Iklan! Iklan! Sila Click!

17 March 2011

Hantaran Berapa Dulang?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Boleh tak kalo saya nak mintak sebelah pihak lelaki bagi jumlah dulang yang sama banyak dgn yang saya bagi mereka? Kalo saya bagi 9 dulang, then saya nak 9 dulang jugak daripada mereka, bukannya 7 dulang seperti biasa... boleh tak? Nnt dulang hantaran tu akan diletakkan di atas alas dulang kan? Jadi, bila bertukar-tukar hantaran nanti, akan ada 2 dulang dari pihak saya yang tak ada alas dulang. Tak ke akan jadi tak balance?[Chey... teori ni diberikan oleh Pn Atul. Sebab beliau telah melakukan praktik yang sama bagi majlis bertunang dan bernikah beliau dulu. So, kalo beliau bleh buat begitu, why not me? Haaa.. itu kena tanya mak dgn ibu. Kang tak pasal-pasal kena pelangkung kepala aku sebab memandai-mandai.]

Dan untuk hantaran pihak lelaki kepada saya pula [7 dulang].... Bakal contents nya ialah :
  1. Rantai tangan
  2. Perfume
  3. Kasut
  4. Sirih junjung [eii..menyibuk je sirih junjung ni. Biar je la sirih tu duduk kat pokok.]
  5. Kek atau coklat [sebab ada org nak sponsor]
  6. Henfon [berangan jek.. hahaha... ]
  7. Haa.... yang ke-7 ni la agak sakai. Mula-mula ingatkan nak mintak mekap. Pastu tak jadi. Then nak mintak jam tangan... pastu saya dah ada jam tangan plak. Pn Atul yg bagi. Jadinya... Saya ckp kat Mr Stormpong, tak yah le bagi jam tangan... Sebab saya dah ada. Awak nak bagi apa pun tak kisah.. Sebab saya malas nak fikir. So, yang ke-7 ni mungkin makanan jugak la kot. Mihun goreng ke. Roti jala ke. [Hahaha...nampak sgt gemok.. Asyik fikir makanan je. ]

    So, tunggu dan lihat aje la yekkk...

3 comments:

  1. rasa xadil kan sebab lelaki macam akan dapat lebih...kita dapat kurang je...

    ReplyDelete
  2. Yang no 7 tu aku nk cadangkan dia letak donut besar dan banyak gula..

    ReplyDelete
  3. Lala : Haaa.. kan? Sy tak peduli.. Isu ni nnt saya nak usulkan jugek kat mak dgn ibu.

    Ejay : Donut tu kena make sure lembut. Sbb aku malas nak kunyah nnt. Hahah.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...