Skip to main content

Email Untuk Awak

Awak.....

Saya ada masalah..... Nak cerita at awak ni.....

Masalah 1.
Ini.
Hand bag saya.

Sampai macam tu sekali reputnya. Bag murah. Gitu la kaedahnya. 


Penyelesaian 1.
Beli beg baru. Tengok ni. Saya suka beg ni. Senang nak bawak gi shopping atau keluar bersantai.


Boleh beli kat sini....



Masalah 2.

Saya memang sentiasa nak sediakan makanan sihat untuk keluarga kecik kita. Tapi selalu je ter babas, ter linggam, ter alagapas... Bulan lepas kan saya dah beli meat grinder. Yang murahan punya je. Impian nak buat burger sendiri. 

Sekali tak sempat nak buat apa pun, dah cair bahagian pemegang blade dia, sebab diperbuat drpd plastik. Sebab terlalu panas. Padahal itu saya baru guna untuk kisar tomato. Belum kisar daging pun lagi. Aduii......





Penyelesaian 2.
Beli meat grinder baru. Actually lagi bagus kalau dapat food processor ni. Saya pilih yang pling murah dah ni. Sebab kita kan nak jimat. Teeheee....




Boleh beli kat sini pulak....






Majalah Masalah 3.

Ayat-ayat seperti, "Luth ni baik". "Luth duduk diam je". "Senang jaga Luth ni" dah selalu saya dengar. Maaf, saya bukan berniat nak berlagak bongkak takbur bangga diri ke apa. Bukan. Cuma saya rasa berbesar hati sebab orang suka anak saya. Saya ni kan mak. Mak mana yang tak kembang kuncup perasaan dia bila orang puji anak dia baik? Kannn? Minggu lepas, bila ambil Luth dari rumah pengasuh, pengasuh Luth puji Luth lagi. Walaupun sebenarnya saya dah tahu, tapi hari tu, saya macam touching terlebih. Terus je saya bawak dia pegi Petronas yang sebelah rumah tu dan bagi dia pilih mainan. Heheh... 3 mainan yang saya beli untuk dia. Kereta, motor dan keretapi. Tapi semuanya yang murah punya je. Mana la mampu nak beli yang mahal. Akibatnya, yang motor tu dah tercabut handle. Keretapi pulak tayar dia dah tercabut sebab patah tengah. Sabar je la. Tinggal kereta je lagi.


Penyelesaian 3.

Apakata kita beli mainan yang lebih canggih sikit untuk anak kita? Dia nak sangat cabut-cabut tayar dan body part kan? So, bagi dia mainan pasang siap terus macam ni. Biar fine motor skill dia bertambah giteww... Yang ni macam cool huh?



Apa lagi, yang ini pulak boleh beli kat sini......



Masalah 4.

Hobi menjahit saya masih lagi 'ON'. Tapi ada time, saya susah nak potong kain yang tebal-tebal dengan cantik. Mesti herot berot sekali edges dia. Haihhhh..... Nanti kalau potong tu tak cantik, hasil jahitan pon boleh effected awak tau? Awak tau kan?


Penyelesaian 4.

Sebenarnya dah lama saya teringin nak miliki Rotary Cutter ni. Heheheheheh..... Takpe jangan risau, saya dah tolong surveykan tempat untuk membelinya... 



Boleh pergi ke sini....





Masalah yang bukan masalah at all no 5.

Saya suka sangat movie The Hobbit ni. Rasa nak tengok ulang-ulang kali dan nak simpan collection trilogy filem ni. Huhu...



Last but not least.

Saya terus terang je la. Saya nak DVD ni.... Sebab awak kan memang tahu saya suka sangat cerita ni. Tapi tanak yang versi download kat internet. Nak yang ni jugak. Kalau boleh la.



boleh beli di Sini...



Jadi, sebelum awak pening kepala nak fikir jalan penyelesaiannya.... Saya dah ada cadangan penyelesaian bagi setiap masalah-masalah ni.....




.................................

Gimik je ni.

Anda boleh mendapat produk-produk tersenarai di Rakuten Malaysia Post ini merupakan entry untuk Peraduan Blogger ShopCoupons X Rakuten. Anjuran ShopCoupons. Rakuten Voucher tajaan Rakuten Malaysia. 




Siapa yang belum join, boleh la join sekarang.


Comments

  1. eh awak ni... the best of luck. memang tau... hehehehe

    ReplyDelete
  2. Kalo ko dptla kan lyd....

    Yg blender tu awesome.

    ReplyDelete
  3. Semoga Lyd berjaya mencapai kesemua impian itu. Yakin boleh!!

    ReplyDelete
  4. setiap masalah pasti ada penyelesaian..cuma sabar dengan tidak je :-))

    ReplyDelete
  5. Setiap penyelesaian ada masalah. hehehe. semoga berjaya :D

    ReplyDelete
  6. kreatif sungguh penceritaan awak lyd..i loike..
    wish you luck dear..

    ReplyDelete
  7. lahaiii suspen sungguh entry ni..d best entry ni ;p

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum,
    bestnya kalau ada orang boleh dihantar email cenggini huhuhuhu hu

    ReplyDelete
  9. Setiap ada masalah, pasti ada penyelesaian :)

    ReplyDelete
  10. Pandainya!

    Boleh menang ni. Good luck, Lyd. Kalau menang, jangan lupakan daku. Bukan nak minta apa-apa pun, kenang daku dalam doamu jerk ^_^

    ReplyDelete
  11. rupanya contest yer... good luck kak lyd.

    ReplyDelete
  12. salam, maaf lama tak singgah
    hehe...tertipu juga baca title entry
    all the best ye lyd =)

    ReplyDelete
  13. amboi sakan shopping siap masalah n jalan penyelesaian..rupanya join contest..BTW good luck!

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...