Skip to main content

Melaka Part Siri Ke-Tiga


Sejahteralah ke atas kamu.

Sambung lagi... Lepas tayar dah 'mak nkau meletop!' tu, apa lagi, purple la muka masing-masing. Dah tu, peralatan nak tukar tayar plak takde. Tepi highway tu plak, bahu jalan dia kecik je. Keta-keta yang lalu semua laju-laju. Belum kira bas-bas dgn lori-lori yang semuanya rakus nak cepat sampai. Saya tau, mereka semua nak cepat sampai sebab sakit perut nak berak kan? Heheh.

Mula-mula kami call AAM cawangan Melaka. Pastu AAM suh call no tol free kat belakang kad AAM tu. So, kami call la. Pihak PLUS. Waktu itu sudah jam 5.10ptg. Tunggu pihak peronda PLUS dtg, sampai jam 5.40ptg. [Boring dan takut giler tunggu kat tepi highway tu. Huhu...]

Cerh.... Kata takut. Tapi bleh plak posing sambil tersenyum-senyum simpul kat tepi highway tu. Nampak sangat menipu..hihi

Bila nampak keta peronda kaler kuning tu sampai... lega rasanya. Lebih-lebih lagi bila nampak abang polis yang macho lagi tough tu dgn peralatan menukar tayar mereka. [Kena la puji skit sebab mereka dah tolong kami kan?].


*polis trafik tu singgah seminit je kat situ. Dia saje nak bertegur sapa dgn abang-abang polis yg tough tu.

Operasi menyelamatkan tayar bermula!


Sorang tgh buka tayar, sorang lagi tgh cuba nak amik tayar spare.


Sampai terkoyak kulit abang pulis tu masa nak amik tayar spare. Ishh.ishh.. ish... Kesyiannn... Terharu diriku ini...

Peralatan-peralatan ni [instaWrench dan instaJack], saya rasa mcm nak beli je untuk letak dalam kereta. Best je nampak. Bleh guna power dari kereta. Pemutar skru elektronik dan jack elektronik.. Ooohh.. Canggih..canggih.



Yang ini plak pam tayar mini... Pun elektronik jugak. Yang ni pon saya rasa mcm nak beli. [Berangan je takpe... Sebab berangan tak kena bayar. Free of charge je ye dok? Kikiki...]

.

Dan ini la rupanya tayar yang pecah tu. Tapi dia pecah secara sopan, sebab tak pecah bersepai tu. *Kaki tu kaki Wan.



Cuma, saya memang sangat bersyukur sebab Allah memelihara kami. Mujurlah sebelum pecah tu, dah dapat tanda2 gegar. Jadi, kami boleh berhati-hati. Kalo buatnya tak perasan keta tu gegar, pastu main bawak laju 140km/j, then pecah masa tgh laju, tak ke senarai nama kami akan masuk dalam berita terkini. Huhuuhuuuu... Alhamdulillah. Bersyukur ya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya