Skip to main content

Tudung Buatan Sendiri

Sejahteralah ke atas kamu...

Sebenarnya ianya hanyalah sehelai tudung. Tapi dah cukup untuk membuatkan aku terasa genius sebab berjaya buat shawl yang santek dan sesuai dengan wajahku yang kembang setaman ini. 


Agak melampau watermark aku. Harap-harap korang mahapkan la aku ye di atas water mark yang dah macam graffiti kat sarang drug addict je kaedahnya. Sebab yang aku nak bangga-banggakan melalui gambar ni hanyalah shawl tu je. 

Tudung ni aku potong ikut potongan tudung Cik Lopa-lopa kita yang jelita bertahik lalat di pipi tu. Harap-harap beliau tak saman i. Sebab i hanya buat untuk kegunaan sendiri je. Cantik tak? Cantik tak? (Soalan ni merujuk kepada tudung sahaje ye. Orangnya dah sedia maklum cantik rupawan sejak di Luh Mahfuz lagi. Hakhak. Gelak golek golek.). Fabric pulak dull satin. Lepas potong, jahit tepi halus. Terus, belit sapp..sap..sap... dan tadaaaaa........ Terserlah ke'anggum'an cik lidi yg dah tak selidi namanya.

Nanti kalau aku buat giveaway, boleh la aku offer hadiah shawl ni. Tu pun kalau ada orang yang sudi nak join giveaway aku. Sebab aku ni memang selalu je liat nak join giveaway orang. Hiii...

Haa, itu je la kisahnya.

Comments

  1. watermark tu macam kartun 'Jem n the hologram'..hehe

    ReplyDelete
  2. meh bt kat aku selai...aku mintak pasal x mo masuk giveaway heheh

    ReplyDelete
  3. Lyd...lawaks sgt..
    Pndai dah jahit shawl ..nti blh bt niaga plak

    ReplyDelete
  4. hihii..lawak jd gambo tu tau Lyd! love star bagai..:D

    kita ni nak puji pun sampai tak terpuji..sbb mmg tau ko Lyd terer jait menjait. Mcm biras saya la..abis sume shawl/instant shawl buat sendiri. Tapi dia pun tak jual sbb takde masa nk buat byk.

    ReplyDelete
  5. fuyoo..tabik springla..memang cun sangat..hadiahkanla kat cikgu satu..hehehehe

    ReplyDelete
  6. lawa tudung..kalah tudung lopa punya...hehehe

    ReplyDelete
  7. ok la tu
    xlist leh buat sndiri. jimat belanja
    saya bru j da selai tudung cik lopa lopa.
    terjantuh chenta pulakk bila pakaii.

    ReplyDelete
  8. Tak cukup gmbarnya..nak lagi..hehe..

    Nice..okla dr akak yg xtahu jahit shawl..

    Salam ukhuwah dear

    ReplyDelete
  9. cantik2! kena dengan muka lyd
    saya tak berapa berani pakai shawl sebab saya rasa say gemuk
    tapi lately pakai juga...hehe
    bila nak GA? saya mesti join. tapi pastikan saya menang ye...hehe

    ReplyDelete
  10. Kalau nanti nak buat GA dan offer shawl Cik Lidi-Lidi macam ni, jangan lupa roger I. I nak joinlah. Shawl buatan tangan Cik Lidi-Lidi, takkanlah tak nak. Dahlah free :)

    ReplyDelete
  11. Lyd...dah sambar 3034d ke?
    Btw...cantik..

    ReplyDelete
  12. Utk akak shawl labuh ye. Ceh... awl request.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...