Skip to main content

Ini Kisah Raya Aku.

Sejahteralah ke atas kamu. 

Kena la terima hakikat yang sekarang aku memang dah tak rajin update blog. Harap-harap ada la lagi orang nak baca blog aku ni.

Raya ketama. Bergambar family by family. Aku yg snap foto. Guna kemre aku cap kudik. 


Sampai hati. Gambar aku semua mendung. 

Luth bergambar dgn anak sedara sepupu dia. Iaitu cucu sedara aku. Aku ni dah bercucu hokey. Tua sgt dah. Baju raya Luth aku jahit sendiri. Begitu juga dengan jubah papa dia dan baju ntah hapa-hapa mamanya.


Raya kedua, Luth pakai jubah putih yg Nekwan dia beli di Mekah. Leher tu sebenarnya cekak musang dan lengan pun ada cuff. Aku gunting, sebab takut tercekik budak tu rimas.


Saksikanlah.... Anak bertuah aku ni, dia boleh bersila dan buat macam rumah sendiri kat The Store Kuantan Parade. Main Robocar Poli.





Aku dah cuba untuk tak bagi dia bergelumang dengan gadget, tapi... aku tak mampu. Kadang-kadang aku bagi juga.


Dan akhir sekali, ini ialah ikan bilis. Kirim dengan kawan yg beraya di Sabah. Aku rasa aku memang ketagih ikan bilis Sabah la. Asal aku dengar je ada kawan yg balik Sabah, mesti nak kirim. Ataupun kalau ada kawan dari Sabah yg nak datang kursus di HQ, siap la dia. Kena  kirim. 


Ok. Itu je la serba ringkas kisah raya aku. Sampaikan ikan bilis pun masuk line. Doakanlah aku rajin update blog tiap2 hari 2 entry. Aku dah betul-betul macam terkena ilmu pembenci ni. Ilmu pembenci blog. Hehe. Ada ke.

Comments

  1. Salam aidilfitri lyd..update la.selalu suka baca kisah lyd..

    ReplyDelete
  2. Raya saya tahun ni agak hambar. Cuma pergi ke rumah saudara kat Penang, kemudian malamnya balik ke Alor Setar balik. Raya keempat dah kerja balik...

    ReplyDelete
  3. Wah, meriah keluarga Lydsunshine. Selamat Hari Raya

    Taqaballahu Minna Wa Minkum :D

    ReplyDelete
  4. untunglah pandai jait..mana ada baju entah apa2..lawa apa..lg hasil tangan sendiri..patutnya bangga la.hehe..

    luth hero malaya..pakai jubah kemain lawa..kita kan manusia biasa..mmg anak2 sekarang nak tak nak bergelumang juga dengan gadget.huhu

    selaamt hari raya aidilfitri lyd..maaf zahir batin

    ehh rajin2 update blog ya..sy doakan jangan jadi pembenci.Ameen.

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya buat lydsunshine dan family..

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya juger. Citer raya tetiba ada ikan bilis, pun nak beraya muahaha.

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya lyd..maaf zahir batin :-))

    ReplyDelete
  8. hehe...siap ade caption kt setiap pic tu...

    salam aidilfitri lyd..
    maaaf zahir n batin

    ReplyDelete
  9. Rajin rajin la update blog macam dolu2 hehe

    ReplyDelete
  10. aku pun dah tak berapa nak update blog sangat dah skang. hehehe... btw, selamat hari raya.

    ReplyDelete
  11. Lyd, raya dah nak habis tapi I tetap juga nak ucap Salam Aidil Fitri buat hangpa sekeluarga. Wah, tahun ni semua baju raya jahit sendiri! Hebatlah!

    Bukan main gambar you satu keluarga tu. Padan punlah tukang ambil gambar gigil tangan *_*

    ReplyDelete
  12. alamak..lama tak singgah sini kan..
    selamat hari raya ye..belum habis raya lagi nih/..

    ReplyDelete
  13. Samalah. Mood ke laut skang ni. Femalas sangat nak update. Selamat hari raya Lyd & family. Nampak kemas jahitan baju melayu luth tu,. Next time bley lah amik tempahan ☺

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...