Iklan! Iklan! Sila Click!

31 March 2011

JK

Apakah itu JK? Dulu masa tgh bercinta dgn org2 yg sebelum Mr Stormpong, saya selalu JK. Banyak benda yang bleh buat saya JK. Dan besfren saya jugak sama-sama berkolaborasi dgn saya untuk JK.

Hahah.. JK itu ringkasan bagi term 'Jiwa Kacau'. Masa mula-mula jumpa Mr Storm dulu, saya masih juga selalu JK. tapi bukan JK dgn beliau. Saya JK tentang perkara lain. Dan bila saya mengadu kepad beliau tentang JK itu, beliau selalu buat-buat tak faham. Then beliau akan tanya JK tu apa. Eeii... Padahal beliau tau.

Tapi sejak dgn Mr Stormpong, saya dah tak JK lagi. Hihi... Sukaaa....

Tak Cukup Entry

Target saya, sehari satu entry. Tp tak kesampaian plak. Hari ni 31hb, tp entry untuk bulan Mac hanya ada 30 je? Owhhh... not again.

Dendam Terbalas....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Hari ni baru je masuk keja lepas cuti balik kampung 5 hari. Perghh.. Syiok wooo balik kampung. Sebab utama ialah sebab ada mak dan abah dan family. Jadi, hidup ni tak la sunyi sangat macam dok kat KL ni. Dok sorang2 kat umah kat KL, rasa mcm nak giler. Haiih... lambatnya bulan 6[nak ditemankan oleh en stormpong plak]. Tapi kalo part nak jahit manik kat baju pengantin dan buat bunga telur plak... saya doakan agar bulan 6 dtg lambat lagi.. huhu....

Dendam yg tersimpan selama ni ialah nak makan keropok lekor. Akhirnya... Dapat jugak. 2 hari berturut-turut saya pergi Tanjung Lumpur untuk makan keropok ikan. Tanjung Lumpur tu kiranya macam 'little Terengganu' la kalo kat Kuantan. Port untuk makan kepok lekor. Fuh... Memang syiok habis. Ye la... kat KL ni, mana la nak jumpa keropok lekor yg full of fish. Dah tu, harganya masih lagi murah. Pastu air kelapa plak RM2 jem kalo nak bandingkan dgn KL, RM4.50 segelas. Huhu... Pengsan tokey balak kalo nak banje org.

Lagi satu kuih yg saya bantai makan banyak giler ialah kuih paung. Tak tau la betul ke tak nama dia macam tu. Tapi condition kuih tu, ialah, tepung yg mcm liat2 skit, diisi dgn inti sambal ikan yg betul2 ikan. Seronok la jgk makan kuih tu. Sampai tak sedar yg saya dah makan 12biji. Owh.. gmbr lupa nak amik. Tak sempat nak amik, dah habis dulu masuk perut. Ngeh2. Kebulurnya la ko ni Lyd.

Kedai kepok yg saya pegi tu namanya dirahsiakan. Tapi kedai tu mmg sentiasa ramai org. Masa saya pegi hari pertama tu, dalam jam 2.30 ptg. Jadi, waktu tu dah lepas waktu rehat kat ofis, so agak lengang le. Saya tunggu kawan saya, Duyuh dtg. Lepak dgn Duyuh, lepas Duyuh balik [sebab dia ada kelas tambahan Bahasa Inggeris], saya panggil Naimah plak dtg jumpa saya. Hehehe.. YG bagusnya kawan2 saya tu cikgu. Jadi bleh la jumpa kan. Ajak Waki, Waki takleh jumpa. So, berborak dgn Naimah, sampai kul 4.30ptg. Pastu sampai org kedai tu datang kira je walaupun saya belum panggil dia. Ceh... Halau secara halus. Dah kalo dia dah kira, terpaksa la saya dgn Naimah beransur balik.

Esoknya, saya dtg lagi kedai tu. Tapi take away je. Beli banyak2 satar + otak-otak, keropok dan paung. Terbalas juga dendam kesumat saya untuk makan keropok selama ini. Haaa... ko ingat dendam apa? Hahaha. Takde maknanya...

30 March 2011

Petua Untuk Kulit Wajah Yang Licin Dan Halus

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Untuk makluman : Kulit muka orang yang menaip entry pun bukannya halus dan mulus mana pun. Berkerak juga. Mungkin sebab dia tu pemalas. Jadi, jangan jadikan dia sebagai benchmark untuk kecantikan.

Tip Pertama :
Bomoh resdung kata, kalo nak hilangkan jerawat, kena kawal pemakanan kita. Ada banyak punca terjadinya jerawat. Salah satunya dan yang paling tipikal adalah disebabkan oleh resdung. So, menurut beliau lagi ,makanan yang perlu kita berpantang ialah AYAM. [Pantang makan tau, bukan pantang jumpa]. Diulang, AYAM. Tak kira la ayam tu masak macamana. Rebus ke, goreng ke, kukus ke atau bakar. Asalkan nama dia ayam, cuba la elakkan makan ayam [kalo dia tipu, maka tipu la saya ye. So, jgn salahkan saya. Saya hanya kongsi fakta yang saya tau saje.]. Tapi Ayam Brand Sardin masih boleh makan. Jgn risau. Kehkeh...

Kenapa ayam? Tak lembu atau kambeng gurun atau arnab? Menurut bomoh resdung yang lokasinya di Melaka, hama resdung tu berasal daripada hama ayam. Jadi, kalo makan ayam, nanti virus resdung tu akan makin aktif. Begitu la kata beliau.

Tip Kedua :
Jangan cuci muka menggunakan bahan-bahan kimia buatan. Kalau nak bersihkan muka, gunakan jus limau [limau nipis atau kasturi atau lemon, tak kisah la mana-mana pun, janji limau. Nak guna limau mandarin pun bleh. Tapi takut tak mencapai maksud nak cuci muka tu je, sebab dah habis kena makan.]. Caranya ialah; belah limau, kemudian perahkan jusnya pada cotton pad. Selepas itu, lap/sapukan kepada seluruh muka. Buat macam toner. Kalo muka berjerawat dan ada jerawat yang luka, memang pedih. Huhu. Tapi untuk jangka masa panjang mungkin elok kot. Boleh mematikan hasrat jerawat untuk naik ke muka. Lama-lama jerawat pun hilang.









Tip Ketiga :
Elakkan menggunakan besi di bahagian muka. Mcm guna jarum utk keluarkan isi jerawat ke. Sebab besi tak berapa elok untuk badan. Sebab dia ada cas ion ntah apa ntah. Itu kata bomoh resdung la. Hahaha.. Saya pun tak tau betul ke tak.

Sesape yg nak cuba boleh cuba. Bagi diri saya, kalau saya tak makan ayam, akan berkurang skit gatal-gatal pada muka. Tak pasti sama ada memang sebab ayam atau sebab mind set dah rasa macam tu. Tapi saya tak berpantang pun. Makan je. Sebab tu la kulit muka saya tak licin dan halus. Mana tak nya. Saya sendiri pun tak buat petua-petua ni. By the way, kira ok la... sebab walaupon saya tanak buat, saya share jugak dgn korang, kot-kot sape yang rajin bleh try.

29 March 2011

Saya Pemalas......

Sejahteralah ke atas kamu..

Saya ni pemalas. Banyak benda yang saya malas nak buat. Malas makan, malas menyapu, malas pergi keja, malas nak layan orang, malas berkenalan dan mcm-mcm lagi la yg saya malas nak buat.


Makan.
Makanan kegemaran saya ialah bubur sebab saya malas nak kunyah. Senang makan bubur, bleh telan je. Kalo saya makan biskut atau roti plak, saya lebih suka kalo dpt celup dgn air wp hanya air kosong. Sebab bila rendam dlm air, biskut tu akan jadi lembut, so bleh telan je. Semalam bila En Stormpong sms saya, masa tu saya tgh berkubang kat depan TV sambil buat bunge telur.
Beliau sms mcm ni, "Awak, saya tgh meeting ni. Awk buat apa tu?".
So, saya jawab le "Saya tgh buat bunge telor sambil tgk TV. Awk, saya lapar la... tapi malas nak kunyah."
Beliau balas "Perghhh.. memang pemalas betul la awk ni... habis la saya nanti kekekeh".
Saya hanya mampu gelak je la. Sebab mmg saya malas pun.

Menyapu
Dulu masa tgh sembang-sembang dgn beliau, saya buat 'confession of a lazy woman' kat dia "Awak, nnt dah kawen awk sapu lantai ye. Sebab saya mmg malas menyapu."
Pastu beliau pun dgn muka cuak-berkerut bersuara, "Eh, sungguh ke ni awak? Awk memang pemalas ke?"
"Ha ah". Simple je saya jawab sambil sengih kerang. Kehkeh.
En Stormpong kata macam ni, "Awk tau tak.... ibu tiap2 hari menyapu rumah tau... "
Saya kata, "So? Kenapanya kalo tiap2 hari ibu sapu rumah? Jadi, awk tak suka kat saya? Menyesal? Takut nak kawen dgn saya?"
Hahahaha... Nasib baik beliau kata tak. So, beliau kata takperlah kalo saya malas.. Biar dia la yang menyapu nanti. [takpe la..kita tgk la nnt. Rasanya nipu je tu kot. Last-last mesti aku gak yg kena menyapu].

Penah masa saya balik kampung, masa tu saya tgk laman rumah penuh dgn daun rambutan. Memang selekeh giler permandangan dia. So, saya kata kat mak saya "Mak, takpe nnt petang kang orang sapu laman". Pastu bleh plak mak saya kata sambil gelak sinis, "Hahaha... Kalau betul la awk menyapu laman, bleh ribut petir rasanya.". Hinsss... Maksudnya macam tak mungkin saya betul2 akan menyapu laman rumah. Kehkeh. Sampai hati mak saya cakap saya gitu. [Padahal memang padan pun.]

Berkenalan.
Dulu lagi teruk. Saya cukup anti-sosial. Kalau ada aktiviti-aktiviti masyarakat jangan harap saya nak ambil bahagian. Pastu, saya sanggup buat azam utk kerja SSM je sampai pencen[kalo sempat pencen la kan..huhu]. Sebab saya malas nak isi borang mintak kerja, malas nak fotostat ic, nak sahkan sijil bla--bla.. [Owh.. sempat lagi la saya lalui zaman2 mintak keja dgn effort yg remeh mcm tu.]. Then saya juga takde cita-cita nak naik pangkat. Sebab malas nak pegi interview. Pura-pura bagus depan penemuduga. Ohh.. Malas.. Malas. Salah satu lagi sebab utk saya malas nak pindah tempat keja ialah sebab saya malas nak berkenalan dengan orang-orang baru. Ntah apa jenis manusia la. Sungguh anti-social. Sungguh tak senonoh.

Jadi, ingin saya katakan... bahawa entry ini sungguh bersifat negatif. Jangan terjebak. Hahahaha.

28 March 2011

Nostalgia Zaman Dolu....

Sejahteralah ke atas kamu..

Masa saya muda dulu, saya penah jadi penari kabaret. Kehkeh.. Kelakar je bila ingat. Takde la... Bukan kabaret pun. Hanya buat persembahan sekali je masa dinner SSM tahun 2008. Saya jadi penari latar. Masa tu kawan saya jadi penyanyi. Then saya dgn sukarela nak jadi penari latar bersama 2 org lagi kawan saya yang lain. Masa tu, saya hanya berniat nak cuba je. Dan nak tau apa perasaannya bila berada di atas pentas membuat persembahan. Lagipun masa tu kurus lagi. Hehehe..

So, skrg saya dah tau le apa perasaan bila duk atas pentas. Iaitu... saya tak rasa apa2 pun. Rasa kosong je. Kehkeh.. Poyo je. Kalau org lain mesti nerves kan? Tapi saya biasa je.

Waktu ni, kawan saya nyanyi lagu Cinta by Amy Mastura. Kami berlatih kat ofis, masa tu kat The Mall tingkat 16. Memang agak tergedik-gedik jugak ler... Tapi enjoy beb!!!! [Ayat jahiliyah. Hahaha]. Takde la .... Tak le enjoy pun. Cuma dpt pengalaman.

Padahalnya tarian kiterang tak la best mana pun. Merapu + terkinja-kinja sendiri je. Kelakar plak bila kenang. Saya nak share video masa rehearsal, tapi fail plak nak upload. So, tak dpt le kamu tgk. [Ada kamu kata kamu nak tgk? Hahahah].

Abul, Lyd, Kak Lim dan Amy Mastura.


27 March 2011

Takde Motif

Bila saya tgk balik gambar-gambar saya masa muda dulu, huhu... terluka plak hati. Huhu.. Sebab sekarang muka nampak tua + gemok.


Yang penting, dari dulu sampai skrg, telinga tetap cegeng... Dah macam org bunian. [Oppsss... Bunian tu jin kan? kan? Euww... Takott...]



Nampak tu? Saya dan Org Kg Baru semasa zaman remaja. Eceh...

Alamak.... lupa nak letak watermark kat gmbr2 ni. Karang kalo org curi then bawak pegi jumpa bomoh mcmn? Semoga tidak la kan.... Saya tau pembaca-pembaca blog saya ni hanyalah kawan2 saya dan kalo bukan kawan pun, pasti takkan buat keja2 stupidity begitew betul tak.... kalo ikutkan nak letak lagi byk gmbr. Tp kang boring plak korang tengok kejelitaan wajah ku itu... Lalalalala...






Tak tau la apa motif saya letak gambar-gambar ni... Tapi suka gambar2 ni. Seronok saat-saat ni... Time semua org masih dalam mode bergalok. Hehehe...

26 March 2011

My Wedding Theme...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Dengan gewdiks nye saya nak mengumumkan bahawa tema majlis perkahwinan saya nanti adalah.... errkk... Bunga Poppy. Serius ni. Tak tipu. Bunga poppy ni adalah bunga tema untuk perfume 'Flower by Kenzo'. Kaler merah. Dah lama saya suka dgn bunga ni selain bunga tulip. Sebab saya suka bunga yang simple tapi elegant. [Elegant kewww??? Wuuhuuhuuu...tak kuasa nak layan.]





Cool kan mereka? Tak menahan tu.. Pilih bunga poppy. Seolah-olah macam saya dgn Mr Storm adalah penagih dadah tegar sampaikan nak jadikan bunga poppy sebagai tema majlis perkahwinan. Giler lah! Tapi dah suka, apa nak buat. Yang penting, saya baru je bitau En Stormpong pagi tadi. Itu pun by email. Hehehe... Tapi kalo beliau tak setuju pun, saya buat jgk. Sebab ini utk kenduri kt umah saya... Kalo beliau nak tema lain, tunggu masa kenduri umah beliau la kan?

25 March 2011

Untuk Awak,...




Awak... Saya tujukan kata-kata ini khas untuk awak...

May you never steal, lie or cheat.
But if you must steal, steal away my sorrow...
If you must lie, lie with me all the nights of my life..
And if you must cheat,
Please cheat your death...

Because..... I couldn't live a day without you.... I love you, my love.





Mesti korang menyampah nak baca jiwang karat-kerot aku nih. Ngeh2. Sila la muntah jika mahu. Ada aku kesah. Lagi satu, hahahah... jgn nak berangan tunang aku hensem + macho + tough mcm model D & G tu. Kehkeh.

24 March 2011

I Wonder Why...

..kenapa ye.. kebanyakan org, apabila sedang berdoa, dia suka goyang-goyangkan badan mereka? Adakah dgn bergoyang itu menambahkan kusyuk? Atau doa akan lebih cepat dimakbulkan? Hehehe... Cuma tak faham je. Kadang-kadang nampak mcm comel pun ada. Terutamanya kalo berdoa ramai2. Mcm termasuk dalam rukun berdoa plak.

..kenapa ye.. kebanyakan org, apabila mereka di dalam lif ramai-ramai, kemudian apabila mereka ingin keluar dan terhalang oleh orang yang berdiri di depan mereka, akan bercakap 'excuse me' yang kadang-kadang bunyinya hanya tinggal 'excuse' je. Ckp le penuh-penuh. Pemalas betul.

..kenapa ye.. benda-benda ni pun saya nak complaint. Hahahah... Memang suka cari salah org kot? Owh.. takde la.. Saje je.. Sebab takde point nak cerita. Kehkeh.. Mesti ramai yg sakit hati kang. Sorry dude... i just wonder why je. Bukan nak cari salah pun.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..

23 March 2011

Siapa Itu Azlin Tahir?

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya selalu sakit kepala. Mungkin migrain. Bleh dikatakan tiap-tiap hari. En Stormpong cadangkan pada saya jumpa Azlin Tahir. Siapa Azlin Tahir tu? Awek mana plak yg En Stormpong maksudkan ni??? Haihhhh... Marah ni!!! Azlin tu nick name dia 'Lin'. Nick name Tahir tu plak 'Tah'. Lin Tah. Tapi i takot youuu... Sebenarnya lebih tepat, i geliii you.... Huuuu... Cuba la kamu bayangkan lintah-lintah gemok tu merayap kat atas muka kamu... dah la hitam, licin-licin skit, gemuk2. Euwwww.... Tapi hati macam nak cuba. Haihh... Tengok dulu la mcmn.

Cara Untuk Mendapatkan Duit Melalui Internet

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Sengaja je buat entry yang saya tau ramai orang Google untuk dapatkan maklumat tentang nak dapatkan duit lebih melalui internet ni kerana saya tahu salah satu caranya... [Heheheh... Gelak dgn nada berlagak...]

Kamu boleh menambahkan pendapatan dengan membuat survey secara online atau dalam Bahasa Melayunya, kaji selidik di atas talian or... what ever. Caranya mudah saja... masukkan 4 cawan air ke dalam periuk dan masak di atas api yang perlahan... Ok...ok.. Serius. Kamu taipkan keyword 'Online Survey' di search engine [Google atau Yahoo atau Yabeda Bedu.. mana2 je yg kamu suka]. Atau kalau nak lagi specific lagi, taipkan 'Online Survey Malaysia'. Then nnt akan keluar la beratus-ratus senarai syarikat yang menawarkan kaji selidik berbayar secara online [surveyhub] seperti Survey Head, Global Test Market dan lain-lain...

Bagaimana kaji selidik ini berjalan? Konsepnya macam ni.... Syarikat-syarikat besar atau kecil yang ingin memasarkan atau membaikpulih mutu produk-produk keluaran syarikat mereka akan mengupah surveyhub untuk memberikan satu set soalan berkenaan syarikat atau produk tersebut kepada individu-individu yang mendaftar dgn surveyhub berkenaan. Setiap survey biasanya akan diberikan mataganjaran 5 hingga 40 points berdasarkan panjang atau lamanya survey tersebut. Dan points tersebut, apabila mencecah limit contohnya 1000 points, points tersebut boleh ditebus untuk mendapatkan wang tunai. [Surveyhub berlainan mempunyai polisi yang berbeza.].

Biasanya 1000 points bernilai USD100. Kemudian akan di convert ke matawang kita dan akan dihantar melalui check ke alamat yang kita register. Nama penuh perlu betul dan alamat perlu betul. Setakat ini saya berdaftar dgn 3 surveyhub yang selalu bagi saya kajiselidik untuk saya jawab iaitu AIP Online, SurveyHead dan GlobalTestMarket.

Survey ni tak perlu modal pon. Kamu hanya perlu ada talian internet dan masa je untuk jawab survey yang biasanya memang menyampah la untuk kita jawab. Sebab soalan-soalan dia tu agak panjang2 dan berulang-ulang utk brand yang berbeza. COntoh kalo kaji selidik tentang kereta. Dalam set soalan tu akan ditanya berulang-ulang bagi jenama kereta berlainan contoh Hyundai, Honda, Peugeot, Audi, bla..bla... Kalau tak sabar memang stress la.

Kelayakan menjawab survey plak bergantung kepada produk yang nak diselidik tu. Contoh kalau mereka nak survey tentang gadget baru, biasanya umur 17 hingga 35 thn. Kalau nak tanya tentang produk kecantikan, mereka akan pilih wanita yang berusia 17 hingga 40 thn. Bergantung la. Jadi, cuba la ye? Mana la tau... Kot-kot ada banyak survey yang layak untuk kamu jawab. Bleh la dpt duit.

Check yang saya pernah claim ada di ENTRY INI, sila la click jangan malu-malu.

21 March 2011

Wanita Sempurna Untuk Lelaki

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Menjadi wanita yang sempurna untuk lelaki kedengarannya seperti agak mustahil... Kerana mungkin kita merasakan bahawa tiada manusia yang sempurna di dunia ini melainkan Rasulullah. Tapi percayalah.. perkara ini bukanlah mustahil.

Menjadi sempurna untuk seseorang, bukan bermakna kita perlu jadi yang tercantik, yang terbijak, terkaya, terpandai masak, terajin, tersuka mengemas rumah, terhangat di pasaran dan ter'bla-bla'. Tak semestinya semua tu diambil kira. Kalau tidak, kenapa kita masih lihat wanita yang cantik, baik hati, alim, dan terbla-bla masih ada yang ditinggalkan oleh lelaki? Sedangkan semuanya tentang dia sudah cukup baik berbanding ramai pompuan yang 'ntah hapa-hapa' di luar sana tetapi dapat memikat ramai lelaki. Kenapa ye?

Yang paling utama, ialah perangai. Akhlak itu memang satu hal., penting dan tiada kompromi. Tapi yang lebih penting bagi lelaki, ialah mereka perlukan wanita yang sentiasa suka dengan apa yang mereka lakukan. Yang tidak pernah komplen [complaint] atau kondem [condemn] apa yang mereka lakukan. Bagi mereka, itu adalah maksud sebenar yang wanita itu memahami mereka. Bagi mereka itulah wanita yang sempurna buat mereka. Well..... Lelaki kan... Kamu paham-paham le... Mereka tak boleh dipersalahkan walau untuk apa pun. Dan mereka pantang jika dikondem lebih-lebih lagi oleh wanita. Jadi, wanita-wanita.... jika sygkan lelaki dan ingin menangi hati mereka.... terpaksa le bagi mereka menang. Dah sifat mereka begitu.

Sempurna yang dimaksudkan di sini, bukan jadi wanita sempurna untuk semua orang, tetapi cukuplah hanya sempurna di mata lelaki itu seorang sahaja.

Gaya mengarang ni mcm cerdik sungguh la aku ni kan... Padahal, saya hanya tengok movie dan buat kesimpulan daripada movie tersebut je. Kekeke.. Jgn rasa tertipooo... woohoo...

P.S. - Kadang-kadang ada perkara yang kita tak puashati dgn lelaki kita, tapi.... selagi bleh pendam, pendam je la. Atau kalau nak luahkan juga.... kita cuba tangguhkan... supaya lama2 kita akan lupa perkara tu. Sbb biasanya hal-hal yang kita komplen tu hal yg mmg betul2 kecik je.... Then kita marah mcm tsunami melanda... Pastu bila dah reda, baru malu sendiri... HUhu... jgn buat.. jgn buat.. Jadi... kena banyak2 bersabar.....

19 March 2011

Perasaan Saya Semasa Makan Sandwich Subway

Rasanya sungguh.... menyeronokkan dan full of surprise... Sebab dalam tu ada byk bahan, sayur, pickle, olive, onion dan mcm2 sos. Pastu kedudukan semua bahan2 tu plak tak sama. Ada yg tepi skit. Ada yg tgh2. Jadi, every bites of the sandwich akan terasa berbeza. Tu yang buat saya jatuh hati tu. Jadi, tak la rasa boring bila melantak sandwiches tu [heheh... nampaknya sandwich dah jadi plural. Ada harapan nak beli 2 plak lepas ni. Ataupun beli 1 foot... Gemuk la ko Lyd...].


Sejahteralah ke atas kamu...

18 March 2011

Saya Gembira Nak Dapat Adik Baru...

Sejahteralah ke atas kamu...

Mak saya dah tak mungkin nak beranak lagi... Jadi, jgn fikir adik baru tu datangnya daripada mak saya. Tapi mesti dah boleh agak kan... Mesti la adik ipar. 2 orang plak tu. Pompuan plak tu 2-2 org. Wahh.. Cooooolll....

Saya ni tak ada adik. Dulu masa kecik atau lebih tepat dikatakan masa skolah rendah, saya memang selalu bersyukur sebab saya tak ada adik. Sebab saya rasa kalo ader adik menyusahkan. Ni semua sebab ada sorang kwn saya yg ada adik, dan adik beliau selalu merengek mintak itu ini masa kiterang tgh lepak sesama kwn2. Ishh.. Kacau daun betul budak tu. Masa tu geng2 kami semuanya anak bongsu dan tak ada adik. Saya, Wati, Eda, Nani, Tina dan Marina. Semua takde adik. Hanya Wan dgn Nita yg ada adik. Tp adik Nita independant, selalunya dia tak amik port dgn kakak dia. Cuma adik Wan je yg selalu mintak kakak dia layan dia. Tapi aku mmg kagum dgn Wan. Sebab dia memang seorang kakak yang baik dan boleh diharap. Takde plak dia nak marah adik dia. Pendek kata dia mmg jaga adik dia betul2. Hebat... Kalo adik dia tu adik aku, mmg lama dah aku sekeh pala dia byk kali setiap kali dia buat perangai.

Bila dah mcm tu la menyebabkan saya rasa kalo ader adik ni menyusahkan. Sbb adik suka merengek then manja. Ceh. Padahal saya tak sedar yg saya ni pun 'adik' juga kepada abang-abang dan kakak-kakak saya. Tapi saya tak manja weiii... Tak caya tanya mak saya. Saya brutal. Metal. Punk not death. Rock kapak. Cuma kadang-kadang je makyung dan zapin. Tu adalah kerana saya cepat menangis bila sedih. Tapi saya bukan jenis merengek2. Heheheh.... [Ceh, skali biler korang tanya betul2 mak saya... mak saya plak buat kantoi saya "Salida tu mmg manja, cengeng, suka merengek, bla..bla...hahah..abih.. rosak program.]

Tapi... bila nak jadi isteri Mr Storm ni, saya rasa excited plak nak dpt adik pompuan 2 org. Mesti saya kekok. Tapi mungkin jgk tak kekok. Sbb saya biasa deal dgn anak-anak2 buah. Dan bersyukur le anak buah saya yg sulung, yang selalu kena buli dan kena kutuk dgn saya tu umurnya pun dah 27 thn. Jadi, kalo stakat dpt adik pompuan 2 org tu.. apa la sgt. Mesti i can handle them. Harap2 mereka tak buli saya plak... Hehehehehe...

Jadi, kesimpulannya saya pun tak sure.. ada adik ni best ke tak best. [Saya memang takde adik, tp ada abg 3 org, kakak 4 org.... Happening jgk...]


Hidup Saya Takde Kemajuan....

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini....

Saya rasa hidup saya dari dulu sampai sekarang, mcm takde improvement pun. Dalam byk segi, saya rasa saya sama je. Cuma mungkin skrg saya dah tak baran + hangin satu badan. Tu pun agaknya sebab dah makin berusia. Huhu.. Sedor la skit yg diri ko tu dah tua. Adehhh...

Macamana ni?

17 March 2011

Hantaran Berapa Dulang?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Boleh tak kalo saya nak mintak sebelah pihak lelaki bagi jumlah dulang yang sama banyak dgn yang saya bagi mereka? Kalo saya bagi 9 dulang, then saya nak 9 dulang jugak daripada mereka, bukannya 7 dulang seperti biasa... boleh tak? Nnt dulang hantaran tu akan diletakkan di atas alas dulang kan? Jadi, bila bertukar-tukar hantaran nanti, akan ada 2 dulang dari pihak saya yang tak ada alas dulang. Tak ke akan jadi tak balance?[Chey... teori ni diberikan oleh Pn Atul. Sebab beliau telah melakukan praktik yang sama bagi majlis bertunang dan bernikah beliau dulu. So, kalo beliau bleh buat begitu, why not me? Haaa.. itu kena tanya mak dgn ibu. Kang tak pasal-pasal kena pelangkung kepala aku sebab memandai-mandai.]

Dan untuk hantaran pihak lelaki kepada saya pula [7 dulang].... Bakal contents nya ialah :
  1. Rantai tangan
  2. Perfume
  3. Kasut
  4. Sirih junjung [eii..menyibuk je sirih junjung ni. Biar je la sirih tu duduk kat pokok.]
  5. Kek atau coklat [sebab ada org nak sponsor]
  6. Henfon [berangan jek.. hahaha... ]
  7. Haa.... yang ke-7 ni la agak sakai. Mula-mula ingatkan nak mintak mekap. Pastu tak jadi. Then nak mintak jam tangan... pastu saya dah ada jam tangan plak. Pn Atul yg bagi. Jadinya... Saya ckp kat Mr Stormpong, tak yah le bagi jam tangan... Sebab saya dah ada. Awak nak bagi apa pun tak kisah.. Sebab saya malas nak fikir. So, yang ke-7 ni mungkin makanan jugak la kot. Mihun goreng ke. Roti jala ke. [Hahaha...nampak sgt gemok.. Asyik fikir makanan je. ]

    So, tunggu dan lihat aje la yekkk...

16 March 2011

Preparation Progress...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Lagi 2 bulan, 2 minggu dan 4 hari. Uihh... Dah makin dekat. Preparation pun ntah apa2 je yg saya dah buat. Kad kawen pun blum tempah. Saya dgn Mr Stormpong baru je decide kad mana yang menjadi pilihan kami. Nasib baik taste kami tak jauh berbeza. So, tak la susah sangat nak buat keputusan. Salah satu tips untuk menempah kad kawen yang kawan saya bgtau ialah.... Kalo kad tu nanti nak diposkan, jgn ada cetakan pada sampul surat. Sebab nnt cas untuk setem lebih mahal berbanding sampul surat yang tak bercetak.

Dan sekarang ni, saya dalam proses untuk membuat bunga telur sendiri. Bunga telur yang gempak, elegant dan va-va vroom... [nasib baik tak vavivroom.. kehkeh]. Cekonon je tu. Ntah2 cakap je besar. Korang plak, beriya tak sabar nak tengok. Last-last saya beli je bunga telur yang berharga 0.60 sen sebatang. Tengok la... Kalau diizinkan Allah, kalo sempat saya siapkan bunga telur sendiri, bleh la kamu tgk hasilnya nnt. Tapi kalo saya berputus asa dipertengahan jalan... nampaknya... beli jek la. Kekeke...

Saya ni bukan apa... saya selalu bosan dengan main-stream. Saya bosan dengan design yang sama, patern yang sama. Sebab tu le saya cuba nak buat bunga telur ciptaan kreatif dan inovatif saya sendiri. [*Lagi sekali aku perasan.]. Boleh plak untuk hari besar dan penting yang akan menjadi sejarah ni saya nak 'try and error' benda-benda ni. Bengong jugak. Tapi takpe... saya akan cuba dulu. Motivasinya ialah... kalo tak jadi seperti yang dirancang, mesti saya kena gelak dengan JekJan dan OrgKgBaru sebab dierang je yang dah tengok proposal tu. Heheheh.. Kena gelak dan kena kutuk dgn mereka adalah ugutan yang menakutkan dalam hidup saya.. Huuu..huu.. So, kena berusaha bersungguh-sungguh ni. Gambatte kudasai Salida -Chan!

15 March 2011

Macam Biasa... Saya Pun Nak Jugak....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Saya tau teori tentang tsunami dah lama.

Sewaktu saya di sekolah rendah dulu, dalam darjah 4, 5 dan 6 ada subject 'Alam Dan Manusia'. Sape2 yang seangkatan dgn saya, mesti belajar subject yang sama kot. Matapelajaran ni adalah gabungan tentang ilmu Sains dan Geografi skali. Tapi takde banyak sangat ilmu pun. Semua yang basic je. Sebab tu la kot, bila masuk skolah menengah, subject Sains dan Geografi lemah semacam je. [Cobaan untuk menyalahkan matapelajaran yg tak berdosa tu instead of kesalahan sendiri yang malas belajar. Kalo tak, apsal org lain ok je. Pdhal mereka pun belajar Alam dan Manusia gak. Ngeeee...].

Alam dan Manusia masa saya skolah rendah dulu diajarkan oleh Cikgu Nawi, nama sebenar beliau ialah Nawawi bin Sarupin. Cara beliau mengajar, beliau akan baca nota, kami ramai-ramai tulis apa yang cikgu cakap. Masa tu Cikgu Nawi bacakan definisi 'Tsunami'. Beliau kata 'Tsunami adalah gelombang-gelombang besar yang terhasil daripada gempa bumi di dasar laut'. Saya plak masa tu agak pekak badak, saya dengar cikgu cakap 'Tsunami adalah lubang-lubang besar .......... '. Lepas dah habis cikgu bagi nota, dia tanya plak sorang2, apa yang kiterang tulis dah tadi tu. Dan kebetulan plak, saya dapat soalan 'Apakah Tsunami?', dah tu, dgn muka yakin gile vavi saya jawab 'Tsunami tu adalah lobang-lobang besor..' dan satu kelas bantai gelakkan saya. Hampeh betul dierang ni. Nasib baik member seblah saya masa tu [nama beliau Zainun], tolong bagi jawapan yang betul. Haa.. tu la kenangan saya tentang tsunami.

Dan bukti kejadian tsunami,saya tau masa tahun 2004 semasa Acheh dilanda tsunami yang menempiaskan kesannya di Malaysia juga. Pada waktu kejadian tu saya berada di Melaka. Untuk menghadiri perkahwinan Abg Amer. Tapi biasa kan, bila terjadi je bencana alam macam tsunami ke, banjir besar ke, gunung berapi meletopp ke dan segala macam gempa bumi dan puting beliung.... manusia-manusia akan panas punggung takut sebab itu semua petanda-petanda hari kiamat. Tapi takut tu biasanya sekejap je. Lepas dah lama-lama, dah tak rasa apa-apa plak. Next time bila jadi lagi peristiwa besar yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, insaf lagi skali. Tu pun sekejap jugak. Macam tu je la sejak dulu pun. Mana ada insaf yang seinsaf-insafnya. [Saya mengata diri sendiri ye. Bukan tentang orang lain.]. Errmmhh... Apa la nak jadi .

Manusia, sewaktu sedih ingat Allah tetapi sewaktu gembira akan lalai.

11 March 2011

Cinta Sejati vs Cinta Palsu



Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Eleh... Ye ke cinta sejati? Atau pun semuanya palsu? Haaa... Jawab! Jawab! Uihh... Tapi mcmn nak tau cinta kamu itu cinta sejati atau tidak?

Agak mencabar juga kalo kita sendiri nak menilai cinta yang kita rasa terhadap pasangan kita itu sama ada cinta sejati atau cinta palsu. Tapi biasanya mesti la kita rasa cinta kita tu sejati, ye tak?Ok... Sila jangan syok sendiri dahulu. Baca ni, kemudian baru buat penilaian sendiri tentang hubungan kamu bersama si dia yang tercinta... :)

Jika cinta itu palsu, kamu akan.....
  1. menganggap pasangan kamu itu hebat, paling sempurna padahal dia sebenarnya biasa je. Bahkan di mata orang lain pasangan kamu tu agak 'hancho'.
  2. hanya fikirkan tentang keperluan diri kamu, apa yang kamu mahu, dan segalanya perlu mengikut kehendak kamu sahaja. Ooohh.. itu sungguh tidak sihat.
  3. sentiasa mahu bersama si dia sewaktu lapang kamu. Asal ada masa free skit, kamu nak dia ada di seblah kamu utk layan perangai kamu. Nak berkepit je memanjang. Nak suh dia mengadap muka kamu je 24 jam.. Aih... Pengsan la dia..
  4. tergila-gilakan dia secara yang terlampau drastik . Perasaan kamu kepada dia terus sahaja berkembang pesat. Wp tak kenal, terus sahaja kamu cintakan dia, dan gila bayang, padahal dia tak buat apa-apa pun. Mungkin hanya tersenyum kepada kamu, maka kamu terus angau dengan perasaan yang paling dalam. Ish.. ish..ish.. What the frog.
  5. mudah cemburu buta kepada dia. Kamu rasa, kamu cemburu kerana kamu sayangkan dia. Tapi hakikatnya tidak begitu. Cemburu yang tak pasal-pasal tu sebenarnya menandakan bahawa kamu bukan mencintai dia dgn cinta sejati. Haaa... terkena batang hidung gak ni kat aku. [Tapi dulu la.. skrg aku dah tak mcm ni. Sbb yg dulu tu memang cinta palsu. hehe]
  6. tidak boleh bertolak ansur apabila bertelingkah. Dulu saya selalu kena sound macam ni 'ko ni tak boleh bawak berbincang'. Masa tu rasa tak puas hati jugak, sbb saya rasa kalo nak berbincang saya ok je. Tp maksud sebenarnya ialah bertolak ansur. Takleh la nak ikut kehendak kita je. Yang ini ada kaitan dengan point no 2 tadi.
Ok... Macamana? Ada unsur-unsur cinta palsu tak dalam hubungan kamu sekarang? Takde kan? Jadi cuba semak plak ciri-ciri cinta sejati ni..

Jika cinta itu sejati, kamu akan.....
  1. terima pasangan kamu bersama belang dan taringnya yang tersembunyi....Kamu dpt mengakui hakikat yang pasangan kamu itu... err... giginya tumbuh berterabur... atau punggungnya tonggek sedikit atau bla..bla..bla... Atau sikapnya yg ntah apa-apa tapi kamu maish syg dia.
  2. lebih mengutamakan keperluan atau kehendak pasangan kamu sebelum diri kamu. Ingat senang ke nak buat kalo bukan betul-betul cinta sejati? Susah wooo.... tp kadang-kadang mesti la kita nak fikir kehendak kita juga kan?
  3. tak kisah pun berjauhan atau jarang berjumpa. Kalau tak berjumpa bukan bererti tak sayang. Kalau jauh tak semestinya berpisah kan? Yang penting, kamu yakin dia ada di sana untuk kamu. Owhh.. So sweet... I miss you baby...
  4. perasaan kamu kepada dia, mekar sedikit demi sedikit. Mula-mula tak berapa suka, then suka sikit-sikit je, lepas tu suka tapi biasa-biasa je, makin lama suka makin banyak bla..bla..bla..
  5. percaya kepada pasangan. Kalo dia tak jawab call, tentu dia ada alasan yang munasabah. Kalo dia kata dia sibuk itu bermakna dia betul-betul sibuk. Mungkin sebab kita selalu tgk drama kat TV yg menunjukkan pasangan-pasangan curang, jangan la terlampau terpengaruh. Buruk padahnya. Tapi walaubagaimanapun, perlu juga berwaspada. Sekali sekala perlu pantau gak kan? Hehehe... Manaaaaa la tauuuuu.... kan?
  6. mampu menangani perbalahan dengan bijak kemudian mengukuhkan lagi hubungan selepas bertengkar. Ermm... bila 2 org berpasangan... tentulah kadangkala ada berselisih pendapat. Sebab kita ni manusia. Bukan robot. Tp, bila berselisih tu pandai-pandai la selesaikan supaya tak jadi makin panjang. Tak best bergaduh ni, lebih2 lagi dgn orang yang kita sayang. Rasa mcm tak senang duduk betul tak?
So, macamana dengan kamu? Cinta sejati atau palsu? hehehe.. Tak perlu beri saya jawapan. Jawab kepada siri sendiri sahaja ye.


Oops... Tips ini bukan rekaan saya. Saya terjemahkan sambil menokok tambah sesuka hati arnab jiran Ijan, dari --> Love

10 March 2011

Bisnes Orang Melayu Susah Nak Maju.. Kenapa?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Entry ini adalah tentang perasaan emosi saya sebagai seorang pelanggan dan tiada kena mengena dengan fakta.

Orang Melayu ni... kalo dia berbisnes, biasanya cepat je lingkup. Sebab tak maju. Kenapa tak maju? Memang dia boleh cakap sebab dah nasib... atau sebab takdir. Tapi kadang-kadang kena check juga salah sendiri. Tengok layanan yang ko bagi kat pelanggan tu macamana.

Penah tak kalo kamu pergi ke kedai milik bumiputera, atau paling tidak pun, kedai tu kedai cina tapi pekerjanya melayu dan dapat layanan mcm kambing? Sombong kan budak2 melayu yang jaga kedai ni? Saya tak kata semua. Tapi boleh dikatakan banyak yang macam tu. Pelanggan masuk, dia layan acuh tak acuh je. Pastu bila org tanya, jawab dengan tak pandang muka pelanggan pun. Kalo 4 org yang jaga kedai tu, 4-4 org skali boleh ada perangai biadap macam tu. Tu belum lagi jadi tokey Harrods kat London.

Berbeza kalau pegi kedai milik cina. Lebih2 lagi kalau tokey dia sendiri yang jaga kedai tu. Mesti nak jaga hati pelanggan sebaik mungkin. Walaupun kadang2 kita tak beli pun tapi masih juga ucap terima kasih dan datang lagi.

Ok.. Entry ni ada berunsurkan perkauman. Tapi bukan sengaja nak kutuk kalo tak selalu terkena. Cuma yang saya boleh perasan... Yang sombong ni biasanya pekerja la. Tokey biasanya mesti nak jaga bisnes dia baik-baik. Actually bangsa-bangsa lain pun ada jugak yang sombong, tapi kurang skit percentage nya.

Aih... Jgn pelik kenapa saya emosi. Saya pegi Pertama Kompleks tadi, untuk tempah kad kawen. Saya dah booking masa pameran pengantin. So, nak pegi tempah la tadi. Dah la saya tanya pun buat dono je. Tau le ko ada keja lain kan. Tapi kalo rasa takleh nak handle layan customer tu, baik ko tutup je pintu kedai tu. Buat je keja ko dalam kedai yg tertutup tu diam2. So, takyah la org masuk nak tanya. Masalahnya tadi, bukan ada customer lain pun, saya sorang je tau.... Mcmn la nak maju orang-orang Melayu yg stupid snobbish like they all tu... 3 kedai yang saya pegi... 3-3 macam tu. Ntah tersampuk hantu syaitan sombong mende ntah dierang tu. Last-last saya blah macam tu, dgn hati sebal. Bukan nak layanan istimewa dengan berkipas baldu atau dihidangkan sate arnab pun. Saya tanya macamana proses menempah je. Boleh plak semua buat muka bz. Maka, kesimpulannya... Kalo ada pameran pengantin... saya nak pegi report dekat boss dierang tentang ketidaksopanan mereka itu. Jaga-jaga la korang.

09 March 2011

Tiada Berperenggan

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini...

Semalam Ken buat perangai lagi. Ken = Kenari saya. Saya turunkan tingkap, pastu takleh naikkan balik. Sabar je. Dah tu, mcmn saya nak pegi beli makanan? Kang singgah, pastu lock keta, tapi tingkap ternganga. Tidak ke sia-sia je usaha tu? Dah la tu, mcmn plak bila dah sampai umah kang, nak park keta kat kawasan flat tu dgn tingkap terlopong. Seolah-olah mcm memanggil-manggil perompak utk rompak keta saya je. [Wei, wp keta saya buruk, tapi saya sayang dia tau??]

Bila berdepan dengan kecemasan... Kita harus berfikir dengan pantas. Dan untuk berfikir dengan pantas pula, kita haruslah... Bertenang... Jadi, saya bertenang dulu, pastu baru la dtg idea. Saya rasa, saya perlu betulkan tingkap tu sebelum saya sampai umah. Sebab, wp diandaikan bahawa; semua penduduk Malaysia ni dah takde perompak sekalipun, kalo tingkap keta tak bertutup, masih juga akan menimbulkan masalah. Kot2 kucing atau munyit dtg tumpang tido dlm keta ke. Nak lagi haru kalo hanjing takpun babi yg dtg melepak. Heheh. Ada ke babi kat area Jln Gasing tu? :D. Atau pun kalo ujan lebat sekali dgn ribut petir di satu, dua tempat di Lembah Klang dan Shah Alam ke.. Haaa.. mcmn? Basah la kang dalam keta saya.

Bila saya dah decide nak pegi repair cermin tingkap tu, saya fikir plak... kat mana workshop yg terdekat? Ader tak workshop yg masih buka after ofis hour tu? Kang kena cas berapa. Duit dlm purse plak hanya ada RM7 je. Nak singgah Petronas untuk kuarkan duit kat ATM pun mcmn nak tinggal keta terlopong mcm tu. Huhu.. Kuuuuuu.... woo..wooo.. di dalammm.... diiii... lemmmm...maaa.... Terpinga... tertanya... di dalam dilemma mu...

Then, baru saya teringat, ada satu workshop kat tepi jalan area Pantai Dalam tu. So, saya terus singgah, dan tengok ada orang ke tak. Fuhh.. Nasib baik ada brader tu tgh repair teksi. Maka, saya pun tanpa berlengah lagi, terus report kat brader tu bla..bla..bla..cermin tingkap..bla..bla..






Brader tu kata spring kat dalam button yg nak naikkan tingkap tu patah. Menyebabkan tingkap tu takde perenggan. Uiks? Tingkap keta pun ada perenggan ke? Jgn tak caya. Hahaha.

Pastu last2nya tak jugak elok. Tapi at least, dpt la jugak dinaikkan semula cermin tingkap tu. Takpe la.. Asalkan bleh tutup. Dan oleh sebab brader tu tak sabar2 nak gi makan pisang goreng yang kawan dia beli, dia terus je blah, then kata takyah bayar. Hehehe.. Ada jugak org mcm tu. Tapi mekasih le bang. Semalam saya tak sempat nak say thanks.

Oleh sebab dah hampir jam 7 baru siap, saya mcm dah berlengas gila dan takde mood nak singgah beli makanan... Lagipun area yg menjual makanan tu dah terlepas... Penyudahnya, saya makan mi segera jek. Huu...huu... Nangis air mata milo. Tapi kan.... mi segera yg saya makan semalam.. sedap. Mi Goreng Pedas Adabi. Serius sedap. Tapi tak tau le kot2 lapa time tu, so rasa semua benda pun sedap. Tapi mmg pedas le. Sbb tu sedap kot. Saya mmg suka pedas.

06 March 2011

Sungai Lui

Tahu tak lagu ni? Lagu yg sedang saya gunakan untuk muzik latar blog saya ini....

Lirik lagu Sungai Lui - Aizat Amdan.

Pejamkan mata mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa, kecewa, terpisah,
Jalan yang lurus kian berhala
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini ( 7x )

05 March 2011

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....]

Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni;

1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80%

2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya lebih suka panggilan 'syg' sebab bunyinya macam lengkap skit. Perkataan 'ayang' ni juga digunakan oleh orang-orang Terengganu untuk menyebut 'ayam'. Hehehe.. Jgn marah ye kawan-kawan. Senda loka je... Tapi panggilan 'ayang' ni masih logik kalau nak digunakan. Tahap gedik : 80%

3. Baby - Panggilan ni, err... Sesuai digunakan untuk bayi-bayi yang baru lahir. Tapi boleh juga digunakan kalau pasangan kita tu comel atau jambu. Sesuai la skit kan. Kalo muka dia garang, kening tebal, kulit gelap pastu tinggi, besar, badan berketak-ketak, urat2 timbul, pastu tetiba kita nak panggil dia 'baby', macam boleh turun hujan sebab langit pun terharu. Huhu.. Tapi orang bercinta ni kan pelik skit, pasangan dia mesti la dia akan rasa yg paling comel kan? Hihi.. Tahap gedik : 95%

4. Darling - Org Melayu biasanya jarang skit nak guna panggilan ni, melainkan dia ringkaskan menjadi perkataan 'Ling' je. Tak tau le sbb apa... Nak cepat kot sebab tu ringkaskan. Kalo sebut penuh, mcm susah skit dan lidah memerlukan effort yg lebih utk menyebut nyer.. Huhu... Lagipun kadang2 makna tak sampai sebab terlampau omputih sgt. Tapi ok je kalo nak guna... Moden skit ye tak? Tahap gedik : 96%

5. Anje - Hehehe.. Sorry, panggilan ni saya paling geli. Ntah le kenapa. Mungkin sebab teringat Pak Uda dan Mak Uda dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu kot. So, taknak komen. Huhu... Kang ader yang terasa. Tahap gedik : 150%

6. Honey - Panggilan ni pun mcm 'Darling' jugak. Panggilan ni ok, cuma kadang-kadang mcm nama wanita melayu. Nor Hani ke, Suraiya Hani ke, Hanita ke... Hehehe... Kalo panggil lelaki dgn panggilan 'honey' mungkin org tak confuse sgt, tapi kalo panggil pompuan, nnt org ingat nama pompuan tu Hani plak. Hani Apandi? Uikss.. Heheheh...peace.. Tahap gedik : 85%

7. Dear - Panggilan ni tak la beriya sangat kan? Sebab kalo kita hantar email kat org pun, kita guna ayat "Dear all" @ "Dear En Zek" utk greeting [sekadar contoh]. So, tak la rasa mcm disayangi sangat serta kurang feel. Ceh.. Suka-suka je. Tapi ok je panggilan ni. Nampak elegant skit. Dan educated. Hehehe. Tahap gedik : 70%

8. My Love - Heheheh... Ader ke org panggil mcm ni? Eh, mesti la ader kan? Kalo tidak, tak mungkin saya bleh masukkan ni dlm senarai. Hihi... Kalo utk berSMS ok la guna panggilan ni, tapi kalo nak bercakap, mcm pelik plak... Melainkan kalo satu ayat tu kita ckp omputih... contoh mcm , "Tgh buat apa tu my love?". Kalo SMS ok la.. Kalo bercakap, nak sebut perkataan love secara tiba2 tu mcm janggal gak. Kalo ckp 'i love you' lain la. Tahap gedik : 98%

9. Handsome/Comel/Cutie/Pretty - Panggilan untuk saje2 nak puji. Tapi make sure panggilan tu biar la kena. Tapi lagi skali saya highlight kan, kalo org bercinta, pasangan dia la yg paling cantik/hensem di mata dia kan? Tahap gedik : bergantung kepada kesesuaian org yang dipanggil dgn panggilan tersebut. Kalo tak hensem tapi nak panggil hensem, maka tahap gediknya 100%, tapi kalo sesuai, tahap gediknya bleh jadi 70% je. Cheyy.. Ade ke gitu. Memandai je.

10. Saney - Haaa? Apa ni? Panggilan 'Sani' ni adalah gabungan diantara panggilan 'sayang' + 'honey' = 'saney'. Biasanya sebab tamak sgt atau sayang sangat nak panggil semua panggilan manja kat pasangan dia, so sampai tersilap combine 2 panggilan skali. Yang pasti akan berakhir dgn "eeiii... Napa panggil saya 'Sani'? Sani tu nama kawan saya.... huuuuwaaaa...". Kekekeke. Tahap gedik : 20%


11. Abang - Panggilan ni biasa je. Tak la gedik sangat. Dan panggilan ni pun paling tipikal dan paling ramai org guna. Sebab lebih general dan nampak normal.


12. Mama/Papa - Kalau dah kawen panggilan ni normal, tapi kalo blum kawen, hubungan masih ntah tak nampak hala tuju lagi dah nak guna panggilan ni, maka dia akan jadi agak meloyakan. Tahap gewdiks : Juga bergantung kepada status perhubungan.


13. Hubby - Panggilan ni pun agak ok... Nampak modern dalam masa yang sama bleh jadi manja2 jugak. Nnt kalo dah kawen pun mungkin saya akan tukar panggil pasangan saya dgn panggilan ni. Atau, teruskan je dgn panggilan yg saya guna sekarang. Tak kisah. Asalkan panggilan manja ye tak? Tahap gedik : 70%

14. Dugong/Kerbau/Lembu/Kambing/ Vavi - Eh, ader ke org panggil pasangan dia macam tu? Hahahaha... Mungkin ada, kalo time marah kot. Tak tau plak saya. Tapi jgn panggil pasangan dgn panggilan-panggilan buruk yer. Tak baik. Kekeke.. Saje je saya nak pesan wp kamu dah tau. Tahap gedik : 0%.


Ada banyak lagi panggilan-panggilan manja, cuma tak dpt la nak letak semua kan? Idea pun tak datang. Panggilan saya untuk Mr Storm? Hihi.. rahsia. Sebenarnya byk nickname yg saya panggil beliau. Ikut suka saya je. Sebab love him so much. :D

04 March 2011

Melaka Part Siri Ke-Tiga


Sejahteralah ke atas kamu.

Sambung lagi... Lepas tayar dah 'mak nkau meletop!' tu, apa lagi, purple la muka masing-masing. Dah tu, peralatan nak tukar tayar plak takde. Tepi highway tu plak, bahu jalan dia kecik je. Keta-keta yang lalu semua laju-laju. Belum kira bas-bas dgn lori-lori yang semuanya rakus nak cepat sampai. Saya tau, mereka semua nak cepat sampai sebab sakit perut nak berak kan? Heheh.

Mula-mula kami call AAM cawangan Melaka. Pastu AAM suh call no tol free kat belakang kad AAM tu. So, kami call la. Pihak PLUS. Waktu itu sudah jam 5.10ptg. Tunggu pihak peronda PLUS dtg, sampai jam 5.40ptg. [Boring dan takut giler tunggu kat tepi highway tu. Huhu...]

Cerh.... Kata takut. Tapi bleh plak posing sambil tersenyum-senyum simpul kat tepi highway tu. Nampak sangat menipu..hihi

Bila nampak keta peronda kaler kuning tu sampai... lega rasanya. Lebih-lebih lagi bila nampak abang polis yang macho lagi tough tu dgn peralatan menukar tayar mereka. [Kena la puji skit sebab mereka dah tolong kami kan?].


*polis trafik tu singgah seminit je kat situ. Dia saje nak bertegur sapa dgn abang-abang polis yg tough tu.

Operasi menyelamatkan tayar bermula!


Sorang tgh buka tayar, sorang lagi tgh cuba nak amik tayar spare.


Sampai terkoyak kulit abang pulis tu masa nak amik tayar spare. Ishh.ishh.. ish... Kesyiannn... Terharu diriku ini...

Peralatan-peralatan ni [instaWrench dan instaJack], saya rasa mcm nak beli je untuk letak dalam kereta. Best je nampak. Bleh guna power dari kereta. Pemutar skru elektronik dan jack elektronik.. Ooohh.. Canggih..canggih.



Yang ini plak pam tayar mini... Pun elektronik jugak. Yang ni pon saya rasa mcm nak beli. [Berangan je takpe... Sebab berangan tak kena bayar. Free of charge je ye dok? Kikiki...]

.

Dan ini la rupanya tayar yang pecah tu. Tapi dia pecah secara sopan, sebab tak pecah bersepai tu. *Kaki tu kaki Wan.



Cuma, saya memang sangat bersyukur sebab Allah memelihara kami. Mujurlah sebelum pecah tu, dah dapat tanda2 gegar. Jadi, kami boleh berhati-hati. Kalo buatnya tak perasan keta tu gegar, pastu main bawak laju 140km/j, then pecah masa tgh laju, tak ke senarai nama kami akan masuk dalam berita terkini. Huhuuhuuuu... Alhamdulillah. Bersyukur ya Allah.

03 March 2011

3 Months To Go......

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini...

Lagi 3 bulan... Saya sgt nervous. Sebab saya tahu, perkahwinan itu bukan mudah dan perlu pandai manage banyak perkara. Terutama bila ada anak. Lagi la pengsan. Skrg ni, hidup sorang-sorang pun mcm tak dpt handle diri sendiri. Kalo dah ader anak kembar 3 nnt mcmn? Huhu.. Nervous...Nervous. [Ader hati nak anak kembar 3. Sebab cepat skit bleh lintas Ayu. Kehkeh.]

Persiapan untuk majlis perkahwinan pun ntah mende-mende je yang saya dah prepare. Macam tak ada apa-apa sgt lagi. Event kad kawen pon belum tempah. Esok la saya pegi tempah. [Ceh, dan-dan je nak pegi esok.]. Baju untuk majlis akad nikah dan kenduri di sebelah pihak lelaki pun belum tempah lagi. Masalah saya yg paling kronik, ialah sebab saya ni pemalas nak pegi Jalan TAR. Rasa mcm bercinta je nak pegi kt tempat2 serabut yg ramai org mcm kat Jalan TAR tu. Huhu... Baju utk majlis kenduri kat umah saya je yg saya dah tempah. Itu pun pegi beli kat KAMDAR. Hehehehe.. KAMDAR MidValley plak tuh. Maka, jawapannya, pilihan tak berapa banyak la. Tp ader saya kisah. Janji ader. Lawa ke tak lawa, belakang kira la.

Ramai org tanya... Kenapa tak sewa je. Kan lagi senang? Saya ni, selalu nak jadi unik. Dan tersendiri. Kalau boleh, baju pengantin saya, biar saya sorang je pakai. [Tamak]. Tp kalo di masa-masa akan dtg, kot anak2 buah saya nak kawen ke, bleh gak pinjam. Yg penting, saya nak baju pengantin tu, saya sendiri yang fikir nak buat design mcmn, nak buat labuh mana, lengan besar mana, nak letak mutiara swarovski berapa ratus biji [nak mampus?? sebijik swarovski je dah RM5. Kalo letak 10 biji dah RM50. Boleh muflis la aku kalo betul2 letak 200biji.], dan lain-lain lagi.

Lagi, saya kalo sewa, pilihan yg ada, hanya kain lace. Saya mcm nak baju saya tu nampak soft dan beralun2. So, mungkin nak chiffon. [Berlagaknya aku ni.]. Alaa.. tapi tak semestinya nak yg mahal kan? Ader je bersepah chiffon yg murah. Then manik nnt saya jahit la sendiri.[Kalo sempat ler. Kehkeh.]

Pastu, bunga telur pun saya nak buat sendiri. Aihh... Semua benda aku nak buat sendiri rasanya. Tp apa pun blum start. Bukan apa, selain drpd bleh control bajet, bleh jgk memberi kepuasan... [pastu tetamu buang je bunga telur yg aku buat susah payah sampai terkeluar peluh ribena. Huhu... ].

Tapi disamping rasa nervous, saya juga rasa tak sabar nak kawen.. Ouchhh.... Gataiiii... Tp normal je kan perasaan-perasaan tu semua. Semua org pun rasa mcm tu bila berada di tempat saya. Betul tak?

Tema perkahwinan saya ialah : Simple but elegant like elephant. Mr Storm kata, beliau nak pakai songkok tinggi semasa majlis kami nanti. Mintak-mintak la beliau hanya bergurau...Huhu... Tunang saya itu mmg suka buat surprise.

Melaka Part Siri Ke-tama


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Kecoh satu Malaysia yg saya pegi Melaka. Beriya cerita kat blog ye tak? Saya tak kisah kalo org nak kata saya ni 'semua benda nak citer kat blog', sebab ni cerita saya. Saya cerita untuk saya sendiri baca kenangan-kenangan saya di masa akan datang. Sebab kita ni kan manusia. Pelupa. Kadang2 kisah2 kita ni, kalo tak ditulis, kita sendiri akan lupa. Contohnya kenangan zaman skolah. Kita hanya ingat kenangan yang betul2 besar je. Yang kecik2, yg simple, kita tak ingat. Pastu bila member skolah yg berdaya ingatan kuat, ungkit balik kisah masa skolah, kita tak ingat. Cis. Macam cipan.

Hari Sabtu, sepatutnya meeting tu habis jam 6.30ptg. Tapi di atas usaha gigih semua pihak utk pegi bersantai dan bersiar2, meeting tu dapat dihabiskan jam 5.00ptg. Saya dan urusetia yang lain, suka la jugak, sebab kami pun dapat berjalan2 cari pasal kat Bandar Melaka. Kadang2, wp dah biasa pegi, tapi kalo dah namanya suka bergalok, kat mana-mana pun jadi. Kekeke.

Memula gi beli kerepek dan makanan ringan mcm dodol, dan apa2 benda ntah kat Medan Samudera. Padahal dekat je dari Holiday Inn tu, tp saje je gedik nak naik keta gak. Takpe. Yang penting bukan saya yg drive. So, kalo susah nak parking ke, jalan jem ke.. saya tak la rasa stress sgt. Lepas beli makanan2 tu, kami dgn gediknya pegi Muzium Samudera. Iaitu kapal besar kat tgh2 bandar Melaka tu. To be honest, saya tak penah masuk Muzium itu. Kira first time la tu. Hehehe...

Semacam je gmbr ni kan? Hehehe... Dah la gemok. Eeii... Benci haku.


Konon-konon cute la tu buat muka muncung. :d

Cameraman suh kiterang posing macam nak merayu patung pahlawan tu. Tapi aksi tak menjadi.


Lagi skali lakonan, konon-kononnya gambar candid. Padahal tak candid.


Dressing aku mmg out skit, sebab lepas meeting terus pegi sini. Dalam bilik meeting sejuk giler, aku lupa nak bawak jaket, so, terpaksa la pakai t-shirt lengan panjang kat dlm. Huhu... Buat rosak gmbr je.

Melaka Part Siri Ke-Dua

Sejahteralah ke atas kamooooo yang membaca blog ku itoooo.

Lepas dah tergedik2 lagi skali kat tgh-tgh bandar Melaka tu, kami bergerak balik ke KL. Dalam jam 3.00 ptg. Lepas tol Air Keroh... Saya dapat rasa kereta bergegar-gegar. Mcm lalu kat line kuning tempat kanak-kanak melintas kat skolah. Padahal takde pun line kuning tu kat situ. Saya tanya driver, [Abg Lin], apsal gegar semacam je? Saya ni agak sensitif bab-bab kereta ni, sebab maklum le, KenariLyd tu kan selalu buat pasal. Dan perasaan gegar mcm lalu kat line kuning tu saya penah alami dulu. Punca gegar tu ialah sebab tayar nak pecah.

Bila saya dah perasan yg keta tu ader sumthing wrong, Abg Lin masih lagi drive dengan selamba wa-wa. Saya plak, selamba ya-ya je sound Abg Lin suh dia bawak slow skit. Huhu.. Nyawa kan... Takut gak melayang. Lagipun saya macam fobia skit lepas accident 2 thn lepas. [Org beriman sepatutnya tak takut mati kan? Huhu.. Ye la.. mmg betul, tapi kalo mati accident tu mcm teruk je. Kalo bleh mintak dijauhkan ye tak? Biar la mati di dalam keadaan Husnul Khatimah hendaknya.]

Kami masih teruskan perjalanan, tapi keta tu makin gegar... Abg plak dah mula drive kat lane paling kiri. Pastu masing2 semua berdebar kencang, so kami dicide nak berenti kat R&R Pedas Linggi. [Woi, pala hotak kau, eja 'decide' macam tu. Huhu.. Malas nak backspace. Kekeke.]

Kat R&R Pedas Linggi tu, 2 org lelaki dlm keta tu, cuba nak check tayar, kot-kot ader longgar ke, apa ke. Tapi yang bengangnya, takde tools pun dlm keta tu. Hangin betul. So, takde cara jugak, kami teruskan perjalanan. Abg Lin kata "kita bvertawakkal saje la".

5 minit je berjalan, goyang tu masih kuat last skali kami dgr bunyi 'pop' kat tayar. Lepas tu, saya dgn Aida terus sambung bunyi tu dgn nyanyian, "ooo..oo...pop..ooo..ooo..pop... ooo..oo..pop... yeh..yeh..". Ok..ok.. memain plak.. Acah je.. Tak nyanyi pun. Abg Lin tanya co-pilot dia, apa benda tu? Then terus dia berenti kat tepi highway tu. Masa co-pilot tgk tu, rupanya memang tayar belakang dah 'malatopppppp'.
Kaki tu, kaki Aida. Sekian. Nannti sambung.

02 March 2011

Logo Sukan Olimpik 2012 - London


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Kontroversi tentang Logo Sukan Olimpik London 2012 yang dikatakan mempunyai unsur-unsur perkauman. Isu ini ditimbulkan oleh Ahli Jawatankuasa Olimpik Iran, Bahram Afsharzadeh [maik aihh.. canggihnya nama dia]. Logo ni, haaa.. ce tgk betul2.



Encik Bahram ni mendakwa, kalo digabungkan angka-angka 2-0-1-2 di dalam logo tu, boleh membentuk perkataan 'ZION'. [Kalau dibaca ikut turutan 2-1-0-2]. Bila baca dari arah berlawanan pon akan membentuk perkataan Zion tu jugak. Di dalam kitab Injil, Zion tu adalah merujuk kepada Jerusalem iaitu tempat orang2 Israel. Dengar cite nya, Iran nak tarik diri daripada bertanding di Sukan Olimpik tersebut.

Komen saya : Tak tau la nak cakap apa. Kalo nak diikutkan betul2, orang2 I5R43L ni memang dah lama menyebarkan syiar Yahudi kepada semua manusia di seluruh dunia. Sama ada kamu perasan atau tidak je. Ini hanya secebis je yang kita nampak. Padahal agenda tersembunyi dalam perang psikologi mereka, ramai je yang tak perasan. Jadi, kalo setakat sekali lagi unsur2 I5R43L tu digunakan, apa je sangat.

Kalo betul-betul nak perangi mereka, atau boikot mereka, bukan dari segi produk sahaja. Fahaman-fahaman mereka yg ramai umat Islam dah ikut tu boikot la sekali. Malas je nak bagi contoh. Kang ramai yang rasa nak tikam aku. Kekeke. So, yg penting, akidah sendiri kena kuat. Iman kena jaga betul-betul.

01 March 2011

Tertinggal Keretapi - Hantu Kak Limah

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mesti ramai yg dah tgk kan? Saya baru je tgk last weekend. Tu pun bila semua org dok kata citer tu best dan kelakar giler. Yelah.. Sampai tahap pecah panggung. Collection sampai 6 juta. Kira hebat la tu kan? Saya ni pantang skit, kalo semua org kata best, takleh jadi ni. Saya mesti rasa tersisih daripada masyarakat kalo saya tak tgk. Tertinggal keretapi betul la saya ni kan? Org lain dah tgk byk2 kali, saya baru je nak tgk movie tu.

Masa mula-mula dpt movie tu dari GamGam, saya mmg excited giler nak tgk filem tu. Sebab dah lama tak tgk citer kelakar. Kot2 bleh la gelak2 sampai kuar air mata. Errm... TAPI..... Memang mengecewakan. Tak kelakar pun. Mcm biasa je. Bagus lagi telefilem2 yg ditayangkan kat slot Cerekarama. Tu yang saya tak faham tu. Adakah saya sorang je kat Malaysia ni yg rasa citer tu tak kelakar? Berhaluan kiri kah saya? Atau adakah sense of humor saya tak tinggi? Atau mungkin juga sense of humor penulis skrip filem tu tak sampai tahap sense of humor saya? Ntah la.

Saya bleh buat kesimpulan, citer tu buat saya serabut perut je tgk. Cubaan nak buat lawak yg saya rasa agak basi dan tak menjadi, terlalu byk. Contohnya, adegan lari bertempiaran sebab takut hantu. Awie pakai selipar kat tgn, konon2 nya terlampau takut, sampai tak sempat nak pakai selipar kat kaki. Menyampah gile saya tgk. Lawak tu dah lama dah ader dlm majalah Ujang. Pastu yg si sotong tu plak, bila takut, boleh plak lari dan tolak sendiri kerusi roda dia, padahal dia lumpuh. Ntah la.. Saya rasa lawak tak menjadi dan takde lawak yg betul2 baru.. Tak sampai tahap untuk buat saya gelak. Pastu, masa percintaan Awie dgn Ayu Nazirah tu. Yang dipasangnya lagu Cinta Kristal tu dari awal sampai habis buat apa? Boring giler masa tu. Dah macam video klip karaoke plak saya tgk.Mmg buang masa aku je tgk.

Oooppss... Terlebih sudah. Sorry, saya tau ramai yg suka dan terhibur bila tgk filem tu. Nak buat mcmn kan? Taste manusia lain2. Filem itu memang bukan utk saya. Filem kosong yg takde isi pon. Haaa.. Tapi filem Ngangkung saya bleh terima. Nak kata best terlampau tu tidak la.. Tapi kira ok la jalan cerita dia. Cuma part Lan Pet Pet jadi bomoh tu agak bosan. Mungkin sebab dah bosan dgn lawak Senario kot. Mcm takde improvement ke. Kekeke.. Suka2 ati je saya kutuk. Org tu pecah kepala fikir idea nak buat filem. Datang2 saya, bleh kutuk berbaldi2. Kuheh..kuheh... Patutnya tajuk entry ni kena tukar jadi 'Mari Mengutuk Kak Limah'. Peace.. No war...

Kenapa Saya....?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Sejak akhir-akhir ini, saya dah semakin tak menjaga penampilan diri. Tak ada la apa sangat. Cuma saya dah semakin tak bermekap. Kalo ader pun hanya pakai lipstick je, takde bedak, takde celak, dan blusher jauh sekali. Sampai ada yang menegur [yg tegur ni plak lelaki-lelaki kat ofis saya] "Apsal ko dah tak pakai bedak?", atau "Kenapa Lyd nampak comot?". Haihh.. Suka-suka hati dia je cakap aku comot.

Sorry skit yer. Saya tak bermekap, bukannya sebab saya bongok sangat dalam hal ehwal mekap-bermekap ni. Dan bukan juga sebab tak ada mekap. Masih ada banyak lagi mekap saya yg belum habis. Compact powder, make-up stick, foundation, mascara, bla..bla..bla.. Tapi kenapa saya tidak bermekap?

Ada banyak sebab sebenarnya. Diantaranya ialah, sudah tentulah sebab saya pemalas. Heheheh... Nak kunyah nasik pun saya malas, inikan plak nak bermekap beriya-iya setiap pagi. Uoohhh... Tak kuasa nak layan. Remeh.

Lagi, sebab saya nak biarkan wajah saya nampak selekeh, kusam dan tak bermaya sebelum majlis perkahwinan saya. Taktik je ni. Sebab nanti masa majlis perkahwinan saya, bila saya memakai mekap, barulah nampak wajah saya berseri-seri. Alamak... Saya dah terbocorkan rahsia taktik saya ni. Tak surprise la nanti. Kekekeke....

Skrg ni, lipstick yg saya pakai tu pun sebab nak cover bibir pucat saya bila sejuk terkena air-cond. Nanti org ingat saya sakit. Ye la, saya cuma nak kelihatan segar skit wp ader yg nampak saya comot. Hihi. [Padahal bukannya bibir tu pucat, tapi lebam, sebab ko tu gelap Lyd. Ingat skit.. MUehehe].

Dan lagi satu... Orang selalu tanya, kenapa saya selalu berjalan bongkok..... :)... Nak tau sebabnya? Erm... Kalo saya berjalan betul2 tegak mengikut posture yang betul, iaitu meluruskan tulang belakang... Maka saya akan kelihatan sangat tonggek dan mendada iaitu, saya malu. Tambahan lagi, baju-baju saya sekarang dah semuanya mengecik. Ntah-ntah baju2 saya tu sama spesis dgn Benjamin Button. Makin lama makin mengecil. [Selamba tanak mengaku yg diri sendiri tu dah gomut. :D].

So, itu je la jawapan-jawapan saya bagi persoalan "Kenapa saya dot.dot.dot....."

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...