Skip to main content

Posts

Hargai Sementara Ada

Sejahteralah ke atas kamu... "saya sangat sayangkan mak" dan "saya mintak maaf Di atas semua salah dan silap saya"... Itu je 2 ayat yang saya sangat ingin ucapkan kepada Mak. Namun, saya tidak berada disisinya sewaktu beliau Sedang nazak kemudian menghembuskan nafas yang Terakhirnya pada jam 11.30 malam tadi di pangkuan Abah saya disaksikan oleh kak long dan akak saya. Perginya kerana sesak nafas yang lain macam, bukan kerana Penyakit jantung yang kami sangkakan jika beliau Pergi, pastilah kerana sakit yang satu itu. Saya terima call jam 12.30mlm semalam. Terus bersiap Untuj pulang ke kuantan dan gerak dari umah Jam 1.30am. Smpai di kampung sedang elok azan subuh Berkumandang. Saya menyelak batik lepas yang menutupi wajah mak. Air mukanya begitu tenang seolah-olah sedang Tidur lena. Yang paling sebak bila melihat abah saya. Sekali sekala dia datang menatap wajah emak sambil memanggil nama mak saya.dan Menangis kemudian berlalu pergi menyembunyikan Tangisannya...

Mahar Wanita

Sejahteralah ke atas kamu.... Isu tentang mahar ini mula menjadi perhatian bila bertambahnya bilangan kes keruntuhan moral, penzinaan dan buang bayi. Dikatakan bahawa merendahkan mahar adalah salah satu jalan untuk mengelakkan zina. Rendah yang sepertimana? RM10? RM100? RM1000? Adakah dengan cara merendahkan mahar itu betul-betul boleh mengelakkan masalah sosial seperti yang didakwa? Mahar atau mas kahwin saya hanya RM22.50, tunai. Itu amaun yang disarankan di negeri Pahang. Murah je kan? Tapi yang dimaksudkan supaya diturunkan tu mestilah bukan mas kahwin yang itu. Tetapi wang belanja hantaran. Yang main puluh-puluh ribu dah sekarang. Nak cari yang perempuan yang belanja hantarannya di bawah 10k zaman sekarang ni memang keajaiban alamlah tu. Padahal wang hantaran itu hanya adat Melayu. Dalam Islam tidak ada pula ditetapkan perihal wang hantaran untuk dibuat belanja tu. Inilah susahnya jadi kaum yang takkan hilang di dunia ni. Benda yang tidak ada, diada-adakan. Benda yang sep...

Gaji

Sejahteralah ke atas kamu... Esok hari gaji. Gaji pertama selepas naik gred. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah. Dah 8 tahun keja. Baru naik gred satu tangga. Sungguh tak cemerlang kan? Hahah. Bila saya imbas semula cara saya dapat kerja ni, saya rasa saya macam agak bertuah. Waktu itu saya hanya menjadi guru ganti di sebuah sekolah rendah di kampung. Tengahari selepas balik mengajar, saya tolong abah jual goreng pisang dan petang selepas tolong abah, saya ajar tuition untuk anak-anak kampung dengan bayaran yang murah. Sorang RM10 je sebulan. Ajar bahasa Inggeris dan Matematik. Sebelum jadi cikgu, saya pernah mengikuti Skim Sangkutan Latihan [SSL] yang satu masa dulu cukup femes di kalangan penganggur-penganggur mulia kat Malaysia yang memang susah nak dapat kerja lepas habis belajar. Saya SSL kat EsEsEm la. Cawangan Kuantan. SSL tu hanya 6 bulan. Bila dah masuk situ 6 bulan, dah buat kawan dengan staffs kat situ, mereka la yang tolong saya dapatkan kerja ni. Atas jasa merek...

Ancaman Itu Perlu Sekali Sekala

Sejahteralah ke atas kamu... ...apabila kami bergambar dan mengunjungi Dr Asri, kami digelar Wahabi ...apabila kami berkata kami belajar sifat 20 dan tauhid serangkai, kami dituduh Asyra'irah. ...apabila kami memuji teknik dan kaedah  Ustaz Azhar Idrus mendekati orang muda dalam ceramahnya, kami dituduh sebagai penonton Raja Lawak, ...apabila kami menegur kerajaan, kami dituduh sebagai pihak khawarij ...apabila kami menegur pembangkang, kami dituduh pencacai kerajaan..... ~petikan daripada status Malaysian Reverted Muslim di Facebook Pastu kita pun sama-sama menyanyikan lagu... Kuuuuu.... di dalammm... dilemaaa..... Oh terpinga, tertanya, di dalam dilemma mu... Sape yang biasa naik keretapi tanah melayu. Ataupun KTM. Atau nick name paling sinonim, komuter, mesti tahu betapa malapetakanya perasaan kalau nak pergi satu-satu tempat dengan menaiki komuter. Terutamanya sewaktu peak hour macam awal pagi, atau waktu balik kerja. Waktu tu la komuter nak delay. Pastu penu...

Perasaan Ibu Hamil : Nak Beli Barangan Bayi

Sejahteralah ke atas kamu sahabats... Kandungan saya sekarang sudah 14 minggu. Lagi 2 minggu insyaAllah dah boleh skodeng jantina anak mama ni. Buat masa sekarang ni, saya dah mula rasa excited nak beli barang-barang bayi. Cuma, tak dapat nak beli lagi sebab tak tahu dia boy ke girl. Heheh.. Comel je kalo ada baby nanti. Mesti bau dia wangi je. Saya selalu terbayang saya cium kepala baby saya. Mesti lembut rambut dia masa dia baru lahir tu. Kulit dia pun mesti halus sangat. Pastu sarung tangan kecik. Baju kecik. Barut dia. Hehehe. Comelnya. Saya sendiri tak dapat imagine cemana kaedahnya nanti masa saya dah jadi mama. Setakat ni, kalau saya dengan anak-anak buah, saya suka buli derang. Bukan buli apa. Buli yang suka suruh derang buat apa-apa sebab rasa comel. Kalau Amaluddin dulu selalu suruh dia korek hidung. Comel giler.  Tapi tak tau la kot-kot bila dah ada anak nanti saya totally berubah jadi seorang mama yang langsung takkan buli anak sendiri. Lemari Okay, ber...

Kita Memang Layak Marah, Tapi Jangan Melampaui Batas

Sejahteralah ke atas kamu.... Logik tak kalau kita marahkan seekor kucing yang dah berak kat atas kepala kita, sampai kita berdendam dengan seluruh spesis kucing termasuk rimau dan singa. Sampaikan setiap kali kita jumpa kucing2 lain yang tak de kaitan pun kita bunuh atau sepak terajang? Padahal yg berak kat kepala tu hanya seekor kucing. Tak patut betul tak? Kalau ye pun kita marah sangat dengan semua spesis kucing, tak perlu sampai nak bunuh kucing yang tak bersalah tu. Betul tak? Macam tu la jugak dengan kemarahan umat Islam di seluruh dunia tentang filem Innocent Of Islam. Yang buat filem tu orang lain. Tapi yang kena bunuh orang lain. Yang bangunan kena bakar pun yang takde kaitan. Orang Islam sendiri pun ada yang terbunuh masa mereka buat demonstrasi.  Trailer filem tu saya ada tengok. Durationnya 13 minit. Memang tak nafikan, bila saya tgk trailer filem tu, hati saya sangat sakit, sangat remuk, sangat sedih dan sangat marah kerana mereka senang-senang je mempers...

Nose Pack

Sejahteralah ke atas kamu.... Ini namanya adalah Nose Pack. Pernah dengar Pore Pack daripada Biore? Ye, konsepnya sama. Cuma bentuknya berbeza. Kalau Pore Pack datangnya di dalam bentuk pelekat untuk ditampalkan di hidung, Nose Pack ini pula berbentuk pekatan berwarna putih yang apabila kering akan menjadi seperti plastik yang elastik. Kalau siapa biasa skodeng orang buat kerja paip, benda ni bila dah kering sebijik akan jadi mcm pita warna putih yang orang buat ikat paip tu. Cara nak pakai Nose Pack ni, ambil dalam amaun 3 titik letakkan pada jari kemudian ratakan di sekeliling hidung yang ada black atau white heads. Pakai macam pakai masker tu ye. Bila dah kering, boleh tanggalkan masker nose pack tu daripada hidung. Nanti akan kelihatan blackheads yang bermastautin di sekitar lobang hidungmu. Kalau saya, kurang banyak sangat hasil tuaian blackheads saya tak tau le napa.  Tapi awas! Achtung! Bila nama dia dah Nose Pack, korang jangan buat kreatif plak nak pegi te...