Iklan! Iklan! Sila Click!

30 November 2019

Cara Pantas dan Alami Menurunkan High Blood Pressure

Sejahteralah ke atas kamu....

Dalam post sebelum ni, aku ada cerita tentang aku terpaksa bersalin awal kerana high blood pressure yang tak turun-turun. Aku masuk wad dalam 7 hari juga la.

Semasa di dalam wad, aku ni bila nampak nurse usung troli blood pressure monitor tu, aku dah panik. Bila nko dah panik, tekanan darah pun otobot la naik kan? Walaupun nurse suruh aku bertenang, jangan risaukan apa-apa, jgn runsing, tapi masalahnya aku takde runsing apa pun. Cuma aku serabut kena duduk dalam wad je. Itupun syukur la nurses di PPUM tu baik2 semuanya. Mereka sangat professional dan polite, so aku memang takde la nak bertambah stress nak mikirkan perangai nurse pulak.

Aku ni jenis yg jarang makan ubat. Nak kata aku ni jenis yang ikut cakap mak bidan kampung, makan ulam-ulam sangat pun tidak juga. Dah tu aku ni spesis mende? Makan ubat malas, makan makanan alami pun lebih kurang gak malasnya. Bila awak jenis yg tak berapa makan ubat, tiba-tiba bila masuk wad, awak kena makan ubat secara konsisten bersaksikan nurse yg memang takkan lari selagi ko tak telan ubat tu depan mata dia, 3 jam sekali, dua jenis ubat secara  berselang seli, maka ko akan terasa seolah-olah buah pinggang ko sedang terancam. Padahal perasaan ko je kan. Aku mula la google makanan yang baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dengan segera. Yang aku dapat hasil gugelan aku, makanan yang bagus untuk menurunkan high blood pressure ialah batang celery blend with apple hijau. Tapi memandangkan aku di hospital, hasben aku pulak bertungkus lumus menguruskan anak-anak dan berulang alik ke hospital melawat aku dan menyediakan keperluan-keperluan aku, takkan la aku tak consider keadaan dia. Aku kesian juga kat dia. Walaupun aku yang paling kesakitan sbb terpaksa hadap risiko-risiko kecemasan tu, tapi orang yang paling penat dah tentulah suami aku. Aku sedih je bila tengok kegigihan suami aku nak uruskan semuanya sendirian. Tapi aku tau, kalau aku request, dia akan buat demi aku. Huhu. Dia memang sejenis lilin. Macam cikgu juga. Sanggup membakar diri demi menerangi orang lain. Ewah.

So, tak dapatlah aku nak amalkan celery blend dgn epal hijau tu. Sebelum bersalin tu, aku minta nak minum air kelapa daripada hasben aku. Dia beli la kat aku. Tapi aku tak tau la ada kaitan ke tak, tekanan darah aku dan protein dalam urine makin naik. Deng! So, air kelapa pun out la.

Sebenarnya sebelum aku masuk wad tu, aku teringin nak minum jus delima yang fresh pressed. Bukan pati delima Gulsan yang manis dan pekat tu. Tapi malangnya, tAk sempat nak cari. Aku kirim dengan kawan2 pun, takde orang yang berjumpa dengan jus delima yang macam aku nak tu. Sampai la aku dah selesai czer, ada kawan sekolah aku nak datang melawat aku di hospital. Dia yang tanya, ada apa-apa tak yang aku teringin nak makan? So aku cakap la, jus delima yang macam aku nak tu. Tapi aku pesan juga la, tak perlu cari beriya. Kalau ada kebetulan lalu kat kedai dia boleh la beli. So, dia datang dia bawak 2 botol. Huhu. Hakak terharu. Aku minum sebotol, one shot je aku habiskan. Allahu. Sedap sungguh bila dia lalu kat tekak sis. Rasa macam terungkai sebuah misteri gua harta karun, gitulah perasaannya.

Lepas kawan aku balik, bila nurse datang check bp, eh... Ada sedikit menurun. Aku rase seperti mata bersinar sekejap. So, esoknya aku minum lagi sebotol. Dalam masa yang sama, kakak aku melawat bawak sekilo kurma Ajwa. Aku makan juga kurma ajwa. Daripada pembacaan aku, kalau nak turunkan tekanan darah, boleh makan pisang. Sebab pishang tinggi potassium. Then aku fikir, kurma pun high in potassium kan, so why not aku cuba je la. Ternyata, bp aku lepas tu makin cantik. Yelah, sebenarnya mungkin juga aku dah semakin bertenang bila dah pindah daripada wad HDU yang stressful tu ke wad antenatal. (Walaupun aku dah bersalin, aku ditempatkan di wad sebelum bersalin, sebab baby tak ada dengan aku. Baby di NICU. Penempatan macam tu maybe sebab taknak emosi aku terganggu kot, kalau aku ditempatkan di post natal (wad selepas bersalin), nnt aku emosi terganggu pulak bila tengok orang lain ada baby, tapi baby aku takde dengan aku. Aku agak je la.

So, dua hari selepas tu, aku dibenarkan keluar dengan bekalan ubat dan aku perlu pantau BP sendiri di rumah. Kat rumah aku ada blood pressure monitor tu. Sampai di rumah aku dah mula la nak shopping online. Tanduk shopping aku tertibe je tumbuh semula selepas dia terbantut masa aku masuk hospital dulu. Huhu.

Oh, sebelum tu aku ada suruh hasben aku cari di Cold Storage yg di PJ ni, jus delima yang macam kawan aku beli tu. Kawan aku beli di Cold Storage KLCC. Sekali yang ada hanya jus yang dah dibotolkan daripada kilang. Masam sikit la rasa dia. Aku mcm tak berapa tahan sangat masam tu.

Aku buka Instagram, aku order jus delima daripada pembekal delima mesir. Aku beli sekotak buah delima, then aku request untuk dia tukarkan terus jadi jus. Harga sekotak rm60. Kos utk hantar dan proses pengejusan tu total RM90. Dapat dua botol. Dalam 2 liter kot.


Memang sedap sangat untuk tekak aku. Tapi aku rase dia tak pakai juicer yang mcm slow juicer Hurom tu kot. Ni aku rasa dia macam blend guna blender. Sebab aku dapat rasa the taste of biji delima tu. Lain dgn jus yang ko dpt drpd slow juicer. Aku minum, jus delima ni, aku campur dengan air panas. Ye la, aku kan dalam pantang. Takkan nak minum air sejuk pulak. (Jus tu aku simpan dalam peti sejuk).

So, aku dah berani tak makan ubat darah tinggi yang doktor bekalkan. Dan aku monitor bp aku normal je. Alhamdulillah. Maybe jus delima yang jadi asbabnya. Ataupun mungkin faktor pemakanan hospital sebelum tu, yang tawar dan kurang manis menyumbang kepada penurunan bp aku tu. Apa-apa pun kita ikhtiar je. Mujarab atau tidak itu Allah punya kuasa la. Lagipun mungkin kebetulan jus delima tu serasi dengan aku. So, selamat mencuba ye.

27 November 2019

Bersalin Bayi Premature Kerana High Blood Pressure

Sejahteralah ke atas kamu....

Kalau tahun 2018, aku keguguran, pertengahan tahun 2019 ni, aku pregnant sekali lagi di waktu aku macam tak expect pun. Kira punya kira, sempat pulak tu due date aku pada penghujung tahun 2019 ni. Kira macam hampir nak tercapai la cita-cita aku untuk gap umur anak-anak aku 3 tahun setiap orang. Sulung lahir 2013, yang kedua 2016 dan ketiga 2019. Bijok sifir ngat terrr.

2 kehamilan aku yang terdahulu, aku memang tak ada masalah kesihatan sama ada GDM atau BP high. Kedua-duanya bersalin normal. Cuma aku alahan teruk. Makan pun tak menentu.

Pregnant kali ni, berkat doa aku yang mengharapkan nak rasa pregnant tanpa alahan, Allah makbulkan. Walaupun ada rasa loya, tapi still aku boleh makan tanpa muntah. Dan agak banyak benda yang aku berselera nak makan. Contohnya laksa Penang dan tomyam. Padahal laksa utara aku agak kureng kalau tak pregnant. Dan tomyam pun antara makanan yg aku takleh makan masa pregnant yg pertama dan kedua dulu. Boleh dikatakan kali ketiga ni, aku tak menjaga makan sangat. Semua aku ngap. Megi, KFC, air Pepsi, pizza, nasi dgn lauk yg minyak2 pun aku boleh makan walaupun loya.

Bila kehamilan masuk 28 minggu, aku mula pergi check di hospital, tujuannya untuk booking nak bersalin kat situ. Hospital yang aku pilih time tu ialah Hospital Andorra. Bukan kaleng-kaleng kan pilihan rakyat marhaein ni. Kononnya nak hospital yang muslim friendly. Yg nurse dia mengajak ala-ala zikir2 sebelum bersalin. Well, berzikir tu, memang la kita boleh buat sendiri, di mana sahaja kita beranaks, tapi kalau ada dorongan daripada persekitaran, kan ke lebih bersegamat nak buat. Tak gitchew?

Sepatutnya bila masuk 7 bulan je, wanita hamil kena check up setiap 2 minggu sekali kan. Tapi Doktor di Andorra kata, tak perlu check up kerap2 pun lepas ni. Sebab rekod aku cantik je. BP okay so far. Result minum air gula okay. HB ada la rendah sikit. Tapi tak teruk la. 10.7. Patutnya 11. Baby growth on track. Air ketuban cukup. Placenta kat atas. Semuanya seems perfect. Sebab tu Doktor kata jumpa lepas sebulan pun takpe.

Aku pulak, selepas first check up kat Andorra tu, tgk bil (walaupun boleh claim), tapi agak mahal la. First bil bil kena RM475. Termasuk supplement Iberet. Secara jujurnya, aku confess la kat skat sini. Aku tak mampu rasanya nak bayar bil bersalin kat situ. Tahun 2019 ni memang banyak betul aku berabis. Tak perlu aku detail up, tapi memang aku tak sempat nak kumpul duit lagi untuk bayar bil hospital. Aku ni, kad kredit memang takde la. Simpanan dah tinggal ciput. So, aku decide nak tukar hospital la. Kehkeh. Aku pilih Rampai Puteri. Sebab tengok pakej dia lebih masuk akal. Tapi jarak dia still, jauh daripada rumah aku. Gitulah nasib, kalau area rumah aku memang takde hospital yang muslim friendly.

Ahad, 3 Nov, aku ada Graduation Day anak aku yg sulung kat Cyberjaya. Graduation sekolah tadika je. Hahah. Aku memang kepenatan sebab daripada pagi keluar rumah, jam 11 mlm baru sampai rumah (singgah rumah adik, solat, mandi). Sesungguhnya, Cyberjaya dengan rumah aku sangat la jauh jenat. Isnin 4 Nov, aku gigih pergi ofis. Acah-acah pekerja cemerlang. Padahal gi kerja, tghr tido. Kul 4.15 dah balik. Aku set appointment di Rampai Puteri Medical Centre pada jam 8.30mlm 4 Nov tu juga.

Malam tu.... Aku pergi hospital, bila test urine ada protein +2. Test blood pressure, agak tinggi. Mula2 190/120. Pastu doktor test guna manual, 160/97 kot. Lebih kurang la. Doktor kata, bahaya ni. Awak ada possibility untuk kena preeclampsia bila combination diantara tekanan darah yg begitu tinggi dengan bacaan protein dalam urine tu. "Awak boleh terkena sawan bila-bila masa sahaja", begitulah kata doktor. Doktor suruh aku masuk wad juga malam tu. Aku dah panik. Nak pergi hospital ni tadi pun aku dah rasa lama gile. Pastu kang hasben aku nak hangkut anak-anak, nak hantar barang2 aku utk masuk wad tu, satu kerja pulak jauh. Aku minta doktor refer ke hospital yang paling dekat dengan rumah la, PPUM.

Sampai PPUM, terus masuk wad HDU. Terputus dengan dunia luar, semua sehelai sepinggang kena pakai baju hospital tanpa henfon, tanpa bra tanpa spender. Memang makin stress. Masuk wad tu, BP kena pantau setiap jam. Huhu. Aku dah start kena makan ubat darah tinggi. Nefidipine dan Labetalol. BP aku still tak menurun dengan begitu cantik. Pusing-pusing dalam 146/95, 138/98 dalam range tu je. Tapi sudah cukup untuk untuk aku dipindahkan ke wad pre natal, iaitu tak perlu pantauan yg rapi seperti di HDU. Wad prenatal at least boleh la guna henfon, pakai bra dgn sepentot.

Aku stay 1 malam di pre natal, thennnnn bacaan BP aku still lagi ding-dong ding dong, aku dipindahkan semula ke wad HDU. Huhu. Memang sampai ke sudah bacaan BP aku tak cantik.

Doktor consult aku untuk aku keluarkan baby dan placenta, demi nak selamatkan aku dan baby. Doktor kata, sementara bp masih terkawal dan heartbeat baby masih lagi okay, eloklah aku buat keputusan yang bijak yang boleh mengurangkan risiko kehilangan dua2. Huhu. Dan sebenarnya sebelum masuk HDu semula tu, aku ada scan baby. Result scan, baby aku kecik daripada sepatutnya, air ketuban sikit dan baby songsang kepala ke atas. Perkara-perkara tu la yang meninggikan lagi risiko aku.

Aku memang rasa sangat berdosa kepada baby. Aku rasa aku la puncanya dia tak membesar elok2. Aku tak jaga makan. Doktor kata, bila baby tak dapat cukup nutrisi, dia hantar signal kepada placenta untuk tambahkan bekalan, jadi placenta tambahkan tekanan darah untuk penuhi permintaan baby. Sebab tu darah aku tinggi tak surut-surut. In fact, betapa taragunanya aku ni sebagai mak yg tengah mengandung, masa kat ofis 4hb tu, aku pergi makan Super Ring sepeket besar. Ni sebab terpengaruh dengan Black Pink la ni. Jenis yang cepat terliur. Nampak Super Ring pun nak terliur. Haramzadey mende perangai gitu. Kan dah effect blood pressure aku. Huhu. Sedih sis tau. Sebab sis anak sis dalam bahaya.

Akhirnya, hari Khamis, 7/11/2019 jam 3.00 petang, aku masuk bilik pembedahan untuk untuk keluarkan baby aku. Waktu tu usia kandungan baru 32 minggu. Baby baru je berat 1.5 kg. Kecik je. Selesai pembedahan, aku dimasukkan semula ke wad HDU, baby pula dimasukkan ke NICU. Baby tak ditunjukkan pun kepada aku selepas dia keluar daripada perut aku. Maybe kritikal dia perlukan oksigen pada waktu tu. Aku tak dpt jumpa baby aku, lepas tu pantauan sejam sekali untuk blood pressure aku yang still borderline je manjang. Dah la tak dapat contact sesiapa. Anak-anak aku yang sulung dan yang kedua tu dah 4 hari aku tak jumpa. Stressed sangat aku waktu tu. Memang tak gembira langsung. Suami aku hanya boleh melawat pada waktu melawat je la. Setiap kali dia dtg pun aku menangis. Manje sangat la konon tu. Ceh.

Walau apapun, aku yakin Allah mengaturkan yang terbaik buat aku. Nampaknya aku dapat rasa 2 kali bersalin normal, sekali keguguran dan sekali bersalin czer. Semuanya pengalaman bernilai buat aku. Walaupun sewaktu menghadapinya tu, amatlah perit untuk dilalui. Tapi syukur alhamdulillah, semuanya telah Allah permudahkan. Allah selamatkan aku dan baby.

Next, aku akan kongsikan cara untuk tuntuk turunkan tekanan darah dengan pantas secara alami.

24 April 2019

Orang Menjual, Aku Membeli

Sejahteralah ke atas kamu...

 Kat bawah ofis aku ni ada bazaar jualan yang aku tak tau sempena apa. Mungkin sempena gaji atau sempena nak sambut raya. Over kan, raya lambat lagi.

Aku ada la walk thru kat kaki lima tu tadi, memantau harga barang-barang sama ada masih di dalam kawalan ke atau di luar kawalan. Acah-acah Timbalan Menteri KPDNKK plok tetibe. 

Then, aku tersinggah kat satu gerai ni. Aku ter okay? Terrr... Sebenarnya aku nak tanya je. Tapi jenis aku, kalau aku dah tanya, biasanya aku tak sampai hati kalau tak beli. Aku pernah berniaga. Walaupun tak konsisten dan barang yang aku jual pun suam2 kuku je, tapi aku faham perasaan peniaga bila orang tak beli. Memang la tak kisah kalau orang tak beli. Memang la percaya dengan rezeki Allah. Memang la boleh berfikiran positif. Tapi..... ada satu perasaan halus dalam hati yg nak kata hampa tu, hampa juga la kot, tapi bukan la hampa sampai nak memaksa. Gamaknya, sebab tu la aku memang takde bakat nak jadi peniaga berjaya kot. Dah la malu nak promote. Pastu malas nak ke hulu ke hilir hantar barang. Dah tu, jadi la aku termasuk golongan pembeli je memanjang. Itu je aku bakat yang aku ada.

Madu kat rumah aku dah habis. Aku pulak selalu je takut nak beli madu sebarangan. Terutamanya kalau madu yang org jual tepi jalan pastu claim, madu tualang ke,madu asli ke. Pastu harga RM30. Kang bila simpan seminggu kat rumah, mendap gula kat bawah. Huiihh... Seram. Bayangkan la bila berapa banyak madu tak asli masuk ke badan kita. Memang kuanghaja cel4k4 laknatullah betul sape yang menipu jual madu tak asli. Sebab madu tu sepatutnya jadi ubat, tapi kalau banyak gula je dalam tu, apa nak jadi? Kerat kaki? Hish. Sis marah ni!!

Masa aku singgah kat gerai madu kat bazar kat ofis aku tu, aku soal siasat brader yang jual tu. Dah macam SPRM soal siasat kes rasuah je kekdahnya. Opss. Sensitif. Mula-mula aku tanya, madu ni macamana saya nak pastikan keaslian beliau? Pastu brader tu explained pong pang pong pang, pastu aku tanya lagi, satu persatu jenis madu aku tanya ini madu apa, ni madu apa. Madu yg aku beli ni, katanya madu yang ambil dari dalam hutan. Aku siap tanya, madu ni ambil daripada orang Asli ke? Dia kata tidak. Ada team derang sendiri yang collect madu tu dari dalam hutan. Aku siap suruh dia bersumpah dengan nama Allah lagi untuk mengonfirmkan bahawa madu ni asli. Sampai aku dah puas hati, baru aku beli. Itu pun, aku tak tau la betul ke tidak keasliannya. Aku hanya mampu berserah saje.





Itu je la nak cite.  Dah lama tak cerita dalam blog, skill bercerita pun dan mula nak jadi nelayan sebab pergi ke laut. Kah Kah.


14 February 2019

Budak Tadika Baru Nak Up

Sejahteralah ke atas kamu......

Luth dah 6 tahun. Sekejap je kan? Siapa yang memang follow blog aku daripada aku belum kahwin, sehingga aku dapat anak pertama, anak kedua (Sian budak ni, mama takde cerita sangat pasal dia di blog.) sehinggalah aku keguguran anak ke 3, akan rasa la betapa cepat masa berlalu. 

Masa umur Luth 5 tahun, aku tak hantar dia ke sekolah. Aku je yang ajar dia. Kenalkan dengan huruf dan nombor. Ajar dia mengira dan mengeja. Eja pun takde kaedah phonic-phonic pun. Aku tak reti ajar ikut gaya phonic. So, Luth dah ada basic la sikit dengan akademi walaupun tak de la hebat sangat. Aku ajar basic je. Well, sebab mak ayah pun jenis yang 'ke laut'. Takde disiplin sangat, rasa nak ajar, kami ajar. Pastu ajar pun ikut dan je berapa lama. Kalau paling lama pun 1 jam. Kadang 10 minit pun jadi. Asalkan setiap hari ada la sesuatu yang aku ajar pada dia.

Tahun ni, bila dia masuk 6 tahun, aku menggelupur la nak cari sekolah tadika untuk dia. Kalau ikutkan kepala aku, aku malas gak nak hantar dia gi sekolah tadika pun. Team flat earth sangat kan. Muahaha. Tapi aku fikir, sian pulak kang anak aku ketinggalan. Tiada pengalaman bersekolah tadika itu mungkin boleh memalukan dia. Ntah la. Aku agak je macam tu. 


Bermulalah aku mencari sekolah untuk Luth. Itu pun dah terlewat daripada sepatutnya. Aku mula mencari pada bulan Oktober, tahun lepas (2018). Sekolah pertama yang ada dalam fikiran aku ialah PASTI. Aku tak sure la, kenapa dalam mentaliti aku, aku suka silibus PASTI. Maybe sebab kos murah dan sekolah tu lebih marhaein daripada tadika swasta yang lain. Aku start google untuk cari lokasi sekolah PASTI dengan no telefon sekolah tu sekali. Ada lebih kurang dalam 10 sekolah PASTI yang berhampiran dengan rumah. Aku call semua. Malangnya, yang betul-betul dekat dengan rumah, penuh. Last PASTI yang aku call,  yang agak jauh daripada rumah je masih available. Yang itu sekali dengan daycare. Bayaran bulanan untuk sekolah dengan daycare, aku rasa macam RM320 kot. Masih lagi rendah berbanding duduk rumah pengasuh. Rumah pengasuh pun RM350.

Dalam masa yang sama, aku ada la masuk website specific kindergarten. Aku apply secara online. Tapi mostly semuanya berbunyi cengkerik sekali dengan bunyi burung gagak je. Tak response langsung persoalan-persoalan yang aku tanya. (Pertanyaan aku mesti la yang utama, berapa yuran.). Penting tu. Demi untuk memastikan kelangsungan shopping mama tidak terganggu. 

Sekolah PASTI yang jauh tu, aku dah gi confirm dah. Aku dah bayar deposit. Yuran belum bayor lagi. Aku jumpa principal dia, nampak helok. Cuma yang aku kureng sikit ialah rupa sekolah tu.... agak dhoif. Environment dia macam gloomy je. Surrounding dia aku tengok macam tak berapa secure sangat. Aku rasa, kalau aku yang kena gi sekolah kat situ, mesti aku malas nak gi sekolah. Maklum je la.. Aku ni dulu sekolah kat kampung. Kat kampung, laman, padang sekolah seluas-luasnya. Ini kalau tetibe kena sekolah kat tempat yang sempit, tak ada ruang bermain dan berlari.... rasanya tiap-tiap hari aku menangeh. Dan satu lagi masalah yang membuat aku kemurungan selama sebulan, ialah lokasinya. Jauh daripada rumah. Itu kekangan yang paling menyimpulkan minda aku. Jauh tu, kalau jalan lurus dan lengang takpe la jugak. Ini.... Dah terbayang dah, aku pergi waktu yang bukan peak hour pun, jem bagai nak rak. Bayangkan, pergi-balik aku kena lalu jem yang teruk. Uihhh.... bencinta.

Aku tak putus-putus memohon dengan Allah Taala supaya berikan aku jalan yang terbaik. (Susah rupa-rupanya nak decide sekolah tadika untuk anak ni.). Tahun depan, lagi mencabar kot, nak cari sekolah kebangsaan. Huwaaa... Tak tau nak hantar sekolah mana.....

Last sekali.... Ntah macamana.... Sekolah tadika yang kat bawah ofis aku ni, reply online application aku by email . Yuran dia mula-mula aku ingat macam mahal giler babeng.... Sekali bila aku kira-kira, agak murah berbanding Real Kids yang kat depan rumah aku. (Real Kids ni aku memang rejek awal-awal sebab daycare dia sampai kul 5 ptg je kot.). Allah beri aku ilham untuk hantar Luth sekolah yang dekat dengan ofis aku ni. Sedangkan, aku langsung tak consider pasal silibus sekolah tu, helok ke tidak. Aku cuma fikir lokasi je. Lokasi yang menyenangkan hidup aku. (kehkeh.. jangan marahhh ahh). Dan daycare dia sampai jam 7 ptg. Cuma yuran bulanan dia tu je la, memang lebih daripada double yuran rumah pengasuh. Aku tak kira dah tu semua. Bagi aku, asalkan aku senang nak hantar dan ambil anak aku dari sekolah, tak lalui jem 40 kali sehari, itu pun aku rela bayar mahal. Kata kakak aku, okay la tu,.... Cost effective. Sekolahnya pun nampak helok la juga. Sesuai la dengan yuran. Mama hanya mampu berhuhu bila bajet shopping mama terpakse dikorbankan. Tapi takpe Luth. Demi Luth. Mama rela. 

Tapi, tak kira, walaupun sekolah cantik ke, dekat dengan ofis mama ke, teachers baik ke, Luth tu kalau dia nak menangis, dia menangis je masa aku hantar dia kat pintu kaca sekolah. Tepuk dahi 6 kali. Ada sekali tu, aku laporkan kat papa dia ikut Whatsapp. "Hari ni Luth menangis". Papa dia cakap, "Oh, semalam Luth bagitau papa, esok Luth nak nangis la.". Sekali betul-betul dia buat. Tepuk dahi lagi sekali. 😳.


15 January 2019

Rezeki

Sejahteralah ke atas kamu. 

Warning. Entry ini tidak bergambar. Dan panjang. Siapa rajin baca, dialah insan terpilih.


Aku memang tak kaya. Setakat ini, rezeki aku cukup dan tak pernah rasa kesempitan. Walaupun duit sikit, tapi aku tetap rasa lapang. Sentiasa merasa cukup. Itu, bagi aku adalah rezeki terbesar yang Allah anugerahkan kepada aku dan keluarga. 

Cuma, walaupun cukup, tapi aku tetap tidak dapat nak membantu orang lain sangat. Kalau ada kawan atau saudara yang kesusahan, aku tak dapat nak bantu banyak. Setakat bagi pinjam serat-dua rat gitu je la sokmo. Kadang-kadang dapat balik. Kadang2 memang lenyap ditelan masa je la hutang-hutang tu.

Aku rasa, aku ada perangai yang sukakan perkara-perkara ajaib. Aku suka tengok atau baca kisah yang menakjubkan, keajaiban Allah. Macam kisah masjid yang terselamat semasa dilanda tsunami. Seperti kisah saudara-saudara baru yang memeluk Islam dengan keajaiban kisah perjalanan mereka untuk melafaz kalimah syahadah. Salah satu kisah ajaib yang aku suka baca ialah keajaiban amalan bersedekah. Sehinggakan aku sendiri teringin untuk merasai sendiri nikmat bersedekah itu dengan sesuatu pulangan yang aku boleh nampak dan rasa bahawa, "Inilah balasan bersedekah".

Sebelum ni, aku bukanlah tak pernah bersedekah. Kita ni manusia kan. Orang Islam pula tu. Pasti akan ada sedekah yang kita keluarkan. Cuma waktu itu, aku bersedekah hanya untuk mendapat redha Allah. Kali ini, aku nak bersedekah, dan ingin merasa sendiri pulangan bersedekah tu. (Teruknya aku. Minta yang bukan-bukan.)

Aku bermula dengan menyediakan makanan kepada orang surau. Pada hari-hari tertentu. Hari Isnin, Selasa, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Biasanya hari Khamis memang ada orang lain yang sediakan makanan. Sebab hari Khamis kat surau happening kerana ada bacaan Yaasin. Aku sediakan makanan pada hari-hari lain la. Rabu pun aku tak sediakan makanan sebab husband balik lambat setiap Rabu.

Menu yang aku sediakan biasanya kuih-kuih je. Sandwich telur, sandwich sardin, karipap, sardin gulung, keropok lekor dan banyak lagi la. Biasanya husband aku pergi bersolat jemaah di surau pada waktu Maghrib. Sementara tunggu masuk waktu Isyak, husband akan balik rumah. Waktu tu la aku sediakan. Ada yang aku buat sendiri, ada yang aku tempah dan ada yang aku beli frozen je. Waktu Isyak, selepas solat, husband aku akan balik untuk ambil makanan yang aku siapkan. Bertambah la step dia. Kalau dia kerja EsEsEm, confirm Jati Diri dalam SKT dia dapat 10 markah untuk kategori BookDoc.

Begitulah rutin aku selama beberapa minggu. Aku rasa 2 minggu je kot. 

Suatu hari, aku naik lif kat ofis, tiba-tiba... ada sorang akak tu kata aku nampak kurus. Itu pun dah rezeki dah buat aku sebab berat aku tak berkurang, aku gemuk. Tapi bila orang nampak aku kurus tu, dah seronok dah aku. Haha.

Ok, acah je. Suatu hari, aku tergerak hati aku untuk  buka Nuffnang aku. Aku ni dah setahun tak update blog. Tapi aku tengok Nuffnang aku ada duit dalam tu. Fuh... Aku rasa macam berkaca mata. Takde la banyak, tapi amount tu pun tak ada sape nak bagi free pun. So, aku cash out the money. Blog aku yang tak berupdate pun ada orang sudi baca. Yang aku tengok view paling tinggi pada post aku , Cendawan Goreng Tepung Rangup dan Ketulan Bawah Keti.Yak. 

Lepas tu, aku buka balik akaun Global Market Test. Page ni aku biasa buat survey online. Kalau aku lengkapkan survey, aku akan dapat points. Bila aku check, points aku ada banyak. Aku boleh tukar jadi e-gift voucher. So aku pilih untuk tukar kepada voucher Lazada. So, dapat la aku beli 5 barang kat Lazada. Kena tambah sikit la duit pos. 

Dan yang paling aku terasa anugerah Allah balas sangat ialah..... Kawan aku yang pinjam duit aku lama dulu. Yang dia sendiri dah lupa dia pernah pinjam duit aku. Aku saje je contact dia, aku mintak hutang. Dia terus bank in RM1500. Itu baru separuh hutang dia. Lagi separuh dia kata nak bayar bulan depan. Oleh sebab kejadian ni berlaku bulan lepas. So, bulan depan tu ialah  bulan ni la. So, balance tu pun dia dah bayar. Alhamdulillah sangat. Aku pun terus beli periuk Shogun kat Go Shop. eh tiber.

So, sekarang aku dah back to normal. Aku dah takde la rasa macam nak tengok lagi keajaiban yang Allah beri. Bagi aku sudah cukup yakin dan percaya dah dengan imbalan yang akan Allah pulangkan kepada hamba-hambaNya yang bersedekah. Aku yakin itu. Mungkin kalau tak nampak di dunia, insyaAllah di akhirat.

Oh, pasal makanan kat surau tu. Husband aku kata, orang-orang surau semua gembira bila selepas solat Isyak, ada makanan yang boleh mereka nikmati. Memang macam piranha, sekelip mata habis. Mereka gembira, aku pun rasa seronok dan berbaloi sangat. Alhamdulillah. Bahagia itu ada banyak jalannya. 


14 January 2019

Amazin' Graze Yang Sangat Om Nom Nom

Sejahteralah ke atas kami...eh, kamu..

Aku kalau datang angin aku malas nak breakfast , aku hanya akan makan makanan hamster. (malas tu merangkumi ; malas nak fikir nak makan apa, malas nak pergi cari kat cafe, malas nak kunyah, malas semua sekali la pendek katanya. Dan kalau nak tahu, boleh dikatakan setiap hari aku gitu (malas) kecuali weekend.) 

Acah je. Takkan la aku nak makan makanan binatang pulak. Mesti la makanan manusia. (Kang tetiba kena saman 4 juta dengan Amazin' Graze sebab pitnah dia keluarkan makanan hamster.).


Ini sebenarnya Hazelnut Blackforest Granola, tapi berperisa coklat yang sangat-sangat chocolaty taste. Nampak ni, gambar pada bungkusan ni siap ada gambar daun limau purut, daun kelapa dan daun pandan.



Memula, Misha (jiran sebelah meja aku) yang beli di CVS Pharmacy. Aku mengecek sikit, sekali bila aku rasa, fuyyohh.. Sangatlah kena dengan 'chocolate tongue' aku ni. Sedapnyoh. Omm..Nom...nOmm... Mintak sikit lagi,.. nyom..nyom..



Tak cukup kalau makan orang punya ni. Aku beli sendiri. Aku rasa macam aku dengan Misha je la yang menghabiskan stock Hazelnut Blackforest ni kat CVS. Sebungkus harganya RM19.90. Aku makan sambil buat kerja, ala-ala makan popcorn masa tengok wayang. Punya la 'fun' buat kerja kan, sampai boleh tersama pulak feeling dia macam tengok wayang. 

Dah tu, kalau aku dengan Misha je yang asyik beli benda ni, sampai habis dah kat CVS, susah nak cari dah situ. Yang tinggal semua perisa lain. Cashier CVS Pharmacy tu kata memang perisa tu ramai orang beli. (Ohh... terperasan la rupa-rupanya aku tadi. Ingatkan aku dengan kawan aku je reti makan makanan hamster. Keke.). Banyak lagi perisa lain yang ada. Tapi yang lain aku macam takleh nak kawan dengan dia. Apatah lagi nak couple. Tapi satu lagi perisa yang selalu Misha beli, yang aku boleh la suka la sikit-sikit, ialah perisa ni;



Dah oleh sebab susah sangat dah nak dapat Hazelnut Blackforest Granola ni, kami pun skodeng laman rasmi Amazin'Graze. Kami beli kat situ je. Beberapa hari, bungkusan City Link sampai, siap hantar naik atas. Tersipu-sipu kejap hakak bila kena menganjing dengan pakcik-pakcik bawang kat ofis ni. (Biasanya kalau poslaju atau bungkusan yang sis beli online, sis kena turun bawah je. Posmen takleh naik atas. Ataupun sebenarnya posmen malas nak naik atas.). Pakcik-pakcik bawang siap tanya, "apa benda pulak ko beli ni Lyd. Siap sampai ke atas dia hantar.". Gitu je la. Takde la kena menganjing pun. Aku saje je tambah cerita nak bagi cerita aku ni sedap.  

Ni stock aku. Aku beli 4 bungkus. Sebungkuih aku dah ngap la. Tu yang aku ambik gambar kat atas tu la.



Ni stock Misha. Dia beli 4 bungkus.



Korang try la kalau berani. Granola ni sama je macam konsep granola biasa. Makan begitu saja Uncle Slocumn pun boleh, nak makan dengan susu ala-ala Captain Honey Star pun boleh. *Aku tak diet pun. Sebab tu berat aku tak makin meringan.

Amazin'Graze takde bayar aku pun dengan review aku ni. Tapi kalau ada wakil Amazin'Graze baca entry ni, belanje aku Hazelnut Blackforest 4 bungkus pun aku dah suka. Kehkeh. (Ajet-ajet macam blog femes je.)

07 January 2019

Anak Hitam Anak Putih

Sejahteralah Ke Atas Kamu.....

Pernah sekali, aku terbaca post kawan aku di FB. Katanya, semasa dia baru sampai di rumahnya, terdengar anak sulung perempuannya menangis dari dapur. Bila diselidiki, anaknya itu mencuci muka menggunakan pencuci muka mamanya (kawan aku la mama dia) sehingga pedih mata dan menangis. Punca anak kecil itu mencuci muka bersungguh-sungguh, kerana katanya "Nak jadi putih macam mama dan adik beradik yang lain)....... Anak itu usianya masih muda (Aku tidak ingat umurnya berapa, tapi masih sekolah rendah rasanya.). Orang sekeliling selalu bertanya kenapa dia hitam, tak macam adik-adik? Kalian rasa, apa perasaan anak itu bila dibanding-bandingkan kekurangan dia dengan adik beradik yang lain.

Aku yang baca status kawan aku tu pulak yang menyirap. Orang-orang ni kan..... Bila nak komen pasal orang lain, meluncur je perkataan hinaan keluar daripada mulut. Tak fikir dah perasaan orang yang dihina tu. Kalau orang dewasa yang terima kecaman pun dah rasa sedih, apatah lagi anak-anak kecil.

Anak sulung aku Luth, kulit dia memang ikut aku. Dia hitam. Macam aku. Lutut hitam, siku hitam. Aku memang dah tau dah kata-kata orang yang akan Luth dengar untuk membanding-bandingkan dia, terutamanya kalau dia duduk bersama papa dan adik dia. Kalau papa bawak dia seorang pergi kedai, orang tengok Luth akan kata, "Anak ini mesti ikut mak dia kan?". (Muka dan kulit memang macam mama). 

Jadi, untuk mempersiapkan mental Luth supaya dia tak rasa down, aku tukarkan situasi kulit dia yang tak putih tu dengan kondisi yang nampak macam 'it's okay kulit i macam ni. It doesn't matter at all.". Caranya dengan memberitahu Luth bahawa Luth geng dengan mama sebab kulit hitam. Yafith geng dengan Papa sebab kulit putih. So, dia okay je la. Lepas tu bila ada orang kata dia hitam, dia okay je. Dia mengiyakan dan kata, "Ye. Sebab Luth geng mama.". Anak-anak ni kan... kalau dapat sama geng mama memang rasa best. Walaupun mama garang. Kuikui. (Tapi kalau time berlawan, mesti la nak geng papa. Sebab papa cergas. Mama ikan paus.)

Itulah cara aku prepare mental anak aku tentang kekurangan dia. Actually dia pun bukan la hitam sangat. Tapi dah cukup untuk membuat makcik bawang mengata. Dan Yafith pun bukanlah putih sangat, cuma 2 tona je lagi cerah daripada abang dia. Bukanlah putih melepak macam salji pun. Cuma dia boleh dijadikan subjek untuk perbandingan dengan abang dia. Tu je. Padahal hal ni, hal kecik je. Aku tak kisah pun, hanya nak prepare mental anak aku supaya tak rasa down je. Just in case omputih kata.

Dahh... Pendek je aku belanja post hari ni. 

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...