Iklan! Iklan! Sila Click!

30 June 2011

Niat Baik DiCurigai. Why?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Entry seumpama ini telah pernah saya karangkan semasa di blog friendster dahulu. Tapi tak kira, nak citer jugak.

Memandangkan kat Malaysia ni terlalu banyak jenayah sampai tak cukup tangan polis nak rekod statement, saya selalu je mudah curiga dengan orang lain yang saya tak kenal. Jangan nak kata dengan orang yg saya tak kenal, kekadang dengan orang yang saya kenal pun saya curiga juga. Macamana la tak curiga, jenayah kat Malaysia ni kreatif sangat. Sesetengah tu, modus operandi dia yang kita sendiri tak pernah terfikir. Yang tak logik pun ada. Baling telur kat cermin keta orang malam-malam buta, pastu bila orang hidupkan wiper, then cermin jadi makin kabur, pastu bila keta berenti, perompak pun datang merompak. Ada jugak yang gunakan kanak-kanak sebagai umpan untuk berlakon jadi sesat, lepas tu budak tu mintak tolong hantar ke rumah, lepas dah hantar ke rumah, rupa-rupanya rumah tu sarang perompak.

Itu baru cerita pasal teknik-teknik merompak, belum citer lagi pasal orang yang membunuh atau merogol budak sekolah tadika dalam van sekolah siang-siang buta kat tempat awam. Dah tu macamana la saya tak rasa curiga dengan orang.

Semalam saya pegi MidValley. Motifnya hanya untuk beli kelapa pandan yang dijual di Carrefour dengan harga RM3.99 sebiji. Maklumlah kan... Suami saya baru baik demam. Jadi nak juga beri beliau minum air kelapa yang belum bercampur bahan lain. Untuk membuang toksin daripada badan la kononnya. Huhu. Dah alang-alang pergi MidValley, saya pergi juga Jusco untuk beli satu lagi spice rack yang pernah saya beli sebelum ini.. Saje. Nak seragamkan rupa kat dapur tu. Kalau dapur nampak kemas, makin rajin la saya memasak nanti. Lepas tu saya beli 2 pasu bunga yang kaca nipis jernih warna putih kat kedai Hinode. Murah je. Sebab nak letak bunga telur yang dah berlebihan masa kenduri kawen dulu. Saje je, malas nak beli yang mahal, sebab bunga bukan subject yang penting dalam hidup saya. Kalau takde pun tak mati punya. Tapi alang-alang dah banyak lebih, saya guna je la buat hiasan rumah. Walaupun tak le cantik mana.

So, kamu boleh bayangkan barang-barang yang saya beli tadi bukanlah banyak dan tidaklah berat pun. Tapi gedik jugak nak letak dalam troli. Saya parked kereta di tingkat 2 bahagian H. Semasa nak keluar ke tempat parking dengan menolak troli tu, ada seorang lelaki berbangsa bukan Melayu tolong saya bukakan pintu untuk keluar ke parking tersebut. Lepas tu, saya pun senyum kepada dia dengan senyuman yang paling bajet diva semasa mengucapkan arigato gozaimas di dalam bahasa Melayu. Dia pun balas ucapan terima kasih itu dengan menganggukkan kepala sambil memancarkan airmuka yang macam "aku sungguh terasa dihargai....". So, bila dah keluar pintu pertama tu... saya sepatutnya kena turun tangga plak. Ada 2 tangga, satu ke atas dan satu lagi ke bawah. Kemudian lelaki tadi cuba untuk membantu saya mengangkat troli itu ke bawah. Sedangkan saya sudah mengambil semua barangan saya untuk pergi ke kereta dan meninggalkan saja troli tersebut di situ. Tapi lelaki tadi beriya-iya sangat nak angkat troli tu. Saya dah cuak giler. Tetiba je terasa seperti air liur saya membeku menjadi batu dan saya terpaksa telan batu-batu tu 10 biji dalam 1 masa. Adeh... Saspen ni... Apa la lelaki ni nak daripada saya.

Lepas dia dah angkat troli tu ke bawah tangga, dia nak tolong tolak troli tu ke kereta saya pulak. Dia siap tanya kereta saya kat mana... Aduhhhh.... Nak nangisnya la saya rasa... Dalam hati saya, macam ada orang main squashy je. Bergoncang kuat. Risau nak mampus. Macam-macam persangkaan buruk dah display satu persatu dalam kepala hotak saya. "Mesti dia ni nak rompak aku ni. Huwaaa... Baiyaaaa.... jangan la rompak aiiiii.... I bukan orang kaya you see.... Lgpun ai baru je kawen. Sian kat suami aiiii nanti. Oohhh... Please baiyaaa.. jgn apa-apakan aii. I insaf yang lemah. Hanya mampu berserah. Ingin sekali bertemu. Untuk mengubat rindu..

Walaupun takut, dengan muka pun dah sengih kerang, tapi saya tunjukkan jugak kereta saya. Lelaki tu pun tolak troli tu ke kereta saya. Pastu dia tanya, nak simpan barang-barang tu kat mana? So, saya tunjukkan je kat bahagian boot kereta kat belakang. Lepas tu dia tolong saya angkat barang-barang tu ke dalam kereta, lepas tu dia blah gitu je. Phewww~! Selamat... Saya terus je masuk kereta, kunci keta dari dalam. Buatnya dia datang semula bawak geng sekali dengan kapak dan kayu hoki serta kayu besbol, tidak ke mati saya? Huuhuuu... Takut betul...

Tapi syukur alhamdulillah, tiada apa-apa yang buruk dia lakukan kepada saya. Lega rasanya. Saya terus je start keta, chow.

Sampai rumah, saya relax kejap, masak then mandi. Lepas tu masa tengah keringkan rambut di kipas susah mati, suami saya balik. Kemudia beliau tanya saya, dah beli ke spice rack tu? Saya tunjuk la kat spice rack tu menandakan bahawa saya sudah membelinya. Pastu suami saya cakap, "Apakata kita beli lagi 2 spice rack ni.". Tak tau la apa motif beliau, saya pun tak tau apsal beliau cakap begitu. Tapi rasanya beliau menganjeng saya je tu, sebab masa saya kata nak beli rack tu, beliau dah kata, bukan ke harga dia RM30 lebih? Saya dengan muka yakinnya menjawab, mana ada la.. belas-belas ringgit je. Haa.. sekali, betul daaaa cakap suami saya. Kan dah kena menganjeng secara free je..

Kesimpulan kepada citer tadi ialah... kalau kita curigai orang lain yang kita tak kenal, memang bukan salah kita. Sebab memang patut takut pun. Dan tak salah kalau kita berhati-hati jangan cepat percayakan orang. Dah tu, sape suruh kat Malaysia banyak jenayah? Kalau Malaysia ni aman, saya mesti boleh tinggalkan umah saya tanpa mengunci pintu dan grill. So, just be extra careful la ye... Cuma kalau curiga pun, jgn tunjuk sangat. Cover line la sikit....

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu...


Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist?

Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan jenis buah oren itu adalah jenis NAVEL.

Buah oren hanya ada 2 jenis utama iaitu; Navels


dan Valencia.Ada lagi jenis-jenis oren yang lain seperti Blood atau Moro bukan Moron


juga Cara Cara. Yang masam itu biasanya Valencia. Oren Navel ni biasanya saiz dia besar dan kulit dia tebal. Manakala Valencia plak saiz dia biasanya kecik ke sederhana, pastu kulit dia nipis. Kalu nak buat juice sesuai la kot sebab kita bleh tambahkan gula. Tapi kalo nak makan sesaje cenggitu je, agak meremangkan bulu betis. Huhu...

Jadi, itu aje la rahsia terhebat yang saya dapat kongsikan bersama kamu pada hari ini. Tapi walau apa pun, semuanya adalah di atas kekuasaan Allah. Mungkin satu hari nanti kamu membeli oren Navel dan rasanya masam, saya tak bertanggungjawab ye. Saya cuma kongsikan apa yang saya tahu dan saya buat. Peaceeeee.... Nooooo.... Warrrrrr.....

Baju Pengantin Saya


Sejahteralah ke atas kamu...

Memandangkan saya ada masa agak lama untuk buat persiapan perkahwinan sebelum ini... Maka saya beranikan diri untuk ambil risiko menempah baju pengantin sendiri. Tak mau sewa. Tak mau pinjam. Muktamad. Walaupun baju saya takde la cantik mana pun. Tapi seperti biasa, asalkan diri sendiri puas hati lantak ahhh orang lain nak kata tak cun pun. Yang pasti saya tak mintak duit derang pun.

Baju Akad Nikah.
Kain yang saya gunakan ni harganya murah je. Tak silap saya RM6 je semeter. Fabric dia macam kain towel. Tapi towel yg paling nipis dan ringan. Bulu-bulu dia tu warna silver kilat-kilat. Saya jadikan dress. Kain ni jarang, so saya gunakan kain satin utk jadikan dress labuh sampai ke kaki. Manik jahit sendiri, dgn labuci serta sulam tampal segala bagai.


Haaa... tgk ni.. Aku bergambar mcm drag queen. Muka plak macam mak hayam. Tapi gmbr ni je yg bleh nampak baju tu dengan jelas. Tak kisahlah. Yang penting aku ikhlas nak kongsi dengan korang. Manala tau ada sesape yg nak tempah baju nikah mereka juga. Bleh dpt idea jugak kan.




Baju Kenduri.
Oleh sebab saya tak bersanding, so lepas makan biadap beradab tu saya tukar je baju ni. Baju ni agak mahal juga bagi org-org yang susah mcm saya. Harga beliau RM49 semeter. Saya hanya beli 2 meter. Dan dress yang kat dalam tu adalah dress yang sama dengan yg saya pakai bersama baju nikah. Cuma semasa pakai baju nikah tu, tak nampak la dress silver tu. Pandaikan saya? Perasan nak mampuss... Baju ini kebaya yang hampir macam nak kebarung dan muka aku pun dah nak sama mcm mengkarung cuma mengkarung tak gemuk macam aku. Huuuwaaa... aku gemuk ni... mcmn??!!!






Walaupun terakhir tetapi tidak kurang pentingnya... Baju MenyambutHantu Menantu

Kain lace tu harganya kalau tak silap RM29 semeter X 3 meter dan satin hijau tu plak dalam RM9 semeter X 4 meter. Tudung tu saya sengaja pilih warna kuning, supaya tak tenggelam dalam warna hijau. Tujuan dia ialah utk neutralize kan skit kaler hijau tu supaya saya tak nampak mcm pokok pisang berbatang kembar [sebab gemuk].







Actually kalau sewa lagi senang. Tapi baju tu, tak dpt jadi hak milik la. Walaupun dah tak pakai, tapi best apa kalau dpt simpan baju pengantin. Baru le mcm dalam drama. Bila dah ada anak, bleh turunkan kat anak baju pengantin tu. Pastu anak plak tak berkenan langsung dgn baju pengantin tu tapi terpaksa terima sebab nak jaga hati, itu pun kalau dia pandai amik hati la kan.. Hahahah...


Tudung dan Veil pun saya beli. Veil tu nyaris dah ari tu saya nak terbeli alas dulang. Huhu. Sebab alas dulang dengan veil [dalam bahasa melayu dia ialah layah], sama je bentuk dia, cuma alas dulang tu saiz dia kecik. Kalau le saya terbeli alas dulang buat veil, habis le sampai mati le aku kena gelak dgn orang.

So, itu je la kisah tentang baju pengantin saya. Saje je nak kongsikan untuk pedoman adik-adik yang nak kawen nnt. Persiapan pengantin ni, kalau pandai dan rajin, boleh dijimatkan kosnya. Saya ni, selain nak jimatkan kos, saya jugak nak feel persiapan perkahwinan. Sebab saya duduk jauh daripada family, jadi sebelum berkahwin tu, saya rasa mcm saya tak buat apa-apa pun preparation utk majlis kawen saya. Oleh sebab saya dah gabr tu la yg saya buat2 sibuk tempah baju le, buat bunga telur hancho le and so ever....

Dahhh...

29 June 2011

Memang Bukan Atlit

Sejahteralah ke atas kamu....

Seperti yang telah dikecohkan semalam, saya pegi jogging dgn En Stormpong. Kat Taman Permainan depan flat kiterang tu. Taman itu agak besar. Kalau berlari sekeliling taman tu lebih kurang macam 1 padang bola, tapi bukan bola sepak, bola jaring je. Kehkeh. Takde la, acah je.. Tidak la sekecit itu taman tersebut. Actually saiz taman tu macam separuh padang bola la walaupun saya sendiri tak berapa pasti padang bola sebenarnya besar mana.

Kami bermula dengan berjalan kaki je kat trek jogging tu 3 pusingan sambil bersembang dan berpegangan tangan. Sungguh la mengada-ngada. Dah la mengacau orang lain nak jogging, pastu bercinta plak tu. Ish..ish.. ish... Sungguh tidak putat. Lepas berjalan 3 pusingan, baru le kami berlari-lari anak. Pastu semput. Muehehehehehe... Suami saya masih lagi demam sebenarnya pada waktu itu. So, sakit-sakit kepala lagi. Maka, kami pun berhenti berjogging, sambung berjalan lagi 2 pusingan. Pastu dok kat buaian, then main kat satu equipment yg fungsi dia untuk menari twist. Hehehe. Tak tau macamana nak explain rupa bentuk peralatan tu. Tapi agak best la.. Rasa mcm ramping skit pinggang. *auta

Sebenarnya.. motif saya buat entry ni ialah untuk memberitahu bahawa... saya memang dilahirkan bukan untuk menjadi atlit, ahli sukan atau ahli bina badan atau seumpamanya. Apa-apa acara sukan atau permainan memang saya tak pandai main. Kalo main pun memang merapu habis. Main bowling, bola bukan setakat masuk longkang, tapi siap bleh masuk lane sebelah, tolong strike kan pin kat lane sebelah. Dasat bukan? Kalau main netball plak.... saya berlari ke sana-ke sini mcm ye-ye je, tapi dalam masa 45 minit permainan tu, saya hanya pegang bola paling banyak pon 5 kali. Hahahaha... Bingai giler. Kalau main badminton lagi la hancho. Hanya hanya berdiri setempat je. Kalo shuttlecock pegi jauh skit, saya tengok je tak kejar pun. Tapi apa-apa pun gaya memang tak kalah. Pakaian, kasut, reket mesti perlulah lengkap. Tapi bila main, hancho. Hahahah... Tentang sukan ni, kalau saya pandai pun, mungkin hanya sebagai pengulas sukan bleh la kot. Sebab hobi saya complaining sana-sini, tapi tak pandai buat pun. So, mungkin sesuai kalo jadi pengulas sukan. Bukan setakat sukan je saya suka ulas, semua benda yang tak kena di mata saya pun saya bleh ulas, mekap orang tak cun, baju org cantik ke tak cantik, suami orang nampak parut kat muka sebab tak mekap masa kawen semua saya bleh jadi pengulas. MUehehehe.. Sarkastik...sarkastik..

Dahhhhh....


Hadiah Kahwin Yang Paling Mahal

Sejahteralah ke atas kamu...

Ari tu, saya ada cerita pasal hadiah kahwin yang seperti hadiah harijadi iaitu barang yang hanya diberikan utk seorang sahaja pakai. Contoh mcm perfume, dan jersi Malaysia untuk En Stormpong. Handbag utk BFF saya. Then kain pasang untuk saya. Kali ni, saya nak hebohkan ke seluruh networking bahawa... saya dapat hadiah jam tangan daripada BFF [bestfriendforever], iaitu Buji. Oleh sebab hadiah itu adalah untuk saya, maka saya suka. Dan harganya, sengaja Buji tak mau tanggalkan supaya saya tau hadiah yang beliau bagi tu mahal. Kekekeke... Well, thanks Buji. FInally, ada juga jam tangan yang saya boleh pakai untuk pegi jalan-jalan kat MidValley pada hujung minggu. Kalau tidak, dok lenjan le jugak jam tangan besi jenama Casio hadiah daripada Pn Atul [juga BFF saya]. *Deyyy... berapa ramai daaaaa ko punye BFF?? Lalalala.. Jwpnnya ialah... BANYAK. Saya bangga sebab saya ada ramai BFF. Waqi juga BFF saya. Cik Azeela dan Sakduyuh juga BFF saya. Naimah pun BFF. Cik Komas pun. Eh, ramai lagi la.. Nanti saya senaraikan dalam entry lain, khas untuk cerita pasal BFF.

Tabiat Buruk Manusia

Sejahteralah ke atas kamu...

Sunnah Nabi ; Makanlah apabila lapar dan berhentilah sebelum kenyang. Tapi.... Yang biasa kita praktikkan dalam kehidupan ialah; Makan walaupun tak lapar, dan tak berhenti-henti walaupun dah kenyang.

Dasatnya tabiat pemakanan kita. [Ceh, ntah-ntah aku sorang je. Hahaha.]. Biasanya kita ni walaupun perut dalam keadaan baik-baik saja, tak rasa lapar atau tak rasa sakit, bila jumpa je makanan....kita boleh je makan makanan tu dengan riang gembira. Asal ada depan mata, tak kira sedap ke tak sedap. Yang tak sedap pun kita boleh pulun sampai bersinar pinggan, inikan pulak kalau yang sedap. Silap-silap boleh berlubang pinggan.

Lepas tu, bila dah kenyang plak, selagi makanan tu masih ada.... kita tetap akan sambung makan dengan alasan 'tidak mahu membazir'. Bagus jugak alasan tu. Tapi... satu hari nanti, kalau berat badan naik seperti roti terlebih yis, sila jangan salahkan coklat Beryl's kerana coklat Beryl's tidak bersalah di dalam perkara itu.

28 June 2011

Petang Ini...

Petang ini...
Saya nak pergi jogging with my hubby
Sebab beliau nak exercise setelah demam
Tapi saya mesti akan semput selepas berlari 10 langkah
Takpe,.... Saya tergedik-gedik je la kat taman tempat jogging tu
Kalo penat saya relax la tunggu kat kerusi
Sambil tengok beliau berlari sorang-sorang
Atau pun kalau beliau gelakkan saya sebab saya semput
Saya balik umah je masak asam pedas.
Weeehuuu...

Warning : Entry Yang Bosan Giler. Tak Baca Pon Takpe.

Sejahteralah ke atas kamu..

Suami saya demam... Semalam dah demam tak pergi keja. Tengahari semalam saya balik rumah waktu lunch untuk masak sup ayam untuk beliau. Malam tadi, saya lap badan beliau dengan towel lembab, pastu massage the whole body. Pastu sejuk la kejap badan beliau. Saya siap beli cool fever untuk beliau. Dalam sepeket tu ada 2 sheets. Pastu saya pun teringin nak pakai, so saya pakai le satu. Heheheh... Melampau plak rasanya. Orang yang demam tu suhunya naik balik bila tengah malam sampai ke pagi.. Huhuhu.... Rasa mcm nak nangis. Itu baru husband yang demam. Belum anak lagi yang demam.

Pagi tadi sebelum saya pegi ofis, badan husband saya lebih panas daripada semalam. Semalam walaupun demam, beliau masih lagi boleh bangun pegi tepi tingkap untuk babai saya. Pagi ni beliau langsung tak larat nak bangun untuk babai saya kat tingkap. Huu..huuu...

Tengahari ini... saya nak balik rumah, nak bawak suami saya pegi klinik... Yang susahnya, beliau memang takkan makan ubat hospital. So, kena guna cara traditional je. Bawak jumpa bomoh lah kalo gitu. Kekeke. Ada sesape kenal bomoh? ~Ish..ish...kurafat betul.

*Sedang berfikir.... apa benda yang saya boleh masak untuk suami saya tengahari ni, yang cepat, sedap dan berkhasiat....

Gubahan Hantaran : Tali Pinggang [Belt]




Sejahteralah ke atas kamu...

Habis ah korang.. Aku dah mula nak citer pasal hantaran ni... Muntah indigo la korang. Hahahah... Ketawakan mereka....

Tapak hantaran, saya gunakan gabus bulat tebal, kain net yang ada corak-corak, reben, renda berbatu bata, bunga-bunga daripada kain organza dan daun kilat-kilat stardust. Warna tema pula adalah biru dan putih. [*taip entry baru sambil makan coklat Tiramisu Beryl's padahal semalam kata nak diet. Mcm rimau.]. Contoh tapak hantaran...

Bunga organza bewarna biru ini saya beli siap. RM2.50 ada 50pcs. Di SayangYou, tingkat 5 Semua House. Saya kemudiannya, cantumkan dengan dawai halus dan selang selikan dengan bunga serta manik-manik lain juga crystal.



Gabus di atas besar, dan gabus di bawah kecil untuk dijadikan kaki. Jika buat begini, tak perlukan alas dulang pun takpe.





Orang sekarang ni suka gunakan bakul atau dulang untuk hantaran. Memang tak dinafikan kalau guna dulang atau bakul yang seragam dan dibeli siap, hasil gubahan hantaran akan sangat elegant. Malah, tidak perlukan usaha yang beriya sangat pun. Cukup dgn sekuntum bunga dan reben. Tapi kosnya agak mahal. Satu dulang atau bakul harganya paling-paling busuk pun RM8.90. Tapi itu pun yg paling kecik dan yang paling tak lawa sekali yg ada dalam kedai tu. Yang rupa dia sedap mata memandang pulak paling busuk pun RM12.90. Dah tu macamana?Mehei sangat. Huhu...

Untuk gulung tali pinggang [belt], ikut sesedap rasa je. Saya gulung ikut-dan, pastu saya letakkan di atas sekeping kad board yang telah dibalut kertas putih, kemudian saya alas dengan jerami bewarna krim itu. Boleh beli kat kedai pengantin, harganya dalam RM4 sebungkus.


Selepas dah puashati dgn kedudukan tali pinggang tu, bungkus plak dengan plastic tutup makanan 'cling wrapper'. Gambar ni tak berapa jelas le.. maafkan Kak Eton ye...

Lepas tu, tambah le dgn bunga sekuntum, reben kalau perlu dan bola-bola pokok Christmas tu. Ntah apa motifnya. Hantaran ni takde la lawa sangat, atau pun boleh dikatakan langsung tak lawa. Tapi tak heran pun... asalkan aku dah selamat kawen. Yeehuuuuu!!! Benang-benang serat yang berwarna silver tu saya sengaja letakkan di tepian bungkusan tali pinggang utk menampakkan imej sejuk... Konon-konon macam salji la tu sebab ada aksesori pokok Christmas.

27 June 2011

Haaa... Kan Dah Terkantoi.....

Sejahteralah ke atas kamu...


Bak kata orang... Bercakap siang skodeng-skodeng. Bercakap malam ushar-ushar. Kalau tidak, kan dah malu. Tak tau hujung pangkal, mengata orang pastu orang yg dikata tu rupanya di depan mata. Kan dah purple muka nak cover balik? Lagi satu, apa yang kita nampak tak kena di mata kita, tak perlu la terus je sembur keluar. Sebab taste orang lain-lain. Kalo ko rasa buruk, tapi org lain rasa lawa, ko nak cakap apa kan? Bukan badan ko pun. Bukan harta ko jugak. So, dok diam2, jaga urusan ko je lah ye apakata.

Microwave

Sejahteralah ke atas kamu...

Hari Rabu lepas, saya survey harga microwave di Carrefour, MidValley. "Amboi... tak menahan... beli barang letrik kat Carrefour", kata adik iparku, Ina. "Hey Ina.. Jgn melawan.. Awak tau tak akak ni sape? Akak ni, kakak ipar awak tau tak??!!!.. ". Mesti Ina rasa mcm nak sepak je punggung aku sedas.

Harga microwave yang harganya dalam lingkungan RM200 dan ke bawah ialah... Samsung, capacity 20Liter, 800watt = RM199.00. Kemudian, satu lagi microwave Elba, capacity 17Liter, 1200watt juga berharga RM199.00.

Ye saya tau microwave tak bagus digunakan untuk memasak. Tapi saya bukan nak gunakan untuk memasak. Saya nak panaskan makanan saje. Kan bulan Ramadhan dah semakin hampir sehingga bleh terbau-bau air tebu dan murtabak ayam di bazar Ramadhan. Di kala bujang dulu, saya bukan makan beriya pun untuk bersahur. Hanya bangun, minum air kosong then tidur balik[uih...buruk jugak perangai aku ni rupanya.. baru ku sedar.. .. org lain, lepas sahur dah tak tido.. terus je berjaga sampai pegi ofis]. Saya bangun itu pun hanya untuk mengambil pahala sahur. Tapi bulan puasa tahun ini, tak boleh la saya nak buat perangai beruang koala tu lagi, sebab saya kena fikirkan suami jugek. Saya dah tak boleh nak layan kepala sendiri je. Kena la layan kepala suami juga. Kepala mana? Semua kepala yang ada. Hahaha. Jadi, saya perlulah sediakan makanan bersahur untuk En Stormpong.

Berbalik semula kepada microwave tadi.. [saya ni selalu nak pegi Johor, melencong sampai ke Singapore. Banyak sangat meleret.]. Owh... Microwave ini kawan saya bagi duit suruh beli. So, hari Jumaat beliau beri duit, saya nak pegi beli bersama En Stormpong. Tapi nak tunggu waktu beliau free itu agak mencabar keremajaanku... [remaja la sungguh.]. Beliau biasanya sibuk. Sabtu lepas, saya ikut family En Stormpong pergi melawat saudara beliau di Karak. Sampai KL semula jam 4 ptg, lepak umah Ina sampai Maghrib then kami bercadang nak pegi Carrefour, Midvalley pada malam itu. Tapi En Stormpong beri cadangan supaya kami pergi ke Carrefour yang lebih dekat dgn rumah Ina iaitu Carrefour Alamanda. Saya ok je la... pastu, kat Alamanda.. Saya cari punya cari punya cari punya cari punya cari punya cari punya cari *dush! cukup lah tu bingai!*, rupanya dah kehabisan stok microwave yang saya cari tu. Kat Alamanda tu punya la ramai manusia. Ntah apa je yg mereka cari. Crowded giler vavi. Last-last kami hanya beli syampu Rejoice dan syampu Clear je. Punya la amik troli besar, akhirnya nak letak syampu je semata-mata. Macam harem. So, tak dpt le nak beli microwave pojaan hatiku itu.

En Stormpong ajak pegi juga Carrefour MidValley untuk beli microwave tu. Tapi hari Ahad le. Itu pun malam. Sebab siang Ahad itu, beliau pegi Slim River balik hari dan saya plak pegi rumah kakak saya di Taman Melawati, ada keja skit. Lepas solat Maghrib, baru le kami gerak dari rumah untuk ke Midvalley. Sampai je MidValley, terus je meluru ke Carrefour. Punye la takutnya microwave tu habis stok. Ngeh..ngeh.. gejolohhhhm ohoiiii...

Pastu nasib baik la... Ada banyak lagi microwave Samsung tu. Ada lagi 20 kotak rasanya. Macamana la kat Alamanda bleh habis. Ish..ish..ish... Dan yang paling cool... Microwave Elba tu turun harga menjadi RM169.00 saje. So, saya beli yang Elba itu la. Yehooooo!!! Bangga rasanya dapat beli microwave. Perasaannya sama seperti berjaya menjahit apron berwarna biru corak kotak-kotak semasa di tingkatan 1 untuk matapelajaran Kemahiran Hidup. Lepas beli microwave kat Carrefour, kami hantar barang ke kereta dan meluru plak pegi Jusco sebab nak beli kitchen cabinet. Waktu tu dah 10.00 pm. Pastu, kitchen cabinet tu pun dah habis stok macam cipan. Asyik habis stok je kejanya engkorang ni ek? Ni, nak berniaga tanak berniaga ni? Kalau tanak berniaga tutup kedai la woi!!!! Eceh, emosi tak tentu hala plak tak memasal. En Stormpong kata, nak pegi cari kitchen cabinet yang senonoh sikit kat Ikea Jumaat ni. Tapi tak tau le beliau tu. Hehehe. Biasanya beliau bz. Tapi saya berharap agar beliau tak bz la kan? Oopps... Tapi... saya ada kelas mengaji malam Jumaat tu. Aiseh. Kena tukar plan la nampaknya.

Dah tu, kat Jusco plak sibuk bagi announcement yang dia nak tutup dalam masa beberapa minit lagi, dan Jusco akan dibuka seperti biasa pada hari esok [aku tau la Jusco akan buka lagi esok... Masalahnya aku takde masa nak pegi dengan suami haku.]. Punya la nak juga beli, saya hanya sempat beli spice rack dengan dulang je 1. Itu pun akak kaunter tu mcm dah cakap dalam hati, "budak 2 ekor ni bila la nak berambus. Dah-dah la tu woiii.. aku nak tutup kaunter plak ni...". ~Pandai tak saya baca hati orang? Hahahha... hancho la kalau salah. Uncle Guard pun dah tutup roller shutter kat pintu masuk dan kat escalator. Saya dgn En Stormpong menggelatat lari nak kuar... Hehehe.. Punyer la eksaited nak beli barang-barang rumah. Penyudahnya... Sampai umah, En Stormpong demam.. Huuu..huuu... sian suami saya... Ikut hati nak EL je hari ni. Tapi oleh sebab saya ni seorang pekerja yang berdedikasi walaupun selalunya malas, so tak mau biasakan diri untuk EL jika tiada hal yang betul-betul emergency. Lagipun, memang saya tak biasa pun EL. Kecuali kalau Kenary buat perangai, atau saya demam dan tak larat nak pegi klinik.

Okey.. So, itu je la citer tentang 'Membeli Microwave Di Carrefour Midvalley'. Sapa yang nak beli, bleh pegi beli kat situ. Ada banyak lagi. Daaahhhh...

Hadiah-hadiah Kahwin

Sejahteralah ke atas kamu...

Majlis perkahwinan, hadiah dan salam kokot [ada tempat panggil salam kaup dan lain-lain], memang tak dapat disuling. Sekarang nak ceritakan tentang hadiah-hadiah yang saya dapat sempena majlis perkahwinan saya. Ada hadiah yang cool, super cool, yang bermanfaat giler arnab, yang bermanfaat suam-suam milo dan ada yang bleh dikatakan hanya seperti Wak Parjo bersiar-siar di tepi bendang.

Sebelum ni, saya penah cerita dalam entry sebelum ni, hadiah blender yg sangat berguna dihadiahi oleh Cik Sakduyuh*bukan nama seperti yang didaftarkan untuk peperiksaan SPM. Dapur gas oleh Pn Zuliana, Pn Rashidah dan Puan En Suhardi. Periuk oleh Cik Azeela. Ada rice cooker diberikan oleh Pn Azimah dan keluarga, juga diberikan oleh Pn Waqi dan En Zakaria [bos saya]. Ada yang bagi tupperware yang saya suka dan sangat berguna untuk digunakan di alam rumahtangga. Ada yang berikan set gelas dan cawan which are very useful too. Ada serving dish. That's really cool. Ada comforter dan cadar. Dan yang terbaru dan yg paling nak menjadi super cool ialah Microwave yang dihadiahi oleh En Asjad [Ex-manager saya semasa bertungkus lumus di Helpdesk dulu kala]. Microwave ni memang la tak bagus jika digunakan untuk memasak. Tapi kalau untuk memanaskan makanan semalam, kira berguna la jugak. Tak payah le saya nak masukkan balik makanan tu ke dalam periuk pastu panaskan atas dapur gas, then nak sental periuk lagi skali. Cukuplah aku diuji dengan menyental periuk besar selepas kenduri kawen dulu. Owwhh.. tidak kuduga begitu jadinya...





Bukti penderaan fizikal membasuh periuk besar selepas kenduri... kehkeh... *padahalnya aku cuci yang kecik je. Suami aku yg dok menyental periuk besor.




Lain-lain, ada juga yang memberi hadiah kain pasang untuk saya sorang je. Lepas tu, ada peminat misteri suami saya[misteri la sungguh... huhu.. serammm nyahhh] menghadiahkan jersi bola pasukan Malaysia untuk suami saya. Ada yang hadiahkan perfume untuk suami saya. Hehehe.. Macam hadiah harijadi plak. Kot ye pun... Agak-agak le... Saya bukan tak suka.. Kalau sebagai hadiah harijadi... mmg super cool. Tapi untuk perkahwinan, bagi le hadiah yang berkaitan dengan keperluan rumahtangga. Bagi le meja makan ke, almari ke, kitchen kabinet ke. Ada la juga pekdahnya. Kalau bagi pinggan pun takpe. At least utk rumahtangga. Eleh.. ngata orang.. padahal saya pun penah bagi handbag kat kawan saya sebagai wedding gifts. Tapi takpe, tu sebab beliau tinggal dgn family beliau selepas kawen dan hubby beliau keja jauh. So, kalau nak bagi barang2 rumah semua dah ada.

Bila saya tenung barang-barang hadiah yang tak berapa bermanfaat tu, hati saya macam luluh je sambil terfikir... "ish..ngape la bazirkan duit je". Aku tak tak pakai pun barang tu. Kan dah jadi hiasan je. Kadang-kadang orang beri hadiah ni terlalu fikir nak surprise sangat. Sebab mereka anggap, kalau hadiah mestilah surprise. Tapi surprise doesn't work for me. Sebab biasanya hadiah yg kononnya surprise tu tak dapat digunakan sepenuhnya pun. Untuk diri saya, saya lebih suka jika orang bertanya kepada saya apa yang saya perlukan, instead of 'apa yang orang nak bagi hadiah tu suka'. Erm... demand pulak rasanya. But better be realistic, right? Tak ada maknanya surprise kalau tak dapat bermanfaat sepenuhnya. Tapi sebenarnya prinsip tak suka surprise ni, saya sorang je. Hahaha.. Orang lain ok je kot.



24 June 2011

Cara-cara Membuat Bunga Telur Menggunakan Kertas Crepe



Sejahteralah ke atas kamu...

Kalau tak faham angkat tangan...

Bahan-bahan yang diperlukan;-

A. Kertas Crepe
B. Pita Pelekat
C. Daun Silver Stardust
D. Manik-manik silver
E. Pita bunga [ntah ye ke dak nama dia mcm ni. Hahah]
F. Pipe mini [yang ni pun aku main bagi je nama]
G. Dawai.



Gambar : Dawai [G]




Peralatan-peralatan yang diperlukan;-



  1. Glue gun
  2. Pliers
  3. Gunting


Penyediaan Dawai [Bahan G].





Untuk kelopak bunga, sila guntingkan kertas crepe [A] untuk dijadikan kelopak. Minta maaf sangat-sangat, sebab tak sempat nak amik gambar. Kemudian kelopak-kelopak bunga itu, cantumkan dengan menggunakan glue gun atau sesiapa yang ada tangan seni yang halus, boleh cuba gunakan dawai halus untuk ikat kelopak bunga pada dawai. Saya cuba, tapi tak jadi. Tak cukup seni la tuh tangan aku ni.






Lepas dah jadi macam ni, balut dgn pita bunga dan tambah daun. Pastu kalau nak tambah kain organza kat bawah kelopak bunga tu pun boleh jugak. boleh la cover skit bawah kelopak bunga yang tak kemas.

Perasaan Menjadi Seowang Istewi [Tetibe pelat KL gedik]

Sejahteralah ke atas kamu...

Sementelah bos aku tak ada ni, aku rasa rindu plak sebab semalam pun seharian tak nampak bos sebab aku MC [*uihh... tapi statement ni bahaya. Kang org salah faham ingat aku ader scandal dgn bos. Atau mungkinkah ayat ni adalah ayat sarkastik dalam masa yang sama.]. Abih tu aku ingat kalo bos baca entry aku ni, beliau nak bagi aku markah lebih ke. Tidok le ada maknanya.

Jap, nak gi toilet. Ada urusan jap. Ngeee....

Ok... Dah selesai. Sambung balik cerita saya yang terbest di alam fana cintamu ini.

Jadi isteri, apa bezanya dengan jadi bujang? Erm.. Kawan-kawan yang dah lama berzaman mendirikan rumahtangga mesti tak berminat nak baca lagi, sebab mereka dah lama lalui benda-benda ni. Dalam hati mungkin berkata, "hek eleh.. macam ko sorang je yang kawen. Org lain pun kawen jugakkkk weii...", atau pun mungkin yang berkata dalam hati, "kesian... benda ni ko baru nak rasa... aku dah rasa lama dah.. muehehehehehehe", sambil gelak jahat seperti Mat Kacau. Ahh.. Aku tak peduli. Adha Ku Kaysyah?

Ok, meleret tak hingat. Berbalik semula kepada persoalan tadi... Jadi isteri, apa bezanya dengan bujang? Jawapannya ialah... tak ada la banyak beza sangat. Cuma bezanya, 1) Sekarang kalau saya masak akan ada orang tolong makan dan habiskan. 2) Tidur malam berteman, bangun pagi-pagi pun ada orang kat sebelah. :). 3)Ada orang boleh tolong buangkan sampah tiap-tiap hari. 4) Boleh mintak tolong belikan sabun Breeze atau Axion atau biskut beras. 5) MInyak keta pun ada orang tolong isikan. Kekeke. Apa lagi ye...?

Kebanyakan masa saya sekarang ini masih lagi saya habiskan sorang-sorang kat rumah. Sebab suami saya sibuk bekerja. Kadang-kadang outstation. Weekend pun ada aktiviti gak kadang-kadang. Saya plak, memang dah lama hidup bujang sorang-sorang kat rumah tu. Sebelum kawen, rasanya dalam 6 bulan juga saya menyewa sendirian. Sebelum tu pun, housemate saya hanya balik on weekend je. Itu pun akhir-akhir sebelum beliau kawen, beliau pun dah jarang balik on weekends sebab bizi buat persiapan kawen beliau. So, memang daripada dulu saya dah ditakdirkan keseorangan. Maka, saya tak la kekok sangat kalau suami saya bz dan tidak ada di rumah. Cantik kan aturan Allah?

Bagaimanapun, walaupun saya selalu dok umah sorang-sorang, saya ada banyak keja nak buat. Keja yang sama jugak macam tinggal bujang dulu; basuh baju, lipat baju, sidai baju, iron baju, kemas rumah, cuci pinggan, menyapu, kira berapa kali keretapi lalu belakang umah, skodeng jiran bergaduh adik beradik, bla..bla..bla.. Dulu, kalau baju tak basuh 8 timbun pun, saya bleh je goyang kaki lagi sambil tengok TV. Baju-baju yang tak basuh tu, kalau Osama Bin Laden menyuruk dalam tu, Obama pun tak dapat cari tau. Inikan pula kalau Uncle Aznil yang menyuruk di situ. Tapi sekarang dah takleh nak biar baju tak basuh berlonggok lama-lama. Paling lama pun 2 hari je. Saya konsistenkan pembasuhan baju supaya mereka tidak dapat membuat perhimpunan tanpa permit kerajaan kat dalam laundry basket tu.

Errrmmm.. apa lagi ye perbezaannya? Owh, lagi satu... sekarang saya dah tak boleh nak pandai-pandai buat keputusan untuk beli baju atau untuk balik lambat, atau suka-suka hati nak pegi MidValley lepas balik daripada ofis then merewang sampai malam. Semuanya kena mintak izin dulu. Kadang-kadang saya ada juga lupa nak bagitau suami saya. Contohnya mcm saya bagi barang dalam umah saya kepada anak buah saya Si WOnk. Padahal barang tu memang tak pakai. Tapi saya tak bgtau suami pun saya nak beri barang tu kepada Wonk. Lepas dah beri baru inform beliau. Dahhhh kecik hati beliau plak. Bukan apa... itu la kesannya kalau dah lama sangat membujang. Dulu semua keputusan terpaksa kena buat sendiri. Daripada workshop mana nak pegi, sampailah ke ikan bilis jenama apa nak beli [bile masa plak ikan bilis ada jenama ni.. nampok sgt le kuat menipu]. Now, dah takleh buat sesuka hati. Bagitauhu tahu tu kadang-kadang bukan untuk minta izin juga. Sebab biasanya hal-hal kecik mcm tu, tak ada sebab pun kenapa beliau tak izinkan, tapi hanya sebagai menghormati beliau... Bagi tahu supaya beliau tak diketepikan saja. Hihi...

Dulu, kalau saya masak, takde nak hidang-hidang punyer. Sendukkan je la daripada periuk tu ke dalam pinggan, pastu bawak je pinggan tu makan sambil tengok Wipe Out Australia atau Junior Masterchef. Tapi sekarang kena la hidangkan semua lauk, pastu amik gambar then upload kat blog untuk cite kat seluruh dunia saya masak apa semalam. Yang paling penting dan bestnya ialah saya makan malam-malam sebab temankan suami makan. Huhu.. Pastu jadi tak best sebab saya dah makin berisi. Kwe...Kwe...

Tu je la buat masa ni. Tetiba rasa cam malas nak sambung lagi. Kekeke. Peace.

22 June 2011

Warnakan Rambut Tu Halal Ke Tak Halal?

Sejahteralah ke atas kamu...


Tengahari tadi saya jalan berlenggang baby kailan pegi ke KL Sentral. Tujuan asalnya nak beli coklat Beryl's. [Siap spesific lagi brand coklat tu saya bgtau. ]. Dan memang beli coklat je la. Padahal saya bukan berjalan laju pun, tapi mengahnya macam tengah mengandung 8 bulan anak kembar 4. Huhuuhu... Dah sah aku gemuk. So, ni kira 2nd last la saya beli coklat. Lepas ni kirim dgn KakakCHomel lagi skali for the last time siri ke-2[siri pertama sebelum kawen dulu, tapi itupun gagal jugek. Kakakaka], pastu baru berenti makan coklat. *Kononnya la....

Masa jalan kat koridor raya kat depan Sooka Sentral tadi, nampak banyak 'bunting' iklan-iklan hair salon yang tengah buat promotion salon mereka. Mcm-mcm le promosi yang bleh dikatakan agak melelehkan saliva [mcm nama aku je air liur ni]. Salah satu iklan yang menarik perhatian saya, promosi mewarnakan rambut harganya RM55 saje dan yang penting, kat dalam iklan tu, ada logo 'Halal'. Halal by The Islamic Food Research Centre of Malaysia. Apa, pewarna rambut tu untuk dimakan ke masalahnya sekarang? Tak pasal-pasal nak gunakan logo halal plak. Memang la... produk tersebut mungkin diperbuat daripada bahan yang tak haram, yang bukan najis dan takde unsur-unsur kebabian, kehanjingan atau kekencingan-syaitonan. Tapi, kena la fikir juga... jika dipakai adakah akan meresap air apabila berwuduk atau mandi wajib?

Itu la banananya kalau orang bukan Islam yang memandai. Karang kalau saya kata mereka tak pandai, mereka kata mereka dah rujuk kepada yang pakar agama. Habis tu, mati kumbang la saya, sebab saya bukan pakar agama. Saya hanya insan kerdil seumpama sebutir pasir yang lemah lagi hina. [pasir gemuk macam aku ke?].

Jadi, halal ke tak halal mewarnakan rambut itu? Saya ada jawapannya utk diri saya. Tapi, saya tak mau nyatakan pendirian saya untuk dikongsi dengan kamooo... Saya tangkai petai.

21 June 2011

Ikan Kerisi Bakorrrrr.....

Sejahteralah ke atas kamu,...

Menu makan malam untuk suami saya semalam ialah Ikan Kerisi Bakar bersama Air Asam. Resepi itu saya kelepet daripada blog Resepi Rahsiaku.

Takde la susah pun nak masak makhluk Allah yang sekor ni. Yang penting, buat sambal dia berasingan. Masa nak bakar tu, lumur sambal pada ikan dan sumbat je dalam oven. Bakar le sampai terbakar sirip ikan tu. Suhu dia plak, saya main pulas je... 170 darjah Fahrenheit gamaknya. Kehkeh... Ikut sedap hati je nak setkan suhu dia. Janji, ikan saya masak.

Yang canggih skit tentang resepi ni, ialah sambal itu perlu ditambah sedikit santan. Tapi malangnya semalam, saya hanya guna santan serbuk untuk dimasukkan ke dalam sambal itu. Membuatkan rasa sambal tu mcm terasa sangat kelapa kering, tapi suami saya makan beriya semacam je beliau kata sedap. *terpaksa la bagi motivation kat saya kan? Kalau moral down kang, saya putus asa plak nak memasak utk beliau lagi. Kekeke.* But to be honest, the taste was not bad lah. Apsal saya tak beli santan segar? Huhu... Sebab nak pakai sikit je. Nnt kalau beli yang segar, takde tempat nak simpan. Takde fridge. Huuu..huuu...huwuuaaa...

Gambar air asam saya tak amik. Sebab rupa dia sungguh tak senonoh. Nampak mcm hape je. Sebab air asam tu saya masak skali dgn bawang. Tomato saya masukkan lepas masak. Bukan apa.. saya masak takut suami saya sakit perut je kalau nak bagi beliau makan yang tak dimasak.

Sayur takde. Saya buat ulam timun dan tomato je. Pastu betik muda dicicah dgn kuah rojak petis. Dan pisang. :)




Saya pilih ikan kerisi sebab saya nak cari ikan yang isinya putih. Mula-mula nak beli ikan talapia merah. Tapi ikan talapia merah yang ada kat kedai feveret saya tu besar sangat saiz dia. Dah hampir nak sama besar dgn notebook ni. How come. [Propa je lebih. Saiz sebenar ikan tu hanya separuh notebook, atau bersaiz A2. Eceh.. dah mcm saiz kertas plak.]. So, takde pilihan lain lagi la.... hanya ikan kerisi je yang paling afdol.

Comel Bukan?


Sejahteralah ke atas kamu...

Selipar jepun ni adalah key-chain. Saya beli dah lama dah kat Pulau Perhentian, sewaktu zaman muda dolu-dolu kala. Selama ni, saya selit je merata-rata. Dah tak ingat dah tentang kewujudan makhluk halus 2 ketul ni. Tetiba lepas kawen, barulah saya tahu yang En Stormpong ni rupa-rupanya sejenis manusia yang sangat rajin mengemas. Hehehe.. Semua benda beliau nak kemas. Sampaikan bungkusan tepung, gula pasir dan gula kastor [yang belum dibuka], pun beliau boleh susun beratur kat atas kitchen cabinet, macam budak skolah rendah kena beratur di luar kelas sebelum dapat rehat di kantin sekolah.

Ni selipar jepun sepasang ni pun sama la nasibnya kena susun.

20 June 2011

Make Up For My Wedding

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Tajuk entry kemain lagi speaking homputih. Tetiba isi kandungan entry ni, bersepai bahasa melayu. Takpe, saya orang melayu.

Untuk majlis perkahwinan saya yang dah berlaku 16 hari lepas, saya tak mengupah mana-mana mak handam untuk memekapkan diriku ini. Mula-mula macam nak menggunakan perkhidmatan kawan sekolah menengah saya yang jadi mekap artis di Bobbi Brown. Tapi last minute beliau tak dapat cuti plak. Kemudian, saya ada juga minta tolong kawan saya yang berada di Kuantan untuk carikan jurumekap. Jumpa tu jumpa. Tapi saya tak tengok hasil keja dia macamana. Hanya booking melalui kawan saya tu je. Lagipun, bila saya bagitau mak saya yang saya nak amik jurumekap dengan bayaran RM200 sekali mekap, mak saya tak setuju, then beliau suruh saya mekap sendiri jek. Erm, so saya ok je la.. Cancel booking, then saya kuatkan azam dan yakinkan diri bahawa saya memang boleh mekap diri sendiri, dihari perkahwinan saya. Tak peduli la orang nak cakap apa. Asalkan saya boleh kawen. [Fuh... ayat desperado ni... auwww...].

Sebenarnya, kalau mak saya benarkan saya upah jurumekap pun, saya sendiri agak cerewet. Saya paling fobia kalau-kalau mekap saya nampak mcm clown pada hari perkahwinan. Kalau mekap buruk masa ari perkahwinan, memang disaster la. Dah la time tu la kita akan bergambar bagai nak rak. Pastu, gambar-gambar tu plak akan disimpan selama-lamanya. Jadi, bila mak saya tak suka kalau saya upah jurumekap, saya sebenarnya suka. Kekeke.. Supaya saya boleh mekap diri saya sendiri dan control warna dan ketebalan mekap saya tu. Biar la tak berapa cantik macam profesional. Asalkan diri sendiri puashati dan even kalo buruk sekalipun, saya takde sesiapa yang dapat dipersalahkan. Itu je yang paling penting. Hahaha.

Saya mula mekap untuk hari nikah dan kenduri di rumah saya, pada jam 8.45am. Majlis akad nikah jam 11 am. Lama kan? Tu pun, siap pakai tudung semua dah hampir-hampir jam 11.00 a.m. Macam jam 10.59 am gitu kot. Jurunikah plak terlebih punctual. Beliau sampai awal. Memang cemerlang. Nasib baik le bila saya tepon En Stormpong masa tu beliau dah on the way. So, saya tak la gelabah beruk sangat. Kalau on the way En Stormpong tu, insyaAllah sempat sampai punya. *Sebab umah kami tak jauh mana pun.

So, hasil mekap diri sendiri yang tak seberapa tu, macam ni la... Gambar pertama yang pakai tudung putih tu, amik masa 2 jam 30 minit. 5 lapis bedak asas tu. Huhu... Then gambar yang kedua tu plak hanya 15 minit, sebab dah kesuntukan masa. Tu pun dah kena marah dengan abang saya sebab janji jam 12.30 nak gerak dari rumah. Tapi waktu tu dah jam 1 ptg, saya masih terkial2 pakai tudung dengan veil dan dibantu oleh En Stormpong. Tak pasal-pasal beliau kena tolong saya bersiap. Siap tercucuk-cucuk telinga saya dengan jarum peniti semasa nak lekatkan veil pada tudung.

Bagaimanapun, bersyukur kepada Allah kerana memudahkan urusan kami. Semuanya berjalan lancar. :)

17 June 2011

Sweet Kan?

Sejahteralah ke atas kamu..

Saya belikan selipar rumah ini untuk En Stormpong. Sebab saya ada juga selipar begini warna hitam dan ada buah strawberry pada talinya. Pastu En Stormpong kata beliau nak jugak pakai selipar dalam rumah. Jadi, semalam, saya belikan juga untuk beliau satu. Saje je beli yang ada love-love. Comel skit. Beliau layan je. Kekeke... Sebab beliau memang rajin melayan saya.




Bukan Berniat Untuk Berlagak.. Tapi Sikit La...


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Saya ada dapur gas baru. Cantik... Branded plak tu. Hehehe... Memang la tak sebanding dengan dapur electric Arezzo. Tapi untuk kegunaan saya, dah memadai. Dah kira hebat dah untuk saya. Dapur gas itu adalah tajaan Pn Rashidah Ismail dan Pn Noor Zuliana Zakaria. Hambik. Nama penuh aku letak. Hahahah.. Terima kasih banyak-banyak. Aku suka dapur gas itu. Nampaknya, makin rajin le aku memasak lepas ni. Kalau dah takde benda sangat nak masak, aku sanggup masak air je banyak2 kali semata-mata nak gunakan dapur gas yang cool itu. Thanks again my dear friends.

Dan satu lagi, periuk kaler maroon tu dihadiahkan oleh Cik Azeela Mohd Ali. Satu-satunya hadiah periuk yang saya terima sebagai hadiah perkahwinan saya. Sungguh berguna. And i like it so very much. Thank you Cik La. Ko memang cool.

Saya tidak dikira berlagak jika saya kecoh kat blog pasal barang-barang yang saya ada, kan? Sebab bukan saya beli sendiri. Entry ini pun hanya sebagai penghargaan saje. Actually, ada banyak lagi barang yang saya dapat. Rice cooker saya dapat 3 unit. Apa benda le yang saya nak buat dgn mereka ye... Saya gunakan 1 je la sekarang ni. Tapi takpe.. Nanti masa nak buat makan-makan kat umah, bleh la saya gunakan ke-3-3 rice cooker yang saya ada. Ceh, berangan je lebih.



Menu Semalam

Sejahteralah ke atas kamu...

Daging Masak Lada Hitam. Itu adalah menu dinner untuk suami saya semalam. Tak lupa juga, broccoli rebus yang direbus menggunakan air rebusan daging. [Ada rasa garam dan asam keping].

Kalau nak tau, ini adalah pertama kali saya masak lauk daging black pepper ni. Sebelum masak tu, perasaan 'takut tak sedap' tu menghantui fikiran. Yelah.. Saya beli lauk yang nak masak untuk hari tu, pada hari yang sama. Kalau tak jadi, saya takde back up lauk lain dah. Di pejabat petang semalam, saya dah tanya Org Kg Baru, mcmn nak masak lauk tu. Lepas dijelaskan berjela-jela... Saya faham, tapi tak yakin lagi bleh masak ke tak. Last-last petang lepas balik ofis semalam, saya tepon mak saya jugak utk mengonfirmkan lagi teknik-teknik masak daging black pepper. [Adoii.. mak aiihh... Masak daging blek peper je pun. Tapi kecoh satu networking. Koman spanar jugak la aku ni... huhu.. tapi takpe.. tak reti, buat cara tak reti kan?]. Lepas mak saya dah cerita, baru le saya yakin nak masak lauk tu. Saya pun tak tau le... Kalau nak masak, kena mak saya jugak yang explain baru saya betul-betul faham. Mungkin saya ni dah dilahirkan sebagai benok. Huhu... Padahal, last skali... resepi mak saya sama je dgn resepi yang OrgKgBaru ajarkan. Ish.. tak faham. Giler ko nih Salida. Hahah.

Broccoli plak, saya rebus buta-buta macam tu je. Air rebusan daging tu, saya gunakan balik utk rebus broccoli. Bawang seulas pun saya tak masukkan dalam rebusan broccoli tu. Sebenarnya bukan apa... saya malas nak kupas bawang banyak-banyak hanya nak neutral kan semula lauk utama tu. Dah tentu daging. Banyak kolestrol. Susah nak hadam plak tu... Pastu taruk macam-macam rempah dalam tu, so lauk ke-2 perlulah ringan dan sesimple yang mungkin. Tapi kalo sampai tak letak bawang tu, mmg confirm pemalas la. Hahahah...


p.s :- Yang kaler coklat-coklat muda dalam daging tu, ialah kentang goreng, saya potong nipis-nipis. Dan seperti biasa, En Stormpong kata sangat sedap [wp aku tau itu hanya ayat mengambil hati. Kehkeh..] dan beliau makan sangat banyak walaupun pada waktu itu jam menunjukkan pukul 1.30 a.m. Huhu... Lewatnya baby balik...

Majlis Perkahwinan Saya : Aturcara

Sejahteralah ke atas kamu...

Mungkin ada yang dah tgk gambar perkahwinan saya dan perasan bahawa pelamin saya langsung tak cantik. But, I don't give a damn. . Saya mengaku pelamin saya tak cantik. Dan bilik tidur juga boleh dikatakan agak hancho. Tapi saya bukan kisah pun. Itu semua, telah dipersetujui oleh saya dan suami bahawa kami hanya ingin membuat majlis yang sangat sempoi.

Aturcara majlis kami ialah :
4 Jun 2011
- Jam 11.00 a.m - Akad nikah.
- Jam 12.00 p.m - Makan pengantin/makan beradab
- Selesai makan beradab, terus layan tetamu sampai petang.

Itu sahaja. Kami tak ada acara potong-potong kek, suap2 ke mulut. Kami tak ada bersanding. Sebab malas nak bersanding. Lagipun kami dah sepakat membawa berkat untuk layan tetamu yang dtg je. Nak bersembang dgn kawan-kawan yang dah tentunya lama kami tak jumpa. Kalau kami banyak sangat acara, takut tak sempat nak berjumpa kawan-kawan dan ucapkan terima kasih kepada mereka yg hadir. Kami juga tak ada outdoor shoot. Sepatutnya nak jugak buat outdoor shoot di Muzium Sg Lembing pada petang hari yang sama. Tetapi memandangkan hari dah semakin mendung, tambahan lagi hari itu adalah hujung minggu dalam cuti persekolahan, maka kami bimbang jika Muzium Sg Lembing itu dibanjiri pelancong-pelancong luar. Malu la akak nak berposing daring nanti... Lagipun, selepas menunaikan solat zohor, saya dah malas nak mekap semula. Suami saya lagi la honcho. Lepas solat, terus pakai baju utk buat kerja kat bangsal. Hahaha.

Malam tu, saya buka hadiah pun ditemani oleh anak-anak saudara saya je. Mereka excited tolong buka hadiah. Sampaikan saya dah tak tau hadiah-hadiah tu diberikan oleh siapa. Yang pasti, blender diberikan oleh Sakduyuh. Thanks Sakduyuh. Juga jam dinding Crocodile dihadiahkan oleh Cik Komas. Thanks juga utk Cik Komas.

Keesokan harinya, aturcara majlis kami juga sama bagi kenduri sebelah lelaki. Simple dan pantas. Saya make up sendiri. Terkocoh-kocoh saya make up diri sendiri dalam masa 15 minit je utk Majlis Menyambut Hantu Menantu, sedangkan semasa kenduri 4 Jun semalamnya, saya mula make up diri sendiri bermula jam 8.45am untuk majlis pada jam 11 a.m. Dasat la lama... Nak kata lawa sgt, tak jugak. Tapi saya belasah je la mekap sendiri. Simple-simple je. Takyah membazir. Sebab kami nak berjimat perbelanjaan kami. Huhuh.


Aturcara majlis menyambut menantu :
5 Jun 2011
- Jam 1.00 p.m - Makan pengantin/makan beradab
- Selesai makan beradab, terus layan tetamu sampai petang.

Pelamin yang ada itu pun, sengaja buat utk acara bergambar kot-kot kawan-kawan yang datang nak abadikan kenangan mereka di dalam kenangan terindah saya tu. :). Tgk le kaler dia. Merah dgn biru. Macam shilake je rupa dia. Padahal dah request kat akak yang tolong buat pelamin tu untuk letakkan mreah dan silver. Haihhh.. Ikut ko la. Malas nak fikir. Asalkan semuanya selamat dan berjalan lancar, itu pun sudah cukup.

Kenduri di rumah lelaki, kami memakai persalinan berwarna shocking green. Hambik nak nko. Hijau pucuk pisang berkilat. Tapi bila dalam gambar agak naik la kaler tu. Walaupun warna itu adalah warna kebanyakan. Tapi tak kisah la,... sebab kenduri menyambut menantu je. Bukan hari besar.

Serasa saya.... majlis kenduri kami berjalan lancar. Saya sangat bersyukur kerana Allah membantu menlancarkan majlis kami. Sehari sebelum majlis, keluarga saya berjemaah beramai-ramai untuk melakukan solat sunat hajat, bagi memohon kepada Allah agar segalanya selamat dan baik-baik sahaja. Untungnya saya mempunyai keluarga yang besar. Boleh dikatakan semua individu di dalam keluarga saya, memberikan sumbangan tenaga yang tidak berbelah bahagi. Daripada abang-abang, kakak-kakak, ipar-ipar, anak-anak saudara, semuanya rajin membantu. Saya sungguh terharu dengan komitmen yang mereka berikan. InsyaAllah jika satu hari nanti ada kenduri yang kami anjurkan lagi, mungkin jika anak-anak saudara saya berkhawin pula, saya juga berazam akan memberikan pertolongan sepenuhnya.

Segala Puji Bagi Allah. Tuhan Semesta Alam.

16 June 2011

Sate Goreng Udang

Sejahteralah ke atas kamu..

Seperti yang telah saya rancang semalam... Saya masak udang sate untuk En Stormpong. Walaupun saya dah tahu beliau balik rumah awal pagi. [Semalam beliau sampai rumah jam 2 am, dah masuk hari baru pun.. huhu]. Saya plak memang sengaja tunggu beliau sambil memproses taik mata. Tak larat woo, kalo nak berjaga sampai jam 2am. Lagipun En Stormpong dah suruh saya tidur terlebih dahulu. Saya pun apa lagi. Memang saya suka. Kekeke.

Sate goreng udang itu, saya tak amik gambar. Malu wei.. Sebab portion masakan itu kecik je. Maklumlah... masak hanya utk seorang makan. Rasanya masa beli udang tu pun saya dah kira dalam 20 ekor je. Lepas masak, saya makan 5 ekor. Selebihnya tinggalkan utk suami. Yang penting rasanya sedap. Hahaha.. perahsantan sungguh diriku ini. Sayur pula, park choy rebus.. tapi sedap tau... sebab saya perisakan sayur tu dengan air rebusan kepala udang. Simple je.

Sebenarnya saya nak masak broccoli utk suami saya, tapi kedai feveret saya tutup plak semalam. Saya cari broccoli kat kedai lain, takde plak jual broccoli. Cacat betul. Jadi, sebab tu la saya beli sayur pak choi special tu [eceh.. macam nama rancangan hiburan semasa tahun baru cina je.]. Pastu, semasa temankan En Stormpong makan, saya tanya beliau... sayur apa yang beliau suka... Jawapan beliau ialah.. sayur warna hijau yang macam kubis bunga . :). Hebatkan instinct saya. Hahahah.. Mcm harem.

Yang pasti, saya dengan en Stormpong sangat banyak persamaan. CUma skrg saya tak ingat kalau nak senaraikan semua.


Ooppps.. Berbalik kepada Sate Goreng Udang tadi, resepi dia lain kali la saya cerita yer.. Tunggu saya re-cook dan take a picture. Baru bleh tulis resepi. Malam ni, nak masak daging plak utk suami. Masakan apa, belum fikir. Kekehe... Seronotnya masak then ada org makan.

Tulis Blog Atau.....

Sejahteralah ke atas kamu..

Macam-macam hal yang saya nak cerita di blog, tapi takde masa yang sesuai nak taip. Sebab kadang-kadang hal yang saya nak cerita tu, perlu disertakan gambar, barulah cool. Nak letak gmbr, perlu edit jugak skit. Waktu yang paling sesuai utk post entry baru ialah waktu rehat tengahari. Tapi saya selalu berada di dalam dilemma sebab time tengahari tu jugak saya rasa mengantuk dan nak cover balik tidur saya. Yang pasti, tidur lebih menang daripada tulis blog. Heheh.

Warna Tema Perkahwinan





Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Blog ni, takkan habis-habis nak cerita pasal wedding saya yang dah berlalu 2 minggu lepas. Banyak benda nak cerita, tapi sebelum ni bizi nak mampus. Dah tu, skrg le saatnya untuk saya qada balik semua cerita yang tertinggal tu.

Warna tema yang saya pilih untuk majlis di rumah saya [pengantin perempuan] ialah silver dan merah. Silver as base and red as highlight. Maksudnya warna silver lebih banyak la. Merah tu hanya tumpang-tumpang secawan je. Pendapat peribadi saya... Untuk majlis perkahwinan, pilihlah warna yang 'orang tak pakai tiap2-tiap hari'. Warna silver mungkin ada orang pakai, tapi agak jarang. Mana tidak nyer dik non. Silver kan warnanya putih berkilat. Jadi, sape je yang sanggup nak pakai berkilat-kilat macam tu pada hari-hari biasa? Sedangkan warna-warna kebanyakan, seperti hijau, biru, kuning, merah, pink, bla..bla... bleh dipakai setiap hari. Maksud saya kat sini... Kalau pilih warna-warna kebanyakan utk dijadikan tema majlis perkahwinan, ada kemungkinan ada tetamu yang datang, pakai baju berwarna senada dan pengantin jadi tak menyerlah. Tak silap saya... ada beberapa kali saya pergi kenduri orang, dan baju yg saya pakai tu sama plak kaler dgn baju pengantin. Cari pasal sungguh. Tapi bukan salah saya. Mana la saya tau warna tema dia macam tu. Walaupun baju pengantin ada perincian tersendiri seperti labuci, manik dan mutiara, tapi dalam gambar, mana la nak fokus perincian-perincian tu. Org hanya akan nampak perincian tersebut seperti corak bunga sahaja.

Contoh... *Sila abaikan wajah tampan dan jelita yang ditunjukkan di dalam gambar berikut;




Sebenarnya ok je kalo nak guna warna-warna kebanyakan. Tapi takbest la kalo ada tetamu yang steal the spotlight kan? Sepatutnya pada majlis perkahawinan kita, kita kena jadi org yang terhensem atau tergorjes. Juga, kita perlu nampak paling suci, murni selembut kapas pada hari perkahwinan kita tak kira la gigi berterabur atau parut jerawat penuh kat bahagian misai. Asalkan outfit kita proper.

Lagi satu sebab saya tak sarankan pemilihan warna-warna kebanyakan utk jadi tema perkahwinan ialah sebab gambar kahwin tu, kita nak simpan lama. Kurun-kurun akan datang kot-kot cucu cicit nak tgk, so gambar tu tak la nmpk ketinggalan zaman. Warna putih @ silver takkan out of date sampai bila-bila. So, tak la kelakar sgt kalo zaman-zaman akan datang kita tgk balik gmbr kita.

Dan bagi warna tema utk ahli keluarga pula... saya sarankan supaya pilih warna yang takde kena-mengena dengan warna baju kamu. Biar mereka [ahli-ahli keluarga] pakai baju berwarna senada sesama mereka, tetapi bukan senada dengan pengantin. Contohnya jika warna tema kamu putih, kamu suruh ahli keluarga kamu pakai hijau....




Selain putih dan silver, warna emas @ gold pun boleh tahan juga. Cuma kadang-kadang kalau tersilap pilih, warna gold tu akan nampak macam warna kuning atau lagi teruk kalo nampak coklat. Kusam je. Mcm gmbr pengantin kat atas tu yang pakai warna gold, haaa.. yang itu cantik. Gold dia berkilat dan tak kusam. Kalau saya pakai baju sama dengan dierang, tu mmg salah saya la. Heheh... Opps.. lagi satu.. Warna silver pun kalau tersilap pilih, org bleh terpilih warna kelabu @ grey. Owhh.. Kusam jugak. Warna silver ni adalah warna besi yg berkilat. Bukan warna asap yang berkilat. Kena tau beza tu. Penting dalam kehidupan ni tau... Heheh.

Orang-orang yang baca ni, jangan salah faham plak. Saya tak kata pendapat saya betul. Dah namanya pendapat peribadi ye tak? Ini hanya apa yang saya rasa. Tak ada masalah juga kalau orang nak pilih warna warni utk tema perkahwinan mereka. Asalkan hati sendiri suka, peduli hapa org lain nak cakap apa ye tak? Duit mereka yang bayar baju pengantin tu. Bukan guna duit orang lain pun. Huhu... Peace... No... warrrrrr...

15 June 2011

Tak Penting, Tapi Nak Jugak Citer

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Sengaja je saya buat entry pendek-pendek cenggini untuk memenuhi quota entry bagi bulan June. Dah 15hb, tapi entry bagi bulan Jun ni hanya ada 4 je. Mana cukup. Saya target, satu hari satu entry. Ini dah missed berapa belas entry dah. Huhu...

Semalam saya masak telur goreng sambal je kat suami saya, En Stormpong. Dengan kacang panjang goreng moron. [Maksud dia... goreng bodo-bodo je.]. Malam sebelum tu, saya dah masak lemak cili api telur. Haihh.. Asyik bagi suami saya makan telur je. Habis le kentut bau telur kang. Huhu.. Tapi takpe, saya jugak yang kena bau. Telur goreng sambal dgn kacang panjang tu, beliau sendiri yang request. Dan beliau pesan kat saya, jangan buat pedas sangat. Erm.. Ok. Dealed.

Petang semalam, sampai je kat rumah saya terus bersilat buat preparation untuk memasak. Saya sediakan semua bahan-bahan memasak itu dengan penuh cinta dan kasih sayang tau,... Semasa saya gunting cili kering untuk dikisar menggunakan blender yang dihadiahi oleh Cik Sakduyuh sebagai hadiah perkahwinan, saya gunakan tangan saya untuk membuang biji-biji cili tersebut sebelum cili-cili itu direndam di dalam air panas. Pekdahnya, tangan saya pijar sampai ke pagi tadi. Mula-mula saya tak perasan kesan pijar tu masih ada pagi ni. Ingatkan bila dah tidur, pijar tu hilang. Rupa-rupanya semasa cubaan saya memakai contact lens pagi tadi, biji mata saya rasa macam nak meletup sebab pedih kena jari yang pijar tu. Pagi tadi, kalau saya lambat pun, mmg salah tangan pijar ni la. Lama gile masa saya ambil utk pakai contact lenses. En Stormpong sampai cuak sebab tengok mata saya merah [ceh padahal merah sikit je beliau kata. kuheh kuheh. Propa je lebih aku ni].

Tapi last sekali berjaya juga meng'orientasi'kan biji mata saya ni supaya dapat pakai jgk anak mata palsu tu walaupun dengan penuh seksa dan menderita. Moralnya, lain kali kalo dah tau tangan ko pijar, pakai le sarung tangan plastik sewaktu nak siang cili. Bukannya sarung tangan plastik tu takde kat umah, ada je banyak. Ko je yang malas. Hinsss...

Malam ni, saya bercadang nak masak Udang Goreng Sate plak untuk suami terhangat di pasaran Sg Lembing saya itu. Harap-harap beliau suka. 2nd and 3rd dishes belum difikirkan lagi. Dah sampai kat kedai karang baru saya decide. Sengaja malas nak tanya En Stormpong apa yang beliau nak makan utk saya masak. Nanti beliau request telur lagi kang, bosan plak saya asyik-asyik telur je. Huhu.. So, ikut suka saya je la decide apa-apa pun untuk dimasak hari ini...

To En Stormpong, i lurve you very strong. Kekeke.... TQ sebab suka masakan saya walaupun tak sedap langsung rasa mcm arnab basi.

P/S : Entry pendek hotak dia... Dah terpanjang pun. Nampak gayanya saya memang tak pandai nak taip pendek-pendek. Takde bakat untuk membuat karangan berbentuk 'kesimppulan' atau summarize. hahaha. Daaahhhh...

Bunga Telur Revealed!

Sejahteralah ke atas kamu...

Ari tu beriya sangat saya cerita pasal nak buat bunga telur, nak buat bunga telur sampai tension kan diri sendiri. Last sekali saya hanya dapat siapkan dalam 70% je. Yang selebihnya guna bunga telur ready made je la.

Apa yang bagus sangat pasal bunga telur saya ni? Excited nak cerita ni.... Saya ni cukup benci dgn bunga telur sebenarnya. Kalau pegi umah org kawen, kalo tak dpt bunga telur pun takpe. Saya takkan nangis berlinangan air mata punya. Telur dia tu saya suka lagi, tapi part bunga-bunga yang berjuntai2 cekonon kreatif tu yang paling tak tahan tu. Bukan sebab apa... sebab tak tau nak simpan mana. Nak letak dalam pasu bunga, mcm tak selari dgn bunga2 lain. Dah la batangnya lidi. Pastu ada plak sarung telur yg dibuat drpd kain net tetiba kat tgh-tgh batang. Tak pasal-pasal je rupa paras dia tu. To be honest, memang bahagian kain net utk sarung telur tu la yang paling saya bosan tgk. Bergantungan macam tu. Ishh...

Jadi, saya fikirkan cara nak letak telur selain daripada menggunakan kain net buruk huduh kat tengah2 tu. So, idea saya ialah... dgn membuat gelung seperti spring di tengah batang bunga telur tersebut. Kalau tak faham, tgk gambar bunga telur tu posing kat bawah ni.



Selain daripada sebab 'menyampah' dgn kain net bunga telur, saya juga buat bunga ni untuk pastikan supaya tak begitu banyak rambu ramba yang berjuntai2 supaya dia boleh diguna semula oleh orang yang dapat tu. [Kalau dia nak guna la kan.]. Boleh buat hiasan atau kalau nak selit dalam pasu bunga hiasan kat umah, tak lah nampak contra sangat dengan warna blink2 segala bagai. Bunga ni adalah bunga poppy sepatutnya. Tapi bunga poppy ada 4 kelopak je. Jadi, saya memandai-mandai je la tambah kelopak supaya dia jadi bunga huru hara yang tak tau jenis apa dah. Padan ke mukanya. Hancho bunga telur.

Konsep dia macam ni... mula-mula, masa dia jadi bunge telur, batang dia spring-spring. Pastu. bila nak guna buat hiasan, bleh tarik spring tu kasi lurus dan boleh potong jika perlu. Pastu cucuk je la kat dalam span dalam pasu bunga.



Itu je la... Sapa nak tempah, bleh email saya... sebatang saya cas RM1.50. Hahahah...

14 June 2011

Tudung..

Sejahteralah ke atas kamu..

Tadi, semasa bersiap pegi ofis, En Stormpong tengok je saya bersiap. Pastu beliau tanya "Syg tak mau ke pakai tudung yang macam orang-orang sekarang pakai?" [Maksud beliau tudung Syria, tudung awning, tudung selendang belit-belit dan seumpamanya]. So, saya tanya balik, "Kenapa? Baby nak suruh syg pakai tudung macam itu ke? Boleh je...". Pastu laju je beliau pangkah, "Eh.. Jangan-jangan... Tak cantik. Biar je pakai tudung macam ni."[tudung bawal yang ketinggalan zaman ni.. huahuahua.. Walaupun ketinggalan zaman, tapi takpe la... aku setia. ecehwah.]

Makaaaaa.... Jangan ada lagi yang kata saya ketinggalan fesyen sebab pakai tudung bawal. Saya suka. Tapi kalau En Stormpong suh saya pakai tudung semasa tu pun saya sanggup je pakai. Takde masalahpun bagi saya. :)

Kenapa Ramai Orang Kawen Masa Cuti Skool?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Sebelum tarikh perkahwinan saya ditetapkan dulu, salah seorang anak sedara saya dah pesan awal-awal... "Maksu, buat la majlis kawen maksu tu masa cuti skolah... Sue nak tolong jgk..". Otherwise, En Stormpong pun nak buat majlis tu masa cuti sekolah. Tak tau plak apa alasan beliau. Waktu itu, bulan 11, 2010. Cuti skolah yang ada pada tahun 2011 ialah pada bulan Feb dan March. Tapi kami tak pilih tarikh tu sebab terlalu singkat masa yang kami ada untuk buat persiapan. Jadi, kami pilih cuti skolah di pertengahan tahun. Sempat buat preparation, dan cuaca mungkin elok pada waktu tersebut.

So, kenapa mesti cuti sekolah? Padahal yang datang kenduri tu adalah orang-orang dewasa. Kalau mereka bawa anak-anak yang bersekolah sekalipun, masih juga mak ayah dierang yang bawa mereka dan yang pasti kenduri kawen orang biasa buat hujung minggu. Masih juga hari cuti sekolah kan? Tapi menurut teori makrifat saya, kalau buat kenduri masa cuti sekolah ni senang skit. Mungkin 'kesenangan' itu tidak dirasai bagi orang-orang yang semua kaum keluarga mereka tinggal berdekatan seblah-seblah rumah. Dan mungkin juga tidak dirasai oleh orang-orang yang belum mempunyai anak yang bersekolah. Tapi bagi keluarga saya, amat penting untuk buat kenduri sewaktu cuti sekolah. Sebab senang skit kalau kakak-kakak dan abang-abang saya nak balik kampung dan cuti lama2, sebelum dan selepas kenduri. Orang yang berkerja boleh amik cuti. Tapi anak-anak bersekolah, takkan nak suruh ponteng sekolah untuk balik kampung duduk lama-lama kat kampung. So... it's all about school children la ni. Hahahahah... Penting wooo kanak-kanakdi dalam majlis perkahwinan. Kalo takde kanak-kanak dan anak remaja, tak meriah la sesebuah majlis tu.

13 June 2011

Banyak Cerita Peram

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Saya ada banyak benda nak cerita kat blog ni. Cuma tak berkesempatan nak cerita. Tentang apa? Well, of cos la tentang perkahwinan saya, walaupun tak la menarik mana. Tengok la.. kalau ada sumur di ladang, nnt saya update la cerita-cerita howt tu kat blog ni.. itu pun kalau ingatan saya masih kuat dan tak memakan sambal semut.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...