Iklan! Iklan! Sila Click!

28 December 2018

Aplikasi Shopping Online Yang Paling Aku Suka

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku yakin, sekarang ni, boleh dikatakan semua orang dah suka membeli belah melalui Online. Kalau ada yang masih belum terjebak tu, aku ucapkan tahniahlah kepada dia. Syabas bettey!

Siapa sangka, Pejabat Pos kembali sibuk selepas pernah mengalami kemerosotan apabila e-mail dan SMS mula digunakan secara meluas dan orang dah semakin jarang pos surat guna setem. Sekarang Pejabat Pos dah bersinar kembali. Aku rasa terharu. Eh. tetibe. Padahal aku takde kaitan pun dengan Pejabat Pos.

Terus, aku nak mengaku bahawa aplikasi shopping online yang paling kerap aku gunakan ialah Shopee. Sebelum Shopee, Lazada. Lazada aku banyak beli barang-barang besar seperti rak, almari, kerusi dan peralatan rumah (iols rakyat marhaein, beli perabot pun online je.) Shopee pula, aku banyak beli make up, baju cap China walaupun kat tajuk tulis Korean Style, tapi sebenarnya datang daripada China. Sama macam tasbih yang dijual di Mekah tu. Ko faham kan?

Kan mula-mula aku banyak shopping di Lazada. Pastu bila dah terjebak dengan Shopee, aku terus tinggal Lazada. Sehinggalah baru-baru ini, aku installed Apps Lazada, tengok-tengok kat akaun aku, ada 38 barang yang aku perlu review. Dah rasa macam tak siap kerja sekolah pulak. Gigih aku ambik gambar satu persatu barang dalam rumah aku untuk aku review. Niatnya hanya nak membantu pembeli lain supaya tahu product tu macamana, bagus ke tidak. Bila aku ambik gambar, pergghh... satu rumah kot barang-barang yang aku beli kat Lazada. Termasuk, aircond dan kipas syiling sekali. Meja menjahit aku pun. Meja belajar anak pun. Rumah aku boleh jadi rumah contoh perabot online dah ni aku rasa.

Kat Shopee, aku suka sebab aku boleh chatting dengan seller. Chatting yang macam berborak dengan mesra untuk deal barang. Dan chatting tu private. Kekeke. Ye lah, kalau ko nak tanya saiz bra available ke tak, tidak la malu sangat kan. Atau nak beli skincare, nak bagitau, "kulit muka shaye lubang-lubang dan kering", idok la malu sangat kan. 

Satu lagi Apps yang aku suka guna ialah My Sale. My Sale ni kalau aku nak beli branded authentic perfume, handbag atau make up dengan harga yang mughahhhhhnya ohoiii... Tapi, aku nak bagi last warning no 3 ni, kalau ko beli di My Sale, delivery dia lama gila. Lama yang macam 2 bulan belum tentu sampai. Pastu ko nak check status pun dah selepas sebulan baru update sekali. Then senyap. Time ni ko hanya gunakan tawakkal yang tinggi je untuk berharap barang ko sampai. Setakat ni belum pernah lagi barang MySale tak sampai. Semua sampai dengan selamat dan helokkkk sekali. Last aku terima barang make up aku daripada MySale ialah make up ni. 

Aku pakai mekap biasa je yang beli kat drug store. Tapi yang ni, kalau satu compact powder ni aku beli kat Watsons, harga dia RM55. Ni aku beli kat MySale kesemua yang di atas harga RM148 termasuk postage. Ada 4 compact powder, 1 blusher dan 1 bronzer. Oyeah, terasa genius. (Postage untuk MySale, kalau kamu beli 1 barang sekalipun, harganya tetap RM25. Pos mahal.). Sebab tu kalau aku nak beli, aku beli beberapa barang sekali. *Physician Formula ni nanti aku review walaupun takde sesape bayar review aku tu.*

Satu teknik aku membeli barang online ni ialah, dengan membaca review. Biasanya review atau star rating agak membantu. Cuma kadang-kadang, review macam laha*&#!. Orang nak tahu pasal product tu, tahan lasak ke tak, material dia macamana, bagus ke tidak. Tapi yang bagi review, sibuk dok review pasal postage. Bagi 5 bintang sebab postage laju. Order semalam, minggu lepas dah sampai. Woww sgt postage dia. Then yang bagi 1 bintang pulak, sebab postman being rude to me. Motif??! Lantak la posmen tu biadab ke tak, sekarang ni ko nak bagi rating kat product tu ke atau kat Pejabat Pos?(Tarik aku, tarik aku, kang aku pukul orang bg review tu kang. Marah ni!). Walaupun memang betul ada seller yang lembab kelubi nak pos barang yang kita order. Yang tu boleh la komplen tapi product tu kalau elok, tolong la komen sekali. Comprehend?

Si Dagu Runcing

Sejahteralah ke atas kamu....

Budak dagu runcing ni kan. Ada sekali tu, dia asyik merengek je. Masa merengek tu dia tunjuk mulut. Aku check dalam mulut dia takut ada ulcer ke, gigi nak tumbuh ke. Takde. Dengan husband aku pun dia merengek macam tu. Kiterang musykil la juga. Pastu aku belek satu-persatu muka dia. Aku tengok kat dagu dia ada kesan macam melecet, sebesar 0.5cm x 0.5cm. Kat melecet tu macam dah takde kulit. Merah-merah la sikit. Aku tanya Luth, kenapa dagu adik luka ni? Luth kata tak tahu. Pastu Luth siap buat spekulasi sekali dengan demo. Luth kata, "Agaknya adik terjatuh macam ni agaknya", sambil buat gaya terjatuh dan dagu tertumus ke lantai. Tah hapa-hapa. 

Aku cuba nak mengingati apa yang dia main sebelum tu. Hari itu hari Sabtu. Husband aku kerja. Aku jaga anak-anak di rumah la, of cause. Aku nak menyusukan Yafith  untuk tidurkan dia di dalam bilik. Sekali Yafith tak tidur pun. Aku yang tidur. Aku sedar-sedar, tengok dua beradik tu tengah selongkar laci barang-barang stok shampoo dan sabun. Dalam tu macam-macam la ada. Sabun-sabun hotel la yang banyak. (Selekeh sangat kan perangai suka ambik sabun hotel. Tapi aku rasa semua orang pun suka buat kan? Sebab suka nak buat souvenir. PASTU TAK PAKAI, THEN BUANG. Ciss.). Dalam laci tu juga ada berus gigi, ubat gigi, ubat nyamuk, krim, losyen, baby powder......dan....... aku ternampak shaver husband aku. (Pisau cukur yang dah sekali dengan batang tu.). Aku perasan shaver tu takde penutup. So, bila tengok dua orang kenit tu main laci barang-barang tu aku hambat semua keluar bilik. Tutup laci semua, keluar dan tutup pintu bilik.... Jadi, suspek terbesar untuk dagu melecet Yafith tu ialah shaver tu la. Cuma aku tak pasti sama ada yang shave dagu dia tu abang dia atau diri dia sendiri. Luth tu pun boleh tahan juga nakal senyap tu. Depan aku dok diam-diam je. Kang kalau lepa je sikit, ada je la benda-benda pedooh yang dia buat. 

Aksi Superman atas meja makan.

 

 Budak Yafith ni anak papa. Manja dengan papa. Cari mama bila nak tidur nak susu je. Aku tengok gaya dia, macam ada potensi pandai main bola macam papa. Sebab bila papa buat aksi guna bola, dia akan ikut.

Yafith ni suka menyakat abang dia. Abang pulak memang cengeng, kuat menangeh, hati cepat betul sebak walaupun puncanya kecik sangat seperti karpet terlipat sikit adik buat, tu pun dah boleh buat dia menangis. 
 Lepas dia dah buat abang menangis, dia akan datang peluk, cium abang. Abang pun terus okay. Berdrama swasta tiap-tiap haghi nkorang ni kan?

Pergi Al Ikhsan, dia buat kedai tu macam rumah dia pulak. Main bola dalam tu. Kat rumah aku ada 2 bola sepak papa dia. Biasa dia main bola tu la. Aku suruh papa dia basuh siap bersabun lagi kalau betul nak main bola kat dalam rumah. Kalau tidak, ko bayang la, bola yang dok lenjan kat padang bola, kotor2 tu nak bawak masuk dalam rumah, main dalam rumah. Eii. Memang memohon kecaman la tu daripada mama monster ni.

Ni kat dalam ruang legar dalam The Parenthood, Sunway Putra Mall. Dia main je buat hal dia, tak peduli dah orang lain.


Oh, mama teringin nak enter frame. Ye lah, dah lama tak tayang muka tompok-tompok ni dalam blog. Walaupun segan sebab kitew tak cantik sangat, tapi sesekali teringin, mahapkan je lah. Ye?

Suka sangat main kucing dia ni. Tapi dia pandai..... kalau pegang kucing, dia memang akan pegang lembut je. Takde la main terjah je cekik kucing ke, tarik kaki ke. Memang dia usap kucing perlahan-lahan je. Part ni aku rasa dia ikut aku. Aku dulu masa kecik-kecik, membesar seorang je kat rumah. Maksud aku, tak ada adik beradik lain. Hanya aku dan arwah mak. Kakak-kakak dan abang-abang gi skolah/kerja, sahabat baik aku hanya kucing. Dan aku membahasakan diri aku dengan kucing tu 'KakDa'. Macam aku ni kakak kucing la. Hikhik. So, ahli keluarga aku pun mula panggil aku KakDa. Tapi orang Pahang sebut 'KokDa'. Eh... Eh.... Tercerita pulak.

Ni la aktiviti dia yang buat aku lemah semangat. Suka curah makanan atas lantai. Abang dia dulu memang takde la nak buat gini. Mungkin sebab abang kurang berdikari sikit. Semuanya aku yang suap. Luth tu, kalau aku suruh dia suap sendiri, berapa suap je dia suap sendiri, pastu dia suruh aku suap sebab dia kata dia penat. Tapi aku layan je la walaupun membebel. Alaa... Moment masa anak-anak kecik ni sekejap je. Lepas ni, bila dah besar-besar sikit, dia dah tak perlukan kita sangat pun untuk suapkan dan cebokkan dia.



Post ni aku dah taip lama, tapi aku tak publish. Ni baru nak publish. Kekeke. Cerita personal, aku tetibe je rasa segan nak kongsi. 

20 December 2018

Beza Berpantang Bersalin Normal Dengan Berpantang Keguguran

Sejahteralah ke atas kamu.....


Aku bukanlah seorang makhluk Tuhan yang paling seksi sangat kuat berpantang. Tapi aku juga bukanlah juga spesis manusia yang langsung tak berpantang dan main langgar je semua bentuk pantang larang. Aku berada di tengah-tengah. Di antara Zohor dengan Asar, di antara Maghrib dengan Isyak, begitulah perumpamaannya.

Bagi aku, apa-apa juga yang kita lakukan biarlah bertempat. Biarlah bersederhana. Kalau anda seorang yang terlampau tradisional mengikut pantang, jangan la sehingga nutrisi dalam badan terjejas. Aku berpantang semasa bersalin anak pertama dulu, tak dibernarkan makan buah-buahan. Sedangkan aku, setiap hari biasa, memang suka makan buah cam monkey. Tiba-tiba di hari kejadian, aku tidak dibenarkan makan buah.... Fuhhh menderita usus besar aku. Terpaksa makan ubat sembelit. Bayang dengan luka bawahan yang belum sembuh, nak meneran sembelit lagi. Ouchhhh...

Dan jikalau anda begitu moden sekalipun, jangan la semua benda pun dilanggar. Kononnya, tiada kajian, tiada bukti saintifik. Biasanya petua dan pantang tu daripada pengalaman orang. Kalau anda cuba dan anda berjaya makan tanpa rasa sakit atau kesan sampingan kepada diri sendiri dan bayi, silakan. Tetapi jangan menidakkan semua pantang yang orang lain amalkan kalau pantang itu sesuai dengan tubuh badan mereka. Panjang lagi aku nak bebel, tapi ye lah... Perkara begini sebenarnya agak taboo untuk dibincangkan, nanti ada yang sensitif.

Beza pengalaman aku semasa berpantang bersalin normal dengan bersalin kerana keguguran;

1. Kadar Kesakitan;

Bersalin Normal:- Sakit pada tempat keluar bayi. Berpunca daripada koyakan atau jahitan yang belum sembuh. Dalam masa yang sama, anda akan rasa tidak selesa kerapa menyusu badan, bau susu masam, breast bengkak susu dan kepenatan berjaga malam. Tapi bahagian dalam perut, langsung tak sakit. Hanya akan rasa cramp apabila sedang menyusukan bayi. Kata orang, sewaktu menyusukan bayi, rahim mengecut.

Bersalin keguguran:- Langsung tiada kesakitan luka pada kemaluan. Tiada breast yang bengkak susu. Tidak kepenatan kerana berjaga malam. Tetapi di dalam rahim selalu rasa sakit. Aku akan rasa sakit berlebihan jika aku termakan sesuatu yang badan aku belum ready untuk terima. Yang aku perasan, makanan yang betul-betul membuatkan rahim aku rasa senak dan rasa bisa ialah betik muda. Mula-mula makan selepas gugur tu, dah rasa sakit. Cuma tak pasti. Kali kedua, aku memang sengaja beli betik muda untuk test. Ternyata memang sakit.


2. Makanan

Bersalin Normal:- Aku agak berjaga-jaga dengan makanan sewaktu berpantang waktu ini. Tersilap makan makanan yang berangin, anak akan jadi kembung (doktor, mohon jangan kecam saya ye. Doktor kata, tiada makanan yang berangin. Tapi Dietitian kata ada makanan yang boleh membuatkan perut bergas, itu yg menyebabkan angin). Contohnya, aku pernah minum Milo semasa berpantangkan Luth. Biasanya aku bancuuh serbuk koko sendiri dengan gula sikit dan susu segar. Hari itu, entah angin lintang apa yang merasuk, tiba-tiba rasa nak minum Milo. Luth sembelit. Sedangkan menu harian aku tidak berubah. Dan biasanya jadual buang air besor dia elok je. Mungkin secara kebetulan, tetapi aku tidak mahu ambil risiko sebab ianya melibatkan anak.

Bersalin Keguguran:- Aku makan je seperti biasa. Menu harian, nasi segenggam, ikan bakar, dan sayur. Gitu je la. Pedas memang langsung tak boleh. Sebab aku akan sakit perut.(Perut yang perut. Bukan rahim ye. Gastrik la ni.). Walaupun aku berpantang sendiri je, tak balik kampung pun, tapi aku berpada-pada juga la makan. Tak ada la makan fast food ke, junk food ke segala. Masih lagi fatonah di dalam memilih makanan.


3. Rawatan Selepas Bersalin

Bersalin Normal:- Orang-orang tua dan mak bidan kata, seelok-eloknya selepas 3 hari bersalin tu boleh berurut. Bertunku boleh terus selepas sehari. Boleh bertangas. Boleh sauna juga. Urutan pada rahim digalakkan. Mandian herba juga sangat bagus, boleh letak herba-herba yang panas seperti daun-daun tak tau apa ke nama la. Ubat-ubatan dalaman seperti jamu yang panas-panas tu, boleh je ambil kalau tidak memudaratkan bayi menyusu badan.

Bersalin keguguran:- Kalau keguguran, mak bidan tak urut terus. Tak boleh urut katanya. Mak mentua aku pun tak benarkan urut terutamanya pada bahagian rahim. Bertungku dan bertangas jauhkan sama sekali. Malahan, nak mandi herba pun dia tak galakkan. Resepi air mandian aku masa berpantang gugur ni hanya air yang direbus bersama daun pandan dan sebungkus halba yang dibungkus dengan kain. Halba tu, letak loose je dalam kain supaya apabila dimasak, halba ada ruang untuk mengembang. Air mandian yang suam-suam tu, tuamkan pada betis dan peha. Daun pandan untuk mewangikan je. Supaya berbau segar.


4. Perut dan bengkung.

Oleh sebab perut mengembang dengan jayanya semasa mengandungkan anak yang cukup bulan, nak kempiskan semula tu makan masa lagi berbanding keguguran. Gugur jika usia kandungan masih baru, perut pun tak mengembang sangat. Kalau kembang tu pun sebab kegemukan, macam den ni hah. Muahahaha. Pakai bengkung pun, aku tak pakai bengkung kain yang banyak lubang kena masukkan tali bersilang-silang tu. Bengkung jenis macam tu, boleh moody aku selama sebulan kalau kena pakai juga. Aku pakai bengkung moden je yang berzip. 


Kenapa berbeza bersalin dan keguguran?

Ini apa yang ibu cerita la. Perumpaannya rahim yang keguguran ni seperti buah mangga yang masih putik. Kalau buah yang masih putik tu gugur, getah dia banyak berbanding buah yang telah cukup matang. Begitulah juga rahim manusia ni, kata mak mentua aku la. Walaupun rahim kita bukanlah buah mangga dan buah mangga pula bukanlah rahim kita, tapi anda dapat gambaran metafora yang digunakan tu kan. Gugur ni seperti cycle yang tidka cukup matang. Dalaman tu mungkin luka. Terutama sekali yang melaluui proses d&c. Korek-korek dengan besi. Kita pun tak tau bahagian dinding rahim yang mana yang luka tu. Sebab tu bahaya untuk berurut dan bertungku. Yang panas-panas. Sebab takut pendarahan pada luka dalaman tu. Aku nak keluarkan cerita pasal ni aku paling cemas kalau ada doktor yang baca. Aku hanya sampaikan apa yang orang-orang tua dan bidan ceritakan ikut pengalaman mereka. Aku faham, doktor pun ada pengalaman juga. Dua-dua penting, dua-dua berpengalaman. 

Harap post ini bermanfaat untuk sahabat-sahabat yang mencari maklumat.

18 December 2018

Bagaimana Rasa Sakit Keguguran

Sejahteralah ke atas kamu...


Apa yang aku boleh bagitau, sakitnya keguguran tu, sama seperti sakit bersalin. Contraction dia, sama je. Rasa macam kena ramas kat bahagian rahim pada perut tu sampai rasa macam lumat. Cuma, bezanya dengan bersalin biasa ialah 'contraction area' tu lebih kecil. (Ikut saiz janin la). Kalau nak bersalin anak yang cukup bulan, kita akan rasa contraction pada keseluruhan luasnya baby berada. Perut akan rasa seperti kena tarik daripada semua sudut sehingga kulit menjadi tegang nak koyak. Tapi keguguran ni pulak, rasa sakitnya lebih di dalam rahim. Tiada rasa pada kulit. Rasa seperti di dalam rahim tu kena kisar.


Tetibe bersemangat nak update blog. Setelah sekian lama aku berperasaan seperti, "personal aku, biar aku je la yang tau". Rasa segan juga nak share kisah hidup aku yang kadang-kadang kinder joy, kadang-kadang kinder bueno ni.

Anak-anak aku dah tak baby. Luth memang lama dah hilang sifat-sifat kebayian dia tu. Yafith pula masih tinggal sisa yang amat sedikit sifat bayi dia. Bau kepala masih baby. Bunyi ketawa masih baby. Bau mulut pun masih baby. Tapi bau tu semua dah semakin nak berbau masam-masam duniawi. Ishhh.. rindunya kat baby.

Oleh sebab rasa rindu kat baby tu la, aku terbuka hati untuk mengandung lagi. Gigih berusaha siang dan malam. Eh tipu je. Sekali sekala je berusaha. Banyak keja lain nak buat selain daripada Gigih 'berusaha' tu. Seperti... Bermain game kat henfon. Hahah.

Masa cuti raya haji, aku balik kampung, aku buat pregnancy test. Guna Clear Blue. Jelas positive. Aku pregnant. Ohh... bergenang ayor lior. Terharu sangat rasa. Aku happy dan excited gile baQ hang. Sape tak suka hoih. Nak dapat baby yang berbau hawa syurga tu.

Aku punya excited, aku canang kat Facebook, untuk inform tentang ke'mengandungan' aku tu. Bukanlah niat aku nak berlagak ke mende.Cuma aku rasa, sahabat-sahabat rapat dan waris-waris aku perlu tau from the start bahawa iols is benandum. Aku hargai mereka. Sebab tu nak kongsi berita gembira tu dengan mereka.

Bermula la episode masbuk mabuk-mabuk fening lalat dan gastrik alahan segala macam simptom biasa waktu first trimester. Sampai aku macam berdoa, "Agar Allah hentikan alahan ni segera". Huhu. Tanpa aku jangkakan... Allah benar-benar makbulkan doa aku tu tapi dengan cara yang aku tak gembira pun. Allah tarik semula anugerah yang dipinjamkan di dalam rahim aku. Aku sedih tapi aku redha.

Sebenarnya selepas aku dapat tahu aku positif mengandung, aku tak terus gi klinik untuk confirmkan. Kononnya aku ni dah ada experience. So, buat bertenang je la. Lepas 11 minggu baru aku pergi scan untuk kali pertama. You know, first scan doktor kata tiada heart beat. Aku gelabah, 2 hari lepas tu, aku gi klinik lain untuk second opinion. Aku pergi Klinik Siti, Dato' Harun. Lagi haru. Doktor langsung tak nampak baby tu. Kantung ada. Baby takde. (Mistik pulak aku rase. Ni ada jin nak curi anak aku ke?) Doktor suruh datang follow up lagi 2 minggu.

Dalam masa nak tunggu 2 minggu tu, aku makan juga la Obimin yang aku tak pernah makan masa pregnant budok Luth dan budok Yafith. Aku memang tak buat kerja rumah langsung. Badan aku lemah je aku rasa. Lepas 2 minggu aku pergi semula Klinik Siti, doktor kata memang tak nampak heart beat. Dia refer aku ke hospital terus. Aku decided untuk gi PPUM. Dekat dengan rumah. Senang. Pastu doktor di PPUM memang sahkan baby dah takde heartbeat lagi. (Sis menangis di dalam hati). Doktor di PPUM suruh aku datang selepas seminggu, untuk masukkan ubat supaya janin turun sendiri. Beliau tidak advise untuk buat procedure D & C. Sebab D&C tu agak berisiko, mungkin akan melukakan dinding rahim yang selembut taufufa kat dalam tu. Aku ikut je la. Info: Janin ni, kita akan dapat kenalpasti blood vessel atau degupan jantung melalui warna pada scanned image tu. Akan ada nampak jalur2 warna sama ada biru atau merah pada image janin tu. Kalau langsung tiada warna tu, maksudnya kena jaga-jaga la result dia. Huhu. Sabar ye mommies.

Aku sepatutnya masuk wad hari Isnin. Jumaat sebelum tu aku dah mula ada tompokan darah sikit. Hari Sabtu dah keluar lagi darah tompok-tompok. Ahad mula keluar darah macam period sekali dengan rasa sakit perut macam senggugut. Doktor pesan, kalau ada keluar darah, terus datang hospital sekalipun belum tiba tarikh appointment. Aku degil. Sebab aku serabut nak fikir, hari Ahad nak tinggalkan anak-anak kat siapa. Kalau hantar ke rumah pengasuh pun, mesti menangis dua orang tu nak ikut. So, aku malas la nak serabut otak. Aku hold je la dulu.

Esoknya Isnin, waktu aku masuk wad tu, aku memang dah turun darah yang banyak, mengalir, merah segar dan ketul-ketul darah beku. (Ni belum masuk ubat pun dah macam ni). Aku nervous nak mamfui. Pulak tu, masa dalam wad, jiran sebelah katil tu, macam spesis meracau. Riuh rendah mulut dia. Dan menurut firasat aku, sebagai bomoh baru nak up ni, aku rase ada benda yang merasuk dia. (Eh, aku serius ni tau. Sebab dia meracau tu lain macam. Hanya bomoh yang mengenali toyol. #tiberr). Aku nak gi toilet pun aku berdebar. Sebab ko tau la kan... Darah aku yang keluar tu, memang darah fresh... fuh... aku risau je, karang time malam, pad yang aku buang tu kang tetibe aku nampak ada makhluk tengah jilat darah pada pad tu. Fuh... Seram sis. Pesakit yang meracau tu, ada la keluarga dia tunggu. Dah keluarga dia tu, ada suami, adik lelaki, 2 orang kakak. Tak selesa betul aku rasa sebab ada lelaki ajnabi dalam wad tu. Syukurlah bila petang sikit, aku dapat tukar wad lain. Sebab nurses pun baik. Mereka tak tergamak nak letak pesakit lain dalam bilik rasukan ablasa tu. Takut tak selesa sebab tu la.

Sepatutnya, bila masuk je wad, terus boleh buat procedure masukkan ubat untuk turunkan janin tu. Tapi ntah berbolok mende la doktor pelatih situ, ambil darah aku sampai 3 kali. Mula-mula tiub pertama hilang. (Jangan-jangan jin yang curi. Keke.). Tiub kedua, sample rosak. Kali ketiga baru okay. Kena tunggu result darah untuk tau sama ada darah aku capable tak untuk membeku selepas procedure masuk ubat tu. Ke cemana la. Lebih kurang la gitu.

Dah tu, aku kena tunggu esoknya (Selasa) baru akan start procedure. Aku ni dah sakit perut sangat dah perasaannya masa tu. Okay, ni la yang aku nak cerita ni. Nak menjawab persoalan kat tajuk tu. Bagaimana rasanya sakit keguguran? Apa yang aku boleh bagitau, sakitnya keguguran tu, sama seperti sakit bersalin. Contraction dia, sama je. Rasa macam kena ramas kat bahagian rahim pada perut tu sampai rasa macam lumat. Cuma, bezanya dengan bersalin biasa, ialah contraction area tu lebih kecil. (Ikut saiz janin la). Kalau nak bersalin anak yang cukup bulan, ko akan rasa contraction pada keseluruhan luasnya baby berada. Perut akan rasa kena tarik daripada semua sudut sampai kulit tegang nak koyak. Tapi keguguran ni pulak, rasa sakitnya lebih kat dalam rahim. Takde rasa pada kulit. Rasa macam dalam rahim tu kena kisar. Over kan aku punya gambaran. Huhu. Tapi memang sakit la rasa sakit keguguran ni.

Start jam 7 malam, contraction dah semakin kerap. Dah 5 minit sekali. Mula-mula aku masih boleh tahan. Lepas tu semakin kerap dan semakin panjang sakitnya setiap kali. Sepanjang masa kesakitan tu, aku hanya berzikir, bertahmid, bertasbih dan bertakbir. Lepas tu istigfar sebanyak yang boleh. Aku kongsikan pengalaman aku, betapa besarnya kaifiat istigfar ni...... memang sangat membantu mengurangkan sakit tu. Waktu tu, kau akan terasa hanya kau dan Allah sahaja. Subhanallah. Dalam jam 12.00 tengah malam macam tu, aku semakin sakit bersendirian.... Suami memang la tak dapat tunggu. PPUM kan? Bukan spital swasta. Lagipun suami kena tunggu anak-anak kat rumah. 

Waktu sakit dah semakin menggila, aku hanya mampu slow talk dengan janin..... Aku bisikkan dalam hati kepada janin sambil gosok perut, "Baby, mama sayangkan awak. Mama tau awak sedih nak tinggalkan mama.... Tapi mama redha awak pergi. Awak pergi la baik-baik. Mama akan okay...Mama nak tengok awak sayang... Mama nak awak keluar dengan sempurna, tak rosak. (kalau terpaksa buat d&c kan janin tu hancur-hancur, bukan dalam 1 piece). Mama redha dan awak pun kena redha sayang... (waktu taip ni aku sebak, mengalir airmata. Sebab teringat perasaan waktu tu.). 

Lepas dah slow talk dengan janin tu, dengan izin Allah, aku yang tengah berbaring tu, rasa ada seketul sesuatu keluar daripada rahim aku. Hangat. Aku terus bingkas turun katil sebab aku takut kebocoran darah atas katil walaupun katil dah alas plastik dah. Aku nak tekan button nak panggil nurse terpaksa kena pusing katil pulak sebab aku terjun katil sebelah yang salah. Damn! Waktu aku menapak keliling katil tu, darah hidup mengalir kat kaki. Huhu. Waktu 3 orang lain dalam wad tu sedang tidur, aku terkial-kial deal dengan darah mengalir kat kaki sampai menitik-nitik di lantai wad. Selepas dah berjaya tekan butang untuk panggil nurse, nurse pun datang. Dan aku kaget tak tau nak buat apa. Kemudian nurse suruh aku berjalan ke tandas. Nurse ikut belakang. Dah sampai kat pintu tandas, aku terasa seketul yang lebih firm keluar daripada rahim aku. Paniknya aku. Aku macam terpinga-pinga. Aku cakap kat nurse, "saya rasa janin dah keluar la nurse". Aku suruh nurse tunggu untuk sahkan sama ada betul ke tidak janin yang keluar tu. Aku tak tutup pintu toilet. Huhu... Waktu ni dah tebal dah kulit muka. Tak berapa nak malu sangat dah. Nurse tengok memang yg keluar tu ialah janin. Nurse ambik janin untuk cuci dan aku sendirian cuci toilet tengah-tengah malam buta yang tercemar dengan darah aku. 

Bila dah clean, aku keluar toilet dan baring kat katil. (Pakai pad panjang Overnite punya). Lepas tu, 2 kali darah keluar banyak sekali gus sampai aku rasa nak pitam dalam toilet lalu aku tinggalkan saja sisa darah tak bercuci sebab aku takut aku pengsan. (*Pagi esoknya kawan satu wad yang tolong cuci. Huhu... Malunya aku. Sebab dia bangun jam 5 pagi untuk mandi. Kehidupan asrama sangat kau kan kak? Tapi apa-apa pun terima kasih banyak-banyak sebab bersabar.)

Untuk procedure masukkan ubat tu dah tak perlu dilakukan  lagi sebab janin dah keluar sendiri. Jam 3 pagi, doktor datang untuk scan, tengok sama ada masih ada darah beku tertinggal ke tak dalam rahim. Bila scan, ada lagi seketul darah tak keluar. Doktor korek masuk tangan dan peralatan mcm mulut itik duck face dalam aku punya tett...teettt... Selamat la semua doktor perempuan. So, no bad experience la this time. Alhamdulillah.

Nanti aku ceritakan pula beza berpantang bersalin biasa dengan bersalin keguguran. Watch it out, check it out!





Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...