Iklan! Iklan! Sila Click!

10 March 2011

Bisnes Orang Melayu Susah Nak Maju.. Kenapa?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Entry ini adalah tentang perasaan emosi saya sebagai seorang pelanggan dan tiada kena mengena dengan fakta.

Orang Melayu ni... kalo dia berbisnes, biasanya cepat je lingkup. Sebab tak maju. Kenapa tak maju? Memang dia boleh cakap sebab dah nasib... atau sebab takdir. Tapi kadang-kadang kena check juga salah sendiri. Tengok layanan yang ko bagi kat pelanggan tu macamana.

Penah tak kalo kamu pergi ke kedai milik bumiputera, atau paling tidak pun, kedai tu kedai cina tapi pekerjanya melayu dan dapat layanan mcm kambing? Sombong kan budak2 melayu yang jaga kedai ni? Saya tak kata semua. Tapi boleh dikatakan banyak yang macam tu. Pelanggan masuk, dia layan acuh tak acuh je. Pastu bila org tanya, jawab dengan tak pandang muka pelanggan pun. Kalo 4 org yang jaga kedai tu, 4-4 org skali boleh ada perangai biadap macam tu. Tu belum lagi jadi tokey Harrods kat London.

Berbeza kalau pegi kedai milik cina. Lebih2 lagi kalau tokey dia sendiri yang jaga kedai tu. Mesti nak jaga hati pelanggan sebaik mungkin. Walaupun kadang2 kita tak beli pun tapi masih juga ucap terima kasih dan datang lagi.

Ok.. Entry ni ada berunsurkan perkauman. Tapi bukan sengaja nak kutuk kalo tak selalu terkena. Cuma yang saya boleh perasan... Yang sombong ni biasanya pekerja la. Tokey biasanya mesti nak jaga bisnes dia baik-baik. Actually bangsa-bangsa lain pun ada jugak yang sombong, tapi kurang skit percentage nya.

Aih... Jgn pelik kenapa saya emosi. Saya pegi Pertama Kompleks tadi, untuk tempah kad kawen. Saya dah booking masa pameran pengantin. So, nak pegi tempah la tadi. Dah la saya tanya pun buat dono je. Tau le ko ada keja lain kan. Tapi kalo rasa takleh nak handle layan customer tu, baik ko tutup je pintu kedai tu. Buat je keja ko dalam kedai yg tertutup tu diam2. So, takyah la org masuk nak tanya. Masalahnya tadi, bukan ada customer lain pun, saya sorang je tau.... Mcmn la nak maju orang-orang Melayu yg stupid snobbish like they all tu... 3 kedai yang saya pegi... 3-3 macam tu. Ntah tersampuk hantu syaitan sombong mende ntah dierang tu. Last-last saya blah macam tu, dgn hati sebal. Bukan nak layanan istimewa dengan berkipas baldu atau dihidangkan sate arnab pun. Saya tanya macamana proses menempah je. Boleh plak semua buat muka bz. Maka, kesimpulannya... Kalo ada pameran pengantin... saya nak pegi report dekat boss dierang tentang ketidaksopanan mereka itu. Jaga-jaga la korang.

2 comments:

  1. tp klu btul dia jamu sate arnab, mesti kureng marah skit kan..hehe..peace

    ReplyDelete
  2. Lagi la aku marah Chah. Sbb mereka pembunuh arnab. Confirm aku tak makan sate arnab. Hehehe.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...