Skip to main content

Rezeki

Sejahteralah ke atas kamu. 

Warning. Entry ini tidak bergambar. Dan panjang. Siapa rajin baca, dialah insan terpilih.


Aku memang tak kaya. Setakat ini, rezeki aku cukup dan tak pernah rasa kesempitan. Walaupun duit sikit, tapi aku tetap rasa lapang. Sentiasa merasa cukup. Itu, bagi aku adalah rezeki terbesar yang Allah anugerahkan kepada aku dan keluarga. 

Cuma, walaupun cukup, tapi aku tetap tidak dapat nak membantu orang lain sangat. Kalau ada kawan atau saudara yang kesusahan, aku tak dapat nak bantu banyak. Setakat bagi pinjam serat-dua rat gitu je la sokmo. Kadang-kadang dapat balik. Kadang2 memang lenyap ditelan masa je la hutang-hutang tu.

Aku rasa, aku ada perangai yang sukakan perkara-perkara ajaib. Aku suka tengok atau baca kisah yang menakjubkan, keajaiban Allah. Macam kisah masjid yang terselamat semasa dilanda tsunami. Seperti kisah saudara-saudara baru yang memeluk Islam dengan keajaiban kisah perjalanan mereka untuk melafaz kalimah syahadah. Salah satu kisah ajaib yang aku suka baca ialah keajaiban amalan bersedekah. Sehinggakan aku sendiri teringin untuk merasai sendiri nikmat bersedekah itu dengan sesuatu pulangan yang aku boleh nampak dan rasa bahawa, "Inilah balasan bersedekah".

Sebelum ni, aku bukanlah tak pernah bersedekah. Kita ni manusia kan. Orang Islam pula tu. Pasti akan ada sedekah yang kita keluarkan. Cuma waktu itu, aku bersedekah hanya untuk mendapat redha Allah. Kali ini, aku nak bersedekah, dan ingin merasa sendiri pulangan bersedekah tu. (Teruknya aku. Minta yang bukan-bukan.)

Aku bermula dengan menyediakan makanan kepada orang surau. Pada hari-hari tertentu. Hari Isnin, Selasa, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Biasanya hari Khamis memang ada orang lain yang sediakan makanan. Sebab hari Khamis kat surau happening kerana ada bacaan Yaasin. Aku sediakan makanan pada hari-hari lain la. Rabu pun aku tak sediakan makanan sebab husband balik lambat setiap Rabu.

Menu yang aku sediakan biasanya kuih-kuih je. Sandwich telur, sandwich sardin, karipap, sardin gulung, keropok lekor dan banyak lagi la. Biasanya husband aku pergi bersolat jemaah di surau pada waktu Maghrib. Sementara tunggu masuk waktu Isyak, husband akan balik rumah. Waktu tu la aku sediakan. Ada yang aku buat sendiri, ada yang aku tempah dan ada yang aku beli frozen je. Waktu Isyak, selepas solat, husband aku akan balik untuk ambil makanan yang aku siapkan. Bertambah la step dia. Kalau dia kerja EsEsEm, confirm Jati Diri dalam SKT dia dapat 10 markah untuk kategori BookDoc.

Begitulah rutin aku selama beberapa minggu. Aku rasa 2 minggu je kot. 

Suatu hari, aku naik lif kat ofis, tiba-tiba... ada sorang akak tu kata aku nampak kurus. Itu pun dah rezeki dah buat aku sebab berat aku tak berkurang, aku gemuk. Tapi bila orang nampak aku kurus tu, dah seronok dah aku. Haha.

Ok, acah je. Suatu hari, aku tergerak hati aku untuk  buka Nuffnang aku. Aku ni dah setahun tak update blog. Tapi aku tengok Nuffnang aku ada duit dalam tu. Fuh... Aku rasa macam berkaca mata. Takde la banyak, tapi amount tu pun tak ada sape nak bagi free pun. So, aku cash out the money. Blog aku yang tak berupdate pun ada orang sudi baca. Yang aku tengok view paling tinggi pada post aku , Cendawan Goreng Tepung Rangup dan Ketulan Bawah Keti.Yak. 

Lepas tu, aku buka balik akaun Global Market Test. Page ni aku biasa buat survey online. Kalau aku lengkapkan survey, aku akan dapat points. Bila aku check, points aku ada banyak. Aku boleh tukar jadi e-gift voucher. So aku pilih untuk tukar kepada voucher Lazada. So, dapat la aku beli 5 barang kat Lazada. Kena tambah sikit la duit pos. 

Dan yang paling aku terasa anugerah Allah balas sangat ialah..... Kawan aku yang pinjam duit aku lama dulu. Yang dia sendiri dah lupa dia pernah pinjam duit aku. Aku saje je contact dia, aku mintak hutang. Dia terus bank in RM1500. Itu baru separuh hutang dia. Lagi separuh dia kata nak bayar bulan depan. Oleh sebab kejadian ni berlaku bulan lepas. So, bulan depan tu ialah  bulan ni la. So, balance tu pun dia dah bayar. Alhamdulillah sangat. Aku pun terus beli periuk Shogun kat Go Shop. eh tiber.

So, sekarang aku dah back to normal. Aku dah takde la rasa macam nak tengok lagi keajaiban yang Allah beri. Bagi aku sudah cukup yakin dan percaya dah dengan imbalan yang akan Allah pulangkan kepada hamba-hambaNya yang bersedekah. Aku yakin itu. Mungkin kalau tak nampak di dunia, insyaAllah di akhirat.

Oh, pasal makanan kat surau tu. Husband aku kata, orang-orang surau semua gembira bila selepas solat Isyak, ada makanan yang boleh mereka nikmati. Memang macam piranha, sekelip mata habis. Mereka gembira, aku pun rasa seronok dan berbaloi sangat. Alhamdulillah. Bahagia itu ada banyak jalannya. 


Comments

  1. dulu aku ada sikap kedekut sikit.. aku selalu ckp, org tu x pernah pun tolong aku..buat apa aku nak tolong dia.. time aku susah pun dia tak pernah tolong..
    then aku fikir balik2.. aku rasa aku tak pernah pun sesusah mna.. sb Allah dah tolong aku...ya allah...

    ReplyDelete
  2. Dik...biasanya aku dgr surat tersalah alamat boleh dikembalikan. Tapi takde lak kisah rezeki tersalah alamat (atau penerima). Macam dakwaan malaikat terbuat silap.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum sahabat blogger.lama saya tak jengah sini..gigih betul ye update blog dan masih bertahan sampai harini..salam ukhuwah buatmu

    ReplyDelete
  4. Takjubnya kan.. Memang amalan sedekah ni pulangannya lumayan. Kita tak berharap pun Allah bagi.. Apalagi jika kita berharap

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...