Skip to main content

Beliau Dah Mati... Canner Nak Mintak Maaf Ni?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Yeyy!!! Isnin dan Selasa depan bleh cuti lagi. Boss saya mmg the coolest. [Owh..takder kaitan dgn tajuk].

Siapa yang dah mati ni? Apsal lak saya nak kena mintak mahap dgn beliau? Huhu... Jawapannya, dah tentulah saya banyak mengutuk Beliau. Oppss... Lupa nak cakap. Orang tu ialah Park Yong Ha. Pelakon drama Korea - Winter Sonata yang berlakon sebagai 'Sang Hyuk'. Bukan pelakon utama tu. Yang pelakon utama itu, nama beliau ialah Bae Yong Jun.

Park Yong Ha dan mati. Bunuh diri. Gantung diri dgn cable charger tepon. Uikss? Besor sgt ke cable tu? Macam terlalu halus je bagi digunakan untuk membunuh diri. Huhu... Masa tgk drama Winter Sonata dulu, saya dgn besfren forever and ever ever saya [Zila-Chan], selalu mengutuk beliau. Sbb watak beliau dalam drama tu adalah sebagai kambeng.[Kiterang kalo tgk drama @ movie, mesti akan panggil watak jahat@ antogonis sebagai 'kambeng']. Tu la pekdahnya kalo tgk drama sampai terbawa-bawa ke dlm kehidupan. Sampaikan, biler beliau lakonkan adegan2 yg membencikan dlm drama tu, kami akan kutuk beliau habis-habisan. Punyer la bengang. Sbb beliau selalu guna tektik 'kesian' untuk menangi hati Yoo-Jin[heroin citer tu]. Hehe. Padahal beliau berlakon je. Emosi sungguh ko ni labu!

Dah tu, biler beliau dah mati ni, saya sedang memikirkan, mcmn saya nak mintak maaf dgn beliau? Huhu... Dan saya rasa, ramai lagi artis yg kalo mereka bunuh diri, mesti saya mcm "errkkkk....alamakkkkk... canner aku nak mintak maaf ni...byk sgt kutuk dia". Contohnya mcm Fasha Sandha, AC Mizal, Norman Hakim, Azwan Ali, Renee Zelweger dan ramai lagi la.

Moralnya : Jangan Mengutuk Sesiapa Sama Ada Artis Atau Bukan Artis, sbb ko tak tau biler ko akan mati dan ko jugak tak tau biler mereka akan mati. Buat kawan-kawan semua, yang membaca blog ini..... Saya minta maaf jika saya terkutuk kamu semua. Terutamanya kepada ex-bf saya yang tidak lagi dicintai. Huhu.... Byk kutuk dia. Sekarang saya dah insaf. Takmo kutuk-kutuk org lagi. Sbb rasa tak best. Ye lah... Katakan saya mengutuk/mengata sorang kawan saya dibelakang beliau, kemudian, biler saya berhadapan dgn beliau, saya tak tau nak buat muka mcmn. Rasa bersalah sbb kat belakang beliau bukan main lagi kutuk prong prang prong prang, tapi biler kat depan dia, saya buat seolah2 mcm korang mmg rapat giler. Tak ke crazy namanya? So, jangan la... Jgn kutuk2. Kalo boleh la. Tapi biasanya mmg susah pon nak kikis sikap yg dah berakar umbi dlm diri kita. Ye kan? Cuma, perlahan-lahan la.. Berhijrah. Yang buruk-buruk tu, kikis la sedikit demi sedikit. Bak kata En Zul [ex-Boss saya], "sikit-sikit, lama-lama jadi habis". <-- peribahasa beliau ni ditujukan untuk saya selesaikan pending problem log kat Helpdesk dulu. Wakakaka...

Comments

  1. Mati dah ke dia ni...suka tengok winter sonata.. Tapi tak ambil pot sangat kisah2 dorang setakat tengok jer..tapi skang ni bila dah makin berumur...dah kisah sangat dengan cerita2 kat tv...hehe...tu yg kenkadang selalu tertinggal keretapi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya