Iklan! Iklan! Sila Click!

03 March 2011

Melaka Part Siri Ke-Dua

Sejahteralah ke atas kamooooo yang membaca blog ku itoooo.

Lepas dah tergedik2 lagi skali kat tgh-tgh bandar Melaka tu, kami bergerak balik ke KL. Dalam jam 3.00 ptg. Lepas tol Air Keroh... Saya dapat rasa kereta bergegar-gegar. Mcm lalu kat line kuning tempat kanak-kanak melintas kat skolah. Padahal takde pun line kuning tu kat situ. Saya tanya driver, [Abg Lin], apsal gegar semacam je? Saya ni agak sensitif bab-bab kereta ni, sebab maklum le, KenariLyd tu kan selalu buat pasal. Dan perasaan gegar mcm lalu kat line kuning tu saya penah alami dulu. Punca gegar tu ialah sebab tayar nak pecah.

Bila saya dah perasan yg keta tu ader sumthing wrong, Abg Lin masih lagi drive dengan selamba wa-wa. Saya plak, selamba ya-ya je sound Abg Lin suh dia bawak slow skit. Huhu.. Nyawa kan... Takut gak melayang. Lagipun saya macam fobia skit lepas accident 2 thn lepas. [Org beriman sepatutnya tak takut mati kan? Huhu.. Ye la.. mmg betul, tapi kalo mati accident tu mcm teruk je. Kalo bleh mintak dijauhkan ye tak? Biar la mati di dalam keadaan Husnul Khatimah hendaknya.]

Kami masih teruskan perjalanan, tapi keta tu makin gegar... Abg plak dah mula drive kat lane paling kiri. Pastu masing2 semua berdebar kencang, so kami dicide nak berenti kat R&R Pedas Linggi. [Woi, pala hotak kau, eja 'decide' macam tu. Huhu.. Malas nak backspace. Kekeke.]

Kat R&R Pedas Linggi tu, 2 org lelaki dlm keta tu, cuba nak check tayar, kot-kot ader longgar ke, apa ke. Tapi yang bengangnya, takde tools pun dlm keta tu. Hangin betul. So, takde cara jugak, kami teruskan perjalanan. Abg Lin kata "kita bvertawakkal saje la".

5 minit je berjalan, goyang tu masih kuat last skali kami dgr bunyi 'pop' kat tayar. Lepas tu, saya dgn Aida terus sambung bunyi tu dgn nyanyian, "ooo..oo...pop..ooo..ooo..pop... ooo..oo..pop... yeh..yeh..". Ok..ok.. memain plak.. Acah je.. Tak nyanyi pun. Abg Lin tanya co-pilot dia, apa benda tu? Then terus dia berenti kat tepi highway tu. Masa co-pilot tgk tu, rupanya memang tayar belakang dah 'malatopppppp'.
Kaki tu, kaki Aida. Sekian. Nannti sambung.

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...