Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

DIY Homemade Soft Toy - Sock Monkey

Sejahteralah ke atas kamu... Aku betul-betul tersesat dalam terang sekejap pasal nak update blog ni. Tak faham kenapa la aku rasa teramat malas yang berganda-ganda nak jenguk blog ni. Mungkin sebab aku kurang sihat kot. Minggu lepas balik kampung, pastu bersambung dengan MC 2 hari, lepas tu semalam aku MC lagi. Haiyooo.. Setiap kali balik kampung aku demam, batuk dan selsema. Mekasih la batuk. Dugaan betul. Ni dah nak dekat bulan puasa ni, aku rasa blog ni mungkin akan makin sepi. Lepas raya le kalo nak kencang balik pon.Tapi tak tau le kot-kot aku rasa cam gedik nak share resepi berbuka puasa ke kan. Kehkeh. Gaya le macam rajin sangat nak memasak. Dalam masa MC 2 hari, aku sempat pulak buat keras tangan. Dah katanya hobi kan. Demam-demam pun rasa nak menjahit. Ingat senang ke nak dapat mood rajin macam ni. Hahaha.  Yang aku buat ni adalah Sock Monkey. Aku refer tutorial daripada Craft Passion - Sock Monkey . Hasilnya jadi le macam ni, Nama monkey ini ialah Oli...

Aku Kecewa Fiza-Adam, Abby-Farhan Berpisah

Sejahteralah ke atas kamu... Ada ke orang yang berkahwin untuk bercerai? Takde aku rasa kot? Melainkan ada agenda pasal nak dapatkan kerakyatan, atau nak dapatkan harta ke, yang tu kira kategori lain la. Korang pon mesti dah dengar tentang perpisahan 2 pasangan artis iaitu Fiza-Adam dan Abby-Farhan.  Kedua-dua pasangan ini ada persamaannya. Mereka sama-sama buat keputusan untuk bercinta selepas bernikah. Berkenalan sekejap, melamar dan berkahwin. Sepatutnya cara begitu dah bagus. Aku cukup gembira dengan cara mereka sewaktu mereka buat keputusan untuk berkahwin tu. Sebab bercouple itu haram. Bercinta selepas nikah adalah cara Islam yang sebenar. Cuma mungkin mereka belum cukup merisik tentang pasangan masing-masing, melalui orang tengah, maka perkahwinan itu berakhir juga dalam masa yang singkat.  Aku langsung tak mahu komen tentang punca mereka berpisah, atau siapa yang benar dan siapa yang salah sehingga terjadinya perpisahan mereka tu. Sebab walau banyak mana p...

Istihalah Babi Menjadikannya Halal?

Sejahteralah ke atas kamu..... Sumber definisi Ringkas ini datangnya daripada OneLifeWordPress Kebanyakan daripada kita, bila bercakap mengenai hukum sesuatu perkara, kita hanya nak dengar jawapan je, sama ada HALAL atau HARAM? BOLEH atau TAK BOLEH? Bila ada kemusykilan tertentu, terus sahaja pegi tanya ustaz, contohnya, "Ustaz, boleh tak kalau saya makan daging ayam". Jadi, ustaznya terus menjawab ,"Boleh. Halal". That's it. Tutup kes. Sedangkan di dalam Islam, hukum halal, haram, harus, makruh dan sunat tu semuanya bukannya sesuatu yang tetap [kecuali yang memang jelas haramnya seperti zina, arak dan lain-lain]. Maksud aku, semuanya bergantung kepada situasi. Sebelum kita nak tentukan hukum boleh ke tak makan ayam tu, kena pertimbangkan dulu. Makan ayam tu waktu bila? Sebab apa? Ayam apa? Sumber daripada mana? Cara sembelih macamana? Semuanya kena consider. Dalam contoh makan ayam yang aku sebut kat atas ni tadi, katakan la ayam tu meman...

PhotoBook Lagi dan Lagi - Pixajoy

Sejahteralah ke atas kamu... Aku nak bagi photobook kat orang, tapi email aku problem plak tak terima gambar yang mereka send kat aku untuk aku create photobook tu. Sementara tunggu tu, aku siapkan dulu beberapa photobook yang adik ipar aku mintak tolong buat untuk anak-anak dia.  Yang hardcover tu je Luth punya. Gambar dia tidur je semua. Yang ni aku beli kat Groupon RM5 je satu. Muroh. Pos RM8. Kulit tebal, dalam pun kertas tebal. Tapi hanya ada 16 pages saje. Jadi la daripada takde. Setakat ni aku dah pernah beli dengan PhotoBook Malaysia, PhotobookMart, Pixajoy dan ada satu lagi aku dah lupa dah nama sarekat dia. Service Pixajoy terbaik. Al kisahnya, aku buat photobook Faizal Rafif Dhiaulhaq tu, tapi aku salah eja nama. Aku eja Faisal Rafif Dhiauddin. Padahal Dhiauddin tu nama adik dia. Aku ni selenga betul hari tu, aku tak suh dah adik ipar aku check, aku terus upload je yakin benor akan kebenarannya. Sekali bila aku snap screenshot applica...

Hadiah Anniversary Yang Paling Manis

Sejahteralah ke atas kamu.. 4 Jun tarikh kahwin aku. Maknanya, semalam la tu anniversary kami. Kehidupan kami ni sempoi je. Takde pun celebrate. Semalam, balik daripada ofis, husband aku bawak balik hadiah untuk aku.  2 bungkusan pos laju. Ada tudung hoodie daripada zaharah.com. 7 helai semuanya. Aku rasa, zaharah patut ambik aku jadi duta produk la. Kehkeh. Owh, lupa nak cakap, yang ini bukan hadiah anniversary daripada Mat Azghul. Tudung ni aku beli sendiri. Yang dia belikan untuk aku sempena anniversary kami semalam ialah ini... [sila rajin untuk browse ke bawah] .. . . . . . . . . . . . , . . . .. . . ... ... . . . . Apam balik je. Pun jadi la. Aku pun mmg suka apam balik ni. Thanks my love. Hehehe. *padahalnya tiap2 minggu pun dia beli apam balik utk aku, takyah tunggu anniversary pon. Sweet kan hadiah anniversary aku. Sweet kan hubby aiii? Hekhek.

Bersalahnya Aku Terhadap Abah

Sejahteralah ke atas kamu.... Sejak arwah mak pergi meninggalkan dunia ini, abah tinggal seorang diri di rumahnya, di kampung. Hanya kakakku yang menjenguk abah setiap hari memandangkan rumah akak hanya di sebelah rumah abah. Aku tidak menafikan, sejak harga minyak naik tahun sudah, aku semakin jarang pulang ke kampung. 2, 3 bulan sekali baru pulang. Itu pun terpaksa bahagikan hari cuti yang sedikit diantara 2 rumah, rumah abah dan rumah mentua. Adik beradik lain juga selalunya hanya akan balik ke rumah abah pada hujung minggu. Abah semakin hari semakin jauh aku rasakan hatinya terhadap aku, anaknya yang bongsu ini. Setiap kali aku balik ke rumah abah, seawal jam 7 pagi, dia sudah keluar rumah. Minum di kedai kopi yang letaknya di pekan Sg Lembing. Selepas pulang dari kedai kopi, lebih kurang jam 9 pagi, abah sudah mula bersiap untuk ke bandar Kuantan pula. Menaiki motor. Seorang diri. Tidak padan dengan usia tuanya yang sudah mencecah 78 tahun pada tahun ini. "Aku masih ...