Sejahteralah atas mu... Anak aku Luth, muka dia sebijik seputat macam muka aku. Sampai aku bila tengok Luth, aku terasa macam tengok diri sendiri versi kenit. Bukan setakat muka je, karektor pun hampir nak sama. kenkadang rasa cam seram pun ada bila tengok ada mahluk halus yang menyerupai diri sendiri. Sungguh epic huhu. Papa Luth plak memang kuat menganjeng. kadang2 tu dia siap gelak terbahak kalau tengok aku dengan Luth duduk sebelah menyebelah. Muka sama dia kata. Ciskek punye suami. Ada banyak karektor Luth yang sama dengan aku. Diantaranya penakut. Huhu. Dia tu kan, sampai sekarang belum berjalan sebab dia takut nak lepas tangan. Selalunya dia bertatih kena pegang tangan papa dan dia akan ajak papa pusing dalam rumah sampai biru jari papa. Punye kuat dia pegang tgn papa. Bila papa cuba lepaskan tangan nak suruh dia menapak sendiri, terus sappppp dia duduk. Takmo usaha langsung. Apa laaa Luth ni. Lagi, Luth sensitif sangat macam aku. kalau aku tinggikan suara sikit...