Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....
Kemudian Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyuruh Usman bin Affan menulis surat wasiat yang mengatakan Umar al-Khattab dilantik sebagai khalifah menggantikannya. Selepas selesai wasiat itu ditulis, beliau memanggil Umat al-Khattab.
"Wahai Umar, saya melantik kamu sebagai khalifah bagi memimpin umat Islam ke jalan yang diredhai Allah.", kata Khalifah Abu Bakar as-Siddiq.
Umar al-Khattab menyatakan persetujuannya. Kemudian Abu Bakar as-Siddiq berpesan;
Umar al-Khattab mendengar pesanan itu dengan tekun sambil mengalirkan airmata.
~ Novel Sejarah Islam : Abu Bakar Sahabat Sejati by Abdul Latip Talib.

"Sesungguhnya Allah mempunyai hak yang wajib kita tunaikan tepat pada waktunya. Hak Allah pada waktu malam tidak akan diterima-Nya, sekiranya dibuat pada waktu siang. Hak Allah pada waktu siang tidak akan diterima-Nya sekiranya dibuat pada waktu malam. Allah tidak akan menerima amalan yang sunat-sunat sehingga dikerjakan dahulu yang wajib."pesan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dengan panjang lebar.
"Sesungguhnya di hari akhirat nanti, berat timbangan mereka yang mempunyai timbangan yang berat kerana menegakkan kebenaran sedangkan menegakkan kebenaran itu amat berat bagi mereka. Sesungguhnya, ringan timbangan bagi mereka yang ringan timbangannya disebabkan kemaksiatan sedangkan kemaksiatan itu amat ringan bagi mereka melakukannya."
"Sesungguhnya, Allah menurunkan ayat-ayat yang lembut beserta ayat-ayat yang keras supaya orang beriman berasa takut dan berharap. Allah menyeksa penghuni neraka disebabkan kejahatan yang mereka lakukan. Allah memberi nikmat kepada penghuni syurga disebabkan amalan baik yang mereka lakukan dan dosa-dosa mereka sudah diampunkan.",
Umar al-Khattab mendengar pesanan itu dengan tekun sambil mengalirkan airmata.
~ Novel Sejarah Islam : Abu Bakar Sahabat Sejati by Abdul Latip Talib.
Comments
Post a Comment
Saper komen, dia best!