Sejahteralah ke atas kamu....
Aku yakin, sekarang ni, boleh dikatakan semua orang dah suka membeli belah melalui Online. Kalau ada yang masih belum terjebak tu, aku ucapkan tahniahlah kepada dia. Syabas bettey!
Siapa sangka, Pejabat Pos kembali sibuk selepas pernah mengalami kemerosotan apabila e-mail dan SMS mula digunakan secara meluas dan orang dah semakin jarang pos surat guna setem. Sekarang Pejabat Pos dah bersinar kembali. Aku rasa terharu. Eh. tetibe. Padahal aku takde kaitan pun dengan Pejabat Pos.
Terus, aku nak mengaku bahawa aplikasi shopping online yang paling kerap aku gunakan ialah Shopee. Sebelum Shopee, Lazada. Lazada aku banyak beli barang-barang besar seperti rak, almari, kerusi dan peralatan rumah (iols rakyat marhaein, beli perabot pun online je.) Shopee pula, aku banyak beli make up, baju cap China walaupun kat tajuk tulis Korean Style, tapi sebenarnya datang daripada China. Sama macam tasbih yang dijual di Mekah tu. Ko faham kan?
Kan mula-mula aku banyak shopping di Lazada. Pastu bila dah terjebak dengan Shopee, aku terus tinggal Lazada. Sehinggalah baru-baru ini, aku installed Apps Lazada, tengok-tengok kat akaun aku, ada 38 barang yang aku perlu review. Dah rasa macam tak siap kerja sekolah pulak. Gigih aku ambik gambar satu persatu barang dalam rumah aku untuk aku review. Niatnya hanya nak membantu pembeli lain supaya tahu product tu macamana, bagus ke tidak. Bila aku ambik gambar, pergghh... satu rumah kot barang-barang yang aku beli kat Lazada. Termasuk, aircond dan kipas syiling sekali. Meja menjahit aku pun. Meja belajar anak pun. Rumah aku boleh jadi rumah contoh perabot online dah ni aku rasa.
Kat Shopee, aku suka sebab aku boleh chatting dengan seller. Chatting yang macam berborak dengan mesra untuk deal barang. Dan chatting tu private. Kekeke. Ye lah, kalau ko nak tanya saiz bra available ke tak, tidak la malu sangat kan. Atau nak beli skincare, nak bagitau, "kulit muka shaye lubang-lubang dan kering", idok la malu sangat kan.
Satu lagi Apps yang aku suka guna ialah My Sale. My Sale ni kalau aku nak beli branded authentic perfume, handbag atau make up dengan harga yang mughahhhhhnya ohoiii... Tapi, aku nak bagi last warning no 3 ni, kalau ko beli di My Sale, delivery dia lama gila. Lama yang macam 2 bulan belum tentu sampai. Pastu ko nak check status pun dah selepas sebulan baru update sekali. Then senyap. Time ni ko hanya gunakan tawakkal yang tinggi je untuk berharap barang ko sampai. Setakat ni belum pernah lagi barang MySale tak sampai. Semua sampai dengan selamat dan helokkkk sekali. Last aku terima barang make up aku daripada MySale ialah make up ni.
Tak pernah lagi membeli di shopee.
ReplyDeleteTak reti sebenarnya...hahaha
Camne nk bli mysale pakai paypal
ReplyDelete