Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Kecelakaan Semalam

Sejahteralah ke atas kamu... Selepas mengambil Luth dari rumah pengasuh, aku terus bawa Luth ke taman.  Mula-mula dia main gelongsor. Lepas tu main buaian. Selalunya buaian yang dia main, jenis buaian yang untuk baby. Yang ada hadang kat sekeliling buaian tu. Yang macam cawat besar tu. Korang dapat imejing tak? Tapi semalam ada baby yang lebih kecil sedang menggunakan buaian cawat tu, maka aku letakkan Luth pada buaian biasa.  Memang la nampak Luth agak kekok sebab dia kena imbang badan. Dia tu badan tak berapa keras sangat lagi. Masih goyah. Aku hayun buaian Luth dengan berhati-hati, tetapi walaupun berhati-hati, tangan aku yang menghayunkan buaian ni mampu menggoncang dunia hokey. Eh tetibe. Tiba-tiba Luth cakap, "Abang Amin". Abang Amin tu ialah kawan yang tinggal bersama dia di rumah pengasuh. Aku terus tanya, "Mana?". Luth tunjuk la Abang Amin dia. Perhatian aku teralih sekejap masa tengah cari Abang Amin Luth, sampai aku terlupa yang aku tenga...

Mak Tak Pandai

Sejahteralah ke atas kamu.... Mak aku bukan seorang yang pandai. Dia belajar hanya sehingga darjah 4, jadi aku buat kesimpulan yang mak memang bukan seorang yang pandai. Puncanya semenjak aku kecil dulu, setiap kali mak ingin mengira sesuatu, sama ada duit atau kuih atau buah-buahan atau hampir apa sahaja, mak akan suruh aku kira. Katanya begini, "Da, cuba tolong kira ni kejap. Mak tak pandai.". Begitulah setiap kali. Kadang-kadang aku berperasaan macam, "Kenapa la mak ni tak pandai. Asyik suruh aku kira je.". Tapi selalunya aku suka bila mak aku suruh aku kira. Aku suka bila mak aku kata aku pandai. Dan dia akan senyum setiap kali aku selesai mengira.  Kadang-kadang, mak ada juga suruh aku tolong bacakan untuk dia. Bacakan surat khabar atau surat yang kakak hantar. Ternyata. Memang mak tak pandai. Itu yang aku percaya sehinggalah aku dewasa.  Sekarang, bila aku dah ada anak..... Aku selalu buat-buat bodoh depan anak seperti tak pandai buang sampah, tak...

Tudung Buatan Sendiri

Sejahteralah ke atas kamu... Sebenarnya ianya hanyalah sehelai tudung. Tapi dah cukup untuk membuatkan aku terasa genius sebab berjaya buat shawl yang santek dan sesuai dengan wajahku yang kembang setaman ini.  Agak melampau watermark aku. Harap-harap korang mahapkan la aku ye di atas water mark yang dah macam graffiti kat sarang drug addict je kaedahnya. Sebab yang aku nak bangga-banggakan melalui gambar ni hanyalah shawl tu je.  Tudung ni aku potong ikut potongan tudung Cik Lopa-lopa kita yang jelita bertahik lalat di pipi tu. Harap-harap beliau tak saman i. Sebab i hanya buat untuk kegunaan sendiri je. Cantik tak? Cantik tak? (Soalan ni merujuk kepada tudung sahaje ye. Orangnya dah sedia maklum cantik rupawan sejak di Luh Mahfuz lagi. Hakhak. Gelak golek golek.). Fabric pulak dull satin. Lepas potong, jahit tepi halus. Terus, belit sapp..sap..sap... dan tadaaaaa........ Terserlah ke'anggum'an cik lidi yg dah tak selidi namanya. Nanti kalau aku buat giveaw...

Gaduh Dengan Anak

Sejahteralah ke ateh henko.... Ni status aku kat FB 3 hari lepas.  Hari Selasa, papa Luth akan balik lambat. Biasa kul doblas malam baru balik. So, hari Selasa biasanya aku memang tak masak. Sebab konon-konon macam hari cuti memasak la untuk aku. Tapi Selasa baru ni, aku daripada ofis lagi dah plan nak masak . Untuk Luth. Sebab malam Isnin tu, Luth mintak biskut kul 12.30 malam. Lapar la sebab kul 8 mlm tu aku suap nasik dia taknak makan. Aku ingat mungkin sebab bukan lauk yg dia suka makan, menyebabkan dia taknak makan. Jadi aku decide nak masak sayur bayam + lobak merah (sup yg tumis dgn ikan bilis). Lagi lauk ayam goreng kunyit. Simple je la. Sedap tau aku masak. Sehingga menjilat lengan.  Balik je daripada ofis, aku terus bersilat harimau kat dapur demi menyediakan makanan buat putera ku yg terulung. (Ko bayangkan la ye, masak sayur bayam pun nak bersilat, kalo masak gempak-gempak macam kambing golek ke, grill kukus panggang ke, mau le kena karate-do bercamp...

Tamak Pahalakah Anda?

Sejahteralah ke atas kamu... Aku sekarang ni tengah berusaha nak menyiapkan baby blanket yang ada hoodie, untuk didermakan kepada projek Baby Box ni; Memang mulia orang yang berusaha menjalankan projek ni. Ini adalah peluang untuk kita masing-masing berlumba-lumba untuk kumpul pahala. Kalau ada sesiapa yang nak dermakan pakaian terpakai untuk bayi yang berusia 0-12 bulan, boleh la hubungi cik adik manis seperti no yang tertera di gambar.  Berkenaan Baby Box Projek ni, kumpulan Tamak Pahala ni akan sediakan satu set lengkap barangan keperluan asas bayi di dalam sebuah kotak. Setiap kotak akan mengandungi pakaian, tuala, bedung, stokin, kasut, minyak angin, lampin dan beberapa barangan yang berkaitan. Kotak-kotak tersebut akan dihadiahkan kepada insan-insan yang memerlukan, sama ada keluarga susah atau individu yang kurang bernasib baik yang bakal melahirkan anak. (Ada la cara mereka mengagihkan kotak-kotak tersebut).  Aku nak bagi baju Luth, aku rasa macam ter...

RUPAlistik

Sejahteralah ke atas kamu... Kalau orang yang terlalu memandang material kita panggil materialistik kan? Aku pulak selalu memandang paras rupa maka aku ciptakan perkataan rupalistik ni, khas untuk orang-orang yang suka mementingkan paras rupa macam aku ni, terutamanya dalam bab mencari jodoh. Biasanya orang yang rupalistik ni, macam aku la... Rupa sendiri tak berapa santek setakat suam-suam kuku je, tapi kemahen nak mencari orang yang terpaling henseng ataupun cantik dalam dunia. Itu dulu la. Sekarang apa aku nak kesah lagi pasal rupalistik ni sebab aku dah jumpa jejaka yang paling enseng di kanta lekap mata aku iaitu suami aku. Ewah...cak pong cak pong... (aku perasan je. Mohon tidak berlaku pendarahan mata membaca karangan ini). Biasanya kalau lelaki tu henseng, pastu perempuan yang jadi pasangan dia pulak muka biase je, orang mesti akan kagum dengan lelaki tu, "ternyata lelaki itu tak memandang paras rupa". Atau pun orang tuduh perempuan tu dah bomohkan lelaki t...

Tak Boleh Marah Anak, Tapi..........

Sejahteralah ke atas kamu... "Budak-budak, biasa la." Selalu dengar ayat tu? Bila anak-anak berlari, mak bapak akan kata, "budak-budak... biasa la".  Bila anak-anak memanjat pun cakap ayat yang sama. Anak-anak bergolek-golek pun tetap cakap ayat yang sama. Bagi aku tak ada salahnya. Memang betul pun, budak-budak memang gitu. Tak ada siapa boleh nafikan. Budak-budak memang ada perangai mereka, ada yang kuat berlari, ada yang kuat meloncat ada yang kuat berlakon dan kita tak perlu marah pun anak-anak KECUALI bila tiba situasi tertentu yang aku akan hurai panjang lebar dalam entry ni. Orang kata, anak-anak ni tak boleh la nak dilarang sangat. Sebab lagi kita larang, lagi la dia buat apa yang kita larang tu. Kemudian, kalau kita larang-larang sangat takut terbantut perkembangan otak dia. Ye ke macam tu? Jadi adakah perlu dibiarkan je anak-anak nak buat apa-apa sekalipun di atas tiket, "Budak-budak, biasa la"? Ini pendapat peribadi aku. B...