Iklan! Iklan! Sila Click!

30 December 2011

Makanan Antarabangsa Semuanya Ada Di Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu...

Rasanya makanan kat Malaysia la yang paling antarabangsa. Kita ada; Mee Bandung, Mee Jawa, Mee Siam, Bihun Singapore, Rojak Singapore, Mee Goreng Kantonis. Pastu nasi pun ada macam-macam nama; Nasi Arab, Nasi Iraq, Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Pattaya, bla-bla-bla.

Padahal kalau pergi Bandung, mintak mee bandung, mereka pun tak tau. Pastu kalau pergi USA, cuba kita mintak Nasik Goreng USA, pastu mat saleh pelayan kedai tu akan bertanya kita balik "what the helll are you talkin' about? i don't f*ckin' know the nesi gowrenk USA". Kalau kita mintak Mee Goreng Melayu daripada orang Kantonis, mesti dierang cakap "ngo emchi lo". Cuba plak mintak nasik Melayu kat Arab atau kat Iraq, tengok dierang bagi apa. Silap-silap bagi nasik lauk bom tangan.

Kita memandai je bagi nama tempat atau negara untuk makanan kita. Tapi orang-orang negara tu, takde pun buat makanan mereka sempena nama negara kita atau nama bangsa kita yang mulia ni. Nampaknya, orang Melayu memang la kaum yang paling mudah menerima segala benda daripada tempat lain. Itu belum kira dalam bab fesyen, bab muzik, bab bahasa dan banyak lagi la... Sedangkan orang luar tak plak mudah menerima apa-apa pun daripada negara kita. Muzik kita nak masuk Indonesia pun payah. Inikan pulak nak masuk USA atau pun Arab Saudi. Harap-harap orang Melayu ni makin lama tidaklah makin 'me-layu' ye. Tak perlu agungkan sangat negara lain. K-Pop ke apa ke. Buat relax je. Minat sipi-sipi je sudah. Takyah nak minat mendalam sangat. Heheh. So sila-sila...silalah order Nasik Goreng USA lagi.


Gambar dikelepet dari situ

9 comments:

  1. Dedulu penah baca kat mana ntah, asal usul nasi goreng USA. Katanya sebab nasi goreng tu dihidang dengan telur goreng mata, dan stengah tu ada hidang dengan sosej lagi. So lebe kurang macam breakfast meal omputih la. Hmm..saya pon konpius.

    Malaysia boleh! (?)

    ReplyDelete
  2. Oooh..dah ingat!
    Kita baca kat Wikipedia.

    http://en.wikipedia.org/wiki/American_fried_rice

    Hoho..

    ReplyDelete
  3. tule..
    muzik k-pop tu pun
    kita hairan ..mcmlah sedap sgt
    tak suka...

    ReplyDelete
  4. hahahhaha kan...menu kite boleh kate western jgk la...sume negare ade..hahah ape nk buat da xde idea nak taruk name la tu..

    ReplyDelete
  5. nasi goreng kampung tetap pilhan saya selamanya..murah dan sedap..ekekekke

    ReplyDelete
  6. yer betul tu diana..nasi goreng kampung extra pedas jd pilihan saya..saya kan org kampung jd mkn nasi goreng kampung je laa..tak reti nak makan nasi goreng USA ni hahaha

    ReplyDelete
  7. makanan kita mmd byk variey dan sedap..tp kolestrol pon "sedap" gak

    ReplyDelete
  8. nampak variety masakan malaysia..
    seantero dunia ada di sini..

    p/s : seantero tu ape nth..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...