Skip to main content

Istihalah Babi Menjadikannya Halal?

Sejahteralah ke atas kamu.....

Sumber definisi Ringkas ini datangnya daripada OneLifeWordPress


Kebanyakan daripada kita, bila bercakap mengenai hukum sesuatu perkara, kita hanya nak dengar jawapan je, sama ada HALAL atau HARAM? BOLEH atau TAK BOLEH?

Bila ada kemusykilan tertentu, terus sahaja pegi tanya ustaz, contohnya, "Ustaz, boleh tak kalau saya makan daging ayam". Jadi, ustaznya terus menjawab ,"Boleh. Halal". That's it. Tutup kes.

Sedangkan di dalam Islam, hukum halal, haram, harus, makruh dan sunat tu semuanya bukannya sesuatu yang tetap [kecuali yang memang jelas haramnya seperti zina, arak dan lain-lain]. Maksud aku, semuanya bergantung kepada situasi. Sebelum kita nak tentukan hukum boleh ke tak makan ayam tu, kena pertimbangkan dulu. Makan ayam tu waktu bila? Sebab apa? Ayam apa? Sumber daripada mana? Cara sembelih macamana? Semuanya kena consider.

Dalam contoh makan ayam yang aku sebut kat atas ni tadi, katakan la ayam tu memang dah sempurna proses penyembelihannya, betul-betul ternyata bersih lagi suci.

-   Makan ayam harus.

-  Tapi bagi seorang yang ada penyakit alergik dengan daging ayam yang mana jika dia makan juga ayam tu boleh membawa kematian untuk dirinya, maka kalau dia makan ayam yang sama tu jatuh hukumnya haram. [Sebab dah kira dia macam bunuh diri.]

Nampak tak perbezaan situasi tu boleh membawa kepada perbezaan hukum? 

Contoh lagi ye. Daging kucing itu haram dimakan. Tapi harus dimakan jika situasi darurat yang memang dah tak ada makanan lain dah yang boleh dimakan. Maksudnya macam ni, seseorang tu memang dah tersangat lapar. Jika dia tak diberi makan dalam masa seminit lagi, dia akan mati. Yang ada hanya kucing je kat tempat tu [peperangan atau terpencil]. Maka diharuskan makan daging kucing itu dengan jumlah yang kecil setakat untuk menyelamatkan dia itu daripada kematian tu.

Apa yang aku cuba nak sampaikan dalam entry ini ialah... di dalam Islam, kalau kita nak tahu hukum sesuatu perkara tu, jangan hanya nak dengar jawapannya 'halal' atau 'haram' sahaja, sebaliknya kita PERLU tanya sekali dalil kenapa boleh, kenapa halal, macamana boleh jadi haram dan seumpamanya. Bukan simply jawapan dengan sepatah perkataan. Setiap perkara ada penjelasannya dengan panjang lebar. 

Aku tahu, bila keluar artikel tentang sesuatu hukum, bila disertakan hadis atau firman Allah bagi menguatkan pendapat bagi hukum tu, ramai yang tak rajin nak baca. Kita hanya skip part dalil-dalil tu dan terus mencari perkataan 'halal' atau 'haram' sahaja. Sedangkan dalil-dalil tu la yang penting. Dah sampai masanya untuk kita lebih cerewet dalam menerima sesuatu informasi terutamanya yang berkaitan hukum-hakam ni. 

Lain kali bila keluar je artikel yang kata, [contohnya] "Haram potong kuku sewaktu haid", sila tanya orang bagi statement tu, "Apa dalilnya"? maksudnya sila minta hadis atau ayat Quran yang menyatakan hukum itu. 

 ............................................................

Berbalik kepada isu DNA babi ni.... memang kontroversi. Aku bukan nak membela Yusuf Al Qardhawi [YQ] mahupun Dr Mohd Asri Zainal Abidin [DrMAZA], sebab aku tetap berpegang kepada prinsip aku bahawa apa-apa jua daripada sumber babi, tetap harommmm... Kalau aku tahu terdapat unsur babi dalam sesuatu makanan yang aku nak makan tu, aku memang takkan teruskan niat tu lagi walaupun makanan tu aku paling gemar tahap bintang sekalipun. [ikut mazhab Syafie pun memang katakan tetap haram kalau apa-apa yang ada unsur babi. Daripada segi saintifik juga, unsur babi tu tidak akan hilang walaupun sudah melalui pelbagai proses istihalah yang panjang.]. 

Tapi mereka [YQ dan DrMAZA] pun lebih arif tentang bidang masing-masing. Pendapat yang mereka keluarkan pun berdasarkan dalil dan ilmu mereka. Ada perkara yang mereka pertimbangkan dan kaji sebelum mereka keluarkan statement tersebut. Lagipun yang lebih penting, mereka menjelaskan sekali dengan dalil dan penjelasan yang panjang, cuma orang yang merumuskan tentang perkara itu mungkin sudah ringkaskan video penjelasan tersebut atau artikel yang ditulis juga ditulis daripada bahasa seorang penterjemah. Orang yang baca lagi la nak kesimpulan je terus. Takde nak baca huraian lagi. Dapat tak maksud aku? Maksudnya mungkin point sebenarnya YQ dan DrMAZA itu tidak sampai seperti yang sepatutnya sampai kepada umum.

Semalam aku ada hadiri kuliah muslimah. Ustazah Suraya juga ada explain tentang isu ini sedikit. Kata-katanya juga aku dapat digest dan terima dengan baik. Menurut ustazah, YQ menilai dan mengambil qias tentang hukum istihalah DNA babi ni berdasarkan hukum arak yang jelas haramnya yang bertukar proses menjadi cuka. Juga seperti proses seekor anjing yang jatuh ke dalam sekolam garam dan anjing itu larut ke dalam garam sehingga hilang terus sifat2 anjing itu dan menjadi garam terus. Ustazah kata, perlu juga dilihat bahawa arak itu, sumber asalnya adalah anggur. Anggur itu halal. Selepas melalui proses menjadi arak maka arak itu haram. Kemudian melalui proses lagi menjadi cuka dan cuka itu halal. Maksudnya... walaupun arak itu haram, tapi sumber asalnya adalah sesuatu yang halal, iaitu anggur. Sedangkan gelatin babi, sumbernya memang babi, yang memang jelas haram. 

Menurut ustazah, dari segi halal atau haram itu mungkin betul gelatin babi itu halal, tetapi di dalam Islam juga bukan sekadar perlu halal, perlu juga suci dan bersih. Maka, jika halal, belum tentu suci dan bersih. Belum tentu toyyib nya.

Jadi, kita sendiri pilih, sematkan dalam hati sendiri je. Tak perlu kecoh-kecoh post status kat FB sambil kutuk-kutuk babi haram-harom-jijik-keji dan sebagainya. Ingatlah, kita ni hidup dalam masyarakat berbilang kaum. Bukan kerana menyanjungi kaum lain, tetapi hanya sekadar menghormati dan menjaga silaturrahim dan muhibbah. Kalau nak mengulas juga tentang ini, pastikan berbual dalam keadaan yang lebih tertutup. Itu lebih afdhol.

Aku pulak memang tak pelik pun bila keluar statement yang macam-macam sejak akhir-akhir ni. Kita kena ingat yang kita semua ni berada di akhir zaman. Zaman yang paling sukar. Yang paling banyak fitnahnya. Di akhir zaman ini yang benar akan kelihatan bathil sedangkan yang bathil akan kelihatan benar.

Post aku ini, sekadar pengetahuan aku yang amat cetek. Aku minta maaf jika apa yang aku tulis ini ada salah dan silap. Yang mana baik itu sesungguhnya itu adalah ilmu dan ilham yang Allah berikan kepada aku, sedangkan yang mana fakta yang tidak baik itu benar-benar adalah kerana aku memang tak pakar dan tidak arif, kelemahan aku. Semoga bermanfaat.





Comments

  1. aku tetap fikir mna datang dna babi tu? mestilah dari babi. Dah tahu ada dna babi, dah tentu aku kata haram. aku dah tahu! tak kiralah dia jatuh dalam selaut coklat pun... kalau aku tak tahu, tiba2 dia jatuh..aku tak kisah pun.

    ReplyDelete
  2. Tentang DNA babi ada hikmah besar yang menunjukkan realiti minda masyarakat kita. Most of us are simple mind. Bila fikir sesuatu perkara yang berungkai dan rumit sikit, mula pening kepala dan terus jump to the conclusion. Budaya ilmu dalam masyarakat kita masih lagi cetek.

    ReplyDelete
  3. Ye la Lyd, kadang2 orang suka summarize kan aje semuanya.
    sebab tu boleh tertinggal point2 yg penting.
    Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  4. sy penah tgok siaran AFC kt astro tema masakan BABI bila tgok dia punya lemak mmng setebal2 nya la..loya tekak tgok! tu pasal lemak haiwan paling banyak digunakan adalah babi coz lemaknya lebih banyak dari dagingnya!

    ReplyDelete
  5. Bagus penerangan lyd kt entry ni..
    Kdg2 kita manusia ni tnjuk pndai je lbh..
    Tp xmo rujuk bacaan dan sumber2 yg sebetulnya..

    ReplyDelete
  6. Saya sebenarnya lebih teruja nak melihat JAKIM, media massa & para ulama kita di Malaysia, bermati matian berkempen tentang HARAMnya merokok. Sebab jumlah perokok Muslim di Malaysia, saya yakin lebih ramai berbanding jumlah pemakan coklat yg ber DNA babi. Dan org hisap rokok hari hari, org tak makan coklat hari hari

    ReplyDelete
  7. betul la tu.
    ustaz kazim pon ada sentuh bab ni malm tu.

    ReplyDelete
  8. Kalau dah tak tahu tu lebih baik la berdiam diri daripada menonjol kebodohan kita ni dekat orang ramaikan. Sudah la tak tahu, buat pulak kesimpulan sendiri. Kan dah haru jadinya.

    ReplyDelete
  9. pada sayalah lyd..pilihan tuh terpulang pd msg2...cam issu haram halal ASB yang tiada kata sepakat...tapi sebagai orng islam seolaknya bila mubah tuh kita amek jalan menjauhkan...
    kalau kita pikir2 kenapa guna yg berasaskan babi..bukan kambing atau lembu atau biri2..hebat sangatkah babi tuh..? sebenarnnya itulah matlamat yahudi/ kafir tuk menganiaya muslim indirectly..kalau orng islam makan benda yg tak halal..doanya takkan diterima kan..yahudi semua tuh tahu benar psl nie.

    ReplyDelete
  10. cukulah diri sendiri tahu benda tu haram ke halal ...

    ReplyDelete
  11. Saya setuju dengan Dr Daddy Ziyyad, perlu ada kempen bersungguh2 mengenai pengharaman merokok. Fatwa haram merokok dah lama (19 tahun) tapi masih ramai orang lslam yang tak kisah dengan fatwa itu. Dengan pertambahan kes-kes penyakit bahaya akibat merokok, sepatutnya Jakim perlu lakukan tindakan tegas, jika perlu haramkan terus penjualannya kepada orang-orang lslam...

    ReplyDelete
  12. definasi tentang wajib sunat makruh haram & harus ni dah pun diajar oleh cikgu di sekolah agama dulu kan. Patutnya semua dah tahu.

    ReplyDelete
  13. menarik kak penjelasan akak ini..dah sah-sah ada kaitan dengan BABI...tak payah lagi nak try-try makan atau pakai .elok jauhkan terus...

    ReplyDelete
  14. memang tak makan dah kalo ada babi... even jakim kata halal pun, still ragu2 nak makan sbb kat kilang halal, tp yg kedai tu amek yg mana punyer? kilang malaysia ke kilang luar?

    ReplyDelete
  15. ayam pun jadi haram andai penyembelihan tidak menepati syarat2 penyembelihan Islam..
    betul tu kita di akhir zaman terlalu banyak fitnah dunia tersebar..

    ReplyDelete
  16. Saya dah agak lama tak guna fb..blog. Rupanya tgh sibuk isu istihalah babi. Benarlah, tiap hal yg berlaku tak mungkin sia2 semata. Isu Cadbury memberi sesuatu bg yg mengambil tahu. Semoga kita mengaplikasikannya utk hal2 lain disepanjang kehidupan.

    ReplyDelete
  17. Terpulang untuk kita untuk menilai dengan pendapat Ulama-ulama tetapi jangan sampai kita menghina mereka. Kerena mereka adalah warisan nabi dan menyampaikan maklumat berdasarkan dalil dan bukan semata-mata dari akal sahaja.

    Bagi mereka taknak makan apa-apa dari dna babi boleh teruskan niat tu samalah macam aku juga. Dah tau ada dna babi dalam sesuatu produk yang kita ketahui, memang aku tak makan. INSYA ALLAH, cuba hindarkan dari produk tersebut.

    Kalau nak makan pun boleh sebab halal mengikut pendapat Ulama terkini. Terpulang pada korang.

    Kita bermazhab Syafie, mengikut apa yang saya baca tentang sejarah peribadi beliau sangat tegas dalam sesuatu hukum kalau hendak dibandingkan dengan mazhab lain. Sebab itu mazhab Syafie agak 'Strict' berbanding mazhab lain yang agak longgar sedikit.

    ReplyDelete
  18. Kalau takde kepentingan dan byk pilihan lain...tak rugi pun tak memilihnya.
    kita adalah apa yang kita makan. .

    ReplyDelete
  19. Mekasih atas perkongsian Lyd. Tapi pasal isu 'C' tu, memang saya dah was2 nak makan. Sekian ☺

    ReplyDelete
  20. Yg psti jakim pn x mkn cadbury. Mcm mana tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...