Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Cara Anthony Bourdain Belah Durian Dengan Cara Kreative

Sejahteralah ke atas kamu... Sape kata orang putih tak suka durian? Anthony Bourdain ni pengacara rancangan No Reservation yang dah merantau seluruh dunia dan makan macam-macam benda pelik. Biasanya orang ptuih tak suka durian, sebab bau durian tu mereka kata busuk. Tapi tu semua mentaliti dan mind setting je. Tengok si Tony ni, relax je makan sampai sebijik. Cara dia belah durian tu yg paling kreatif. Kesian. Tapi comel tapi senang. Sekali belah je terus dapat isinya. Cuma comot la kan. Kekeke.

Makanan Antarabangsa Semuanya Ada Di Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu... Rasanya makanan kat Malaysia la yang paling antarabangsa. Kita ada; Mee Bandung, Mee Jawa, Mee Siam, Bihun Singapore, Rojak Singapore, Mee Goreng Kantonis. Pastu nasi pun ada macam-macam nama; Nasi Arab, Nasi Iraq, Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Pattaya, bla-bla-bla. Padahal kalau pergi Bandung, mintak mee bandung, mereka pun tak tau. Pastu kalau pergi USA, cuba kita mintak Nasik Goreng USA, pastu mat saleh pelayan kedai tu akan bertanya kita balik "what the helll are you talkin' about? i don't f*ckin' know the nesi gowrenk USA". Kalau kita mintak Mee Goreng Melayu daripada orang Kantonis, mesti dierang cakap "ngo emchi lo". Cuba plak mintak nasik Melayu kat Arab atau kat Iraq, tengok dierang bagi apa. Silap-silap bagi nasik lauk bom tangan. Kita memandai je bagi nama tempat atau negara untuk makanan kita. Tapi orang-orang negara tu, takde pun buat makanan mereka sempena nama negara kita atau nama bangsa kita yang mulia ni. Nam

Tentang Dhia - Episod Terakhir Review

Sejahteralah ke atas kamu... Patut la dalam live chat dengan Zikir dan Dhia petang tadi, Zikir cakap dia harap takkan ada orang yang mengamuk dengan ending cerita ni. Sad ending tak semestinya tak bagus. Kalau demi untuk kebahagiaan sad ending pun ok. Kalau tak bahagia kat dunia, mungkin bahagia kat akhirat. Saya masa dengar tu saya dah agak sad ending. Pastu macam dah agak ada yang mati. Mesti la Dhia. Tapi tak sangka plak si Zikir tu pun mati right after Dhia mati. Dan-dan je kena sakit stroke kat situ juga. Diam-diam je stroke. Tapi takpelah... Biar la 2-2 mati. Puas skit hati saya. Kalau Zikir hidup kang, mummy monster dia paksa dia terus hidup dengan Rose. Ada tak yang tak sempat tengok Tentang Dhia episode akhir tadi?? Kalau tak sempat, boleh la lawat blog Tentang Dhia untuk tengok episod tersebut di sana. Sape la yang rajin siap buat blog ni semata-mata untuk drama ni. Kekeke... Untuk sesape yang tak dapat tengok, meh saya citer meh. Dok diam-diam ek. Baca ni. Pokus, pokus. Sak

Live Chat Dengan Nora Danish dan Ady Putra

Sejahteralah ke atas kamu... Skodeng jugak live chat bersama pelakon utama Tentang Dhia, iaitu Nora Danish [Dhia] dan Ady Putra [Zikir]. Sampai 10ribu hits pada 1 masa. Gila laju soalan-soalan yang keluar. *Saya tengok je. Tak menyampuk pun. Ady Putra ada cakap, ending sesebuah cerita tu tak semestinya happy je. Mungkin juga sad ending. Tapi sama ada happy or sad ending, asalkan sad ending yang boleh membawa kebahagiaan pun dah baik. So, apa maksudnya. Then dia ada highlight ayat yang Dhia pernah cakap dalam drama tu, "hanya maut sahaja yang dapat memisahkan kami". *kedekut la. Tanak plak ady share ending tentang Dhia. Takpe. Petang kang aku tgk* Yang penting, Nora Danish sangat comel macam watak kartun manga.

Jaga Tepi Kain

Sejahteralah ke atas kamu... Sape ada baca berita pasal ibu tikam bayi dia ni; SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam. Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah. Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali menggunakan sebilah pisau. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik den

Kesian Tupai. Nak Hantar Surat Pun Susah

Sejahteralah ke atas kamu... Perbualan ini berlaku di dalam hutan diantara beberapa ekor tupai di atas pokok. Tupai A : Tolong hantar surat ni ke Jitra boleh tak? Nanti aku upah 60sen. Tupai B : Boleh..... Boleh blahhhh... Tupai C, D : Tukang gelak. Kemudian dengan hati sebak, Tupai A berlari dengan membawa surat itu, sampai la ke perkampungan. Pastu tetiba dia terlanggar kaki seorang posmen. Dan-dan je Tupai A tu mengadu nasib dia kat posmen, tentang betapa susahnya nak nak hantar surat ke Jitra. Mintak tolong kawan pastu nak upah 60 sen pun orang tanak tolong. Pastu posmen kata, Jitra tu jauh. Tapi takpe. Pos Malaysia kan ada. Hahahah.. Comel. INI ADALAH INTIPATI IKLAN POS MALAYSIA yg kuar kat TV. :D

Waktu Membeli Persiapan Persekolahan Lah Yang Paling...

Sejahteralah ke atas kamu.... Cuti sekolah dah tinggal lagi berapa posen je. Minggu depan je dah kena bersedia berebut kat jalanraya. Confirm kembali jem nenas, jem stoberi, jem rambutan apa semua lah nanti. Sekarang ni mesti ramai lagi ibu bapa yang masih pulun membeli belah kelengkapan persekolahan untuk anak-anak masing-masing. Setiap tahun, saat-saat ni la yang kedua seronok bagi kanak-kanak sekolah [yang paling seornok mestilah masa hari raya kan..]. Dapat baju sekolah baru, beg sekolah baru, kasut sekolah baru, pendek kata, hampir semua la baru. Sampaikan bekas pensel pun tiap2 tahun baru. Pemadam denga pensel takyah citer la. Itu memang boleh dikatakan setiap minggu beli kat koperasi sekolah. [Itu aku la dulu. Suka betul beli pensel. Padahal, belajar tak pandai mana pun. Homework pun malas gak buat. Keke.] Anak-anak memang la seronok, tapi mak bapak plak seronok dalam hiba. Sape tak seronok nak persiapkan anak-anak menuntut ilmu. Nak suruh anak jadi pandai. Tapi hiba la bila pok

Kenapa Semua Penari Latar Dalam Video Clip Bruno Mars Pakai Topeng Monyet?

Sejahteralah ke atas kamu,.. Ini adalah salah satu scene di dalam video clip Bruno Mars - The Lazy Song. Jawapan kepada tajuk entry : Sebab susah nak cari penari latar yang berwajah seiras dengan Bruno Mars, so penari yang sedia ada terpaksa pakai topeng supaya nampak seragam dengan Bruno Mars. Seiras bukan? *pesanan utk adik-adik yang belum mumaiyiz mahupun yang telah mumaiyiz, lagu The Lazy Song ini mempunyai lirik yang tidak bagus. Sekian.

Ciri-ciri Duit Syiling Siri Baharu Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu... Rasanya ramai yang dah tahu tentang siri baharu duit syiling Malaysia. Bagi diri saya secara personal, saya tak kesah nak tukar ke nak apa, asalkan ada nilai saya dah cukup suka. Duit syiling ini akan mula diedarkan pada tahun 2012. Ala, berapa hari je lagi kan? Dah tak lama dah. Sama juga dengan duit kertas siri baharu, akan turut diedarkan bermula tahun 2012. Maksudnya, kita boleh menggunakan duit Malaysia siri baru ni bermula tahun 2012. Start je 1 Januari 2012, kita dah boleh dapatkan duit-duit siri baru ni dari bank-bank berdekatan. Soalan-soalan lazim yang biasa ditanya tentang duit syiling siri baharu Malaysia ini diantaranya ialah; [jom cekidaut!] 1. Kenapa BNM memperkenalkan duit syiling Malaysia siri baharu? Duit syiling Malaysia siri baharu diperkenalkan untuk menggantikan secara beransur-ansur duit syiling sedia ada yang telah berada dalam edaran selama lebih daripada 20 tahun. Duit syiling siri terbaharu ini menggabungkan ciri-ciri praktikal da

Lagi Artis Dapat Pangkat Dato'

Sejahteralah ke atas kamu.... Ni berita hangat -hangat taik ayerm . Pasal AC Mizal dan Eizlan Yusoff yang akan dianugerahkan pingat yang membawa gelaran Dato' oleh.... ini penting, sila fokus... Oleh Sultan kesayangan patik, Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al marhum Sultan Abu Bakor iaitu sultan Pahang. Dolat tuanku! Koi bangga amat jadi rakyat jelata aok wehhh!! Eh, selamba je panggil sultan kesayangan koi tu dengan panggilan 'aok'. Kene tuloh pulok karang. Sultan Pahang memang terkenal dengan sultan yang paling pemurah dengan kurniaan pangkat Dato' ni. Rasanya ramai jugak artis Melesia ni dapat Dato' hasil daripada kemurahan hati sultan koi ni. Sebab tu la saya ni pemurah. Take after sultan saya la ni. Ngeh. Ngeh.. Ramai yang anggap, artis-artis ni memberi sumbangan besar terhadap negara, jadi mereka memang layak dianugerahi gelaran Dato', untuk menghargai jasa mereka katanya. Saya taknak komen pasal jasa, atau sumbangan mereka. Terpulanglah. Nak hargai, hargailah

Pengemis Buta

Sejahteralah ke atas kamu... Entah macamana la malam semalam saya boleh pergi Shah Alam, pastu siap pegi makan Lai Chi Kang dengan tauhu bakar dekat Night Circle, kul 12 mlm. Ni semua sebab suami saya ada urusan nak pass barang kat kawan dia di Shah Alam. So, alang-alang tu saya temankanlah suami saya minum. Padahal saya dah kenyang, perut dah sebu. Semasa kami tengah mentekedarah, ada 2 orang buta datang kepada kami. Jual tisu dan minta derma. 2 orang ni pergi kepada setiap pelanggan dari meja ke meja. Apabila mereka datang, saya rasa cam kesian je kat derang. Saya macam dapat rasa yang mereka tu seolah-olah kena paksa untuk buat kerja tu. Tak tau la nape. Tapi rasa mcm mereka tu mangsa sindiket peminta sedekah. Saya tak la kata, apa yang saya rasa tu betul. Cuma rasa curiga tu selalu muncul bila tengok keadaan pengemis-pengemis yang buta ni. Kalau korang perhatikan pengemis-pengemis buta ni, mata buta derang ni macam sama jenis je. Orang yang buta yang sejak kecik buta setau saya beb

Perkara Yang Tak Patut.. Tak Patut... Isk..iskk..

Sejahteralah ke atas kamu... Diantara perkara-perkara yang tak patut manusia lakukan selama hidup di dunia ini ialah; Bersembang dengan rakan semasa menunggang motosikal jika rakan anda menunggang motosikal berlainan. Sebab bahaya la, apa lagi. Bila 2 motosikal bergerak beriringan sebelah menyebelah, akan membuatkan kenderaan lain terpaksa mengelak secara berbahaya. Juga mengganggu lalulintas sebab masa bersembang tu pastilah bawak perlahan. Apa benda la yang banyak sangat nak disembangkan tu sampai tak sempat nak tunggu tiba ke destinasi. Paling takleh dimaafkan kalau kamu dan rakan kamu tu jiran seblah rumah, atau rakan di tempat kerja yang sama. Nanti-nantilah kalo ye pun nak berbual. Tak dan-dan nak berborak ye. Saya kalau tengok situasi ni kat jalan raya, mesti saya hangin je. Terutamanya kalau sayalah kereta yang di belakang 2 motosikal tu. Grrr..

Tak Nak Photography Contest

Sejahteralah ke atas kamu... Ada sorang rakan blogger saya. Sejak akhir-akhir ini saya perasan yang beliau sudah tidak komen di blog saya dan blognya juga agak lama tiada entry baru. Pagi ini, baru muncul entry post baru di blog beliau. Rupa-rupanya beliau menghilangkan diri kerana telah mengalami masalah kesihatan sehingga koma! Betapa seriusnya keadaan beliau yang pada mulanya mengalami sesak nafas sebanyak 2 kali. Dan doktor telah mengesahkan bahawa paru-paru beliau gagal berfungsi, kerana terlalu banyak menghisap rokok. Bahaya sungguh kedengarannya kan? Selama ini, semua pun tahu bahawa smoking kills. Boleh membunuh secara perlahan-lahan. Tetapi kita jarang mendengar itu semua terjadi kepada orang terdekat atau sahabat-sahabat kita. Sekarang ini, setelah beliau sedar daripada koma, barulah timbul perasaan 'Tak Nak' merokok di dalam hati beliau. Syukurlah sebab beliau sempat mengubah nasib sendiri sebelum terlambat. Untuk mengetahui kisah sepenuhnya, boleh lawati Yotokuu. Du

Taste Saya Begini, Taste Kamu Begitu

Sejahteralah ke atas kamu... Kalau semua orang dalam dunia ni mempunyai taste atau minat yang sama, bapakkkk le susah. Katakan semua orang minat Brad Pitt. Semua perempuan berebut nak kawen dengan Brad Pitt. Habis, apa akan jadi kepada lelaki-lelaki lain dalam dunia ni? Membujang la semuanya. Pastu pompuan dalam dunia ni plak semuanya membujang sampai tua sebab takde can nak kawen dengan Brad Pitt. Brad Pitt la yang paling untung, bila dia boleh pilih je sesuka hati dia nak sape jadi isteri dia. Sian Keanu Reeves. *Tetiba*. Kalau betul-betul la dunia ini macam tu tak adil la untuk semua orang lain betul tak? Sebab itu, Allah dah jadikan setiap manusia ni berbeza. Setiap orang ada citarasa sendiri, ada minat sendiri, ada kegemaran sendiri. Kalau kebetulan kita ada persamaan tertentu dengan orang lain, tentu kita ada ketidaksamaan minat dalam perkara tertentu dengan orang yang sama. Apa ayat saya ni? Korang faham tak? Keke. Ok, contohnya mcm ni; kamu dengan kawan baik kamu boleh rapat se

Dulu Suka, Belum Tentu Sekarang Pun Suka

Sejahteralah ke atas kamu... Saya nak tanya 1 soalan personal kat korang ni... Tapi jangan kecik hati ye? Anggap je la soalan saya ni hanya sebagai pencetus nostalgia kenangan lama. Soalannya ialah.... Korang ingat lagi tak dengan drama Jepun Moero Attack masa kita kecik-kecik dulu? *Ni untuk org yang membesar hujung tahun 80-an la... Budak-budak yang lahir tahun 90-an mesti tak tau punya.... Confirm. Drama Moero Attack ni dulu, bapakkkk le glemer yang melampau. Kisah pasal pemain bola tampar dengan motivasi yang super tinggi pastu dengan skill yang super hebat. Masa kecik dulu bila tengok skill derang rasa mcm hampir menitik airliur ke lantai sebab mulut ternganga lama sangat sebab terlampau kagum. Rasanya, semua orang yang hidup pada zaman tu akan tau tentang drama tu. Maklumlah, dulu hiburan hanya TV dan radio. TV pun ada 3 channel je. TV1, TV2 dan TV3. Sebab cerita ni lah membuatkan hampir semua kawan-kawan saya bercita-cita nak jadi pemain bola tampar bila dewasa nanti. Padahal ka

Couple Bergaduh!

Sejahteralah ke atas kamu... *cerita ni takde kaitan dengan saya. Hanya rekaan. :D Suasana di dalam kereta menjadi hening. Tiada sepatah kata pun yang muntah daripada mulut kami berdua. Dia membisu. Saya pun membisu. "Ah, biarlah.". Detik hatiku. Siapa suruh dia cari pasal dengan aku. Nak sangat menang kan? Tapi jangan harap aku nak bagi dia menang. Perjalanan ke rumah sahabat karibku Natrah, masih lagi jauh. Kira-kira dalam 2 jam lagi. Hari ni, Natrah membuat kenduri kesyukuran. Kenduri naik rumah bak kata orang-orang Melayu. Kesunyian yang ada memang cukup utk membuat mataku semakin berat. Seperti memakai bulu mata palsu yang diperbuat daripada bulu merak sahaja perasaannya. Suamiku juga diam. Setelah masing-masing diam, suamiku menghidupkan pemain cakera padat di dalam kereta. Hanya irama muzik daripada cakera padat kumpulan Air Supply sahaja yang berkumandang di dalam kereta. Biasanya jika kami berdua di dalam kereta, pemain cakera padat atau radio hanya akan mampu berkec

Hebat Tak Hebatnya Orang Kita

Sejahteralah ke atas kamu... Dulu masa kecoh pasal Salleh Gregor Samsa yang maki-maki agama Islam, beratus-ratus orang komen dengan niat untuk membela agama. Itu bagus. Kemudian keluar pulak berita pasal Makcik Hajjah Sitt yang menghina agama Islam dan maki Rasul dan Allah. Apa masalah dia pun tak tau la. Waktu tu pun beratus-ratus komen yang membuat maki balas kepada makcik tu. Itu juga bagus. Yang terbaru ni keluar plak Tengku Sophia. Camtu la kot nama dia. Saya pun tak berapa nak amik port. Seperti biasa, orang-orang yang rasa tercabar kerana penghinaan itu pun berbalas tweet dengan dia di laman sosial, Twitter . Sama jugak, beratus-ratus komen. Ini menunjukkan betapa ramainya orang yang ingin membela Islam. *Cuma mungkin ada yang orang yang memberi komen dengan cara yang salah, dan menjawab dengan cara tidak berhemah.*. Tapi setidaknya mereka masih ada rasa marah dan sakit hati bila agama dipersendakan. Ada la juga iman mereka. Itu pun bagus. Dan yang paling terbaru sekarang ni, he

Rasa Terharu Seperti Dapat Seekor Arnab

Sejahteralah ke atas kamu... Hari ni saya terlampau lambat. Bangun pun dah lambat. Kepala rasa weng. Badan rasa berat. Ni mungkin kerana faktor-faktor obesiti. Kot. Ntah. Saya ni biasanya kalau memang dah tau lambat, saya takkan bergegas lagi nak bersiap. Terus je buat biasa je. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sempat tolong trim janggut suami lagi. Kehkeh. Nak terkocoh-kacah buat apa kan? Buang tenaga batin je. Tenaga batin perlu dijimatkan. Barulah akan sentiasa cergas. Hoho. Saya sampai ofis, tak terus masuk ofis. *Sila jangan mencontohi sikap pekerja bermasalah seperti saya ni.*. Saya pergi cafe dulu, beli sarapan. Pastu masa nak bayar tu, JekJan[ofismate saya] tepon, tanya saya kat mana. *Erm.. biasanya tak pernah plak dia call. Sebab kami masing-masing tau la.. kalo sape yg tak dtg ofis sebab demam atau EL, dia la yg akan SMS @ call org yg ada kat ofis. Bila saya tanya, kenapa? JekJan kata En Zek cari saya. Alamakkk... *Time aku lambat ni la En Zek nak cari aku. Kenapa? Kalau

Haiwan Itu Diperbuat Daripada Apa?

Sejahteralah ke atas kamu... Selalu orang cerita pasal Adam dijadikan daripada tanah dan Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam. Manusia pula dijadikan daripada segumpal darah [Rujuk Surah Al-Alaq]. Malaikat dijadikan daripada cahaya dan syaitan pula dijadikan daripada api. Haiwan? Dijadikan oleh Allah daripada apa? Saya pun tak pernah terfikir. Ilmu ini saya kelepet daripada blog SAYA . Haiwan diperbuat daripada air. 2 hidrogen + 1 oksigen = Air. Bukti; Saya sangat-sangat kagum dengan apa yang ada di dalam Al Quran. :)

Gold. White Gold. Platinum. Yang Mana Paling Bagus.

Sejahteralah ke atas kamu... Selama ni, saya sangkakan emas putih [white gold] itu sama saja dengan platinum. Sebab masa sekolah dulu belajar kimia, cikgu kimia kata "platinum itu sama sifatnya dengan aurum [emas atau gold], tapi warnanya adalah putih". Cikgu saya kata jugak, platinum tu adalah emas putih. Saya masa tu dah start kagum dengan emas putih. Dalam banyak-banyak ilmu dalam subjek kimia masa form 5 dulu, part platinum dengan aurum ni je yang masuk dalam kepala otak saya. Yang lain semua terhumban ke dalam sungai. Yeahhh... right... unsur-unsur materialistic diriku sudah terserlah sejak di bangku sekolah. Tapi sekarang baru saya tau rupa-rupanya 2 ekor tu tak sama. Bahan yang dipanggil 'white gold' itu adalah berbeza dengan platinum. Tetapi menurut pembacaan saya di internet, platinum memang sifatnya sama dengan emas kuning. Dalam jadual berkala pun, kedudukan Aurum dgn platinum ni pun jiran seblah katil je. Aurum no 79, platinum no 78. Kalau nak tengok jadua

Lebih Baik? Atau Lebih Buruk?

Sejahteralah ke atas kamu... Biasanya, orang yang merasakan diri mereka baik dan sempurna bila berdepan dengan orang yang membuat dosa akan berkata, [contoh] "daripada ko pakai seksi macam tu, lebih baik ko tak pakai baju terus". Sedara-sedari, tengok balik ayat-ayat tu sebelum bercakap. Maksudnya, tak pakai baju langsung tu LEBIH BAIK daripada pakai seksi? Itu ke doa kita untuk orang lain? Itu ke doa kita untuk saudara-saudara kita? Saya faham itu adalah ayat menganjing. Tapi.... ermm... kalau boleh, cakap la benda yang lebih positif. Apakata kalau untuk kesalahan orang atau keburukan yang kita nampak, cuba kita doakan sesuatu yang lebih baik untuk orang tu dengan perkara yang betul-betul baik, bukannya 'lebih baik yang sinikal atau sarcastic'. Contoh, "daripada ko pakai seksi macam tu, LEBIH BAIK ko pakai sopan dan tutup aurat". Lebih baik kan? Atau pun kalau pompuan pakai tudung suka mencuri. Tak perlu la kata "Lebih baik ko takyah pakai tudung"

Rasa Tak Keruan

Sejahteralah ke atas kamu... Saya rasa tak keruan bila camera saya dan takleh berfungsi. Ada masalah skit. Walaupun camera tu bukanlah kemre canggih digital SLR pun, setakat kemre digital Cyber Shot zaman kuno kalo baling anjing pun confirm kena gelok dengan anjing je. Tapi.... Kalau ada kemre, barulah saya boleh amik gambar banyak-banyak. Kemre pada henfon gambarnya tak cantik. Kalo amik gambar guna henfon, macam bergambar dalam almari. Kelam je. Huhu.

Entry Yang Boleh Meningkatkan Traffic Pada Masa Sekarang

Sejahteralah ke atas kamu... Kamu tau, entry yang menceritakan tentang apa yang boleh meningkatkan traffic mendadak ke blog kamu? Kalau nak tau, jawapannya ialah entry tentang Borang tuntutan bantuan RM500 1 Malaysia yang ingin diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia. Saya secara tak sengaja buat entry tentang cara-cara untuk mendapatkan borang bantuan RM500 ini secara online. Saya sertakan sekali link untuk download borang bantuan RM500 itu. Hasilnya, traffic blog saya naik 2 kali ganda. Lain-lain topic yang boleh menaikkan traffic ialah perkongsian tentang gubahan hantaran perkahwinan, cara-cara atau tutorial untuk membuat buanga telur atau d.i.y untuk majlis perkahwinan. Senang citer, anything tentang perkahwinan la. Kalau kita tulis entry tu dengan keyword-keyword yang lengkap, pasti entry itu akan jadi entry SEO secara otometik. Dan tak lupa juga entry tentang pasukan bola sepak negara kita. Terutamanya tentang pemain-pemain baru seperti Nazmi Faiz atau yang tak berapa baru

Helmet Red Bull

Sejahteralah ke atas kamu... Semalam suami saya sangat gembira sebab dia menang contest Redbull - Energizing Malaysia. Suka gile dia. Katanya, inilah kali pertama dia menang contest. Hehehe. Sian plak. Saya masuk jugak contest tu, tapi saya tak memang pom. Hadiahnya hanya saguhati iaitu helmet. Hadiah utama Proton Saga. Tapi bila tengok design tin Red Bull yang pemenang Proton Saga tu buat, kami pun akui la memang cantik design tu. Ni gambar helmet tu. Ada logo dan quote Redbull printed on it. Bagi saya, helmet ni cantik sangat. Cool ah. Pastu dia ringan je. Tak berat macam helmet biasa. So, kat sini nak wish tahniah kat boebie. Suke lettewww...

Siapa Yang Betul-betul Boleh Beri Nasihat?

Sejahteralah ke atas kamu.... Saya pernah 'hampir' nak berdebat dengan seseorang tentang kredibiliti seorang ustaz. Seseorang ini, dia lelaki. Statement dia kepada saya ialah, "aku tak suka orang-orang yang macam ustaz. Sebab dierang ni bercakap je pandai. Tapi diri sendiri pun tak betul". Saya ni tak pandai berdebat depan-depan. Sebab saya cepat rasa sebak, then nak nangis. Heheh. Saya ni cengeng. Biasanya. Tak bongsu la kalau tak cengeng kan? Lelaki yang 'tak suka orang-orang macam ustaz' ni siap beri contoh kepada seorang lagi watak di ofis EsEsEm ni. Biar saya namakan watak tu sebagai Awang. Dan lelaki yg saya berdebat tu sebagai Almond. *Sesuka hati aku je nak bagi nama kan? Kehkeh. Awang tu watak dia sebagai seorang yang suka bercakap tentang agama. Dan dia banyak ilmu jugak. Tapi dalam masa yang sama, si Almond London ni ada tak puashati dengan Awang. Mungkin ada kot kelakuan Awang yang menyentuh sensitiviti Almond, saya tak pasti la. Cerita di atas tu

Belajar Bahasa Asing Yang Dapat Menjamin Hidup?

Sejahteralah ke atas kamu... Ibu bapa paling bangga sekali kalau dapat hantar anak-anak ke skolah orang putih. Sejak tadika lagi. Lagi bangga kalau anak-anak mereka pandai plak tu. Cakap omputih berabuk. Atau ada juga yang selalu hantar anak ke sekolah Cina. Biar belajar bahasa Mandarin. Nanti senang nak mintak kerja, katanya. Orang dewasa pun apa kurangnya. Nak belajar bahasa France. Bon Jovi jour! Senang nak tinggal di Paris nanti. Paris kan kota cinta. Atau remaja sekarang excited giler nak belajar bahasa Korea. Anneyo haseyo! Sebab nanti senang kalau bertemu jodoh dengan ahli kumpulan Super Junior atau Girl Generation. Tak la seksa nak berkomunikasi. Baru la sweet percintaan tu nanti. Eceh. Walau apa pun alasan kita untuk belajar asing juga walau bahasa asing yang mana pun jadi pilihan kita... boleh kita pastikan... bahawa bahasa Arab itu sudah dapat kita dikuasai dan difahami dengan baik? Bahasa Arab adalah bahasa yang paling mulia di sisi Allah. Bahasa Arab bahasa Al-Quran. Di d

Gerai Sate

Sejahteralah ke atas kamu... Ada satu gerai sate ni. Saya selalu singgah dulu. Nak kata sedap sangat tu tidaklah. Setakat boleh-boleh makan la. Lagipun lokasi dia senang untuk di singgah. Satu jalan kalau saya nak balik umah lepas kerja. Gerai ni kadang-kadang buka lambat. Kalau hujan lagi le lambat. Biasanya time saya balik kerja tu, dia dah siap prepare barang-barang nak berniaga. Tapi time lambat dia, saya dah sampai kat situ pun belum buka lagi. Saya ni walaupun saya rasa saya ni agak kurang penyabar, tapi saya rasa saya penyabar. *tah hapa2 ayat. Kalau setakat nak tunggu makanan siap tu, walaupun lama dan kaki dah mula keluar akar dan badan pun dan mula keluar tunas, tapi saya okay je kalau nak tunggu lama. Tapi gerai sate ni buat saya hangin je. Mula-mula ada sekali tu, saya pergi selepas hujan. Gerai tu baru sangat buka. Nampak macam takde barang2 pun lagi dia susun. Saya nak beli sate. Tapi akak tokey kedai tu kata semuanya belum ready. Jadi, sate takde. So, okay. Saya balik. T

Download Borang Bantuan RM500 LHDN

Sejahteralah ke atas kamu, Dapatkan borang bantuan kerajaan RM500 secara online daripada link ini; BORANG TUNTUTAN RM500 atau lawati portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia [MoF] *Download daripada MoF lagi senang. :) Cara-cara untuk mendapatkan borang bantuan RM500 ini, anda perlu pergi ke kaunter khas yang telah dibuka untuk mengedarkan borang-borang ini. Mungkin ada sesiapa yang nak borang ni, tapi tak sempat nak pergi berebut ramai-ramai di kaunter edaran borang. So, satu lagi cara mudah untuk mendapatkan borang bantuan RM500 ini ialah, anda boleh download percuma daripada link yang saya sertakan di sini. Lepas dah print, dan dah lengkapkan maklumat, boleh hantar ke LHDN. Nanti bila dah hantar, tunggu je jawapan daripada pihak berkenaan sama ada permohonan kamu berjaya atau tidak. Pembayaran akan dilakukan melalui bank yang telah diisi dalam borang maklumat. :) Kalau ragu-ragu kamu layak ke tak untuk mohon tuntutan ni, apa salahnya kamu cuba je. Jangan tak cuba. Download borang

11 Things About Me

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ingin menjawab 11 soalan tagged daripada Bayu Senja . 1. Korang ada secret admire tak? jangan tipu ok.. - Tak tipu, dulu mesti la ada, masa bujang. Sekarang tak dapat le nak ada secret admirer, melainkan lelaki tu saiko dan jenis yg suka kat isteri orang. 2. Movie terbaru korang tgk..best tak? - Nak kata baru sangat tu tak la. Lagipun tu filem lama. Filem Constantine. Seriuosly sangat best. Sebab heronya ialah Abang Keanu Reeves saya. Eceh. Perasannya. 3. Lagu hits apa korang suka nyanyi kat bilik air? - Lagu tak hit pun. Lagu Anak Itik Tok Wi. Heheh. 4. Korang rasa bila saya akan kahwin? - Oooh... Saya rasa kamu akan berkahwin bila kamu dah cukup sedia dari semua segi. :D 5. Cita² masa kecik korang dulu apa? - Saya nak jadi ustazah tapi tak alim pun, pastu nak jadi doktor tapi malas belajar, pastu nak jadi engineer tapi add maths pun setakat lulus je. 6. Lelaki or perempuan idaman korang? kenapa suka dia? - Alamakkkk... Malu la nak cakap..

Orang Cina Tak Puashati

Sejahteralah ke atas kamu... Privilege yang orang Melayu terima selalu menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan kaum Cina dan India di Malaysia. Maaf banyak-banyak, entry ini bukan bersifat perkauman. Tolong baca sampai habis sebelum buat conclusion. Please? Would you? Thanks. Untuk orang-orang Cina, tak perlu cemburu dengan keistimewaan yang diterima oleh orang Melayu. Saya bercakap dengan beraninya tentang ini sebab saya sangat yakin, dengan rasa tidak puashati itulah yang memajukan bangsa Cina di Malaysia. Betul tak? Bila mereka dianaktirikan, bila mereka diketepikan mereka akan menjadi lebih berusaha untuk terus survive. Mereka rajin, tak seperti bangsa Melayu yang biasanya sangat bersifat tidak rajin untuk memajukan diri sendiri. Orang Cina menguasai perdagangan di Malaysia melebihi semua bangsa lain. Bukankah itu sesuatu yang boleh dibanggakan? Cuba tengok, dengan kesitimewaan yang Melayu terima, bangsa Melayu tak maju-maju pun. Kalau orang Melayu ada kedai gunting rambut berk

Kuantiti Anak VS Kualiti Anak?

Sejahteralah ke atas kamu... Cerita pasal memiliki anak sendiri, siapa yang tak teringin betul tak? Walaupun ada pasangan yang merancang untuk tidak mempunyai anak, saya percaya sekelumit pasti ada terfikir untuk miliki anak sendiri. Saya dah berusia 30-an. Sudah agak berusia jika ingin bertangguh memiliki anak. Ramai yang menyarankan saya untuk cepat-cepat beranak untuk kejar sebelum usia 40-an. Jadi muncullah cadangan untuk saya pulun buat anak dan beranak sebanyak mungkin sebelum umur 40-an. Sedia maklumlah kenapa kan? Usia 40-an berisiko tinggi untuk mengandung. Dan kesihatan semakin susut. Lagi, nanti bila dah tua bangka terbongkok-bongkok hantar anak masuk skolah tadika. Nanti bila orang tanya, "hantar cicit gi skolah tadika ke?", mulalah sendiri berdarah hidung sebab luka dalaman. Dulu saya pun agak menggelupur nak dptkan anak ramai sebelum usia makin meningkat. Tapi sekarang bila difikirkan balik, apa salahnya anak sedikit? Asalkan anak yang sedikit itu berkualiti. Be

Nape Saya Tak Masuk Masterchef?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Masterchef Malaysia musim pertama sedang berlangsung sekarang ni. Saya selalu jugak ikuti perkembangan chef-chef amatur Malaysia yang menyertai rancangan realiti itu di Astro Ria. Macam biasa la. Bagi tukang masak amatur, takleh la nak expect terlalu tinggi. Tapi walaubagaimanapun bakat mereka masih juga boleh dikagumi. Pandangan saya, untuk menyertai Masterchef ni, pengetahuan tentang bahan-bahan masakan perlulah tinggi. 'Vocabulary' nama makanan dan jenis-jenis masakan pun perlu tinggi. Daripada western ke fusion, italian, french atau asian semuanya perlu dalam kepala. Kalo tidak, laju je la ko terkeluar. Saya memang tak mampu untuk masuk program Masterchef tu di atas banyak sebab. Di antaranya; 1. Saya buat kerja lembab. Sangat lembab. Kita semua tahu kan, nak masak tu tak lama. Tapi nak prepare bahan-bahan tu yang amik masa. Nak sediakan rempah seperti bawang-bawang atau daun-daun, pastu nak sediakan subjek yang kita nak ma

Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana, Tapi Takde Jodoh Ke Mana-mana

Sejahteralah ke atas kamu.. Kamu tengok tak drama di slot Akasia, Tentang Dhia. Comelnya Nora Danish. Bila pakai tudung, makin terserlah comel dia. Saya sebagai seorang wanita, mampu terbakar dek api cemburu kerana kecomelannya itu.. Pergh.. Ayat aku, bleh kalah Fauziah Ashaari [penulis novel Ombak Rindu]. Sape tak tengok, meh saya citer nak? Ololo.. sian. Tapi saya citer part yang berkenaan dengan entry ni je. Dalam citer tu, Nora Danish jadi Dhia. Dhia bercinta dgn Azmi [Akoi Mustafa] sejak skolah menengah sampai bertunang. Masa malam Dhia nak dinikahkan dengan Azmi tu, ada pompuan buat cerita dia mengandungkan anak Azmi. So, Dhia tak jadi kawen dgn Azmi. Azmi kawen dgn pompuan tu [Melly]. Lepas dah lama, Dhia bercinta plak dengan Zikir [Ady Putra] dan nak bertunang. Tetiba hari yg sama nak bertunang tu la Azmi dtg meminang lagi skali, sbb Azmi dah ceraikan Melly. Dhia serba salah sampai pengsan. Pastu Dhia decide nak pilih Azmi dan tinggalkan Zikir. Bila dah nak bgtau Azmi tu, teti