Iklan! Iklan! Sila Click!

19 December 2011

Taste Saya Begini, Taste Kamu Begitu

Sejahteralah ke atas kamu...

Kalau semua orang dalam dunia ni mempunyai taste atau minat yang sama, bapakkkk le susah. Katakan semua orang minat Brad Pitt. Semua perempuan berebut nak kawen dengan Brad Pitt. Habis, apa akan jadi kepada lelaki-lelaki lain dalam dunia ni? Membujang la semuanya. Pastu pompuan dalam dunia ni plak semuanya membujang sampai tua sebab takde can nak kawen dengan Brad Pitt. Brad Pitt la yang paling untung, bila dia boleh pilih je sesuka hati dia nak sape jadi isteri dia. Sian Keanu Reeves. *Tetiba*. Kalau betul-betul la dunia ini macam tu tak adil la untuk semua orang lain betul tak?



Sebab itu, Allah dah jadikan setiap manusia ni berbeza. Setiap orang ada citarasa sendiri, ada minat sendiri, ada kegemaran sendiri. Kalau kebetulan kita ada persamaan tertentu dengan orang lain, tentu kita ada ketidaksamaan minat dalam perkara tertentu dengan orang yang sama. Apa ayat saya ni? Korang faham tak? Keke. Ok, contohnya mcm ni; kamu dengan kawan baik kamu boleh rapat sebab kamu ada banyak persamaan dengannya. Suka makanan yang sama, suka aktiviti yang sama, suka fesyen yang sama dan sebagainya. Tapi walaupun begitu banyak persamaan dengan kawan baik kamu, pasti ada juga perkara yang tidak sama minat dengan kamu, contohnya minat terhadap lelaki kamu suka Indian look tapi kawan kamu suka Latino look. Atau tentang lagu kegemaran, pelakon kesukaan, mungkin berbeza.

Jadi, tak semestinya apa yang kita suka orang lain akan suka. Tak semestinya makanan yang kita rasa sedap, orang lain rasa sedap. Tak semestinya lelaki yang kita rasa hensem, baik, perfect, orang lain akan rasa lelaki tu hensem baik dan perfect. Faham tak maksud saya? Faham tak? Faham tak? Jadi, kalau kamu rasa apa-apa yang kamu suka itu adalah terbaik, kamu suka sorang-sorang je dah cukup. Tak perlu nak paksa orang suka apa yang kamu suka, atau tak perlu sangka orang lain turut suka apa yang kamu suka.

7 comments:

  1. makanya,hormati citarasa orang lain jugak..
    jangan fikir bila citarasa dia berbeza dengan kita bermakna dia bodoh..

    hehehe

    ReplyDelete
  2. sama tapi tak serupa..maknanya memang manusia ni nampak luaran saja sama tapi citarasa masing2 berbeza..fahaman dan pendirian pun berbeza2..dan kita tak boleh letakkan semua orang utk sama berada di tempat kita..

    ReplyDelete
  3. sokong sis diana.. semua orang kena hormat cita rasa orang lain.... jangan lihat cita rasa sendiri je perfect :)

    ReplyDelete
  4. betul tu, taste manusia berbeza stuju~

    ReplyDelete
  5. salam;
    dah jelas rambut sama2 hitam tapi hati lain2...tak dikira rambut yang diwarnalah.

    ReplyDelete
  6. setuju tiap orang ada citarasa lain2..even kita dengan pasangan pun lain2 perangai...

    klu semua org sama jek mmg bosan sikit dunia hehehhehe

    ReplyDelete
  7. setuju x 2

    lain orang lain citarasa..

    ooohh..paling nyampah macam kalau pergi kedai, nak carik skincare. automatic orang tu rekmen 'yang ni kakak, boleh untuk whitening'. Haishhh..ingat semua orang di Msia ni nak putihkan kulit kee? Saya hepi dengan kaler kulit saya yang sekarang. Dah lahir kaler ni, nak tukar kaler apa pulak.

    Somi aku pun tak komplen aku hitam. Kalau semua laki suka pompuan kulit putih, sian la orang gelap cam aku ni takkan kawin la..tsk tsk

    ish..patut nak komen pendek aje..ni ter-emo pulakkk..heheee

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...