Iklan! Iklan! Sila Click!

13 December 2011

Siapa Yang Betul-betul Boleh Beri Nasihat?




Sejahteralah ke atas kamu....

Saya pernah 'hampir' nak berdebat dengan seseorang tentang kredibiliti seorang ustaz. Seseorang ini, dia lelaki. Statement dia kepada saya ialah, "aku tak suka orang-orang yang macam ustaz. Sebab dierang ni bercakap je pandai. Tapi diri sendiri pun tak betul".

Saya ni tak pandai berdebat depan-depan. Sebab saya cepat rasa sebak, then nak nangis. Heheh. Saya ni cengeng. Biasanya. Tak bongsu la kalau tak cengeng kan? Lelaki yang 'tak suka orang-orang macam ustaz' ni siap beri contoh kepada seorang lagi watak di ofis EsEsEm ni. Biar saya namakan watak tu sebagai Awang. Dan lelaki yg saya berdebat tu sebagai Almond. *Sesuka hati aku je nak bagi nama kan? Kehkeh.

Awang tu watak dia sebagai seorang yang suka bercakap tentang agama. Dan dia banyak ilmu jugak. Tapi dalam masa yang sama, si Almond London ni ada tak puashati dengan Awang. Mungkin ada kot kelakuan Awang yang menyentuh sensitiviti Almond, saya tak pasti la.

Cerita di atas tu adalah salah satu daripada beribu cerita tentang betapa wujudnya orang-orang yang akan memandang rendah kepada seseorang yang bercakap tentang agama. Dengan alasan, "alaaaa... dia pun buat dosa. Nak cakap pasal agama buat apa...". Jadi, persoalannya ialah... "Habis tu, siapa yang layak bercakap tentang agama lagi?". Siapa dalam dunia ni yang tak berdosa? Ada orang lain lagi ke yang terpelihara daripada dosa ataupun 'maksum' selain daripada Rasul Ulul Azmi yang 5? Kalau macam tu, sampai bila-bila pun kebaikan atau nasihat tidak akan dapat disampaikan. Dah tu, semua orang pun buat dosa. Ustaz, ulamak even mufti pun ada dosa tersendiri. Mereka tetap orang-orang yang melakukan dosa kan?

Okay saya beri contoh... Kalau the Wright brothers [gambar di atas] menciptakan kapal terbang, adakah orang lain tidak layak untuk bercerita tentang pembinaan kapal terbang? Orang tu dah tentu tak buat kapal terbang kan? Orang yang bercerita, hanya bercerita dan berkongsi apa yang mereka tahu. Sama juga dengan orang yang bercakap tentang agama. Mereka hanya menyampaikan. Jika baik nasihat itu, terima la dengan hati yang terbuka. Jika buruk, tinggalkan. Buat apa nak kondem sana, kondem sini. Kita mencari nasihat yang baik. Tak kira la siapa pun yang memberi nasihat tu.

Tu je la.. So, harap-harap kita sama-sama ingat. Jangan lihat kepada siapa yang memberi nasihat, tetapi dengarkan apa nasihat yang diberikan itu. Dalam masa yang saya, orang yang nak menasihat pun perlu juga improve diri sendiri. Kena la tunjukkan akhlak yang baik. Baru la orang boleh respect. Perangai lama, jom tinggalkan. :)

16 comments:

  1. kalau la kita melihat siapa yang beri nasihat..nescaya sukar untuk menrima nasihat..jadi..apa yng perlu di fokuskan.. adalah apakah nasihat yang diberi..bukan siapakah yang mmeberi nasihat..

    ReplyDelete
  2. WAta'awanu alalbirri wattaqwa wala taa'wanu a'lal ismi wal udwan

    ReplyDelete
  3. Domo-kun : Itu la maksud saya. :)

    nur Muhammad : Innallaha yu'tiddina illa man ahabba. :)

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dgn entry kali ni...lagipun tugas utama seorang muslim ialah berdakwah kpd bkn Islam & berpesan serta ingat mengingatkan sesama Islam...^__^

    ReplyDelete
  5. Presiden Makwe Kintan : Mmg kan, tugas manusia ni utk mengajak kebaikan. Wp mungkin org yg ajak kepada kebaikan tu, tidaklah sebaik mana, tp selagi apa yg diajak itu baik, maka ikutlah dia.

    ReplyDelete
  6. dunia blog pun ada yang macam tu..
    kalau buat post pasal agama dikatanya kita tak layak...

    rasanya orang macam tu dia ada penyakit hati jugak la..
    penyakit dengki dan tak suka terima nasihat..
    macam2 cara dia nak elak dari nasihat tu masuk dalam hati dia.

    ReplyDelete
  7. i like ustat don.. he is better than ustat sauki..mwahhahahahha..

    ReplyDelete
  8. aku setuju "Tak bongsu la kalau tak cengeng kan?"
    sebab aku pon cengeng..hehe

    ReplyDelete
  9. Diana : ha ah. dalam dunia blog la terutamanya. Dunia blog ni umpama scrap book dunia realiti. Segala ilham, kreatif, karya, marah, suka, duka, semuanya di ekpressi di blog.

    QuTaQ : Ustat Sauki dah kena tangkap basah. Dah takleh bg ceramah dah. Ustat Don tu aku tgk, aku mcm byk gelak je wp dia tak buat kelakar. Sebab cara dia tu kelakar.

    ecah : hahaha. mmg. aku pon cengeng. Tapi kuat nangis tak semestinya lemaha yedok? nangis tu hanya utk legakan hati je. Lepas tu, bangkit semula dgn laju. :)

    ReplyDelete
  10. mari kita berubah ke arah kebaikan.. ;)

    ReplyDelete
  11. cakaplah apa saja yg baik dan tidak memudaratkan...

    ReplyDelete
  12. berdebat ala kadar,jangan sampai berbalah dan jangan pula sampai tak sensitif langsung,maksudnya ada certain issue mmg perlu diperdebatkan contohnya mempertahankan kesucian agama Islam.

    ReplyDelete
  13. Zareliqa : TQ.

    MyKhalish : Marilah kita.

    Gadis bunga : Itu la yg sebaiknya. Jgn tgk siapa yg bercakap tu. Tgk apa yg dia cakap.

    imie : InsyaAllah akan jaga batas. Takpandai pun berdebat sebenarnya.

    ReplyDelete
  14. manusia kan mana ada yang sempurna, tapi kita perlu cuba jadi yg terbaik... ambil apa yang baik dan positif... tk pandai juga berdebat sebab saya pun bongsu cengeng hehe...

    ReplyDelete
  15. yang penting kita jangan nengok sape yang bercakap, yang utama adalah apa yang die cakap kn tu :)

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...