Skip to main content

Nak Print Resepi

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

*Kisah di bawah ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dgn kamu atau dia.

Suatu masa. Di satu ofis. Di suatu pagi.
"Hari ni aku puasa sunat. Petang nanti nak berbuka nak makan apa yer? Fikir punyer fikir, tak dpt gak cari idea bagi menu berbuka puasa hari ni. Takper, cuba surf internet jap. Buka browser, pegi ke laman Google dan taip 'resepi untuk menu berbuka puasa'. Tekan 'Enter'. Sapppp... Kuar berpuluh-puluh ribu link yang berkaitan. Maka aku pon tgk satu persatu website-website yg dicadangkan tersebut. Wahhhhhhhhhhh... Mcm best-best jugak resepi-resepi yg ada ni. Lama jugak la aku mengushar semua website yg menarik tu. Ada la dalam 2 jam. Aku compile resepi-resepi tu, dan copy-paste masuk dlm MS Word. Hehehe... Puas hati rasanya. Nak bawak balik resepi-resepi ni, tapi kalo nak tulis, ader byk mukasurat plak. Ader 20 pages. Alaa... Print je la senang. Ye tak?

Dah masuk waktu petang, keja masih ader lagi yg belum setel. Tapi tetiba rasa cam boring giler nak buat sampai siap. Relax jap la. Tetiba time-time puasa ni, teringat kat mak kat kampung. Biasanya kalo kat kg, mak selalu buat pengat pisang sebagai desert untuk berbuka puasa. Rindu plak kat mak. Nak tepon mak jap la... Lalu, aku terus je angkat tepon ofis yg ada kat atas meja aku ni, untuk tepon mak. Bukan apa, guna tepon ofis senang skit. Line stabil. Wahh... Hepi betul dpt berbual dgn mak. Rasa terubat rindu di hati bila dgr mak bercerita panjang pasal adik-beradik yang lain. Lepas 45minit bersembang dgn mak, aku check email, tengok2 ader email dari kawan lama aku yg dah lama tak contact. Aku pon berbalas email dgn beliau. Alih-alih, tgk jam... dah tiba waktu balik. Yeehuuuuu!!! Balik time!"


Cerita kat atas ni macam biasa je. Takder apa pon yg menarik ye tak. Tapi secara tak disedari, kamu perasan tak betapa tak amanahnya 'aku' di dalam cerita tersebut. Huhu...
1. Waktu ofis guna komputer pejabat untuk surf internet untuk perkara-perkara yang takder kaitan dgn kerja.
2. Gunakan masa bekerja utk surf internet, walaupun kerja hakiki belum siap. 2 jam plak tu.
3. Print resepi guna printer ofis. Kertas ofis. Toner printer ofis.
4. Guna tepon ofis untuk kepentingan peribadi. Dah la lagi skali guna waktu bekerja utk buat tu semua.
5. Dan guna email ofis untuk menghantar email personal.

Itu baru sikit contoh yang saya bagi. Ader lagi yang selalu stayback kat ofis. Main game, tgk movie, dan hujung bulan isi borang claim dan claim OT. Dah la guna PC ofis, letrik ofis [utk lampu, air-cond yg dipasang masa OT].

Nak cerita pasal amanah ni... Ingat senang ke untuk jadi betul-betul amanah? Jika org bertanya kepada kita, kamu ni amanah tak? Mesti cepat je kita jawab 'amanah'. Tapi amanah yg kita maksudkan di situ hanya dari segi 'menyimpan rahsia', 'menyampaikan amanat org', 'jaga harta yg org lain suruh simpankan utk dia' atau sebagainya. Sedangkan perkara-perkara kecil seperti amanah dgn masa bekerja atau amanah dgn harta pejabat selalunya kita tidak perasan bahawa kita sudah pecah amanah. Saya berani mengaku kesilapan saya.... Saya selalu guna printer pejabat untuk print perkara-perkara yg tidak berkaitan dgn kerja. Seperti borang peraduan, resepi, peta nak gi umah org kawen atau senarai restoran yg menyediakan buffet untuk berbuka puasa. Saya juga mengaku, dahulu saya PERNAH balik lewat dan claim OT walaupon saya main game Plants vs Zombie.[Bukan selalu ye. Cuma pernah beberapa kali sahaja.] Dan juga, saya selalu guna tepon ofis kalo time kredit habis, utk tepon mak saya, atau kwn2. Kemudian bila hujung bulan, keluar senarai no yang saya hubungi, saya hanya tandatangan dan menyatakan semua itu adalah panggilan rasmi. Teruk betul perangai saya.

Sekarang, saya tertanya-tanya, bagaimana saya nak bayar balik semua harta pejabat yang saya gunakan tu. Bagi kertas yg saya gunakan utk print... Saya boleh gantikan, beli kertas Double A sebanyak 5 rim. Atau 10 rim. Dan toner printer yg saya guna, mcmn saya nak ganti? Panggilan telefon yg saya dah buat selama ni,mcmn saya nak byr balik? Huuu... Tak mampu. Dan duit OT yg saya dah claim tapi tak buat kerja tu. Serta masa bekerja yg saya gunakan utk buat perkara personal..... Huuu...huuu...huuu... Beratnyer beban saya. Bolehkah semua itu saya bersihkan dgn membayar zakat harta setiap bulan?

Tak amanah kat ofis ni nampak mcm takder apa. Terutamanya bagi pekerja-pekerja yang bekerja di syarikat besar. Tak efek pun terhadap keuntungan syarikat. Walau mcmn pun, cuba kamu bygkan kamu yg miliki syarikat tersebut. Kamu buka syarikat sendiri. Dan ada pekerja. Setiap peralatan yg ada di pejabat kamu, adalah kamu beli sendiri gunakan duit kamu. Dan pekerja kamu, dgn senang hati gunakan untuk kegunaan sendiri. Print resume untuk mintak keja di syarikat lain. Atau bawak balik kertas A4 satu rim untuk bagi kat anak dia buat mengira kat rumah. Apa rasa kamu? Dan bil telefon pula, kamu terpaksa membayar bil yg tinggi walaupun syarikat kamu sepatutnya tidak begitu banyak membuat panggilan kepada client, sebaliknya client yg membuat panggilan ke ofis kamu. Apa rasa kamu? Sakit hati kan? Jadi, apa yg kamu rasa sakit hati apabila org buat pada kamu, maka begitu juga yg orang lain rasa jika kamu melakukan perkara yg sama.

Persoalannya..... Bagaimana nak jadi betul-betul amanah dgn amanah yg diberikan kepada kita. Terutamanya dari segi bekerja. Sbb duit yg kita dpt hasil bekerja dgn tidak amanah itulah yang kita buat makan. Jadi darah daging kita. Sungguh, saya tidak mengata sesiapa. Hanya tentang diri sendiri sahaja. [Kalo bhgn Admin baca ni, agak-agaknya saya kena bagi 'show cause letter' tak?]. Huuu.... *Org yg saya kenal yg agak amanah ialah Zuliana. Huhu.. mmg amanah dia ni. Kalo dia main game waktu ofis, dia akan ganti balik dgn balik lambat utk cukupkan jam yg dia main game tu dgn bekerja. Bagus! ~kagum... huhu..

Salida.... kamu boleh! Berubah perlahan-lahan. *Yang saya kata kisah ini rekaan kat atas skali tu tipu je la rupanya. Hahahaha... Rupanya ader kaitan dgn saya.

Comments

  1. TQ... Rajin-rajin la lawat blog aku ye pamie. Kalo ko jadi follower, lagi aku hargai... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...