Skip to main content

PhotoBook Lagi dan Lagi - Pixajoy

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku nak bagi photobook kat orang, tapi email aku problem plak tak terima gambar yang mereka send kat aku untuk aku create photobook tu. Sementara tunggu tu, aku siapkan dulu beberapa photobook yang adik ipar aku mintak tolong buat untuk anak-anak dia. 





Yang hardcover tu je Luth punya. Gambar dia tidur je semua. Yang ni aku beli kat Groupon RM5 je satu. Muroh. Pos RM8. Kulit tebal, dalam pun kertas tebal. Tapi hanya ada 16 pages saje. Jadi la daripada takde.




Setakat ni aku dah pernah beli dengan PhotoBook Malaysia, PhotobookMart, Pixajoy dan ada satu lagi aku dah lupa dah nama sarekat dia.

Service Pixajoy terbaik. Al kisahnya, aku buat photobook Faizal Rafif Dhiaulhaq tu, tapi aku salah eja nama. Aku eja Faisal Rafif Dhiauddin. Padahal Dhiauddin tu nama adik dia. Aku ni selenga betul hari tu, aku tak suh dah adik ipar aku check, aku terus upload je yakin benor akan kebenarannya. Sekali bila aku snap screenshot application tu, adik ipor aku kata salah eja. Gelabah ungka kejap aku. Mujur la aku ada beli lebih satu photobook tu. So, aku upload lagi sekali guna no Voucher photobook yang extra tu. Kiranya nanti akan ada 2 copy yang aku dapat bagi photobook Faizal Rafif tu. Satu yang salah eja, satu yang betul. Takpe la. Anak-beranak kira sap sap soi la. 

6 minit lepas tu, [ok, tipu je, dalam 20 minit kot] aku dapat panggilan telefon daripada Pixajoy. Dia kata aku hantar 2 photobook yang sama. Dia tanya adakah aku tersalah upload? So, aku cerita le kisah sebenar. Aku explain baik-baik punye. Ngam ho punye explanation. Lepas tu, wakil daripada Pixajoy tu kata, dia akan batalkan yang mana yang tersalah tu, lepas tu duit delivery RM8 tu dia akan masukkan dalam kredit pixajoy aku. Next time aku beli, boleh guna je kredit tu. Alhamdulillah. Mudah berurusan dengan Pixajoy.

Seronok ada koleksi photobook ni. Anak dah besar nanti, aku yakin dia akan berterima kasih kat kita sebab ada kenangan dia masa kecik. Macam aku ni, masa kecik aku tak banyak gambar. Aku tak kenal diri aku sendiri semasa kecil dulu. Banyak kenangan yang aku dah terlupa. Tapi aku bukanlah nak menyalahkan arwah mak aku mahupun abah aku, apatahlagi atuk aku bila aku tak ada gambar semasa kecil. Zaman dulu, bukannya senang nak bergambar. Aku tau mak abah aku tak mampu nak amik gambar aku dulu. Ehee.

Comments

  1. blom ada lagi koleksi photobook ni.
    tgk la nnti2 kot teringin jugak kan.

    ReplyDelete
  2. tula..memang plan nak buat jgk..tp nak kumpul gambar la dulu..hehehehe

    ReplyDelete
  3. caner nak buat mcm menarik la..harga pun murah

    ReplyDelete
  4. Ada tengok kat website dia, harga dalam RM100. Tu yang Groupon bagi tu, voucher diskaun RM5 ke? Atau dia offer satu photobook RM5? Kalau 1 photobook RM5, memang ini jam jugak aku nak try. Hehehe

    ReplyDelete
  5. tak sempat sokmo nak purchase deal photobook kat living social or groupon...nanti kalau jumpa, kena terus grab ni. Cuma hari tu ada beli deal yang print 25keping gamba size 4r for free dekat groupon hehehhe. Tu beli dekat groupon.

    ReplyDelete
  6. bagus betul ye servis pixajoy..photobook pun lawa..tang groupun tu selalu teringgal ketapi pasai jarang bukak email.hehe

    ReplyDelete
  7. Nanti bagi tunjuk ajar ek macam mana nak buat photobook nie.. tak pernah pun buat lagi hahaha :D
    Payah jugak kalau dah tersalah especially kalau ejaan nama kan .. kene re-check banyak kali ni..

    ReplyDelete
  8. cite pasal photobook ni..saya tak buat2 lepas register voucher tu..

    ReplyDelete
  9. seronoknya kan dapat buat photobook nie..
    gini lyd sy rancang bila acicha cukup umur setahun awal bln 7 nanti baru sy nak buat photobook yr 1 tuk dia..tuh sy tanya dlm email blh tuunggu tak...nanti kalau lyd ok sy pikirkan camaner leh antar gamba nanti..

    ReplyDelete
  10. masih single ni , tgk jer la photobook org dulu ...

    ReplyDelete
  11. tak pernah lagi buat photobook.tunggu masa sesuai nak pilih-pilih gambar nanti.

    ReplyDelete
  12. Bestnya. Cantik tu. Tak pernah lagi berphotobook. Takut tak sempat nak buat.

    ReplyDelete
  13. Ada dua tiga photobook. Skg tgh buat. Entah bila nak nak anto pn x tau. Haha...

    ReplyDelete
  14. Tak pandai nak buat. Tlg buatkan utk akk sekli boleh tak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...