Iklan! Iklan! Sila Click!

16 December 2011

Rasa Terharu Seperti Dapat Seekor Arnab

Sejahteralah ke atas kamu...


Hari ni saya terlampau lambat. Bangun pun dah lambat. Kepala rasa weng. Badan rasa berat. Ni mungkin kerana faktor-faktor obesiti. Kot. Ntah. Saya ni biasanya kalau memang dah tau lambat, saya takkan bergegas lagi nak bersiap. Terus je buat biasa je. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sempat tolong trim janggut suami lagi. Kehkeh. Nak terkocoh-kacah buat apa kan? Buang tenaga batin je. Tenaga batin perlu dijimatkan. Barulah akan sentiasa cergas. Hoho.

Saya sampai ofis, tak terus masuk ofis. *Sila jangan mencontohi sikap pekerja bermasalah seperti saya ni.*. Saya pergi cafe dulu, beli sarapan. Pastu masa nak bayar tu, JekJan[ofismate saya] tepon, tanya saya kat mana. *Erm.. biasanya tak pernah plak dia call. Sebab kami masing-masing tau la.. kalo sape yg tak dtg ofis sebab demam atau EL, dia la yg akan SMS @ call org yg ada kat ofis. Bila saya tanya, kenapa? JekJan kata En Zek cari saya. Alamakkk... *Time aku lambat ni la En Zek nak cari aku. Kenapa? Kalau tidak... saya duk jadi tok pekong kat tempat saya tu daripada pagi sampai ke petang tak bergerak-gerak, takde plak dia cari. Ini tidak adil. Ini tidak adil kepada ku. *lagu latar takde kaitan dgn cerita.

Bila saya sampai kat tempat saya, saya tengok ada seplastik kat atas meja. Iaitu, ini;


Buah kedondong. Kehkehkehkeh... Jek Jan kata En Zek yang bagi. Owhh.. Saya sungguh terharu.

Camana En Zek boleh bagi saya kedondong ni, ada kaitan dengan citer semalam. Ofismate saya, Shida pergi Penang baru-baru ni. Bawak balik jeruk. Dalam jeruk campur-campur tu ada jugak jeruk kedondong. Masa En Zek nampak jeruk kedondong, dia kata "kat rumah i ada banyak buah kedondong". Pastu tanpa berlengah walaupun 1/2 saat, terus saya buat muka Puss In Boots dan cakap "saya nakkkkk buah kedondong" dengan dua tangan digabungkan mcm ala-ala nak buat wish tu. En Zek masa tu speechless. *Dia sokmo speechless dengan perangai anak-anak buah dia. Hahah. Tapi sebelum En Zek tanya dengan lebih lanjut, saya terus sambung ckp, "tapi saya bukan mengidam ye.". Hehehe.

Mekasih En Zek.

4 comments:

  1. bila saya datang lambat terus buat2 biasa je,,..
    tak nak bagi org perasan kita lambat .. hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha.. relaks2 sudey kn kak.. wat cam ofice tu kita ada share 49 percent ... haha

    ReplyDelete
  3. nur Muhammad : Ye tepat sekali. Lgpun kalau dah lambat memang takleh nak buat apa dah. Kejar pun still lambat. Buat penat je,

    Taufiq : Itu lah yg akak praktikkan. Ofis tu akak anggap macam abah akak punya. Keke. Anak dgn abah takkan nak berkira kan?

    ReplyDelete
  4. haih..teringat lak betapa sedapnya makan buah kedondong cicah sambal kicap..lamanya dah tak dapat makan..

    nak kena carik orang yang ada pokok kedonding la pulakkk..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...