Iklan! Iklan! Sila Click!

21 December 2011

Pengemis Buta




Sejahteralah ke atas kamu...

Entah macamana la malam semalam saya boleh pergi Shah Alam, pastu siap pegi makan Lai Chi Kang dengan tauhu bakar dekat Night Circle, kul 12 mlm. Ni semua sebab suami saya ada urusan nak pass barang kat kawan dia di Shah Alam. So, alang-alang tu saya temankanlah suami saya minum. Padahal saya dah kenyang, perut dah sebu.

Semasa kami tengah mentekedarah, ada 2 orang buta datang kepada kami. Jual tisu dan minta derma. 2 orang ni pergi kepada setiap pelanggan dari meja ke meja. Apabila mereka datang, saya rasa cam kesian je kat derang. Saya macam dapat rasa yang mereka tu seolah-olah kena paksa untuk buat kerja tu. Tak tau la nape. Tapi rasa mcm mereka tu mangsa sindiket peminta sedekah.

Saya tak la kata, apa yang saya rasa tu betul. Cuma rasa curiga tu selalu muncul bila tengok keadaan pengemis-pengemis yang buta ni. Kalau korang perhatikan pengemis-pengemis buta ni, mata buta derang ni macam sama jenis je. Orang yang buta yang sejak kecik buta setau saya bebola mata mereka ada masalah. Tapi kelopak mata terbuka. Yang pengemis-pengemis ni plak, mata derang macam buta masa dah besar. Kelopak mata mereka macam tertutup seolah-olah mereka dicederakan. Sebab.... keadaan mata kebanyakan pengemis buta seakan-akan sama. Saya perasan sebab kita bila bagi derma pada orang kan kita pandang muka mereka. Baru la tak nampak sombong dan berlagak. Lagi satu, setiap pengemis buta tu akan datang berdua dengan sorang lagi yang sihat. Kalau fikir logik, kenapa yang sihat tu tak cari kerja dan bantu kawan dia. Atau tolong kawan dia yg buta tu buat permohonan bantuan rumah kebajikan ke.

Saya pernah sekali, masa tengah makan jugak, kat satu restoran kat sebuah shopping complex, ada pengemis buta dan sorang yg sihat dan celik sebagai penunjuk jalan yg buta tu. Saya ushar jugak pakaian mereka nampaknya baik. Kemas dan bersih. Itu tak ada masalah bagi saya. Pastu saya perasan beg [untuk letak tisu] org buta tu kaler dia pink. Shocking pink plak tu. So agak menarik perhatian. Saya pun takde masalah jugak.

Lepas habis makan, saya turun ke LG Floor untuk beli barang. Tetiba saya tengok ada sepasang lagi pengemis yang lain pula, sorang buta dan sorang celik bawa beg yang sama! Beg shocking pink itu jugalah. Saya mula la terfikir... Dah sah ini sindiket. Sebab takkan la 2 org buta boleh berkenalan, jadi kawan rapat, beli beg sama patern, sama warna dan kebetulan mereka ada 2 org sahabat celik yg sanggup bantu mereka 'bekerja', betul tak? Boleh plak yg si celik tu spend time buat amal mcm tu. Takkan yg celik tu takde urusan lain nak diselesaikan kalau mereka orang-orang biasa. *Buat susah-susah je fikir kan? Hehehe*

Jangan la salah faham dengan saya. Saya tak kondem pengemis buta dan yg celik tu. Saya kondem ketua sindiket tu la. Ini dah masuk kes pemerdagangan manusia. Ntah-ntah org buta yg jadi pengemis tu mangsa along. Yang tak bayar hutang. Pastu diseksa dengan dibutakan mata pastu dipaksa mengemis kemudian hasil derma orang ramai, dibolot oleh ketua sindiket. Kan kesian? Saya, bila datang je pengemis yang saya rasa mcm mangsa sindiket, saya jadi serba salah nak derma. Kalau derma banyak, nanti bukan pengemis tu yang dapat duit, ketua sindiket yang akan rampas. Kalau bagi sikit nanti penegemis tu kena belasah plak kalau tak capai target pendapatan harian. *Ni tgk TV la ni. *

Memang bukan semua pengemis itu ahli sindiket. Ada juga yang betul2 memerlukan, kita bagi la. Harta kita takkan ke mana jugak kalau kedekut, ye tak? Tapi yang sindiket ni... Ermm.. So, apa pendapat kamu?

12 comments:

  1. salam;
    Betul ke ada sendiket seperti ini..tak terfikir pulak aku selama ini...

    ReplyDelete
  2. kak, ada sekali lepas je dorang settle "cik..derma ikhlas cik..cikk.." pastu time lintas jalannnn...tak yah pegang tangannn punnn yang 'buta' tu... lajuuuu menonong..terror elak kereta..

    lalu ku sumpah dia menjadi..... ntah..

    ReplyDelete
  3. Yusuflaili : Mmg ada sindiket. Selalu gak jadi jalan cerita drama. Heheh.

    QuTaQ : Pastu? Pastu? Dia menjadi tak apa yg ko sumpah dia menjadi itu?

    ReplyDelete
  4. “Dan orang-orang yang di dalam hartanya ada hak yang tertentu (bagi orang-orang fakir dan miskin), yang meminta-minta dan juga yang enggan meminta-minta.”

    surah al-Ma’arij, ayat 24 dan 25

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...hulurkan sedekah itu pada yg amat memerlukan itu lebih baik dr meminta2...

    p/s tgn yg diatas itu lebih baik drp tgn yg dibawah...:)

    ReplyDelete
  6. kadang2 ada jugak yg jenis jual barang cth: kerepek, isi ciput jual mahal mcm sampai rm 10.00. pastu siap bagi tahu lagi ibu tunggal la...mak masuk hospital lah...dah berbulan jumpa asyik ayat yg sama jer...aduhai umat.....

    ReplyDelete
  7. kdg2 kesian jugak tgk pengemis kat tepi2 jalan ni.bagi apa yg termampu jela..

    ReplyDelete
  8. nur MUhammad : ye. Mmg betul. Dlm harta kita ada hak org lain. Mmg kita bagi kpd yg minta, cuma kesian pd mereka yg minta tu kalau apa yg mereka dpt itu akan dirampas oleh dalang.

    masszull : setuju. Apa salahnya peruntukkan sedikit wang utk org yg memerlukan.

    Ucu Faridah : Yang jual barang tu kira okay la jugak. Ada jugak usaha yg dia buat. Wp jual mahal, kita tolong jugak.

    Zareliqa : Mmg sangat kesian. Kat pasar malam pun selalu ada.

    ReplyDelete
  9. saya suka gak perhati menda camtu...kdg2 saya tak hulur pun...mls. bkn sbb kedekut tp sebab cam pelik jer...

    ReplyDelete
  10. tak eksiden-terus-buta-betul-betul pun dia... jadi, aku doakan dia je lah..biar dia terhantuk baru terngadah..

    ReplyDelete
  11. kalaulah lady org celik tu dan xde keje.. lady ajak je kwn lady tu jual air batu campur depan sekolah..

    ReplyDelete
  12. sekarang macam2 cara org nak dapat duit mudah ... kan..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...