Skip to main content

Posts

Wah.... Hebatlah CELCOM BROADBAND!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Cool! Kat kampung saya dan kampung En Stormpong, iaitu Sg Lembing yg tercinta ni pon dpt line broadband Celcom. Yang saya ingat, beberapa bulan lepas, anak buah saya punyer broadband Maxis tak de coverage pon kat sini... huhu...liputan terluas. Sekarang, tgh berdebar..... Menanti perlawanan Argentina dgn Germany. Semoga Germany menerima nasib seperti Brazil dan Portugal. Majulah Si Singa Messi!

Beliau Dah Mati... Canner Nak Mintak Maaf Ni?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Yeyy!!! Isnin dan Selasa depan bleh cuti lagi. Boss saya mmg the coolest. [Owh..takder kaitan dgn tajuk]. Siapa yang dah mati ni? Apsal lak saya nak kena mintak mahap dgn beliau? Huhu... Jawapannya, dah tentulah saya banyak mengutuk Beliau. Oppss... Lupa nak cakap. Orang tu ialah Park Yong Ha. Pelakon drama Korea - Winter Sonata yang berlakon sebagai 'Sang Hyuk'. Bukan pelakon utama tu. Yang pelakon utama itu, nama beliau ialah Bae Yong Jun. Park Yong Ha dan mati. Bunuh diri. Gantung diri dgn cable charger tepon. Uikss? Besor sgt ke cable tu? Macam terlalu halus je bagi digunakan untuk membunuh diri. Huhu... Masa tgk drama Winter Sonata dulu, saya dgn besfren forever and ever ever saya [Zila-Chan], selalu mengutuk beliau. Sbb watak beliau dalam drama tu adalah sebagai kambeng.[Kiterang kalo tgk drama @ movie, mesti akan panggil watak jahat@ antogonis sebagai 'kambeng']. Tu la pekdahnya kalo tgk drama sampai terbawa-baw...

Lembu Yang Disabotaj

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Kat ofis, biasanya mmg sempat ajer nak bersembang dgn member sebelah. Dia ni, kalo bercerita, bleh tahan gak la kelakarnya walaupun buat citer kelakar dalam limpahan cahaya keayuan. Si Ijan cerita kat aku, pasal kisah budak nakal yang dia dengar kat radio. Topik kat radio tu ialah,'Perkara yang paling nakal pernah dilakukan'. Pastu ada sorang pemanggil ni citer, masa kecik-kecik dulu, beliau mmg nakal. Lebih nakal daripada lagu Nakal kumpulan Gigi. Pastu ader satu hari di bulan puasa, time tu org-org lain tgh semayang terawih, berjemaah kat mesjid. Dan beliau plak tak gi solat terawih. Tapi beliau gi main mercun. Tak dapat hidayah lagi masa tu kot. Huhu. Pastu punyer kreatif budak ni, beliau pasang mercun pada badan lembu. [Tak pasti plak bahagian mana. Beliau seletip kat perut lembu ke, atau pon kat ekor je ke ikut suka kamu le nak anggap canner pon]. Lepas je mercun tu meletup, lembu-lembu yang terkejut tu, bantai lari masuk ...

Kenapa?????

Kenapa Portugal kalah???!!! kenapa???? Why????? Ronaldo nampak mengecik je pagi tadi. Ishh... Tak lalu makan rasanya. Bile mengenangkan yg Argentina bakal bertemu dgn Spain selepas menang dgn German nanti.... pheww... Achtung!

Abu Bakar As Siddiq Sebelum Menghembus Nafas Terakhir

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kemudian Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyuruh Usman bin Affan menulis surat wasiat yang mengatakan Umar al-Khattab dilantik sebagai khalifah menggantikannya. Selepas selesai wasiat itu ditulis, beliau memanggil Umat al-Khattab. "Wahai Umar, saya melantik kamu sebagai khalifah bagi memimpin umat Islam ke jalan yang diredhai Allah.", kata Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Umar al-Khattab menyatakan persetujuannya. Kemudian Abu Bakar as-Siddiq berpesan; " Sesungguhnya Allah mempunyai hak yang wajib kita tunaikan tepat pada waktunya . Hak Allah pada waktu malam tidak akan diterima-Nya, sekiranya dibuat pada waktu siang. Hak Allah pada waktu siang tidak akan diterima-Nya sekiranya dibuat pada waktu malam. Allah tidak akan menerima amalan yang sunat-sunat sehingga dikerjakan dahulu yang wajib. " "Sesungguhnya di hari akhirat nanti, berat timbangan mereka yang mempunyai timbangan yang berat kerana menegakkan kebenaran s...

Almari Yang Bijak

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Maksud saya; bagaimana mengaturcarakan almari kamu dgn bijak? Terutamanya jika almari itu sungguh la kecik. Tajuk di atas tu mmg melampau skit. huhu. Ayuhhhhh... Baca ini; [mengaturcara almari? huahua... mcm nak develop system la plak]. 1. Pakaian berbau : Untuk mengelakkan pakaian-pakaian kamu berbau seperti kambeng gurun, sila pastikan kamu asingkan baju yang belum dipakai dgn baju yang sudah dipakai. Ingat! Bukan penyakit TB saje yg boleh berjangkit. Bau pakaian juga boleh. Baju yang sudah dipakai tu takyah le letak dlm lemari. Bawak2 la letak kat luar. Sangkut le kat mana2, belakang pintu ke, tepi tingkap ke, kat katil ke. Tapi kalo gantung merata-rata, nampak semak plak kan? Haaa... Maka, sila la kikis sikap 'jimat tak bertempat' kamu tu. Baju dah pakai, basuh je la. Nak simpan buat apa. 2. Sempit : Makin lama, kamu dapati almari kamu semakin mengecil. Mungkinkah beliau sudah mengecut? Errm... mungkin juga, kalo beliau te...

Nak Print Resepi

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... *Kisah di bawah ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dgn kamu atau dia. Suatu masa. Di satu ofis. Di suatu pagi. "Hari ni aku puasa sunat. Petang nanti nak berbuka nak makan apa yer? Fikir punyer fikir, tak dpt gak cari idea bagi menu berbuka puasa hari ni. Takper, cuba surf internet jap. Buka browser, pegi ke laman Google dan taip 'resepi untuk menu berbuka puasa'. Tekan 'Enter'. Sapppp... Kuar berpuluh-puluh ribu link yang berkaitan. Maka aku pon tgk satu persatu website-website yg dicadangkan tersebut. Wahhhhhhhhhhh... Mcm best-best jugak resepi-resepi yg ada ni. Lama jugak la aku mengushar semua website yg menarik tu. Ada la dalam 2 jam. Aku compile resepi-resepi tu, dan copy-paste masuk dlm MS Word. Hehehe... Puas hati rasanya. Nak bawak balik resepi-resepi ni, tapi kalo nak tulis, ader byk mukasurat plak. Ader 20 pages. Alaa... Print je la senang. Ye tak? Dah masuk waktu petang, keja masih ader lagi ...