Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Kenapa Makanan Berkhasiat Mahal?

Sejahteralah ke atas kamu... Antara gula perang dan gula pasir yg berwarna putih, gula perang lebih baik. Ini kerana gula putih itu adalah asalnya gula perang yang telah dilakukan proses 'bleaching'. Semasa proses penjernihan tu, ada la bahan-bahan tertentu yang dimasukkan ke dalam gula perang untuk menjadikannya putih kristal. yang akhirnya kekal di dalam gula itu setelah diproses. Maka sebab itulah gula putih itu dikatakan tidak elok untuk kesihatan.. Beras juga sama, beras perang adalah yang terbaik berbanding beras putih. Beras putih juga telah di'bleach'.  Kalau secara logiknya, penyediaan yang putih lebih susah daripada yang asalnya [yang perang]. Pun perlu ada bahan tambahan yang pastinya memerlukan kos yang lebih untuk menghasilkannya. Tapi kenapa yang sudah di'bleach' tu lagi mahal daripada yang berwarna perang? Kenapa gula perang lagi mahal daripada gula putih? Kenapa beras perang lagi mahal daripada beras putih? Aku rasa persoalan ni sama...

Tahun Baru Cina Cap Kuda

Sejahteralah ke atas kamu.... [Entry meramal masa depan] Hari ni hari Jumaat. Aku nak balik kampung setelah 2 bulan tak balik kampung. Nak buat cane. Harga minyak naik. Kena la jimat. Jimat cuti, jimat duit. Belake jimat.  Banyaknya aktiviti aku plan nak buat bila balik kampung. Nak gi sana, gi sini. Nak buat itu ini. Jangan penyudahnya semua tak buat sudah le. Balik kampung dan lain bila ada Luth. Sebab banyak benda-benda renyah yang nak kena prepare utk dia. Makanan dia, botol susu, lampin, baju siang, baju malam. Eh baju tu sama jgk mama dan papa pun kena prepare jugak. Aku doakan perjalanan kami akan sampai dengan selamatnya. Rabu depan baru aku masuk ofis dan bersiaran kembali. Waktu cuti aku tak online hokey. Peace yoow. Entry ni auto publish.

Mosquito Repellent : Sticker, Roll On or Spray?

Sejahteralah ke atas kamu.... Cakap Melayunya obat nyamuk. Zaman dulu, ubat nyamuk hanya ada sepesen je. Yang lingkaran tu, perlu dinyalakan dan berasap le sampai pagi. Hidung bersawang. Ubat nyamuk jenis lingkaran ni agak bahye, pertama asap tu boleh efek kepada paru-paru, kedua bara pada ubat nyamuk tu boleh menyebabkan kebakaran jika tidak berhati-hati dan ketiga, pemegang ubat nyamuk tu tajam terpacak ke atas. Kalau tak perasan, terpijak, boleh nampak bintang dan burung berterbangan atas kepala. Waktu arwah mak aku masih hidup, dia banyak guna spray nyamuk untuk halau nyamuk, lalat, lipas dan segala serangga yang dia tak berkenan. Bukan serangga je dia spray. Kucing yang badannya berkurap pun dia spray. Alhamdulillah luka kurap pada kucing cepat je sembuh kalau spray dengan Ridsect. keke. Masalahnya spray seperti Ridsect atau Shieltox ni, bau dia kuat sangat.  Kemudian bila dah maju skit, kat umah aku kat kampung tu start guna ubat nyamuk elektrik yang perlu dituka...

3D Hands & Feet Print [Casting]

Sejahteralah ke atas kamu.... Tengok promotion kat Groupon. Ada offer untuk 3D Baby Hands & Feet Casting Kit. Harganya tanpa frame, hanya RM38. Bersama frame pula RM68. Free delivery.  Tapi tak penting pon, cuma rasa seronok nak buat kerja-kerja ala-ala 'art attack' macam ni. Bagi yang tak faham apa kegunaan dan fungsi 3D casting ni, biarlah aku bagitau. Fungsinya hanya sebagai nak buat kenangan je. Kan comel je tangan masa baby, pastu kita abadikan dalam bentuk sebenar.  Mungkin aku tak beli offer kat Groupon ni. Kalau aku nak buat pun aku hanya akan pergi kedai hardware, beli serbuk plaster yang macam org buat plaster simen tu, then beli plasticine je. Untuk warna mungkin aku boleh beli spray metallic je kat kedai hardware jugak. Kan senang. Boleh dapat harga lagi murah rasanya.  Kalau nak tengok tutorial untuk buat benda ni, boleh tengok di sini.  

Minum Kopi Anda Bersemangat Juara!!

sejahteralah ke atas anta, ente dan antum...  Greeting aku ni aku cakap arab skit, sebab nak cerita tentang insan kesayangan kita semua yang berbangsa Arab, siapa lagi kalau bukan Nabi Muhammad, rasul kita yang teragung. Peace Be Upon Him. tentang minuman kegemaran baginda ialah kopi.  perenggan kat atas tu, aku taip lepas tu aku cuba cari hadis. tapi aku sengaja tanak padamkan perenggan atas ni. biar la orang tahu kesalahfahaman aku ni. syukurlah aku cuba mencari dulu hadis yang berkaitan, tapi melalui google search, aku tak jumpa satu pun hadis berkenaan nabi suka minum kopi. ada satu artikel yang aku jumpa di blog OTAK BEKU DOT COM, katanya begini;  Masyarakat kita cukup sinonim dengan kopi. Ada yang mengatakan kopi adalah minuman sunnah, namun tidak dinafikan dari sudut kesihatan kopi mempunyai kelebihan. Tetapi, adakah kopi ialah minuman sunnah seperti yang diperkatakan sesetengah orang. Setakat saya tahu, tiada satu hadis sahih pun yang menunjukk...

Kegilaan Terhadap Tudung Hoodie

Sejahteralah ke atas nkorang hoi.... sense of fashion aku agak lambat berkembang. orang lain dah lama dah apply sesuatu fesyen tu, aku baru je nak mula. selama ni, aku hanya suka pakai tudung bawal. sampai sekarang pun aku sebenarnya masih suka wajah aku di dalam tudung bawal. nampak lebih soft dan ada shape muka aku. padahal orang tengok sama je. hehe. cuma masalahnya tudung bawal ni, perlu digosok. part yang kena gosok tu, aku masih boleh kompromi. tapi bila dah lama-lama pakai tudung bawal, satu perkara tentang tudung bawal ni yang buat aku jadi surrender, ialah fabricnya yang jarang. hampir nak transparent. nampak bayang telinga cegeng dan tengkuk aku. yang itu dah tak boleh kompromi la. terpaksa berkorban walaupun suka. maka, aku pun mula la berjinak-jinak pakai tudung express yang ada awning. memang senang memakai tudung jenis tu. takyah nak lipat 2 jadi 3 segi. main sarung je. kadang2 aku tak gosok pun. kalo rajin aku gosok le. huhu... buruk perangai. tapi tudung expre...

Petanda Langit Dan Bumi ; Bagi Kaum Yang Berpemikiran

sejahteralah ke atas kamu... aku sedang menghabiskan buku ini. dah lama baca tak habis-habis. eksyelli, buku ni sangat menarik untuk dibaca. [bagi sesiapa yang suka buku tentang fakta, tentang sains, tentang keajaiban ciptaan Allah, buku ni sesuai la. takde drama-drama, takde fiksyen. semuanya kisah benar.] aku baca buku ni sebagai pengisi masa, sewaktu aku pam susu. daripada tak buat apa-apa, baik aku membaca. dapat 2 muka surat sehari pun dah okay le daripada takde langsung kan. Harun Yahya ko kenal? aku tak kenal sangat, yang aku tahu, beliau adalah seorang penulis buku sains yang bersandarkan Al-Quran. beliau berasal daripada turki. hasil karyanya diterjemah ke banyak bahasa. agak femes di situ. buku lain yang aku pernah baca tulisan harun yahya ni ialah seperti buku;  dan juga satu lagi, Kaum-kaum Yang Pupus.. sangat menarik. insyaAllah aku akan beli lagi buku-buku lain tulisan Harun Yahya ni. *ada satu gossip pernah aku baca beberapa tahun lepas ...

Ada Masa Takde Hobi, Ada Hobi Takde Masa

sejahteralah ke atas kamu.... sekarang ni, bila dah ada anak, aku baru sedar hobi yang aku betul-betul suka ialah menjahit. mungkin minat ini diwarisi daripada arwah mak aku. warisan pusaka yang tak perlu dibahagikan mengikut faraid. iaitu ilmu mengendalikan mesin jahit. chey. [aku rasa menjahit ni memang mak-mak zaman dulu kebanyakkannya reti menjahit. semua jahit baju anak-anak sendiri. agak mengkagumkan betul tak? bukan setakat baju je jahit sendiri, kuih muih pun tiap2 hari buat sendiri. kagum..kagum..]. malangnya, bila aku dah jumpa hobi yang aku betul-betul suka ni, aku dah tak punyai banyak masa untuk mengadap hobi aku tu. untuk pengetahuan korang, ni la hobi yang paling konsisten aku pernah ada selain daripada buat karangan dalam blog ni, sejak aku beli mesin jahit masa mula-mula aku kawen dulu, [hampir 3 tahun lepas], aku memang memanfaatkan sungguh-sungguh mesin jahit tu. senang hati suami aku sebab tak sia-sia pembelian mesin jahit tu. bukan sekadar saje-saje nak ...

Terpaksa Balik Rumah Waktu Lunch

sejahteralah ke atas kamu... dah lama aku tak balik waktu tengahari untuk hantar susu kepada luth. susu alhamdulillah cukup untuk keperluan anak aku. tapi hari ini terpaksa jugak aku balik. sebab breastpump spectra 3 aku tertinggal pulak kat rumah. bukan itu aje. pagi tadi sesampainya di ofis, konon-konon nak terus whatsapp suami aku untuk bagitau dia aku dah sampai. bawak keluar henfon, tetiba baru aku perasan aku tersilap bawak henfon yang takde simcard yang aku gunakan untuk buat alarm. sabar je la aku. jadi, alang-alang dah balik ni, makan tengahari terus la kat rumah. aku kalau henfon tertinggal, aku memang takde nak balik untuk ambik nya. sampai ke petang la henfon tu kat rumah. tapi kalau breast pump tertinggal, aku memang kena balik. huhu.... tangki penuh nanti mula la rasa seram sejuk nak demam. bengkak susu nanti lagi leceh. korang pulak macamana? kalau tertinggal henfon kat rumah, patah balik tak ambik?

Mencari Barang Yang Kita Lupa Letak Di Mana

sejahteralah ke atas kamu..... kat rumah, aku selalu je lupa aku letak barang kat mana. yang paling selalu aku lupa ialah speck mata dan henfon. yang lain-lain tu kadang2 kunci keta atau getah ikat rambut[kunci keta jarang la, sebab mmg ada tempat letak kunci, cuma kekadang je tak letak kat tempat kunci tu yg lupa tu].  waktu bujang dulu duduk sorang-sorang kat rumah tu, bila terlupa letak barang kat mana, pandai la cari sendiri. sama ada cepat atau lambat je nak jumpa. waktu tu kalau speck mata yang hilang, memang berpinau la bijik mata nak cari. [power aku kanan 4.00, kiri 4.00. kalau tak pakai speck ni dah tahap nampak berjerebu je pandangan, pastu semuanya kembang je tak sharp.]. sekarang dah tinggal dengan manusia lain dalam rumah tu, bila terlupa letak barang senang la sikit nak cari. tak cari pun sebenarnya. main tanya je. "ada nampak tak speck mata syg?". masa mula-mula kawen dulu, jawapan dia selalu je buat aku menyirap limau, "syg letak kat mana?...

Aku Dan Al Quran : Keajaiban Doa Dan Harapan.

Sejahteralah ke atas kamu... Hari ni hari Jumaat. Esok Sabtu, yey!!! Cuti!  Aku bukanlah manusia yang paling warak yang pernah ko kenal. Sunguh. Aku muslim biasa yang banyak kekurangannya. Masih terangkak-rangkak mengutip pahala hasil daripada amal-amal ibadat aku yang berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian ni. Dalam gigih aku cuba untuk istiqomah dengan setiap makruf. Dalam jerih aku cuba kikis satu persatu mungkar. Di sini, ingin aku kongsikan kisah aku bersama Al Quran. Satu masa dulu, aku biasa membaca Al-Quran, hanya sekadar baca. Pengetahuan tajwid aku kurang. Sekadar suam-suam kuku je. Itu pun hasil didikan dan teguran arwah mak bila dengar bacaan aku. Selainnya, aku main baaaaaca aje. Makna ayat yg aku baca tu, tak pernah aku kaji. Tak pernah aku cuba nak faham apa yang aku baca. Tapi bak kata seorang tua, sedangkan sebuah bakul yang dikotori arang tebal, jika setiap hari air cuba ditimba dengannya, walaupun sedikitpun tidak dapat menakung air, tap...

Sejuk Tak Beerti Salji

Sejahteralah ke atas kamu... Ada dengar-dengar [baca-baca actually], Indonesia dilanda salji. Secara harfiahnya, [ada kaitan ke guna perkataan harfiah tu kat sini???!], jika Indonesia iaitu negara beriklim Khatulistiwa mengalami salji, bermakna itu bukanlah sesuatu yang normal. Salji sepatutnya hanya ada di negara 4 musim. Untung la pokok pisang tu... Dapat rasa salji. Ehehe,. Tetiba ada jiran blogger [akubahrain.com] buat entry yang bagitau berita pasal Indonesia turun salji tu hanyalah palsu.  Walaupun aku tau, jika turunnya salji di Indonesia, beerti.... hari pembalasan semakin hampir, tapi harus aku mengaku kat sini yang aku kecewa. Sebab kalau Indonesia turun salji, tak mustahil Malaysia pun boleh turun salji. Dekat kan. Kata jiran kan. Kalau Malaysia turun salji, boleh la aku main salji, feeling macam Yoo Jin dalam Winter Sonata. Sambil naik beskal kejar mengejar dengan Jun Sang aku di bawah deretan pokok kat Jalan Gasing. Perghh.... Perghh... Bahagianya ku r...

Misi Mencari Acuan Telur Comel

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku suka bajet macam aku ni orang Jepun. Boo!! Kalau makanan nak buat yang comel-comel kalau boleh. Masa baru kawen dulu, aku rajin jugak potong sayur carrot buat bentuk bintang la, bentuk hati. Feeling macam dalam telenovela la kan. Sekarang takde masa dah nak potong bentuk-bentuk ni, kalau anak dah peluk kaki time aku masak. Semua nak buat cepat2 asal boleh je. Lagi haru selalunya sayur pon dah tak masak dah sekarang. Masak lauk utama je. Nak diikutkan memang tak sempat nak berseni-seni kat kat dapur, tapi minat tu tetap tak padam. Tu sebab aku nak cari egg mould atau acuan telur yang comel-comel bentuknya. Selain dari gunakan untuk goreng telur, boleh juga guna untuk buat pancake yang aku suka makan tu. Semalam aku dah google, jumpa satu website ni, BentoCraft . Ya ampun, comel-comel sangat tools yang dijual kat situ. Macam-macam jenis. Acuan sosej, acuan telur rebus, acuan pancake, acuan nasik. Shommelllll shangatshangat tau. Aku terus je rasa...

Bila Naluri Fitrah Itu Dicabut

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku, kalau anak aku menangis yang aku tahu nangis dia tu sebab kesakitan, aku pun akan rasa nak nangis. Aku kesian sebab dia kecik, dia tak mampu nak bagitau dia sakit kat mana. Sebab dia kecik. Dia bergantung kepada aku. Dia tak mampu tanpa aku, tak berdaya nak selesakan diri sendiri. Orang Tu Yang Jahat Korang mesti dah baca tentang kes pembunuhan kanak-kanak yang terjadi di Paka, Kemaman. Sebaknya hati aku bila tertengok gambar gadis kecil tu terbaring dengan darah berlumuran dan pakaian yang terselak ke atas pinggang. Aku terbayang, gadis kecil itu menangis kesakitan, merayu minta dilepaskan. Tapi si orang jahat terus je menyudahkan 'tugas' dia. *nangess*. Aku cuma tak dapat bayangkan sengsara yang gadis kecil itu hadapi di saat-saat terakhir nyawanya melayang di tangan si penjahat. Hoi penjahat!! Tak adakah belas kasihan kamu???! Mak Ayah Pun Sukar Difahami Banyak kejadian kematian yg melibatkan kanak-kanak berlaku di negara kita n...

Pengalaman Pertama Luth Mandi Kolam... kecepurrr....

Sejahteralah ke atas kamu.... Cemas je muka, takut air memercik ke muka. Pastu pandang kiri kanan, tengok orang tu, tengok orang ni. "Anehnya tempat ni. Bakpe ramai orang terjun dalam air ni", kata Luth di dalam hatinya. Kolam renang rakyat kebanyakan di Kompleks Kejiranan Presint 11. Waktu pergi ni dah jam 6 petang. Kaki tu tengah excited tu, menendang-nendang. Tapi muka, maintain kontrol jambu. Pelampung INTEX ni ada tali kat belah dalam jadi baby boleh duduk dalam tu dengan selamat tanpa meluncur ke dalam air. "Hai everyone. Rambut saya macam Chucky". Ini kali kedua pergi kolam renang rakyat kebanyakan di Kompleks Kejiranan Presint 16 pulak. Kolam dia kecik je, tak sebesar kat Presint 11. Tapi 2-2 kolam cantik. Yang ini siap ada air terjun lagi daripada boomboom. Mama dan papa lupa nak bawak pelampung Luth. Nak tak nak, papa kena la pegang sampai lenguh tangan. Ko bayangkan macam ko pikul kampit beras 8 kilo, dalam kolam selama...

Persediaan Berenang Untuk Bayi

Sejahteralah ke atas kamu..... Kata je berenang, tapi sebenarnya berkubang je dalam kolam. Orang Malaysia payah skit nak ajar anak berenang, betul tak? Kalau ada pun masih lagi dalam golongan minoriti. Mana taknya, banyak sangat pantang larang. Tersampuk hantu air la, jin ikut la, takut kembung la, macam2. Tak mengata orang la, aku sendiri pun tak yakin sangat bila mat azgul kata nak ajar Luth berenang start umur 3 bulan. Tengok tengkuk lembik je lagi, tak confident la aku. Padahal omputih selambe je campak bayi kecil mereka ke dalam kolam renang. Menurut teori, bayi lagi senang belajar berenang sebab paru2  mereka masih lagi di dalam mode 'air ketuban'. Gitu la serba meleretnya muqadimah aku. Rasa dah makan sebulan jugak aku dan mat azghul plan nak bawak Luth berenang. Ye lah, Nabi Muhammad pun menggalakkan kita ajar anak kita berenang, berkuda dan memanah. Jadi, sementara Luth kecik ni, ajar la berenang dulu. Dah besar skit baru register dia masuk kelab menembak. Atuk Lut...

Luth Sepuluh Purnama

Sejahteralah ke atas kamu... Anak soleh aku yang taat kepada Allah, pada Rasul, pada mama dan papanya tu sekarang dah berusia 10 bulan. Waktu ni, bila aku recap balik video Luth masa dia berusia 3 bulan, boleh menitis air mata aku. Apa bleh buat, dah memang aku drama queen. Itu anak baru umur 10 bulan. Kalau Luth dah 10 tahun nanti aku tak bleh imagine drama apa plak yang aku akan buat. Hahahah. Setakat ini, Luth ini sangat menyenangkan hati, sangat menghiburkan. Dia ada karektor tersendiri yang selalu buat aku melting.   In fact, semua parents pun akan rasa anak dia unik dan paling comel, paling best. Itu memang naluri yang Allah anugerahkan untuk setiap parents. So, jangan pelik le kalau aku asyik nak puji anak aku je, macam le anak aku yang paling comel di alam semesta. Aku rasa aku baru je lagi review perkembangan Luth 9 bulan. Sekarang dah nak review umur 10 bulan plak. Tadah le mata korang untuk baca ye. Fizikal Aku lupa nak sukat panjang Luth semalam. Last...