Skip to main content

Sayangkan Harimau Hulur-hulurkan

Sejahteralah ke atas kamu,


Aku berjalan seorang diri di laluan pejalan kaki sambil melayan berangan sebelum disapa oleh seorang wanita muda. Dia memperkenalkan diri sebagai salah seorang petugas WWF yang ditugaskan untuk mengumpulkan penderma-penderma bagi menyelamatkan spesis hidupan liar yang diancam kepupusan. Wanita itu dengan gigih menjelaskan kepada aku betapa pentingnya ecosystem terhadap bumi, dan ada juga dia offer untuk menjadikan harimau sebagai anak angkat.

Aku sedar ecosystem tu penting. Tapi dengan berat hati aku menolak permintaan wanita muda itu untuk memberikan derma bagi mendanai haiwan-haiwan liar tersebut. Masa aku kata, tak apa la. Saya tak nak derma. Wanita itu terus bertanya, "Kenapa?". Dalam hati aku, boleh pulak dia tanya kenapa. Karang aku bagi tazkirah kang menyesal tak sudah ko buka kaunter kat tempat tu. Aku pun cakap dengan lembut kepada dia, aku menolak tu sebab ada ramai lagi manusia yang perlu dibantu berbanding haiwan.

Sebenarnya aku ni pencinta haiwan. Harimau tu, di mata aku tetap la haiwan yg comel walaupun dia garang. Dan hakikatnya aku bukan la begitu berkira kalau nak dermakan duit sepuluh hingget untuk rimau. Tapi yang membuatkan aku berfikir panjang ialah kutipan dana tu perlu dibuat melalui potongan gaji. Setiap bulan plak tu. Ada pakej plak tu. Dan mereka dah tentukan amaun untuk kita potong. Paling rendah potongan gaji dalam RM40 sebulan. Potongan melalui kad kredit pun boleh. Aku bagitau nko la kan... Bil air kat umah aku tu pun aku macam berkira gila nak gi bayar. Itu aku sendiri yg guna air tu. Inikan pulak nak gi bayar untuk rimau yang aku tak pernah kenal pun.

Memang betul, aku tahu sangat nyawa harimau-harimau di dalam dunia ni cukup terancam. Habibat semula jadi mereka dah dicerobohi. Kalau yang masih hidup liar pun diburu untuk organ mereka. Ada orang giler mana ntah yg sanggup nak makan organ seksual harimau untuk kekuatan batin. Bodo ke hapa? Pastu orang giler yang perasan cantik pun tak kurang hebatnya, nak pakai baju kot bulu-bulu corak harimau, kononnya dia ingat dengan menyarung kot bulu harimau atau haiwan liar, muka yang keruh sebab tak solat tu akan berubah menjadi jernih berseri-seri? Dia ingat rambut yang kembang sekolam tu akan jadi cantik bersinar? Silalah jangan nak bermimpi sangat okey.

Kesedaran aku dan orang-orang yang menyokong WWF tu aku rasa tak cukup pun untuk menyelamatkan harimau. Kalau dalam masa yg sama, orang-orang yang merosakkan ecosystem tu masih lagi dengan ketamakan mereka. Seumpama macam ni, kita duduk dalam satu kapal, kemudian kapal tu bocor dan akan menyebabkan kapal hampir tenggelam. Sebahagian orang di dalam kapal yang sayangkan kapal tu berusaha nak tampal lubang tersebut, tapi ada sebahagian pihak lain pulak tengah menebuk lubang baru  pulak untuk bagi kapal tu bocor. Tak ke sia-sia je pengorbanan orang yang menampal lubang bocor tu? Gitu la aku rasa condition kita dengan dunia ni. Ada satu pihak yang berusaha sungguh2 nak tolong haiwan liar. Ada juga yang berusaha jaga alam sekitar. Yang tu memang aku puji. Tanpa mereka, mungkin dah lama pupus haiwan-haiwan liar tu semua [dengan izin yang Maha Esa juga]. Tapi dalam masa yang sama, geng-geng penebang hutan, geng pemburu haram dan geng Sarip Dol, semuanya merosakkan masa depan bumi kita. Tak ke sakit hati bila fikir? (Jawab 'kannnnnnnn' ramai-ramai). Itu belum masuk yg bakar hutan, yang cemarkan sungai, yang cemarkan udara juga yang buat pencemaran dengan menyanyi karaoke sepenuh perasaan dekat rumah sampai jiran-jiran terganggu fikiran dengan suara hazab dia tu.

Lagi satu yang membuatkan aku fikir sepuluh kali untuk beri derma bulanan tu sebab aku fikir, betapa ramainya orang Malaysia dan juga umat Islam yang perlukan bantuan kewangan. Dalam facebook aku, setiap hari aku nampak post pasal minta bantuan, anak sakit, sekolah tahfiz, anak yatim dan macam-macam penyakit berat yang orang lain tanggung. Itu tak cerita lagi tentang Gazan dan Rohingya. Sedih tau hati ni.

Walaupun tak banyak, setiap kali ada yang minta bantuan, aku akan cuba juga bank in sekurang-kurangnya RM10. Kecuali kalau yg Maybank dah reject atau yang tak bagi no akaun. Ramai sangat orang-orang yang perlukan bantuan kita ni. Dan kalau mampu, (insyaAllah mampu), setiap kali tengok orang minta bantuan, kita hulur la bantuan. Sebab kita kena fikir macam ni, setiap peminta bantuan yang kita jumpa itu adalah peluang untuk kita sebenarnya. Allah yang 'menampakkan' dia kepada kita sebab Allah nak beri kita peluang untuk kita tambah pahala kita. (okay, aku nasihat orang pandai, tapi part harimau mintak bantuan, aku decline. Huhu.. maafkan saya rimau. Saya taknak ada komitmen dengan kamu).

Tapi lepas ni, kalau WWF tukar cara collect dana untuk haiwan liar dengan memberi peluang untuk orang ramai menderma secara one-off tu, aku yakin ramai yg sudi nak beri derma. Itu lebih baik daripada langsung tak dapat derma apa-apa. Ye, aku faham WWF ada alasan tersendiri untuk buat kutipan bulanan tu. Bagi aku, apa salahnya beri ruang untuk derma bulanan dalam masa yang sama, buka juga untuk kutipan derma seperti biasa, siapa nak masukkan dalam tabung, boleh hulur time tu je. Takyah komitmen. Kan lebih afdhol. (kot-kot memang dah ada, tapi aku je yg tak tahu kot. Sebab selama yg aku jumpa baru-baru ni, buka kaunter utk buat potongan gaji je).

Aku harap, post aku ni ada memberi manfaat kalau tidak banyak, sedikit pun cukuplah untuk korang semua. Dengan penutup kata "Marilah menderma."


Comments

  1. nice post :-))

    akak lom pernah derma untuk haiwan

    ReplyDelete
  2. padahal ko slalu je g jumpa mak rimau time dpt gaji..bile nk derma ko lupekn die..kecik ati rimau tu tau..haha..tp betul la tu..org yg menadah tgn nk mntk sedekah pn kdg2 kite tpk betul ke idok ni..ke sendiket..inikn plak nk bgi ke rimau..potong gaji plak tu...adehhh...

    ReplyDelete
  3. tu dia Ada pulak potongan bulanan..klu potongan zakat tu takpe jugak. betullah lyd..byk lagi manusia yg perlukan pertolongan..setakat derma one off tu ok jugaklah..ni potong gaji?pencinta haiwan pun gerun..

    ReplyDelete
  4. Apa kepentingan harimau kpd manusia? Ini semua teori barat ttg ekosistem ...nnt aku sambung dlm entri aku la ek....haha

    ReplyDelete
  5. Nama pun derma, sepatutnya derma ikut keikhlasan penderma. Bila dah tetapkan jumlah minimum sekian-sekian kena derrma, ia tak nampak macam derma lagi, dah ada unsur keterpaksaan seperti bayar balik pinjaman loan rumah dan loan kereta pulak...

    ReplyDelete
  6. sy jga pernah disapa jejaka hensem pasal WWF nih jgk.. kalau sy trtawan dgn khenseman n kepetahan dia berckap sy rasa sy pn akan buat ptongan gaji 2 jgk.. tapi memandangkn sy tidak brkerja xdelah potongan yg dibuat.. sib baik tgh belajar lg... tapi tulah kdng2 terfikir apa yg ptt kita dahulukan? huhuhu

    ReplyDelete
  7. wahh...nice post lyd! suka penjelasan lyd
    saya setuju sangat!
    saya banyak kali disapa oleh petugas seperti itu
    cuma saya tak berhenti, saya hanya tekan minyak dan meneruskan perjalanan...hehe

    ReplyDelete
  8. itulah sekarang ni menderma pun perlu letakkan syarat..rm20..
    pastu bab menderma potong gaji..emm wajib tiap bulan..dah macam tak ikhlas pulak

    ReplyDelete
  9. betul tu..nak menderma biarlah ikhlas..ni dipaksa2 buat potongan gaji bagai..waduh!

    ReplyDelete
  10. Ayyak... Boleh pulak mcm tu.. Ptt nya kalu dah derma ikut keikhlasan sang perderma la kan.. Tak boleh tetapkan.. Kalu potongan gj baik salurkan bantuan utk org2 yg memerlukan :)

    ReplyDelete
  11. assalam.sihat ?
    lama nya x singgah.mcm mcm hal berlaku :)

    derma kan ikut ikhlas kita
    kalau dh nk kena potong gaji mcm kena paksa la pulakkan.. bulanan pulak tu..
    mmm..musykil..musykil

    kalau on off sy pon setuju..

    ReplyDelete
  12. Kannnnnnn! Hahahah beutl beutl I setuju sangat la dengan pendapatan u ni. Kat sini pun ada dorang kolek kolek duit bank kita untuk bantu rerimau ni, and ada one of my friend kat sini setuju buat jadi bapak angkat rimau katanya hahahaha. Go ahead la kalau u mampu and u nak buat, tapi macam I ni, nak bela riamu dua ekor kat umah ni pun mengah dah ha.

    ReplyDelete
  13. Ni first time dengo..derma utk haiwan tapi kena potong gaji....dalam zaman yang duit macam air sekarang ni.potong gaji 10 pun wa rasa wa tak sanggup...

    ReplyDelete
  14. a ah...siap buat potongan bulanan lg...
    itu lah lyd..kdg2 takut jugak, duit tu x smpai pd y sepatutnya..
    dan rsanya, lbh afdal klo kt bntu pd mrk y betul2 memerlukan..
    cth di kelantan, lps kes banjir..msh ramai y tidak berumah n blindung bwh khemah..

    ReplyDelete
  15. singgah ziarah blog .
    salam ramadhan lyd
    selamat berpuasa :)
    saya minta maaf ye andai ada tersalah bahasa spnjng berurusniaga dan kenal dgn lyd :)

    ReplyDelete
  16. hehehehe....bab berkira2 nak bayar bil tu setuju...sblm ni pun x penah derma utk binatang...

    ReplyDelete
  17. haaa akakpun ingat akakni kedekut sangatler tapi tuler fikirler takkan sampai nak potong gaji kot... kena setiap bulan menderma.. dah tak jadi derma pulakkan... duittupun sampai ke idak kat rimau tak taulerkan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Tak Sangka Ianya Buatan Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Kerajaan asyik kempen suruh kita beli barangan buatan Malaysia. Tapi bukan semua orang kisah. Termasuk la diri saya sendiri. Sebab biasanya kita akan beli je apa-apa yang kita suka, tak kira buatan mana pun. Asalkan cantik @ berguna, dan mampu dibeli. Lagipun, kita sendiri pun kurang tau senarai produk-produk buatan Malaysia kan? Saya sebenarnya sedar tentang betapa pentingnya kita menyokong kempen ni. Memang sangat perlu bagi seluruh rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan. Supaya dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar disamping dapat memperkukuhkan ekonomi negara. Padahalnya, banyak jenama yang kita tak sangka itu adalah produk Malaysia. Mentang-mentang la jenama yang digunakan oleh produk tu macam ala-ala kebaratan dan berkualiti tinggi, sampai kita pun terlupa nak berbangga dengan jenama tu. Ok, kat sini saya senaraikan sebahagian barangan buatan Malaysia. Jenama Malaysia. Jangan salahkan saya kalau kamu tak ca