Skip to main content

Tiada Berperenggan

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini...

Semalam Ken buat perangai lagi. Ken = Kenari saya. Saya turunkan tingkap, pastu takleh naikkan balik. Sabar je. Dah tu, mcmn saya nak pegi beli makanan? Kang singgah, pastu lock keta, tapi tingkap ternganga. Tidak ke sia-sia je usaha tu? Dah la tu, mcmn plak bila dah sampai umah kang, nak park keta kat kawasan flat tu dgn tingkap terlopong. Seolah-olah mcm memanggil-manggil perompak utk rompak keta saya je. [Wei, wp keta saya buruk, tapi saya sayang dia tau??]

Bila berdepan dengan kecemasan... Kita harus berfikir dengan pantas. Dan untuk berfikir dengan pantas pula, kita haruslah... Bertenang... Jadi, saya bertenang dulu, pastu baru la dtg idea. Saya rasa, saya perlu betulkan tingkap tu sebelum saya sampai umah. Sebab, wp diandaikan bahawa; semua penduduk Malaysia ni dah takde perompak sekalipun, kalo tingkap keta tak bertutup, masih juga akan menimbulkan masalah. Kot2 kucing atau munyit dtg tumpang tido dlm keta ke. Nak lagi haru kalo hanjing takpun babi yg dtg melepak. Heheh. Ada ke babi kat area Jln Gasing tu? :D. Atau pun kalo ujan lebat sekali dgn ribut petir di satu, dua tempat di Lembah Klang dan Shah Alam ke.. Haaa.. mcmn? Basah la kang dalam keta saya.

Bila saya dah decide nak pegi repair cermin tingkap tu, saya fikir plak... kat mana workshop yg terdekat? Ader tak workshop yg masih buka after ofis hour tu? Kang kena cas berapa. Duit dlm purse plak hanya ada RM7 je. Nak singgah Petronas untuk kuarkan duit kat ATM pun mcmn nak tinggal keta terlopong mcm tu. Huhu.. Kuuuuuu.... woo..wooo.. di dalammm.... diiii... lemmmm...maaa.... Terpinga... tertanya... di dalam dilemma mu...

Then, baru saya teringat, ada satu workshop kat tepi jalan area Pantai Dalam tu. So, saya terus singgah, dan tengok ada orang ke tak. Fuhh.. Nasib baik ada brader tu tgh repair teksi. Maka, saya pun tanpa berlengah lagi, terus report kat brader tu bla..bla..bla..cermin tingkap..bla..bla..






Brader tu kata spring kat dalam button yg nak naikkan tingkap tu patah. Menyebabkan tingkap tu takde perenggan. Uiks? Tingkap keta pun ada perenggan ke? Jgn tak caya. Hahaha.

Pastu last2nya tak jugak elok. Tapi at least, dpt la jugak dinaikkan semula cermin tingkap tu. Takpe la.. Asalkan bleh tutup. Dan oleh sebab brader tu tak sabar2 nak gi makan pisang goreng yang kawan dia beli, dia terus je blah, then kata takyah bayar. Hehehe.. Ada jugak org mcm tu. Tapi mekasih le bang. Semalam saya tak sempat nak say thanks.

Oleh sebab dah hampir jam 7 baru siap, saya mcm dah berlengas gila dan takde mood nak singgah beli makanan... Lagipun area yg menjual makanan tu dah terlepas... Penyudahnya, saya makan mi segera jek. Huu...huu... Nangis air mata milo. Tapi kan.... mi segera yg saya makan semalam.. sedap. Mi Goreng Pedas Adabi. Serius sedap. Tapi tak tau le kot2 lapa time tu, so rasa semua benda pun sedap. Tapi mmg pedas le. Sbb tu sedap kot. Saya mmg suka pedas.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...