorang lagi watak di ofis EsEsEm ni. Biar saya namakan watak tu sebagai Awang. Dan lelaki yg saya berdebat tu sebagai Almond. *Sesuka hati aku je nak bagi nama kan? Kehkeh.

Awang tu watak dia sebagai seorang yang suka bercakap tentang agama. Dan dia banyak ilmu jugak. Tapi dalam masa yang sama, si Almond London ni ada tak puashati dengan Awang. Mungkin ada kot kelakuan Awang yang menyentuh sensitiviti Almond, saya tak pasti la.

Cerita di atas tu adalah salah satu daripada beribu cerita tentang betapa wujudnya orang-orang yang akan memandang rendah kepada seseorang yang bercakap tentang agama. Dengan alasan, "alaaaa... dia pun buat dosa. Nak cakap pasal agama buat apa...". Jadi, persoalannya ialah... "Habis tu, siapa yang layak bercakap tentang agama lagi?". Siapa dalam dunia ni yang tak berdosa? Ada orang lain lagi ke yang terpelihara daripada dosa ataupun 'maksum' selain daripada Rasul Ulul Azmi yang 5? Kalau macam tu, sampai bila-bila pun kebaikan atau nasihat tidak akan dapat disampaikan. Dah tu, semua orang pun buat dosa. Ustaz, ulamak even mufti pun ada dosa tersendiri. Mereka tetap orang-orang yang melakukan dosa kan?

Okay saya beri contoh... Kalau the Wright brothers [gambar di atas] menciptakan kapal terbang, adakah orang lain tidak layak untuk bercerita tentang pembinaan kapal terbang? Orang tu dah tentu tak buat kapal terbang kan? Orang yang bercerita, hanya bercerita dan berkongsi apa yang mereka tahu. Sama juga dengan orang yang bercakap tentang agama. Mereka hanya menyampaikan. Jika baik nasihat itu, terima la dengan hati yang terbuka. Jika buruk, tinggalkan. Buat apa nak kondem sana, kondem sini. Kita mencari nasihat yang baik. Tak kira la siapa pun yang memberi nasihat tu.

Tu je la.. So, harap-harap kita sama-sama ingat. Jangan lihat kepada siapa yang memberi nasihat, tetapi dengarkan apa nasihat yang diberikan itu. Dalam masa yang saya, orang yang nak menasihat pun perlu juga improve diri sendiri. Kena la tunjukkan akhlak yang baik. Baru la orang boleh respect. Perangai lama, jom tinggalkan. :)

12 December 2011

Belajar Bahasa Asing Yang Dapat Menjamin Hidup?




Sejahteralah ke atas kamu...

Ibu bapa paling bangga sekali kalau dapat hantar anak-anak ke skolah orang putih. Sejak tadika lagi. Lagi bangga kalau anak-anak mereka pandai plak tu. Cakap omputih berabuk. Atau ada juga yang selalu hantar anak ke sekolah Cina. Biar belajar bahasa Mandarin. Nanti senang nak mintak kerja, katanya.

Orang dewasa pun apa kurangnya. Nak belajar bahasa France. BonJovi jour! Senang nak tinggal di Paris nanti. Paris kan kota cinta. Atau remaja sekarang excited giler nak belajar bahasa Korea. Anneyo haseyo! Sebab nanti senang kalau bertemu jodoh dengan ahli kumpulan Super Junior atau Girl Generation. Tak la seksa nak berkomunikasi. Baru la sweet percintaan tu nanti. Eceh.

Walau apa pun alasan kita untuk belajar asing juga walau bahasa asing yang mana pun jadi pilihan kita... boleh kita pastikan... bahawa bahasa Arab itu sudah dapat kita dikuasai dan difahami dengan baik? Bahasa Arab adalah bahasa yang paling mulia di sisi Allah. Bahasa Arab bahasa Al-Quran. Di dalam Al-Quran penuh dengan ilmu yang tidak terungkap, yang pernah dijadikan rujukan oleh ramai saintis Islam satu masa dulu. *Dulu Islam ini gemilang kerana saintis-saintis mereka adalah ulama. Mereka mengetahui tentang Islam dengan sangat baik dalam masa yang sama mereka juga adalah para ilmuwan yang mengkaji sains berpandukan Al-Quran. Ko mampu? *aku pun tak mampu. huhu. Itu yang sedihnya.*

Oleh itu, sesape yang ada anak tu.... jom la wei... Hantar anak-anak belajar bahasa Arab. Dalam masa yang sama selarikan dengan ilmu teknikal. Supaya nanti, kalau anak jadi doktor, biar dia jadi doktor yang alim. Kalau anak jadi engineer, biar dia jadi engineer yang alim. Bukannya, jadi doktor, tapi gaya hidup moden dan agama dilupakan. Pastu kalau yang jadi ustaz, jadi ustazzzzz je. Dok je dalam masjid. Bagi ceramah. Ilmu sains, kurang. *Maaf. Bukan berniat menyinggung sesiapa.

Kita yang dah besar dan tak lama lagi nak masuk ke usia jubli emas ni, memang la dah tak sempat nak jadi saintis lagi. Tapi masih sempat belajar bahasa Arab. Tapi kalau kita tak sempat, apa kata kita fokuskan kepada anak-anak kita plak. Mungkin di zaman mereka dewasa nanti Islam akan menang? InsyaAllah.

Gerai Sate




Sejahteralah ke atas kamu...

Ada satu gerai sate ni. Saya selalu singgah dulu. Nak kata sedap sangat tu tidaklah. Setakat boleh-boleh makan la. Lagipun lokasi dia senang untuk di singgah. Satu jalan kalau saya nak balik umah lepas kerja.

Gerai ni kadang-kadang buka lambat. Kalau hujan lagi le lambat. Biasanya time saya balik kerja tu, dia dah siap prepare barang-barang nak berniaga. Tapi time lambat dia, saya dah sampai kat situ pun belum buka lagi.

Saya ni walaupun saya rasa saya ni agak kurang penyabar, tapi saya rasa saya penyabar. *tah hapa2 ayat. Kalau setakat nak tunggu makanan siap tu, walaupun lama dan kaki dah mula keluar akar dan badan pun dan mula keluar tunas, tapi saya okay je kalau nak tunggu lama.

Tapi gerai sate ni buat saya hangin je. Mula-mula ada sekali tu, saya pergi selepas hujan. Gerai tu baru sangat buka. Nampak macam takde barang2 pun lagi dia susun. Saya nak beli sate. Tapi akak tokey kedai tu kata semuanya belum ready. Jadi, sate takde. So, okay. Saya balik. Tukar menu. Beli makanan lain - di tempat lain. [Alamak.. lupa nak cakap. Ni cerita zaman bujang dulu la. Dok sorang mmg tak masak. Kalau masak pun selalu tak habis. Huhu.].

Selepas dah lama tak singgah, saya lagi sekali teringin nak makan sate, so saya singgah lagi. Saya nampak, semua kerusi meja dah susun, sate mentah pun dah ada dalam rak cermin jadi saya assume semuanya sudah ready. Bila saya kata saya nak beli sate, tokey kedai tu [ni suami dia plak] kata sate takde. Sebab tempat bakar tu, belum ready. Belum bubuh arang dan belum hidupkan api. Dem. Ko dah kenapa bang? Lepas saya ucap terima kasih, saya terus memblahkan diri saya. Tapi dalam hati sangat la fanas dan berfikir, memang padan la peniaga melayu cepat lingkup. Skill berniaga langsung tak pandai. Maklum la kan.. Kebanyakan peniaga-peniaga melayu ni bukan berketurunan peniaga. Lain macam peniaga Cina. Mereka ni mak ayah datuk moyang memang peniaga. Ilmu meniaga tu diturunkan oleh ancestors mereka. Sebab tu la mereka pandai berniaga.

Bagi saya la kan... Nko sebagai peniaga, tolong jangan buat keputusan untuk pelanggan. Apa yang ko patut buat ialah, ko bagi option kepada pelanggan dan biar pelanggan yang buat keputusan. Contoh macam brader gerai sate tu. Dah tentu saya sebagai pelanggan ni dah nampak sate dia terbentang kat dalam rak kaca tu kan. Lagi nak jawab sate takde. Kalau ye pun gabra sangat api belum dihidupkan, arang pun belum susun, paling tidak... bagi pilihan kepada saya. Cakap la, sate itu ada, tapi lambat sikit. Kalau nak boleh, tapi kena tunggu. Pastu tanya la... nak tunggu tak? Then... terpulang la kan kepada saya nak tunggu ke tak. Tapi kalau saya biasanya saya tetap akan tunggu. Sebab saya ni seorang yang sabar dan setia. Ini tidak. Terus je cakap takde kat pelanggan.

Saya ni tak ada la pengalaman yang banyak dalam perniagaan. Tapi ilmu asas nak jaga hati pelanggan tu abah saya ada ajar masa saya bantu abah jual goreng pisang sebelum saya dapat keja kat EsEsEm ni. Abah pesan, kalau boleh, jangan bagi pelanggan tunggu lama. Pastu kalau pelanggan nak apa-apa, cuba penuhi permintaan. Then, kalau pelanggan tengah duduk makan, walaupun ada sampah, jangan menyapu time tu jugak. Then hanya kemas meja dan angkat pinggan mangkuk yg pelanggan guna tu, hanya selepas pelanggan bangun daripada kerusi. Lebih bersopan begitu.

Kemudian, walaupun sewaktu ramai orang macamana pun dan kita memang tak sempat nak layan pelanggan yang baru masuk, paling tidak, bagi la ucap selamat dan minta maaf kepada pelanggan dan suruh dia tunggu sekejap. Kebanyakan pelanggan boleh menunggu asalkan peniaga itu menghargai mereka. Ini tidak. Ada saya tengok dan selalu terkena juga, kalau saya pergi kedai makan yang ramai orang, peniaga atau paling busuk sekali pekerja kat kedai makan itu, langsung tak pandang kita. Tau la ramai org. Tapi apa salahnya minta kita tunggu. Untuk menunjukkan yang dia tahu kita ada di situ. Kalau dah tak sempat sangat bercakap, bagi isyarat tangan dan pandang pelanggan tu.

Bagi saya, itu semua basic je utk jadi peniaga. Kalau tak tau pun, cuba kita fikir apa yang kita sendiri nak sebagai pelanggan. Cuba duduk di dalam kasut pelanggan. Eh, kasut la pulak kan. Hahaha.


Gambar dikelepet daripada Nota Kosong

11 December 2011

Download Borang Bantuan RM500 LHDN

Sejahteralah ke atas kamu,

Dapatkan borang bantuan kerajaan RM500 secara online daripada link ini; BORANG TUNTUTAN RM500
atau lawati portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia [MoF]
*Download daripada MoF lagi senang. :)

Cara-cara untuk mendapatkan borang bantuan RM500 ini, anda perlu pergi ke kaunter khas yang telah dibuka untuk mengedarkan borang-borang ini.

Mungkin ada sesiapa yang nak borang ni, tapi tak sempat nak pergi berebut ramai-ramai di kaunter edaran borang. So, satu lagi cara mudah untuk mendapatkan borang bantuan RM500 ini ialah, anda boleh download percuma daripada link yang saya sertakan di sini. Lepas dah print, dan dah lengkapkan maklumat, boleh hantar ke LHDN. Nanti bila dah hantar, tunggu je jawapan daripada pihak berkenaan sama ada permohonan kamu berjaya atau tidak. Pembayaran akan dilakukan melalui bank yang telah diisi dalam borang maklumat. :)

Kalau ragu-ragu kamu layak ke tak untuk mohon tuntutan ni, apa salahnya kamu cuba je. Jangan tak cuba. Download borang tuntutan bantuan RM500 1 Malaysia ni, print out lepas tu isikan maklumat yang diperlukan tu, pastu hantar ke cawangan-cawangan LHDN. Boleh tolong download untuk jiran-jiran atau boleh bagi kat ayah di kampung.

11 Things About Me

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya ingin menjawab 11 soalan tagged daripada Bayu Senja.

1. Korang ada secret admire tak? jangan tipu ok..
- Tak tipu, dulu mesti la ada, masa bujang. Sekarang tak dapat le nak ada secret admirer, melainkan lelaki tu saiko dan jenis yg suka kat isteri orang.

2. Movie terbaru korang tgk..best tak?
- Nak kata baru sangat tu tak la. Lagipun tu filem lama. Filem Constantine. Seriuosly sangat best. Sebab heronya ialah Abang Keanu Reeves saya. Eceh. Perasannya.

3. Lagu hits apa korang suka nyanyi kat bilik air?
- Lagu tak hit pun. Lagu Anak Itik Tok Wi. Heheh.

4. Korang rasa bila saya akan kahwin?
- Oooh... Saya rasa kamu akan berkahwin bila kamu dah cukup sedia dari semua segi. :D

5. Cita² masa kecik korang dulu apa?
- Saya nak jadi ustazah tapi tak alim pun, pastu nak jadi doktor tapi malas belajar, pastu nak jadi engineer tapi add maths pun setakat lulus je.

6. Lelaki or perempuan idaman korang? kenapa suka dia?
- Alamakkkk... Malu la nak cakap... Nanti orang kata i poyo... Mesti lah Mohd Azrul Kamaruddin. Dia kan suami saya yang very the ohsem.

7. Impian korang 10 tahun nanti? nak jadi apa & kenapa?
- Nak jadi mama kepada beberapa anak kembar. Mungkin kembar tiga kot. Eheh. Lalalala.

8. Barang apa yang penting dalam hidup korang?
- Barang ek? Banyak.... Kereta la paling penting. Pastu... erm... purse saya yang kat dalam dia ada duit banyak. Tu pun penting.

9. Barang apa selalu ada dalam handbeg or dompet korang?
- Mestilah car keys, henfon dan dental floss...

10.Mimpi apa korang rasa paling best dlm hidup…kalo bley tak mo bangun tido
- Banyak sangat. Huhu... Mimpi makan la kot yg rasa paling best. Sebab makan dalam mimpi dah la sedap2 pastu tak gemuk plak.

11.Lastly…korang rasa soalan kita mencabar tak?
- Mencabar le jugaks.

11 perkara tentang diri akak pulak...


1. Saya ni lefthanded. Makan nasik pakai tangan kanan. Makan mee dengan sudu pakai tangan kiri. Pegang reket badminton boleh pakai kiri dan kanan. Tapi 2-2 belah tangan tak terer. Main bowling pun bleh guna 2-2 belah tangan. Tapi sama gak macam badminton, 2-2 belah tgn tak terer.

2. Saya suka desserts. Letak la 10 jenis desserts pun saya bleh makan dengan riang gembira. Paling suka coklat. Puding. Kastard. Kek. Semua lah. Yang manis-manis.

3. Henfon saya buruk. Hahahah.

4. Gigi saya berlapis. Nak pakai braces tapi suami saya kata tak perlu. Susah tau, nak jaga gigi berlapis ni. Sebab dia rapat sgt. Dental floss selalu kena ada.

5. Kalau saya tengok filem atau drama, saya akan tengok siapa pelakon. Kalau semua pelakon yang saya tak minat, jangan harap saya nak tengok citer tu walaupun semua org kata best. Kalau drama Korea lagi la. Bila tgk salah seoarang hero atau heroin yg tak lawa, saya terus malas nak tgk. Mengada-ngada kan?

6. Saya suka ambil tau tentang fesyen. Saya tau tentang gaya. Tapi saya tidak bergaya. Sebab ada banyak faktor. :D *ok. point ni tak menarik langsung.

7. Saya suka perfume yang baunya berunsurkan fresh dan fruity.

8. Saya seorang yang sangat setia kadang-kadang sampai membawa ke 'setia bodoh'. Heheheh.

9. Kerja rumah yang paling saya tak rajin nak buat ialah..... menyapu sampah, mkop lantai dan vacuum. Semua kerja yang berkaitan dengan lantai saya sgt tak rajin. Saya pun tak faham napa.

10. Saya tertanya-tanya, napalah perlu ada 11 perkara. Kenapa tak 2 je. Penat fikir ni tau.

11. Yang terakhir saya nak beritau, saat saya menaip yang ke 11 ni, saya sangat le lapor. Phewww.. FInally habis jugak.



THE RULES
  1. You must post these rules.
  2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
  3. Answer the questions the tagger set for you in their post.
  4. Create 11 new questions for the people you tagged to answer.
  5. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
  6. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
  7. No tag back!
  8. No stuff in the tagging section about ‘YOU ARE TAGGED IF YOU’LL ARE READING THIS YOU LEGITIMATELY (a.k.a TRUST, REALLY, WILL BE HONESTLY) HAVE TAG 11 PEOPLE

Macam-macam le korang ni kan? Tapi takpe. Akak layan jek. Heheh. So, akak tag ;

  1. ekabukanmakcikkau - walaupun saya tau dia nak gi Cameron Highland.
  2. CikPieQa
  3. Dah la. Malas nak tag. Boleh? Hahaha..

10 December 2011

Orang Cina Tak Puashati

Sejahteralah ke atas kamu...

Privilege yang orang Melayu terima selalu menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan kaum Cina dan India di Malaysia. Maaf banyak-banyak, entry ini bukan bersifat perkauman. Tolong baca sampai habis sebelum buat conclusion. Please? Would you? Thanks.

Untuk orang-orang Cina, tak perlu cemburu dengan keistimewaan yang diterima oleh orang Melayu. Saya bercakap dengan beraninya tentang ini sebab saya sangat yakin, dengan rasa tidak puashati itulah yang memajukan bangsa Cina di Malaysia. Betul tak? Bila mereka dianaktirikan, bila mereka diketepikan mereka akan menjadi lebih berusaha untuk terus survive. Mereka rajin, tak seperti bangsa Melayu yang biasanya sangat bersifat tidak rajin untuk memajukan diri sendiri. Orang Cina menguasai perdagangan di Malaysia melebihi semua bangsa lain. Bukankah itu sesuatu yang boleh dibanggakan?

Cuba tengok, dengan kesitimewaan yang Melayu terima, bangsa Melayu tak maju-maju pun. Kalau orang Melayu ada kedai gunting rambut berkapasiti 3 orang dalam satu-satu masa, orang Cina ada salon besar yang pelanggannya pun ramai Melayu. Dan banyak syarikat-syarikat orang Cina, pekerjanya adalah Melayu. Maknanya, Cina lebih maju.

So, orang Cina tak perlu cemburukan keistimewaan orang Melayu yang hanya melemahkan dan melekakan ini. Kita ni rakyat satu negara, saling memerlukan antara satu sama lain. Harap-harap, kita semua akan aman dan saling menghormati.Peace Chinese. Peace Indian.

Kuantiti Anak VS Kualiti Anak?



Sejahteralah ke atas kamu...

Cerita pasal memiliki anak sendiri, siapa yang tak teringin betul tak? Walaupun ada pasangan yang merancang untuk tidak mempunyai anak, saya percaya sekelumit pasti ada terfikir untuk miliki anak sendiri.

Saya dah berusia 30-an. Sudah agak berusia jika ingin bertangguh memiliki anak. Ramai yang menyarankan saya untuk cepat-cepat beranak untuk kejar sebelum usia 40-an. Jadi muncullah cadangan untuk saya pulun buat anak dan beranak sebanyak mungkin sebelum umur 40-an. Sedia maklumlah kenapa kan? Usia 40-an berisiko tinggi untuk mengandung. Dan kesihatan semakin susut. Lagi, nanti bila dah tua bangka terbongkok-bongkok hantar anak masuk skolah tadika. Nanti bila orang tanya, "hantar cicit gi skolah tadika ke?", mulalah sendiri berdarah hidung sebab luka dalaman.

Dulu saya pun agak menggelupur nak dptkan anak ramai sebelum usia makin meningkat. Tapi sekarang bila difikirkan balik, apa salahnya anak sedikit? Asalkan anak yang sedikit itu berkualiti. Berkualiti bukan sekadar pandai belajar di sekolah, bukan hanya pandai cakap omputih berabuk tapi pastikan berkualiti untuk agama. Biar jadi insan teladan. Ramai juga saya tengok orang yang punyai anak ramai, tetapi anak-anak yang ramai itu, seorang pun tidak pandai mendoakannya apabila dia mati. Nak bacakan surah Yasin utk orang tua pun tak pandai. Jadi, untuk apa?

Kalau ada orang yg beranak ramai dan mampu didik anak-anaknya menjadi manusia berkualiti itu memang sangat mengkagumkan. Jika Allah kurniakan anak yang ramai, bersyukur. Dan jika tidak dikurniakan anak yang ramai juga bersyukur. Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Ingat.. Kualiti lebih penting daripada kualiti. :)

09 December 2011

Nape Saya Tak Masuk Masterchef?



Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Masterchef Malaysia musim pertama sedang berlangsung sekarang ni. Saya selalu jugak ikuti perkembangan chef-chef amatur Malaysia yang menyertai rancangan realiti itu di Astro Ria. Macam biasa la. Bagi tukang masak amatur, takleh la nak expect terlalu tinggi. Tapi walaubagaimanapun bakat mereka masih juga boleh dikagumi.

Pandangan saya, untuk menyertai Masterchef ni, pengetahuan tentang bahan-bahan masakan perlulah tinggi. 'Vocabulary' nama makanan dan jenis-jenis masakan pun perlu tinggi. Daripada western ke fusion, italian, french atau asian semuanya perlu dalam kepala. Kalo tidak, laju je la ko terkeluar.

Saya memang tak mampu untuk masuk program Masterchef tu di atas banyak sebab. Di antaranya;

1. Saya buat kerja lembab. Sangat lembab. Kita semua tahu kan, nak masak tu tak lama. Tapi nak prepare bahan-bahan tu yang amik masa. Nak sediakan rempah seperti bawang-bawang atau daun-daun, pastu nak sediakan subjek yang kita nak masak tu seperti nak kena siang ayam, siang ikan, potong-potong atau nak marinade ke, semuanya perlukan kecekapan dan kelajuan. Kalo masak sup ayam pun amik masa sejam, takyah citer la nak sediakan pasta dakwat sotong macam ni dalam masa sejam;




2. Lagi sebab saya takleh masuk Masterchef ialah saya ni ada banyak benda yang saya tak suka makan. Ikan keli tak makan. Tiram tak makan. Kerang-kerang yg pelik-pelik tu tak makan. Kambing pun agak kureng. Itik pun tak makan. Banyak lagi lah benda yang saya tak makan. Dah tu, macamana nak masak kalau nanti dapat tugasan kena masak guna avocado ke? Nyorok terus dalam periuk sebab tak reti masak. Nak jadi tukang masak yang hebat bagi saya, perlulah makan semua benda. Takleh geli-geli atau cuak-cuak. Baru la boleh success with flying colors ye tak?

3. Saya ni hati sensitip. Kalo kena kondem dengan juri, "masakan kamu ni tak sedap", confirm punya saya nangis kat situ jugak. Tak mau la orang nampak saya nangis. So, takleh le masuk.

4. Banyak benda yang saya tak reti masak atau buat. Skill memotong pun agak hancho. Senang citer, saya tak pandai masak la, sebab tu saya takleh masuk Masterchef. Muahahaha. Beriya korang baca alasan-alasan kat atas, tapi alasan ke-4 ni la yang paling tepat. Kekeke.

Gambar dikelepet daripada SINI

Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana, Tapi Takde Jodoh Ke Mana-mana

Sejahteralah ke atas kamu..

Kamu tengok tak drama di slot Akasia, Tentang Dhia. Comelnya Nora Danish. Bila pakai tudung, makin terserlah comel dia. Saya sebagai seorang wanita, mampu terbakar dek api cemburu kerana kecomelannya itu.. Pergh.. Ayat aku, bleh kalah Fauziah Ashaari [penulis novel Ombak Rindu].

Sape tak tengok, meh saya citer nak? Ololo.. sian. Tapi saya citer part yang berkenaan dengan entry ni je. Dalam citer tu, Nora Danish jadi Dhia. Dhia bercinta dgn Azmi [Akoi Mustafa] sejak skolah menengah sampai bertunang. Masa malam Dhia nak dinikahkan dengan Azmi tu, ada pompuan buat cerita dia mengandungkan anak Azmi. So, Dhia tak jadi kawen dgn Azmi. Azmi kawen dgn pompuan tu [Melly].

Lepas dah lama, Dhia bercinta plak dengan Zikir [Ady Putra] dan nak bertunang. Tetiba hari yg sama nak bertunang tu la Azmi dtg meminang lagi skali, sbb Azmi dah ceraikan Melly. Dhia serba salah sampai pengsan. Pastu Dhia decide nak pilih Azmi dan tinggalkan Zikir. Bila dah nak bgtau Azmi tu, tetiba lagi sekali, Azmi kena tangkap dgn polis, sampai masuk penjara sebab mengedar dadah yang org fitnah dia. So, Dhia pun terpaksa la pilih Zikir semula bila ayah dia berkeras jugak nak suruh dia pilih Zikir.

Point saya kat sini ialah... kalau dah tak ada jodoh tu, ada je halangannya. Sepertinya Allah dah jauhkan orang tu daripada kita dengan apa cara sekalipun. Walaupun cara tu kadang-kadang nampak macam, "kalaulah benda ni tak terjadi, tentu aku dah berkahwin dengan dia", tapi kena ingat apa yang berlaku tu memang Allah dah aturkan. Sebab tu la, saya dah tak pelik sangat kalau dengar orang bercinta 10 tahun tapi akhirnya masing-masing kahwin dengan orang lain. Punca perpisahan pulak pasti ada silap kat mana-mana. Salah faham sana. Salah faham sini. Orang tua tak restu la. Macam-macam. Kita nampak macam punca perpisahan itu adalah kegagalan hubungan itu. Tapi ramai yang tak sedar, bahawa semua itu Allah dah susun agar kita berpisah dengan orang yang salah tu kemudian ditemukan kita pulak dengan orang yang betul iaitu jodoh sebenar kita. Saya ni... kalau bukan dipisahkan secara paksa macam tu, sampai ke sudah la gamaknya saya pilih jalan yang salah walaupun jalan yang benar terbentang depan mata. :) Kawan-kawan rapat saya tentu sangat memahami. Peace.



Untuk sesiapa yang belum bertemu jodoh, jangan risau, pasti ada jalannya. Dan bagi yang sedang bercinta pulak, jangan berharap sangat pasangan kamu itu adalah jodoh kamu. Mungkin juga kamu sedang membuang masa bercinta dengan orang yang salah. Heheh. Jgn sentap.

Nota bulu betis : Untuk nur Muhammad, saya tak dpt lawat blog kamu. Bleh tinggalkan link? Please. Thank you. :)

08 December 2011

Tai Chi Protege!

Sejahteralah ke atas kamu..

Saya dah join kelas Tai Chi kat EsEsEm semalam. Saya bukan apa. Saje je. Kesian kat Joe [ofismate saya] sebab Joe beriya ajak, dia segan nak pegi sorang-sorang kot. So, dia ajak le kakak dia ni join sekali. [Aku pitnah Joe. Hehehe. Pdhal aku yang gemuk, masuk TaiChi untuk exercise].

Yang membuatkan saya rasa nak join kelas ni ialah sebab kesihatan. Saya ni sejak dah kawen, jarang sangat dah exercise. Main bekbinten pun dah tak.[Macam la dulu atlit sgt selalu sgt main bekbinten kan? Nampak benor menipunya.]. Saya fikir, Tai Chi ni pergerakan dia slow jadi tak perlukan banyak tenaga. Sesuai le dengan saya yg very the beruang koala ni. Lagipun senaman ni tak perlukan bertanding atau kira point macam bekbinten ke, tenis atau bola jaring dan lain-lain. Maka elok benorlah untuk diri ku ini.

Untuk kelas pertama semalam, kami baru diajar dengan routine untuk warming up. Owh, sebelum mulakan kelas, perlu buat greeting menggunakan tangan macam ini;
Untuk greeting ni, ibu jari tangan kiri [yang di atas tu] perlu dirapatkan, jangan jungkit ke atas. Sebab kalo ibu jari tangan kiri tu ternaik ke atas maksudnya ajak berlawan.

Warming tu pergerakannya senang dan perlahan je. Tapi, berpeluh dan penat jugak tau. Jgn pandang rendah kat Tai Chi walaupun pergerakan dia lembut. Pergerakannya banyak memerlukan pinggang, jadi secara tak langsung usus dan buah pinggang turut bergerak. Maka iainya sangat bagus untuk kesihatan.




Cuba teka mana saya? Kekeke..

Sebelum saya pegi kerja semalam, suami saya check dulu baju mana saya nak pakai untuk kelas Tai Chi. Bila dia tengok baju tu tak seksi, baru lulus bawak baju tu. Heheh. Lepas ni nak beli baju Tai Chi dengan kasut flat. Yey! Shopping lagi.

Coklat Cadbury Gold - Halal Ke Tidok?

Penting ke entry ni? Owh. Sudah tentu tak penting untuk kamu. Tapi penting untuk diri saya sendiri.

Kamu suka coklat? Jenis apa? Perisa apa? Patern macamana?

Saya, suka dark coklat. Dan kalo boleh biar dia combine dengan rasa mint atau peppermint. Juga bersama kacang hazel kegemaran En Stormpong. Luv u bubi. *Ceh tetiba. Takde kaitan dengan coklat.

Semalam saya beli coklat Cadbury Old Gold - Dark Chocolate Peppermint di The Cocoa Trees cawangan KL Sentral. Ini dia budak coklat itu.


Harge dia Semilan belas hingget semilan posen untuk 220g. Agak mehei untuk orang tak berapa kaya macam saya ni.

Kat kotak coklat ni memang takde simbol halal daripada JAKIM. Malahan daripada AFC pun takde. Tapi saya beli jugak. Untuk kategori coklat dan makan dalam package, saya boleh compromise untuk beli walaupun takde tanda halal. Sebab? Saya gunakan option kedua untuk check ingredients yang dinyatakan dibelakang kotak. Kita boleh membaca kan? So, baca la. Bahan-bahannya kalau takde yang mengcurigakan, silakan beli dan makan.

Coklat ni yang part dark coklat tu ok. Sedap. Tapi part peppermint tu sesangat manis. Saya tak tahan walaupun saya ni memang kuat manis. Well.. tengok senyuman la. Manis bukan... [kelipkelip mata dengan bulu mata palsu].

So, cinta saya tetap pada dark coklat Beryl's. Untuk Cadbury pula, milk coklatnya lebih sedap daripada dark coklat. Sekian. Wassalamu.

Sape Bimbo?

Bimbo
From Wikipedia, the free encyclopedia
For other uses, see Bimbo (disambiguation).

Bimbo, in its popular English language usage, describes a woman who is physically attractive but is perceived to have a low intelligence or poor education. The term can also be used to describe a woman who acts in a sexually promiscuous manner. The term itself is not explicitly negative, but is most often used as a derogative insult towards a woman.

Use of this term began in the United States as early as 1919, where it was used as a slang term for an unintelligent or brutish male.[1] Its first inclusion in an official dictionary for its female meaning was in 1929, where the definition was given simply as "a woman".[2]



Saya rasa... ramai pompuan sekarang ni yang rupa nampak cantik, menarik tehtarik kau memang da bomb, tapi sayangnya dia bimbo. Hahah. Bukan tentang tahap pendidikan bimbo ini dinilai. Tapi dari segi cara dia menggunakan akal dia dan cara dia berfikir. Contohnya bila orang cakap kat dia, "zaman dinasour dulu, bacteria sebesar penyu". Dia pun terus, percaya, "oo..ye ke?". Watak bimbo yang paling sesuai utk dijadikan contoh entry ni adalah watak Fiona dalam drama Soffiya dulu. Watak tu lakonan Izara Aisyah. Pandai dia berlakon jadi bimbo.

So, saya ni bimbo tak? Hahahaha.... Harap-harapnya tidak la kan. Sebab saya tak physically attractive plak. Lelaki yang suka pilih pompuan bimbo, memang bombi. Tapi ramai lelaki yang lebih rela dating dengan pompuan bengap tapi cantik drpd pompuan cerdik tapi hodoh. Betul ke lelaki? Tolong jawab skit nak dgr.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...