Skip to main content

Tertinggal Keretapi - Hantu Kak Limah

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mesti ramai yg dah tgk kan? Saya baru je tgk last weekend. Tu pun bila semua org dok kata citer tu best dan kelakar giler. Yelah.. Sampai tahap pecah panggung. Collection sampai 6 juta. Kira hebat la tu kan? Saya ni pantang skit, kalo semua org kata best, takleh jadi ni. Saya mesti rasa tersisih daripada masyarakat kalo saya tak tgk. Tertinggal keretapi betul la saya ni kan? Org lain dah tgk byk2 kali, saya baru je nak tgk movie tu.

Masa mula-mula dpt movie tu dari GamGam, saya mmg excited giler nak tgk filem tu. Sebab dah lama tak tgk citer kelakar. Kot2 bleh la gelak2 sampai kuar air mata. Errm... TAPI..... Memang mengecewakan. Tak kelakar pun. Mcm biasa je. Bagus lagi telefilem2 yg ditayangkan kat slot Cerekarama. Tu yang saya tak faham tu. Adakah saya sorang je kat Malaysia ni yg rasa citer tu tak kelakar? Berhaluan kiri kah saya? Atau adakah sense of humor saya tak tinggi? Atau mungkin juga sense of humor penulis skrip filem tu tak sampai tahap sense of humor saya? Ntah la.

Saya bleh buat kesimpulan, citer tu buat saya serabut perut je tgk. Cubaan nak buat lawak yg saya rasa agak basi dan tak menjadi, terlalu byk. Contohnya, adegan lari bertempiaran sebab takut hantu. Awie pakai selipar kat tgn, konon2 nya terlampau takut, sampai tak sempat nak pakai selipar kat kaki. Menyampah gile saya tgk. Lawak tu dah lama dah ader dlm majalah Ujang. Pastu yg si sotong tu plak, bila takut, boleh plak lari dan tolak sendiri kerusi roda dia, padahal dia lumpuh. Ntah la.. Saya rasa lawak tak menjadi dan takde lawak yg betul2 baru.. Tak sampai tahap untuk buat saya gelak. Pastu, masa percintaan Awie dgn Ayu Nazirah tu. Yang dipasangnya lagu Cinta Kristal tu dari awal sampai habis buat apa? Boring giler masa tu. Dah macam video klip karaoke plak saya tgk.Mmg buang masa aku je tgk.

Oooppss... Terlebih sudah. Sorry, saya tau ramai yg suka dan terhibur bila tgk filem tu. Nak buat mcmn kan? Taste manusia lain2. Filem itu memang bukan utk saya. Filem kosong yg takde isi pon. Haaa.. Tapi filem Ngangkung saya bleh terima. Nak kata best terlampau tu tidak la.. Tapi kira ok la jalan cerita dia. Cuma part Lan Pet Pet jadi bomoh tu agak bosan. Mungkin sebab dah bosan dgn lawak Senario kot. Mcm takde improvement ke. Kekeke.. Suka2 ati je saya kutuk. Org tu pecah kepala fikir idea nak buat filem. Datang2 saya, bleh kutuk berbaldi2. Kuheh..kuheh... Patutnya tajuk entry ni kena tukar jadi 'Mari Mengutuk Kak Limah'. Peace.. No war...

Comments

  1. aku blum tgk citer tu lagi,hantu kak limah,fuhhh skang femes bnor citer tu kt mesia erk?status kngkawan pn asyik cakap pasal citer tu -altf

    ReplyDelete
  2. Taf : Tak rugi pun kalo ko tak tgk citer tu. Tu la... lama ko tak jenguk blog aku. Statistik blog aku pon dah menurun.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya