Iklan! Iklan! Sila Click!

21 December 2011

Perkara Yang Tak Patut.. Tak Patut... Isk..iskk..

Sejahteralah ke atas kamu...

Diantara perkara-perkara yang tak patut manusia lakukan selama hidup di dunia ini ialah;

Bersembang dengan rakan semasa menunggang motosikal jika rakan anda menunggang motosikal berlainan. Sebab bahaya la, apa lagi. Bila 2 motosikal bergerak beriringan sebelah menyebelah, akan membuatkan kenderaan lain terpaksa mengelak secara berbahaya. Juga mengganggu lalulintas sebab masa bersembang tu pastilah bawak perlahan. Apa benda la yang banyak sangat nak disembangkan tu sampai tak sempat nak tunggu tiba ke destinasi. Paling takleh dimaafkan kalau kamu dan rakan kamu tu jiran seblah rumah, atau rakan di tempat kerja yang sama. Nanti-nantilah kalo ye pun nak berbual. Tak dan-dan nak berborak ye.

Saya kalau tengok situasi ni kat jalan raya, mesti saya hangin je. Terutamanya kalau sayalah kereta yang di belakang 2 motosikal tu. Grrr..

7 comments:

  1. salam;
    tak tahulah diorang sembang apa...selalu juga jumpa situasi sebergini...

    ReplyDelete
  2. tak reti2..kalau nak sembang, balik sembang kat umah la.aparaaa

    ReplyDelete
  3. serius kalau saya ngah drive memang saya akan hon..sebab pada sy menyusahkan saya je..pada sy, baik saya hon dr saya terlanggar orang lain..lagi banyak nak bersoal jawab!!! dan lagi satu sebab pada saya orang yang buat macam tu memang kurang ajar dan berakal pendek atau xde akal sebab pentingkan diri sendiri tak pikir orang lain, buat macam ayah dia punya jalan..!! boleh jalan daaa!!!

    ReplyDelete
  4. yusuflaili : mungkin derang excited sgt dpt jumpa kawan kat luar selain dari di rumah atau ofis.

    Pen Biru : Betul tu, kalau dah byk topik nak berbincang, singgah la kedai mamak, lepak pastu berborak la smpai pengsan pun... Paling kuat, mamak tu je yg tension.

    Safeeya : Marah nampak sedari. Kekeke.. Saya pun anggap org yg buat mcm tu selfish. :)

    ReplyDelete
  5. betul la...
    nak berbual berenti je la kat tepi2 jalan ..
    dia ingat dia kat rumah gamaknye..

    ReplyDelete
  6. diana : atau pun dierang ingat motosikal tu kerusi bergerak kot. Pastu hanya mereka berdua je yg nak guna jalan tu. Hehe.

    ReplyDelete
  7. lady pun x suke.. bahaya..
    bila kite nk potong mereka lak.. mereka bw laju plak.. dahla space tuk kite potong tu perlu space yg besar.. mmg 'jaat' la kalau mrk buat mc tu..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...