Skip to main content

Hadiah Anniversary Yang Paling Manis

Sejahteralah ke atas kamu..

4 Jun tarikh kahwin aku. Maknanya, semalam la tu anniversary kami. Kehidupan kami ni sempoi je. Takde pun celebrate. Semalam, balik daripada ofis, husband aku bawak balik hadiah untuk aku. 

2 bungkusan pos laju. Ada tudung hoodie daripada zaharah.com. 7 helai semuanya. Aku rasa, zaharah patut ambik aku jadi duta produk la. Kehkeh. Owh, lupa nak cakap, yang ini bukan hadiah anniversary daripada Mat Azghul. Tudung ni aku beli sendiri. Yang dia belikan untuk aku sempena anniversary kami semalam ialah ini... [sila rajin untuk browse ke bawah]




..
.
.
.
.
.


.



.



.



.



.

.
,


.



.



.


..







.





.
...


...


.





.








.









.

Apam balik je. Pun jadi la. Aku pun mmg suka apam balik ni. Thanks my love. Hehehe. *padahalnya tiap2 minggu pun dia beli apam balik utk aku, takyah tunggu anniversary pon. Sweet kan hadiah anniversary aku. Sweet kan hubby aiii? Hekhek.

Comments

  1. tahun lepas aku dlm pntng.
    x dpt raya, x de aniversary. aku bg laki aku sorg ank come lote 1st aniversary.
    tahun ni aku pln nk raya puas2. 2 helai dah tmph.. ingat nk beli lg.. jom kita g masjid india memborong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg terrer ko adjust time kan. Bleh bg hadiah baby plak time anniversary.

      Jom la.. hehe.. pantang diajak bershopping, jom aje. Kaler mende warna baju Luth yg di sana tu?

      Delete
  2. sangat sweet...hihi..happy anniversary ye..

    ReplyDelete
  3. Happy anniversary :-) Apam balik pun still hadiah yang bermakna jika dibeli dengan hati yang ikhlas. Yer dak? Hehe

    ReplyDelete
  4. Apam balik ni menu wajib hari ahad masa kecik2 dulu..abah beli kat pasar minggu

    ReplyDelete
  5. hubs rin pun tak pnh kot beli hadiah anni lyd

    pedehalll..hahahha

    ReplyDelete
  6. Ooo....tiap minggulah dpt hadiah kalau gitu...

    ReplyDelete
  7. Hepi aniversari... semoga kehidupan berumah tangga yg sempoi akan sempoi dan bahagia selamanya....

    ReplyDelete
  8. ingatkan gempak hadiah aniversary, haha, sekali apam balik., Bolehla tu. adalah jugak hadiahnya ;)

    ReplyDelete
  9. ade apa pada hadiah? kalau hadiah berjuta rengget pun kalau hati tak bahagia pd hari selain anniversary, tiada guna jugak..tp kalau dpt hadiah apam balik setiap minggu ati gumbira cukupbersyukur dah kan..:)

    ReplyDelete
  10. Alalalala....terharu! So sweet tau Mat Azghul ni :)

    My hubby kalau suruh celebrate satu hari istimewa, mahu dia balas kalau cam tu the rest of the days I celebrate dengan perempuan lain-lain ler sebab you nak sambut satu hari ni je kan.... ada ke... tapi bila mood baik, ada gak HD bagi hadiah...

    Yang penting, ingatan tu. Asal dia ingat, kita pun dah happy, Kalau ditanya hari ni hari penting apa dan dia terkial-kial menjawab, itu lagilah sayu. Apa pun kena pasghah - dah namanya suami kan!

    ReplyDelete
  11. apam pun apamlah kak....janji dia ingat hari anniversary kan...selamat ulangtahun perkahwinan untuk kak lyd dan Mat Azghul.

    ReplyDelete
  12. tarikh anniversary kita x jauh pun rupa nyer ye. hehehe...

    ReplyDelete
  13. happy anniversary...:)

    Apam balik cinta namanya :)

    ReplyDelete
  14. Apam balik pun jadilah ye.. memang sweet sangat hehe...

    Happy Anniversary ^_^

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah . rezeki tu . yg ptg hubby tu ingat dan ikhlas ...

    ReplyDelete
  16. slmt ulangthn perkahwinan!smg bhg smpi syurga

    ReplyDelete
  17. sweet..ala hadiah apam balik tu lg bermakna dr tudung hoodie sendiri beli tu tau..samalah kita hari ni annivesary..takde yg special pun kot..:)

    ReplyDelete
  18. ni kira special la sebb setiap minggu dpt apam balik.. yg pnting tanda ingatan..

    *dh tahu surat cinta pos laju tu dri MD :)

    ReplyDelete
  19. romantik nye.. annivessary dapat apam balik.. anti dh kawen nk tiru skill ni.. jimat siket.. haha.. btw tahniah sis.. :)

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum lyd...mmg manis sgt kn...pemberian ikhlas dr hubby ....:)

    ReplyDelete
  21. Happy anniversary to both of you. Semoga kekal bahagia till jannah. Yg ke berapa ni lyd?

    Apam pon apam lah ☺☺

    ReplyDelete
  22. the thought that counts kata omputih. hihi..happy anniv lyd...

    ReplyDelete
  23. happy anniversary. dapat hadiah apam balik..cute nya..:)

    ReplyDelete
  24. ada jugak tu hadiah..yg penting ur peberet..hubby igt dah cukup bagus kan..huhu

    ReplyDelete
  25. happy anniversary :D
    apam balik pun jadi lah kan.. sweet apa hehehee ..:D

    ReplyDelete
  26. Apam balik mmg sdp. Terbaeeekk!!!

    ReplyDelete
  27. Best la asik dapat hadiah je setiap minggu. Hepi annibersri.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...