Iklan! Iklan! Sila Click!

12 December 2011

Belajar Bahasa Asing Yang Dapat Menjamin Hidup?




Sejahteralah ke atas kamu...

Ibu bapa paling bangga sekali kalau dapat hantar anak-anak ke skolah orang putih. Sejak tadika lagi. Lagi bangga kalau anak-anak mereka pandai plak tu. Cakap omputih berabuk. Atau ada juga yang selalu hantar anak ke sekolah Cina. Biar belajar bahasa Mandarin. Nanti senang nak mintak kerja, katanya.

Orang dewasa pun apa kurangnya. Nak belajar bahasa France. BonJovi jour! Senang nak tinggal di Paris nanti. Paris kan kota cinta. Atau remaja sekarang excited giler nak belajar bahasa Korea. Anneyo haseyo! Sebab nanti senang kalau bertemu jodoh dengan ahli kumpulan Super Junior atau Girl Generation. Tak la seksa nak berkomunikasi. Baru la sweet percintaan tu nanti. Eceh.

Walau apa pun alasan kita untuk belajar asing juga walau bahasa asing yang mana pun jadi pilihan kita... boleh kita pastikan... bahawa bahasa Arab itu sudah dapat kita dikuasai dan difahami dengan baik? Bahasa Arab adalah bahasa yang paling mulia di sisi Allah. Bahasa Arab bahasa Al-Quran. Di dalam Al-Quran penuh dengan ilmu yang tidak terungkap, yang pernah dijadikan rujukan oleh ramai saintis Islam satu masa dulu. *Dulu Islam ini gemilang kerana saintis-saintis mereka adalah ulama. Mereka mengetahui tentang Islam dengan sangat baik dalam masa yang sama mereka juga adalah para ilmuwan yang mengkaji sains berpandukan Al-Quran. Ko mampu? *aku pun tak mampu. huhu. Itu yang sedihnya.*

Oleh itu, sesape yang ada anak tu.... jom la wei... Hantar anak-anak belajar bahasa Arab. Dalam masa yang sama selarikan dengan ilmu teknikal. Supaya nanti, kalau anak jadi doktor, biar dia jadi doktor yang alim. Kalau anak jadi engineer, biar dia jadi engineer yang alim. Bukannya, jadi doktor, tapi gaya hidup moden dan agama dilupakan. Pastu kalau yang jadi ustaz, jadi ustazzzzz je. Dok je dalam masjid. Bagi ceramah. Ilmu sains, kurang. *Maaf. Bukan berniat menyinggung sesiapa.

Kita yang dah besar dan tak lama lagi nak masuk ke usia jubli emas ni, memang la dah tak sempat nak jadi saintis lagi. Tapi masih sempat belajar bahasa Arab. Tapi kalau kita tak sempat, apa kata kita fokuskan kepada anak-anak kita plak. Mungkin di zaman mereka dewasa nanti Islam akan menang? InsyaAllah.

14 comments:

  1. betoitu.. memang dalam proses nak terer speaking arabni.. dulu belajar dah tapi jarang gunakan.. tuler anak2 ingat nak ajar diaorang sambil kitapun belajar sekali boleh...

    ReplyDelete
  2. Bagusnya Cho Zila. Saya tunggu suami syaa ajar. Tapi asyik tak sempat je. Heheh. Bz la katakan. Tapi ibu bapa sekarang mmg perlu persiapkan anak2 supaya anak menjadi insan yg alim. :) Dan ibu bapa perlu mulakan menjadi alim.

    ReplyDelete
  3. betul..bahasa arab bahasa al-quran..untung sapa yg boleh cakap bahasa arab

    ReplyDelete
  4. al-lughotul al arabiyah...
    (bahasa arab)

    al-sadyu (dada)

    kabir (besar)/ soghir (kecil)

    mauzun (pisang)

    la'tatakallam (jgn bercakap)

    ana uridu an (saya nak.....)

    Limaza taro (kenapa pandang)

    amcam? terror tak ana? mwahahahhahahaha...

    ReplyDelete
  5. nak maisara belajar banyak bahasa..
    bukan je arab..cina.india..bahasa tu kan sebahagian dari kehidupan..
    penting belajar banyak bahasa ni..

    ReplyDelete
  6. PenBiru : Ye, beruntung lah si QuTaQ ni sebab dia pandai bahasa Arab. Yeah.. Cayalah ex-UIA student. Jgn lupa ajar Alya jugaks.

    ReplyDelete
  7. eksius mi..i yem from habat (read: harvard) unibesiti..

    i onli ken spik 2,3 ayat in arab the rest is tunggang langgang like me.

    eh..ok la..sharizat jalil panggil nak suh senseng lengan baju..

    ReplyDelete
  8. Diana : Good. Belajar banyak tu bagus.

    QuTaQ : Sen mai regadd dho shahrizat. Tel her, yai so edmaiyer her mooch. hahaha. merepek ko ni.

    ReplyDelete
  9. kalau belajar bahasa asing tu kna praktikal kan selalu.. cam saya ni dari kecik belajar english n arabic, tapi xpandai2 gak :(

    ReplyDelete
  10. salam kenal dan dofollow sini

    yupp.. dulu akak amik pmr arab, tp setakat boleh lulus je le sbb subjek wajib kat sekolah, pas tu.. ilang ditelan bahasa inggeris dan bahasa melayu yg bercampur-aduk..

    ReplyDelete
  11. uncle pon pandai bahasa lain selain bahasa melayu....

    = bahasa pasar...

    hehe.... (gelak gurau)

    ReplyDelete
  12. bahasa jawa kira kategori bahasa asing jugak kot

    ReplyDelete
  13. Misz Domu bljar arab dari form 1 smpi form 3..tak satu habuk pun xingt..bnyk memain..skrg tau french sbb blja dulu.. tapi sering konfius dgn English..ayayaya

    ReplyDelete
  14. Taufiq : Ala... ngape tak teruskan belajar bahasa arab? Sayangnya...

    aimaniman : lulus dgn cemerlang ke tak? Tapi bagus. Ada jugak basic. Kot2 nanti nak sambung belajar bhs Arab, lagi senang faham.

    Uncle Gedek : Saya pun! Bahasa pasar tu la satu-satu nya bhs asing yg saya mahir. Kekekeke.

    nur Muhammad : Lebih kurang la. Bahasa asing jugak. Mesti awk ni hebat bberbahasa jawa kan?? Orak retik. Heheh.

    Domo-Kun : perghhh.. hebat ah. Pandai french. nanti bleh share kat blog beberapa vocab french. Akak pun nak tau gak.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...