Skip to main content

Posts

Tak Sangka Itu Yang Terjadi

Sejahteralah ke atas kamu.... Sambung skit lagi cerita raya.  Aku memang tak ambil cuti sebelum raya. Hari Khamis sehari sebelum raya tu aku masih setia menunggu di ofis. Nampak tak ciri-ciri pekerja contoh bagi tahun 2015? *padahal cuti tahunan dah tinggal ciput*. Syukurlah balik kampung malam tu langsung tak jem. Terase genius plak tetibe sebab berjaya balik kampung tanpa jem. Lepas raya, aku cuti 5 hari. Tapi hari Khamis selepas raya aku dah balik semula KL. Hari Jumaat tu masa aku balik daripada kedai, cucu-cucu Pak Berahim dok melepak luar umah derang. Luar rumah derang bermakna lur rumah aku juge. Ye la, takkan la luar rumah derang tu dalam rumah aku plak. Rumah firaun mende plak pelik gaye gitu. Bila aku nak masuk rumah, cucu-cucu Pak Berahim minta izin dengan aku untuk beraya umah aku.  Aku okay je kalo orang nak datang umah. Aku suka. Cuma biasanya aku tak pelawa sebab takut orang tak selesa je dok dalam umah aku. Umah aku seyes tak besar mana. Pastu ...

Ini Kisah Raya Aku.

Sejahteralah ke atas kamu.  Kena la terima hakikat yang sekarang aku memang dah tak rajin update blog. Harap-harap ada la lagi orang nak baca blog aku ni. Raya ketama. Bergambar family by family. Aku yg snap foto. Guna kemre aku cap kudik.  Sampai hati. Gambar aku semua mendung.  Luth bergambar dgn anak sedara sepupu dia. Iaitu cucu sedara aku. Aku ni dah bercucu hokey. Tua sgt dah. Baju raya Luth aku jahit sendiri. Begitu juga dengan jubah papa dia dan baju ntah hapa-hapa mamanya. Raya kedua, Luth pakai jubah putih yg Nekwan dia beli di Mekah. Leher tu sebenarnya cekak musang dan lengan pun ada cuff. Aku gunting, sebab takut tercekik budak tu rimas. Saksikanlah.... Anak bertuah aku ni, dia boleh bersila dan buat macam rumah sendiri kat The Store Kuantan Parade. Main Robocar Poli. Aku dah cuba untuk tak bagi dia bergelumang dengan gadget, tapi... aku tak mampu. Kadang-kadang aku bagi juga. Dan akhir sekali, ini ialah...

2 Minggu Kemudian...

Sejahteralah ke atas kamu... Tetibe je dah bulan Ramadhan semula. Rasa macam baru je lagi makan kuih batang buruk masa raya tahun lepas. Taik gigi raya tahun lepas pun tak abih lagi korek. Ni dah nak tambah lagi batang buruk sesi tahun ni plak. Sighhh....begitulah masa terbang. Nak cerita ni, tapi kang nampak macam buka aib sendiri plak kan. Semalam waktu husband aku gi terawih, aku masih dok melangut depan TV. Tertengok pulak rancangan Walimatul Urus Hanis Zalikha keknis. (Haa, kan dah terdedah rahsia aku tak meningkatkan ibadah di bulan Romadhon.). Memang gempak jugak sponsors untuk wedding dia. Dengki iolss tibe-tibe. Mula la terfikir, ngape la aku tak buat blog ni betul-betul dulu, kalo tidak boleh jadi blogger femes then jadi selebriti then kawen pun ada orang ceponcer. eWahh.... cantik sangat muka haku nak jadi selebriti.  Dalam masa tengah tengok tu, tetibe keluar trailer filem Pilot Cafe. Aku macam terkujuit juga sebab start je dengan gambar aksi, "Selangkah k...

Sayangkan Harimau Hulur-hulurkan

Sejahteralah ke atas kamu, Aku berjalan seorang diri di laluan pejalan kaki sambil melayan berangan sebelum disapa oleh seorang wanita muda. Dia memperkenalkan diri sebagai salah seorang petugas WWF yang ditugaskan untuk mengumpulkan penderma-penderma bagi menyelamatkan spesis hidupan liar yang diancam kepupusan. Wanita itu dengan gigih menjelaskan kepada aku betapa pentingnya ecosystem terhadap bumi, dan ada juga dia offer untuk menjadikan harimau sebagai anak angkat. Aku sedar ecosystem tu penting. Tapi dengan berat hati aku menolak permintaan wanita muda itu untuk memberikan derma bagi mendanai haiwan-haiwan liar tersebut. Masa aku kata, tak apa la. Saya tak nak derma. Wanita itu terus bertanya, "Kenapa?". Dalam hati aku, boleh pulak dia tanya kenapa. Karang aku bagi tazkirah kang menyesal tak sudah ko buka kaunter kat tempat tu. Aku pun cakap dengan lembut kepada dia, aku menolak tu sebab ada ramai lagi manusia yang perlu dibantu berbanding haiwan. Sebenarn...

Keber'ada'an

Sejahteralah ke atas kamu... Waktu ini, aku sedang merindukan anak aku, Luth. Owh, ye lah.. Aku mana ada anak lain pun buat masa ni. Memang dia sorang je la. Rindu tu bukan la sebab tak jumpa seminggu, apatah lagi sebulan. Tiap-tiap hari pun jumpa. Pagi tadi pun masih cium dan bacakan doa untuk dia. Cuma, memang gitu kot perasaan seorang mak terhadap anak. Fitrah la kot. Setiap masa rindukan anak. Padahalnya, bila di rumah, aku bukan la bermain sangat pun dengan dia. Dia main sendiri. Aku pulak buat hal sendiri,sama ada buat kerja rumah atau menjahit. *Tukang jahit sangat la kekononnya tuh. Hehe*. Tapi aku tak faham kenapa, bila dia tak ada aku rindu. Bila ada, aku buat hal sendiri je. Lagi teruk, bila depan mata aku selalu je jerkah dia. Bila aku di pejabat, mula la bila aku teringat  balik saat-saat aku marah Luth, aku rasa sayu. Bila terbayang muka dia masa kena marah dengan aku, aku rasa melting, ya Allah, comelnya anak aku. Kesiannya dia bila aku jerkah dia, dia terke...

Email Untuk Awak

Awak..... Saya ada masalah..... Nak cerita at awak ni..... Masalah 1. Ini. Hand bag saya. Sampai macam tu sekali reputnya. Bag murah. Gitu la kaedahnya.  Penyelesaian 1. Beli beg baru. Tengok ni. Saya suka beg ni. Senang nak bawak gi shopping atau keluar bersantai. Boleh beli kat sini .... Masalah 2. Saya memang sentiasa nak sediakan makanan sihat untuk keluarga kecik kita. Tapi selalu je ter babas, ter linggam, ter alagapas... Bulan lepas kan saya dah beli meat grinder. Yang murahan punya je. Impian nak buat burger sendiri.  Sekali tak sempat nak buat apa pun, dah cair bahagian pemegang blade dia, sebab diperbuat drpd plastik. Sebab terlalu panas. Padahal itu saya baru guna untuk kisar tomato. Belum kisar daging pun lagi. Aduii...... Penyelesaian 2. Beli meat grinder baru. Actually lagi bagus kalau dapat food processor ni. Saya pilih yang pling murah dah ni. Sebab kita kan nak jimat. Teeheee.... Bo...

Resepi Chocolate Cheese Cracker Oreo. Gitu.

Sejahteralah ke atas kamu... Petua untuk mendapatkan cheesekut yang sedap dan rasa yang mewah, sila hindarkan daripada menggunakan susu pekat manis dan serbuk Milo. Kalau tidak nanti, rasanya macam air milo je la. Huhu. Lagi satu, guna cream cracker Hup Seng Cap Ping Pong. Baru la sedakkk.   Ini bahan-bahan yang aku guna. (Semua gambar diambil melalui Google). Cream cheese yang dalam bekas bulas tu yang aku gunakan. Yang jenis ni memang dah sedia untuk disapukan pada roti. Jadi texture dia tak begitu pekat. Jadi, kena guna sikit je susu, actually kalau tak letak susu langsung pun takpe. Susu boleh guna susu jenis apa-apa pun. Asalkan biskut tu boleh direndam. Anggap je macam ni, rendam biskut dengan minuman yagg sedap Bagi yang tak tahu, gula caster ni ialah gula biasa je. Cuma dia halus lagi. Tapi tak la sehalus macam tepung. Yang macam tepung tu dipanggil gula icing.