Skip to main content

3 Months To Go......

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini...

Lagi 3 bulan... Saya sgt nervous. Sebab saya tahu, perkahwinan itu bukan mudah dan perlu pandai manage banyak perkara. Terutama bila ada anak. Lagi la pengsan. Skrg ni, hidup sorang-sorang pun mcm tak dpt handle diri sendiri. Kalo dah ader anak kembar 3 nnt mcmn? Huhu.. Nervous...Nervous. [Ader hati nak anak kembar 3. Sebab cepat skit bleh lintas Ayu. Kehkeh.]

Persiapan untuk majlis perkahwinan pun ntah mende-mende je yang saya dah prepare. Macam tak ada apa-apa sgt lagi. Event kad kawen pon belum tempah. Esok la saya pegi tempah. [Ceh, dan-dan je nak pegi esok.]. Baju untuk majlis akad nikah dan kenduri di sebelah pihak lelaki pun belum tempah lagi. Masalah saya yg paling kronik, ialah sebab saya ni pemalas nak pegi Jalan TAR. Rasa mcm bercinta je nak pegi kt tempat2 serabut yg ramai org mcm kat Jalan TAR tu. Huhu... Baju utk majlis kenduri kat umah saya je yg saya dah tempah. Itu pun pegi beli kat KAMDAR. Hehehehe.. KAMDAR MidValley plak tuh. Maka, jawapannya, pilihan tak berapa banyak la. Tp ader saya kisah. Janji ader. Lawa ke tak lawa, belakang kira la.

Ramai org tanya... Kenapa tak sewa je. Kan lagi senang? Saya ni, selalu nak jadi unik. Dan tersendiri. Kalau boleh, baju pengantin saya, biar saya sorang je pakai. [Tamak]. Tp kalo di masa-masa akan dtg, kot anak2 buah saya nak kawen ke, bleh gak pinjam. Yg penting, saya nak baju pengantin tu, saya sendiri yang fikir nak buat design mcmn, nak buat labuh mana, lengan besar mana, nak letak mutiara swarovski berapa ratus biji [nak mampus?? sebijik swarovski je dah RM5. Kalo letak 10 biji dah RM50. Boleh muflis la aku kalo betul2 letak 200biji.], dan lain-lain lagi.

Lagi, saya kalo sewa, pilihan yg ada, hanya kain lace. Saya mcm nak baju saya tu nampak soft dan beralun2. So, mungkin nak chiffon. [Berlagaknya aku ni.]. Alaa.. tapi tak semestinya nak yg mahal kan? Ader je bersepah chiffon yg murah. Then manik nnt saya jahit la sendiri.[Kalo sempat ler. Kehkeh.]

Pastu, bunga telur pun saya nak buat sendiri. Aihh... Semua benda aku nak buat sendiri rasanya. Tp apa pun blum start. Bukan apa, selain drpd bleh control bajet, bleh jgk memberi kepuasan... [pastu tetamu buang je bunga telur yg aku buat susah payah sampai terkeluar peluh ribena. Huhu... ].

Tapi disamping rasa nervous, saya juga rasa tak sabar nak kawen.. Ouchhh.... Gataiiii... Tp normal je kan perasaan-perasaan tu semua. Semua org pun rasa mcm tu bila berada di tempat saya. Betul tak?

Tema perkahwinan saya ialah : Simple but elegant like elephant. Mr Storm kata, beliau nak pakai songkok tinggi semasa majlis kami nanti. Mintak-mintak la beliau hanya bergurau...Huhu... Tunang saya itu mmg suka buat surprise.

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya