Iklan! Iklan! Sila Click!

19 December 2011

Dulu Suka, Belum Tentu Sekarang Pun Suka

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya nak tanya 1 soalan personal kat korang ni... Tapi jangan kecik hati ye? Anggap je la soalan saya ni hanya sebagai pencetus nostalgia kenangan lama. Soalannya ialah.... Korang ingat lagi tak dengan drama Jepun Moero Attack masa kita kecik-kecik dulu? *Ni untuk org yang membesar hujung tahun 80-an la... Budak-budak yang lahir tahun 90-an mesti tak tau punya.... Confirm.

Drama Moero Attack ni dulu, bapakkkk le glemer yang melampau. Kisah pasal pemain bola tampar dengan motivasi yang super tinggi pastu dengan skill yang super hebat. Masa kecik dulu bila tengok skill derang rasa mcm hampir menitik airliur ke lantai sebab mulut ternganga lama sangat sebab terlampau kagum. Rasanya, semua orang yang hidup pada zaman tu akan tau tentang drama tu. Maklumlah, dulu hiburan hanya TV dan radio. TV pun ada 3 channel je. TV1, TV2 dan TV3. Sebab cerita ni lah membuatkan hampir semua kawan-kawan saya bercita-cita nak jadi pemain bola tampar bila dewasa nanti. Padahal kalau lawan main guli dengan kucing pun boleh kalah.

Sekarang ni, bila tengok balik kat YouTube, skill somersault berpusing dalam drama tu, saya rasa macam kelakar giler vavi. Kelakar wei. Tak caya, tgk link ke YouTube saya attach kat bawah ni. Baru le saya sedar, betapa 'ultraman'nya drama tu. Pastu adegan yang paling saya tak tahan nak gelak... Masa kawan sepasukan Chun nak meninggal dunia. Masa tu kat spital kawan dia terbaring kat katil. Pastu bleh tak Chun pegi nyanyi lagu Moero Attack daripada mula sampai habis. Aihhh.. tak rasa nak tampor kepala ke kalo ko tgh nazak nak mati, tetiba ada plak sorang kawan ko sibuk nyanyi lagu Moero Attack kat ko. Last-last ko meninggal bukan sebab penyakit ko, tapi sebab stress dengar kawan ko nyanyi.

Moero Attack

Lepas dah habis tengok saya rasa macam... hahahah... canner la aku bleh suka kat cerita ni dulu padahalnya sekarang ni bila tengok baru sedar cerita ni merapu giler. Pastu tak logik. *ok la.. drama TV jarang sgt yg logik.*. So, tu je. Dulu memang le suka sangat dgn drama ni. Sekarang ni kalau bagi tengok semula drama ni daripada awal sampai episod terakhir... rasanya boleh muntah keluar pisau cukur + kaca. Uihh.. Tak bleh tahan.... *eh, tapi bila dengar lagu tema drama ni, rasa mcm tersentuh gak hati. Nostalgia tu. Rasa macam perasaan masa kecik dulu je.


10 comments:

  1. salam;
    Tak ingat pulak aku...sebab masa tahun 80an aku sekolah menengah tinggal pulak kat asrama..jarang tengok tv..

    ReplyDelete
  2. Yusuf : Ye ke tak ingat? Hihi. Malu di situ. Kalau dok hostel memang la tak tak tau citer ni kot.

    ReplyDelete
  3. saya ingat..cuma nama watak tu je saya tak ingat..cuma yg sy ingat sgt bila kakak saya siap buh nama kucing guna nama pemain bola tampar tu..ingat lagi diorang men bola tampar dah sampai bola tu berpusing2..tak logok betul tp serius cerita tu la yg top dulu..

    p/s: haa lagi satu saya suka cerita OSHIN cerita budak jepun yang miskin tapi sgt tabah tu

    ReplyDelete
  4. safiyya, haah.. oshin dengan chiaki. Citer pramugari yang minat kat Cikgu Hiroshi.

    ReplyDelete
  5. xpernah tau pon pasal citer ni.. plakon2 die pon cam x cute je am pelakon sekarang ni... hehehe

    ReplyDelete
  6. Taufiq : Ko muda lagi kot. Sbb tu tak tau. Pelakon dia cute taww...

    ReplyDelete
  7. isk.jgnla wat riview camni.sbbnyer cerita zaman dulu2 tula yg buatkan kita ada nostlagia.kalu nak ikut,cerita tu mmg tak logik, skrg kita ni asik nak kritik jer. ce amek positif, sbb cerita tu, budak2 zaman kita ada memori yg sgt manis tuk dikenang.duduk reramai tgk cerita tu, g sekolah, sambung balik cerita dgn kawan2 plak.kan? tu menis tu tuk dikenang. sama la mcm mainan zaman kita dulu2, main lawan getah pemadam.tak logik, tp seronok..
    yang penting, rasanya bukan pasal kelojikan cerita tu, tp lebih kepada semangat dan keseronokan yg kita alami dulu2, dgn adik beradik, kawan2.. dan yg tak dpat dirasai olah budak2 zaman skrg.sbbnyer~
    depa lebih best dok umah, tgk pc.layan game~kan??

    ReplyDelete
  8. Anon : Mmg la ada positif jgk. Kan saya kata, lagu dia tu kalo dgr terus je rasa mcm teringat nostalgia lama. Anon dah tgk kat You Tube cite ni? Cuba tgk, mesti rasa kelakar. Actually entry ni bukannya berniat nak kata tak logik sebab nak kutuk, cuma saya nak katakan yg tak logik dia kelakar. Tu je. :)

    ReplyDelete
  9. mmg cite peberet aku tuh...sanggup siapkan keje sekolah awal2 semata mata nk tgk cite tu..maklum la kalau tak siap keje sekolah pak ibu tak bagi tgk tv weiii..
    pas2 cita2 mmg nak jadi pemain bola tampar..mula la perasan chun kan...hahahaaaa...
    tapi......bila tgk blk cite tu dh dewasa ni...pun rasa nak muntah darah dan pengsan dan muntah darah dan pengsan lagi...hahahaaaaa...

    ReplyDelete
  10. yeay angkat tangan tinggi2! dulu membesar dgn cerita2 mcm ni. rindu nak tengok semula. sy ingt michiko cikgu hiroshi. ahaha.. eh tak sabar nak klik link tu. :D

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...